Pro Mahasiswa

Friday, November 28, 2008

Cinta rahsia kejayaan?


Terlebih dahulu tahniah kepada para graduan ygang di raikan dalam majlis Konvokasyen UiTM ke 69. Namun, ada sedikit rasa terkilan ke atas penerimaan anugerah naib cancelor kerana meletakkan asas "bercinta" sebagai resipi kejayaan. Penulis sama sekali tidak mempersoalkan rezeki dan kecerdikkan yang sememangnya layak menerima anugerah tersebut tetapi seharusnya penerima harus meletakkan asas agama dalam kejayaannya.

Berdasarkan kenyataan yg di keluarkan dalam akhbar harian metro,sememangnya dikhuatiri akan menggalakkan budaya "couple" khususnya di kalangan mahasiswa melayu beragama Islam di kampus untuk cemerlang dalam pelajaran.Apa salahnya jika penerima tersebut membuat ikatan yang sah walaupun masih dalam pengajian.

penulis tertarik dengan kenyataan yang mengatakan tidak salah bercinta ketika belajar asalkan tahu batas-batasannya. Apakah yg di maksudkan dgn batas-batas yg di galakkan dalam bercinta?

“Orang kata bercinta boleh melalaikan tapi bagi saya, cinta memberi inspirasi dan semangat untuk lebih berjaya dan hari ini saya sudah buktikan tidak salah bercinta ketika belajar asalkan tahu batas-batasnya,” kataPenerima Anugerah Naib Canselor, Nadiah Zulkapli, 21.

“Dia sentiasa mengingatkan saya walaupun bercinta, jangan hingga abaikan pelajaran dan apabila berada di dalam kelas mesti sentiasa fokus pada subjek yang diajar pensyarah,” katanya.

“Saya beruntung kerana bercinta dengan senior sendiri kerana secara tidak langsung dia banyak menurunkan tip berguna terutama apabila menjelang peperiksaan,” katanya yang mendapat Gred Mata Terkumpul Kumulatif (CGPA), 3.84

Apa yg sebenarnya di harapkan adalah mahasiswa melayu yang beragama Islam seharusnya meletakkan asas agama dalam kehidupannya. Sekiranya ingin mengelakkan fitnah dengan bercinta, apa salahnya membuat ikatan yang sah dan seterunya dapat mengelakkan mudharat dari segi pergaulan dan sebagainya. Justeru penulis mengharap agar jangan meletakkan bercinta sebagai aspirasi dalam mencapai kejayaan kerana ianya boleh mendatangkan fitnah kepada agama dan akan menggalakkan lagi budaya "couple" di kampus.Sememanggnya budaya couple akan banyak mendatangkan perkara negatif seperti khalawat, pergaulan bebas yang bagi penulis merupakan suatu penyakit yang melanda di mana-mana kampus di negara kita.

Dengan kesempatan ini juga, kami mengharapkan kepimpinan mahasiswa yang akan di pilih akan datang tidak memandang remeh perkara ini dan seharusya sebagai seorang kepimpinan harus menunjukkan akhlak yang terbaik untuk di jadikan role model warga kampus dalam pembentukkan sahsiah dan jati diri sebagaic seorang pemimpin mahasiswa.

Takziah kepada keluarga Timbalan Menteri Pendidikan


Pro M UTHM mengucapkan takziah kepada keluarga Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail yang meninggal secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Higlands, jam 6.30 petang semalam.

Mudah-mudahan roh Allahyarham akan dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kumpulan orang yang dikasihi Allah SWT.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Nooraini Lob Yusoff dan beberapa orang anak.Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Razali menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

mahasiswa UTHM mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Wednesday, November 19, 2008

Selamat bercuti...

Salam mahasiswa...

kepada warga kampus yang telah,sedang atau akan bercuti pada jumaat ini,selamat bercuti dan di doakan sentiasa dalam keadaan sejahtera.

proses pemilihan MPP baru akan bermula semester hadapan.Banyak isu dan perlu di rungkai untuk melahirkan kepimpinan kampus yang benar-benar membawa idealisme mahasiswa.

