Pro Mahasiswa

Thursday, December 31, 2009

Ciri pemimpin mahasiswa UTHM yang kita mahukan

Selamat Sejahtera,

Bahang Pilihan Raya Kampus kian terasa. Kita sebagai mahasiswa UTHM wajar sedar akan pentingnya Pilihan Raya Kampus ini. Dimana medan inilah mahasiswa akan memilih pemimpinnya berdasarkan undian seara demokrasi. Kaedah mengundi yang wujud dalam kerangka demokrasi hari ini dan dilihat hanya sebagai satu wadah yang paling aman dan baik untuk memilih pemimpin sewajibnya digunakan dengan sebaik mungkin.

Semua rakan-rakan mahasiswa seharusnya mengangkat calon-calon kompeten dan berwibawa ini untuk menuntun dan memimpin mahasiswa ke arah budaya intelektual, penyuburan demokrasi, integriti kepimpinan serta wajah pemimpin masa depan negara.

Ayuh! Mari kita bersama bangkit dari lena yang nyenyak. Berikan fokus kita kepada Pilihan Raya Kampus yang akan datang ini. Rebutlah peluang untuk kita memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan agenda mahasiswa. Bukannya pemimpin yang hanya menjadi 'pak turut' kepada pentadbiran universiti semata-mata.

Disebelah kiri, pihak Pro M menyelitkan undian untuk ciri kepimpinan yang kita mahukan untuk memimpin kita sepanjang sesi 2010 kali ini.

Sama-samalah kita mengundi ciri-ciri kepimpinan idaman masing-masing.

-Mahasiswa nadi Universiti-

Monday, December 28, 2009

Fakulti buat hal dihari pertama kuliah?

Salam sejahtera.

Hari ini bermula sesi perkuliahan semester kedua sesi 2010. Ramai mahasiswa mula kembali ke medan pengajian setelah sebulan bersama keluarga dan sahabat andai dikampung.

Selamat datang juga diucapkan kepada mahasiswa yang baru berdaftarkan diri dipermulaan semester ini. Moga-moga mahasiswa yang baru dapat membiasakan diri dengan kehidupan di bumi parit raja yang bertuah ini.

Disebalik keghairahan mahasiswa untuk meneruskan pengajian, terdapat pula masalah yang timbul buat mahasiswa di Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Jadual kuliah yang sepatutnya telah keluar beberapa hari sebelum kuliah belum dipaparkan kepada umum. Sehinggakan berlakunya kekeliruan dan kekalutan kepada mahasiswa fakulti tersebut pada hari ini. Ramai mahasiswa yang tidak mengetahui status pengajian mereka pada hari pertama perkuliahan. Sesuatu yang amat mengecewakan.

Seorang mahasiswa dari fakulti tersebut meluahkan kepada Pro-M bahawa beliau amat kecewa dengan masalah ini. Ini kerana, ia akan merumitkan segala urusan mahasiswa dan staf dibawah fakulti tersebut. Segala perencanaan dan perancangan mereka terbantut di permulaan jalan.

Umpama tersungkur di permulaan 1 meter pertama didalam acara 100 meter. Tatkala pelari-pelari lain terus memecur kehadapan dan meninggkan begitu jauh.

Diharapkan pihak tersebut cepat bertindak pantas dalam menangani masalah ini dan pastikan masalah ini tidak akan berulang lagi. Pihak atasan universiti pula harus memandang serius diatas apa yang berlaku. Tingkatkan pengurusan.

Akhir sekali, semoga UTHM terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

-Mahasiswa nadi Universiti-