Pro Mahasiswa

Tuesday, February 28, 2012

E-Voting & Hak Anda


Sejak tahun 2004, penggunaan e-voting sebagai medium pembuangan undi telah diguna pakai hampir di seluruh kampus universiti di Malaysia. Kaedah ini mula diperkenalkan di Universiti Putra Malaysia(UPM). UPM dan UIAM antara yang terawal menggunakan sistem ini. UiTM pula sudah tiga tahun menggunakan e-voting sjak tahun 2007. Apa yang menarik tentang e-voting ialah penggundian berkomputer yakni para pengundi hanya perlu mengisi nombor matrik dan kata laluan sebelum mengundi di komputer yang disediakan. Kaedah sangat mudah dan cepat kepada PENGIRA UNDI tetapi sangat BAHAYA kepada para calon. Terutama calon BUKAN PILIHAN UNIVERSITI. Mengapa?

Sistem ini dikendalikan oleh sepenuhnya oleh pengurus sistem dan menggunakan pendrive untuk menjalankan proses penukaran daripada komputer tempat pengundian ke tempat pengiraan undi. Sistem ini sangat mudah kerana setiap undi akan terus dikira dan pengurus sistem boleh mengetahui kedudukan semasa undi. Apa yang menarik mengenai e-voting ialah keputusan lebih cepat diketahui berbanding sistem lama, memudahkan pengundi, tidak membuang masa untuk mengira, kurang kakitangan untuk mengira undi serta dikatakan telus.

Soalnya, adakah perlu untuk sebuah pilihanraya kampus menjadi cepat dan mudah tanpa menghiraukan soal ketelusan dan keadilan? Adakah perlu kita memudahkan keadilan? Justice hurried is justice buried. Pilihanraya kampus tidak perlu tergesa-gesa. Apa yang penting adalah keadilan dan ketelusan. Kalau pihak universiti mahu memudahkan pembuangan undi, bukankah lebih baik jika kita memakai khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti memilih juara Akademi Fantasia atau Mari Menari. Lebih cepat bukan?

Permasalahan yang terbesar ialah daripada aspek privasi pengundi. Identiti pengundi mesti dirahsiakan. Sekiranya pelajar diberikan nombor ID, makanya pihak atasan universiti boleh mengetahui undi pelajar tersebut. Ini melanggar hak asasi pengundi. Selain itu, ada kes di mana calon yang telah menang tetapi dinafikan kemenangan kerana calon tersebut bukanlah calon pilihan HEP. Perkara ini diceritakan sendiri oleh MPP. Perubahan bilangan undi boleh dilakukan semasa perpindahan antara data daripada komputer di tempat pengundian dan di tempat pengiraan.

Bukan itu sahaja, kaedah e-voting tidak boleh recount kerana ia dimasukkan secara automatik. Sukar untuk membuktikan penyelewengan walaupun ada aduan yang dibuat. Semuanya bergantung dan termaktub dalam data tersebut. Wakil-wakil calon hanya dibenarkan melihat sekali sewaktu pendrive dibuka yakni sebelum pengumuman dibuat. Tetapi, pendrive tersebut akan dibawa daripada tempat pengundian oleh wakil fakulti dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Kampus (SPK) atau Jawatankuasa Pemilihan MPP  yang sememangnya tidaklah berkecuali (independent). Mereka kebanyakkan adalah ex-MPP dan pelajar Upm jika di Upm.

Ada banyak masa yang ‘tidak selamat’ di mana masa tersebut berpotensi untuk digunakan melihat keputusan undian dan mengubah keputusan. Jarak masa antara tamat pengundian dan pengumuman adalah 4 jam.  Ada kes di UM dan UPM di mana calon Pro M menjadi mangsa e-voting. Dan realiti pada pilihanraya kampus UTHM yang lepas tahun 2011 masa penangguhan untuk mengumumkan keputusan adalah 1 jam dan tidak dibenarkan sama sekali calon, pencadang dan penyokong pencadang masuk ke dalam dewan utama.Apakah yang dilakukan?

Apabila sistem yang tidak telus dijalankan mereka yang tidak berkecuali, maka telahan yang paling tepat ialah penyelewengan. Justice is not only be done but seen to be done. Sebagai pengundi, kita berhak untuk meminta pihak universiti menyediakan platform yang adil tanpa keraguan. Sekiranya universiti tidak menyediakan peluang ini. Mereka sebenarnya menafikan hak kita serta memperlekehkan pilihan kita. Tidak berbaloi beratur lama-lama kerana akhirnya keputusan telah dibuat dan apa yang anda lakukan hanyalah sandiwara mereka. Sia-sia sahajalah undi anda. Maka, sebagai mahasiswa kita ada hak untuk TIDAK MENGUNDI sekiranya platform itu tidak telus. Itulah tanda protes yang paling memalukan buat mereka.