Nantikan kemunculan kami untuk membantu rakan-rakan yang mempunyai idealisme sebagai pemimpin mahasiswa..

pro m uthm

Tuesday, November 11, 2008

Notis Pembubaran MPP lewat Dikeluarkan.



Notis pembubaran MPP ini telah dikeluarkan lebih kurang 2 minggu yang lepas. Notis ini ternyata lewat dikeluarkan kerana ia menyatakan MPP sesi yang lepas telah dibubarkan pada 3 Oktober bersamaan 3 Syawal yang lepas. Namun ia baru sahaja dikeluarkan pada awal bulan November dan ini menimbulkan persoalan.

Tambahan lagi, dalam notis tersebut ia ada menyatakan mengenai pemilihan MPP untuk sesi ini tetapi tarikh penamaan calon dan pilihanraya kampus (PRK) akan dimaklumkan kemudian oleh pihak HEP. Ini juga menimbulkan satu persoalan, selain daripada tarikh PRK yang masih lagi menjadi teka-teki, kita juga tertanya-tanya bilakah masanya tarikh penamaan calon dan bakal calon boleh mula berkempen?

Ini kerana, kebiasaanya bakal calon sudah boleh berkempen dalam masa seminggu selapas penamaan calon dan kedua-dua perkara ini biasanya dinyatakan dalam notis pembubaran MPP yang sebelumnya.

Kami percaya ini adalah rentetan daripada keputusan untuk mengadakan PRK sacara 2 fasa dan UTHM termasuk pada fasa yang kedua yang dijangkakan pada bulan Januari yang mana tarikh sebenarnya masih lagi menjadi permainan teka-teki lagi sepertimana tarikh pilihanraya umum (PRU).

Sunday, November 9, 2008

Perginya seorang pendidik di UTHM.


UTHM,9 Nov - Lebih kurang 100 orang mahasiswa UTHM menghadiri upacara solat jenazah untuk seorang pensyarah UTHM yang baru sahaja meninggal dunia petang tadi. Allahyarham Tengku Mohd Andri (50-an), seorang pensyarah subjek Matematik Kejuruteraan telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Menurut sumber, beliau yang berasal dari Indonesia, meninggalkan seorang balu yang juga berasal di indonesia dan 3 orang anak. Selain mahir dalam bidang matematik, beliau juga merupakan seorang pensyarah yang pemurah dan berpengetahuan am yang tinggi. Dengan personalitinya yang peramah, beliau sentiasa bercerita kepada pelajarnya semasa di dalam kelas. Sesi pengajarannya yang selalu menunjukkan contoh penyelesaian soalan menggunakan OHP juga disenangi pelajarnya kerana ia dapat membantu dari segi kefahaman mereka.



Jenazah beliau bakal diterbangkan ke Medan, Indonesia pada esok pagi untuk dikebumikan disana. Semoga ahli keluarga beliau dapat menerima pemergiannya dengan tabah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin..

Wednesday, November 5, 2008

Krisis Kewangan Global

Sehingga hari ini krisis kewangan global masih hebat diperkatakan tanpa henti. Akhbar hari ini juga sibuk mengeluarkan statement Perdana Menteri yang meminta supaya rakyat yakin dengan kepimpinan negara dalam menangani isu ini supaya krisis ini tidak melanda negara Malaysia.

Bermula dengan isu sup prima 2 buah bank gergasi America sehingga kini, seluruh negara merasa terkesan atas sebab kejatuhannya. Seakan - akan benar bahawa kuasa ekonomi America ini secara langsung mampu mengheret ekonomi negara lain kekancah krisis ekonomi global. Keyakinan demi keyakinan diberikan oleh kepimpinan negara bahawa Malaysia selamat dari krisis ini. Walaupun kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin negara, namun harus diberi perhatian bahawa KDNK yang mencapai 3.5 % itu tidak akan kekal selamanya.novfig1

Apabila America mengalami krisis ekonomi, kita dapat mendengar pelbagai kenyataan yang mana menyatakan bahawa inilah pengakhiran kepada kuasa ekonomi kapatalisme yang gagal dalam mengurus kewangan dan terbukti bahawa sistem ekonomi ini gagal sama sekali. Tetapi adakah benar America akan tamat riwayatnya dalam masa terdekat ini lantaran keruduman ekonomi mereka. Mungkin America akan jatuh dari segi kepercayaan negara - negara lain, tapi untuk mengatakan bahawa America lenyap dari menjadi kuasa besar dunia adalah sangat mustahil dalam masa terdekat ini. Sebaliknya kita cuba menilai dari satu sudut yang lain.

