Pro Mahasiswa

Wednesday, December 31, 2008

Kongress Pro Mahasiswa Nasional



KUALA LUMPUR - Kongress Pro Mahasiswa Nasional akan diadakan pada 3 Januari 2009 , iaitu hari Sabtu ini di Medan Selera Temasya, Temasya Industrial Park Glenmerie Shah Alam.Ia akan berlangsung selama lapan jam iaitu dari 8 pagi sehingga 5 petang.Demikian menurut saudara Ridzuan Mohammad selaku Pengarah Kongress tersebut.

Beliau menjemput seluruh penyokong dan pendokong Pro Mahasiswa dari seluruh negara untuk sama-sama menghadiri kongress yang diadakan nanti.Menurut beliau lagi, kongress tersebut diadakan bertujuan sebagai persiapan awal untuk menghadapi pilihanraya kampus yang akan diadakan pada bulan januari nanti.-mahasiswakini

Pro Mahasiswa vs Aspirasi?



Dengan bermulanya proses penjualan borang pada hari ini maka secara rasminya gendang PRK(pilihanraya kampus) di UTHM telah bermula. Siapakah yang bersedia menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya pada kali ini? Pro Mahasiswa? Aspirasi? Bebas?

kita tunggu dan lihat...

Tuesday, December 30, 2008

Mahasiswa Kutuk Serangan Biadab Israel di Gaza



Mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bersama kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik serta front-front Mahasiswa Islam yang lain telah menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi. Apa yang lebih menarik adalah himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia. Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.



Himpunan diadakan bagi menyerahkan memorandum pada kedutaan Amerika menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin. Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 345 umat Islam Palestin dan 1650 tercedera parah sehingga ke saat ini.

Ketua Tentera Rejim Zionis , Gabi Ashkenazi telah mengugut pada Khamis lepas akan mengerah seluruh kekuatan tentera bagi menyerang balas Gaza seperti yang di arahkan oleh kerajaan Israel . Beliau berkata serangan ini akan melibatkan kekuatan penuh ketenteraan ke atas fraksi pejuang Palestin di Gaza.


Wakil Mahasiswa Islam memberi ucapan, Shazni Munir.





Sumber : Gamisdaily.com

Monday, December 29, 2008

Panggilan Jihad dari mahasiswa Iran

7000 Mahasiswa Iran Mendaftar Perang Melawan Israel
www.kompas.com
Selasa, 30 Desember 2008 | 09:59 WIB
TEHERAN, SELASA — Sedikitnya 7000 mahasiswa dari kota Isfahan di bagian tengah Iran, Senin (29/12), mendaftarkan diri untuk memerangi Israel.

"Pada hari pertama pendaftaran untuk memerangi rezim Zionis dan membantu rakyat Palestina, 7.000 mahasiswa dari berbagai universitas di Isfahan telah menyampaikan kesediaan," kata Mohammad Zarifi, anggota Perhimpunan Mahasiswa Islam Iran, sebagaimana dikutip kantor berita Iran, Fars.

Masih pada hari yang sama, satu lagi kelompok mahasiswa Iran, Mahasiswa Basij (Relawan) dari Teheran Universities, mengumumkan, organisasi tersebut mendaftar relawan untuk memerangi Israel.

Pendaftaran itu dilakukan sehari setelah pemimpin spiritual Iran Ayatollah Ali Khamenei mengeluarkan fatwa yang menyatakan, siapa saja yang meninggal dalam perang melawan Israel dan membela Jalur Gaza akan menjadi syahid."Sebagai jawaban atas fatwa pemimpin spiritual mengenai Jihad (perang suci), mahasiswa Basij dari seluruh universitas Iran telah mendaftarkan diri dan pendaftaran akan dibuka besok," kata Alireza Zahedi, anggota Mahasiswa Basij di Teheran University, tanpa menyebutkan berapa jumlah mahasiswa yang sudah mendaftar.

"Dalam waktu dekat, mahasiswa yang terdaftar akan mengadakan pertemuan guna menyampaikan kesediaan kepada pemimpin spiritual untuk berperang di wilayah pendudukan (Palestina)," katanya.

Ribuan orang Iran, termasuk mahasiswa, melancarkan pawai di Teheran pada Senin pagi untuk mengutuk serangan Israel di Jalur Gaza. Mereka membawa spanduk yang berisi slogan anti-Israel dan anti-AS.

Sejak Sabtu pagi, Israel melancarkan serangan udara besar yang dikatakannya ditujukan kepada anggota Hamas di Jalur Gaza dan menewaskan sedikitnya 345 orang serta melukai lebih dari 1.000 orang.

Hamas menguasai Jalur Gaza, mendapat dukungan kuat Iran, yang tak mengakui Israel sebagai salah satu negara masyarakat internasional.

Di markas besar PBB, New York, duta besar Mesir dan Palestina di badan dunia itu mengatakan, Senin, mereka meminta Dewan Keamanan PBB membuat Israel mematuhi seruan dunia untuk segera menghentikan kekerasan dan aksi militer di Jalur Gaza.