Ayuh Bersama Menuntut Pilihanraya Adil Dan Telus.

.::WE UNITE FOR STUDENT ::.

Tuesday, February 21, 2012

Dr. Anika Zafiah Terima Anugerah



Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) – Kegemilangan UTHM dalam menerajui aktiviti penyelidikan dan inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan terbukti apabila produk hasil penyelidikan dan inovasi UTHM yang dipertandingkan dalam 11th Malaysia Invention and Innovation Awards sempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2012 berjaya meraih 3 pingat Emas, 5 pingat Perak dan 3 pingat Gangsa dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2012. Pameran ini telah dianjurkan mulai 16 hingga 18 Februari 2012 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). MTE 2012 merupakan pameran terbesar yang berjaya mengumpulkan lebih 550 hasil ciptaan dan inovasi daripada pelbagai industri/agensi termasuk daripada luar Negara seperti Taiwan, Korea, Nigeria, Poland, Iran dan Arab Saudi .

Sesungguhnya UTHM juga amat berbangga apabila sejak mula menyertai pertandingan ini pada tahun 2006, buat julung-julung kalinya pada tahun ini, seorang penyelidik wanita UTHM berjaya menerima anugerah yang amat berprestij. Beliau yang dimaksudkan ialah Dr. Anika Zafiah bt Mohd Rus dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) yang berjaya dinobatkan menerima anugerah‘Woman Inventor of the Year 2012’ melalui hasil penyelidikan yang diketuai beliau bertajuk :‘Eco-Smart Monomer Converter (ECO-MOC)’. Kemenangan ini amat bermakna dan telah melakarkan sejarah yang gemilang buat UTHM kerana beliau adalah satu-satunya penyelidik wanita dalam pertandingan ini yang telah dipilih menerima anugerah yang amat berprestij ini sekaligus meletakkan beliau sebagai antara penyelidik yang terkemuka di Negara kita dalam menghasilkan penyelidikan yang memfokuskan kepada ‘Green Technology’. Melalui kemenangan ini, beliau telah berjaya membawa pulang pingat emas, wang tunai RM 3,000 dan sijil penghargaan.

Selain itu, produk  ‘Miniaturized Dual Frequency Planar Array’ hasil penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Muhammad Yusof bin Ismail (FKEE) dan juga ‘MoBiSiS: An Android-Based Application For Sending Message Inside Stego Image Through MMS’ hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr. Rosziati bte Ibrahim turut berjaya menggondol pingat Emas. UTHM bukan sahaja berjaya menggondol anugerah berprestij ini serta 11 pingat dalam MTE 2012 malah booth pameran UTHM turut terpilih menerima hadiah tempat kedua bagi penilaian “The Best Booth Design Shell Sheme Category”.

Para penyelidik yang menyertai MTE 2012 juga merasa bertuah atas kesudian Y.Bhg. Timbalan
Naib Canselor (Akademik& Antarabangsa) UTHM mewakili pihak pengurusan universiti hadir bertemu dengan para penyelidik UTHM pada hari pertama program ini berlangsung. Kehadiran beliau telah berjaya menyuntik semangat dan keyakinan yang sangat tinggi kepada penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan dan inovasi mereka kepada panel penilai yang membuat penilaian pada hari tersebut. 

Penyelidik UTHM MTE 2012
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para penyelidik UTHM yang telah berusaha gigih berjaya mengharumkan nama UTHM dalam pertandingan pada kali ini. Ucapan penghargaan juga dirakamkan kepada Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), pihak pengurusan universiti, warga kerja Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan dan semua pihak yang telah memberikan sokongan serta sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan MTE 2012.

Semoga kejayaan hari ini akan mendorong warga penyelidik UTHM untuk lebih gigih mencapai kegemilangan pada masa hadapan dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang dapat dimanafaatkan oleh masyarakat sejagat seterusnya menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara melalui kejayaan mengkomersilkan produk tersebut.