Cuma apa yang kita yakini, bahawa sistem kewangan kapatalisme semestinya tidak kukuh dan menindas semata - mata. Sememangnya kita boleh canangkan bahawa kewangan islam adalah langkah yang terbaik dari sudut mengurus tadbir kewangan. Sepatutnya pimpinan Malaysia sendiri harus sedar dengan keadaan yang berlaku ini dan mengarahkan cara pengurusan ekonomi negara kepada ekonomi islam sepenuhnya dan menyandarkan mata wang negara kepada nilai mata wang dinar emas kerana lebih stabil. Dalam blog Chadet.com baru - baru ini, beliau menulis dan menyokong penuh jika sekiranya negara menggunakan mata wang dinar emas dalam urusan jual beli antarabangsa, cuma ulas beliau, beliau hairan mengapa bank negara masih lagi tidak dapat menggunakan kaedah ini dari dulu hingga kini.

Selaku mahasiswa kita perlu memberi perhatian berkenaan masalah dalaman dan luar negara kerana ia akan memberi kesan langsung pada kita yang bergelar mahasiswa. Jika keadaan ekonomi dunia dan negara sentiasa berada dalam krisis ini akan membimbangkan kita selaku mahasiswa yang akan memenuhi pasaran kerja pada masa akan datang. Kita risau isu kewangan pada 1997 yang dikatakan “real economy recession” akan berulang kembali tetapi dengan wajah berlainan yang mungkin lebih teruk dan meruncing lagi. Kita berharap supaya kepimpinan negara kita baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang supaya memikirkan keadaan ini supaya ekonomi negara kembali stabil.

sumbar : lambaian hikmah

Pilihanraya kampus (PRK)..

Alhamdulillah, ramai rakan - rakan seperjuangan kampus yang telah selesai berjuang bertungkus lumus dalam memenangkan calon masing - masing dibeberapa universiti awam di Malaysia. Tapi yang menjadi persoalan bilakah PRK UTHM ingin dimulakan. Walaupun dengar ura - ura mengatakan MPP telah dibubarkan, tetapi nyatanya tidak ada satu pun memo atau apa - apa surat rasmi dikeluarkan oleh pihak berwajib universiti menyatakan tentang persoalan tersebut.

Sayup jauh bermain dihati saya, adakah UTHM juga telah dilanda kelam demokrasi sempit pihak pentadbir sehingga persoalan kecil seperti itu juga tidak diwarwarkan kepada mahasiswa khususnya mereka yang terlibat dengan kelab dan persatuan. Memang benar ada segelintir mahasiswa telah mendengar berkaitan dengan pembubaran senyap ini dan kewujudan Jawatankuasa sementara menggantikan MPP yang sedia ada, tetapi segala perkara yang dilakukan dibiarkan senyap tanpa dinyatakan kepada Mahasiswa dalam bentuk hitam putih yang lebih nyata.

Saya berpendapat kepada pihak pentadbir universiti terutamanya HEP untuk menyatakan perkara ini dengan segera demi kebaikkan bersama, supaya tidak timbul persoalan atau persepsi negatif dari kalangan mahasiswa universiti. Ini kerana kelangsungan kepimpinan mahasiswa yang diberi mandat oleh masyatakat mahasiswa harus diberi perhatian penuh, dengan perhatian ini barulah institusi kepimpinan mahasiswa menjadi institusi kepimpinan yang tinggi dan disegani dalam mengurus tadbir mahasiswa seluruhnya dalam kehidupan mereka di universiti. Jika tidak kita melihat seolah - olah kepimpinan mahasiswa yang ada hari ini seperti kepimpinan boneka yang boleh dimain - mainkan dan ditentu halakan perjuangan mereka oleh pentadbir semata - mata tanpa mengambil pandangan dari mahasiswa itu sendiri.


sumber : lambaian hikmah