PRK UTHM : 8 Januari tarikh mengundi


Teka-teki tarikh pilihanraya kampus di UTHM akhirnya terjawab dengan terpaparnya notis pembubaran secara rasmi Majlis Perwakilan Pelajar 07/08 dan notis peraturan pemilihan pada sesi kali ini. Dengan tempoh kempen selama tiga hari bermula 5hb sehinggalah 8hb januari sebagai tarikh mengundi sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan tentang pemilihan MPP 0809 pada kali.
Di peringkat Pro Mahasiswa UTHM mengharapkan agar kepimpinan yang di pilih pada kali ini benar-benar dapat membawa agenda kebajikan mahasiswa dan seterusnya memacu mahasiswa di atas landasannya. Sama-sama kita nantikan calon yang berkaliber dan berpotensi pada pilihanraya kampus pada kali ini.

Sunday, December 28, 2008

Mahasiswa UTHM mengutuk sekeras-kerasnya keganasan terbaru rejim Israel.

Lembaran tahun baru hijrah 1430 di sambut dengan hujanan hampir 30 peluru berpandu yang mengorbankan sehingga 229 orang manakala lebih daripada 300 lagi cedera.Cuba kita bayangkan jika kita sendiri berada dalam situasi tersebut. Serangan dari rejim zionis Israel keatas Genting Gaza di Palestin itu adalah suatu yang mendukacitakan dan merupakan suatu tindakan yang tidak berperi kemanusiaan.

Justeru itu,mahasiswa UTHM mengutuk sekeras-sekerasnya keatas tindakan biadap Israel tersebut. “Selaku seorang mahasiswa kita haruslah ada rasa simpati dalam keadaan yg berlaku dan sama-sama mendukung untuk memnberikan keadilan dan keselamatan terhadap golongan yang tertindas”. ujar saudara Firdaus yang merupakan ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM.

Di samping itu, kita juga seharusnya rasa tersentuh dengan kenyataan yang di keluarkan oleh seorang pegawai pertahanan entiti haram Israel yang berbunyi “Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israil”. Sememangnya tindakan rejim Israil merupakan suatu tindakan yang melampau.

Sehubungan itu, Pro mahasiswa UTHM menggesa kepada seluruh persatuan atau kelab-kelab di kampus UTHM agar bersama-sama mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut. Dan semestinya kita mengharap kepada mana-mana parti politik atau NGO khususnya di negeri Johor supaya membuat suatu himpunan aman sebagai tanda bantahan atas tindakan kejam israel tersebut.


Monday, December 15, 2008

GMMA AKAN PANTAU PERLAKSANAAN PINDAAN AUKU


KUALA LUMPUR 15 Dis. – Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) akan tetap memantau sejauh mana pindaan yang dilakukan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) benar-benar mampu dilaksanakan.

Menurut koordinator GMMA, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz berkata walaupun pindaan yang telah diluluskan ke atas akta berkenaan masih tidak komprehensif dan menyeluruh, namun pihaknya akan tetap melakukan pemantauan secara efektif bagi memastikan setiap pindaan tersebut benar-benar direalisasikan dan bukan sekadar ‘indah kabar dari rupa’.

“InsyaAllah, kita bersama rakan-rakan daripada front-front mahasiswa yang lain akan membuat pemantauan yang lebih berkesan di setiap IPT bagi memastikan pindaan tersebut bukan sekadar gimik politik, sebaliknya ia benar-benar telus untuk diimplementasikan” jelas beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau lagi, pihaknya akan tetap memegang janji yang telah dibuat oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi menterinya, Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin di Parlimen baru-baru ini yang memberi jaminan bahawa setiap mahasiswa dibenarkan menyertai mana-mana pertubuhan selain politik di samping membenarkan semua ahli politik baik di peringkat kerajaan mahupun pembangkang untuk menghadiri program-program akademik di setiap IPT sebagai ahli panel atau penceramah jemputan.

Mengenai halangan yang masih wujud ke atas mahasiswa untuk menganggotai mana-mana parti politik di Negara ini, beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku memandangkan mahasiswa yang belajar di luar Negara di benarkan berbuat demikian.

“Rakyat Malaysia yang menuntut di luar negara bebas untuk menganggotai pertubuhan politik termasuk Kelab UMNO di universiti masing-masing. Sedangkan mahasiswa yang menuntut di dalam Negara ibarat katak di bawah tempurung dan dinafikan hak untuk berbuat demikian. Jadi kita lihat wujudnya double standard dan diskriminasi yang berlaku” jelas beliau.

“Mengapa ini semua berlaku? Apa bezanya mahasiswa yang menuntut di dalam dan luar Negara sehingga berlakunya diskriminasi sedemikian rupa?” tambah beliau lagi.

Selain itu, dalam hal ini beliau secara peribadi turut bersetuju dengan pandangan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Saifuddin Abdullah yang mahukan supaya mahasiswa dibenarkan menganggotai mana-mana parti politik sebagai ahli biasa tanpa memegang sebarang jawatan dalam parti.

Pada 11 Disember yang lalu, sidang Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Pindaan 2008 setelah dibuat undian dan belah bahagian.

sumber - Mahasiswakini