SUMBER: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


Thursday, February 16, 2012

Pilihanraya Kampus Medan Politik Mahasiswa


Kewajaran mahasiswa terlibat dalam politik telah lama diperkatakan, sama ada politik kampus ataupun politik negara melibatkan parti-parti tertentu. Rata-rata penuntut yang ditemui bersifat berkecuali daripada terlibat dengan politik tetapi tidak menolak untuk menyokong mana-mana pemerintah.
Saban tahun ratusan mahasiswa mendaftar di universiti dan kolej dengan pelbagai keinginan, matlamat dan gaya penampilan untuk menambah ilmu di dada. Teruja mengulang kaji pelajaran untuk mendapat segulung ijazah dalam pelbagai bidang di menara gading.
Kehidupan yang mencabar di kampus sedikit sebanyak mempengaruhi kecenderungan mereka bertembung dengan isu semasa yang melibatkan kepemimpinan, keilmuan, pergerakan politik dan perjuangan peribadi.
Namun dicelah-celah kekalutan menimba ilmu terdapat segelintir penuntut yang membawa fahaman politik masing-masing di luar ke dalam kampus. Tidak salah jika mereka ini hanya sekadar berpolitik di dalam kampus untuk bertanding merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sekali gus melahirkan mahasiswa lebih berintegriti.
Sebaik menjejak kaki di kampus, mahasiswa dihidangkan dengan satu fenomena yang dinamakan politik kampus bagi melantik pemimpin dalam kalangan mereka. Golongan inilah antara prospek kelompok boleh dipergunakan oleh mana-mana pihak yang melihat mereka mudah dipengaruhi.
Maka pada sesi tertentu penamaan calon dan perang poster rancak dijalankan bagi membolehkan calon-calon terbaik bertanding seterusnya menjawat jawatan dalam MPP.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Siva Murugan berkata, setiap penuntut di universiti atau kolej boleh berpolitik di luar, tetapi haruslah memelihara keharmonian kampus yang merupakan kawasan neutral.
“Pada saya tidak salah sekadar berpakaian logo parti politik, tetapi mereka tidak boleh mengedar risalah dan mendaftar ahli baru ketika di kampus. Jika ingin membuka blog itu terpulang kepada mereka.
“Memandangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda adalah menjadi tanggungjawab universiti untuk mengimbangi kedudukan menuntut. Layan mereka sebagai seorang yang matang, jika berlaku sesuatu tidak diingini di luar kampus biarlah pihak berkuasa yang menentukan hukumannya,” katanya
Tanggungjawab Matangkan Mahasiswa
Pengalaman menguruskan proses pilihan raya di kampus boleh mematangkan penuntut yang menerajuinya dan ia boleh dijadikan pembelajaran terbaik. Memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar ketika berada di kampus boleh menjadikan seseorang penuntut lebih bertanggungjawab dan mewujudkan jati diri yang tinggi.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamad Maliki Mohamed Rapiee berkata, tempoh pengajian di universiti ialah ruang untuk mahasiswa mempersiapkan diri bagi menghadapi dunia sebenar.
“Penglibatan mereka dalam politik kampus adalah salah satu proses pembinaan karakter dalam kepimpinan. Setiap pengalaman seharusnya menjadi pembelajaran yang sangat berguna.
“Mahasiswa mesti bersikap terbuka dan ikhlas dalam perjuangan, nilai dan ideologi yang dipegang tidak pula membolehkan dia menolak dan memusuhi pihak lain yang tidak bersependapat dengannya,” katanya.
Maliki berkata, mahasiswa juga harus berani menentukan jati dirinya tanpa terikut-ikut dengan gaya serta tingkah laku pihak lain, terutama ahli politik luar yang mengamalkan sifat permusuhan dan radikal.
“Sebaliknya, mahasiswa harus mampu mencorakkan persekitaran yang sepatutnya dicontohi oleh masyarakat di luar sana. Barulah mahasiswa layak disebut sebagai agen transformasi,” katanya.
Penuntut sudah terdedah dengan amalan berorganisasi di mana jawatankuasa MPP diwujudkan. MPP ditubuhkan melalui proses pilihan raya kampus di mana calon yang layak bertanding akan berkempen dalam tempoh diberikan.
Semua penuntut diwajibkan mengundi untuk memilih ahli MPP pada hari pengundian. Pegawai Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab menyelia sepenuhnya aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa MPP ini.
Melalui Jawatankuasa MPP, penuntut diberi peluang untuk menyuarakan pandangan, komen yang membina bagi pembangunan pembelajaran dan pengajaran dalam program pengajian mereka.
Melalui penyertaan pilihan raya kampus, calon dan petugas kempen berpeluang berpolitik dalam kampus. Konsep demokrasi, kepimpinan dan pengurusan yang biasanya diperkenalkan daripada membaca buku, dapat difahami melalui latihan sebenar ketika pilihan raya kampus. Selain itu, bakat pemimpin dapat dicungkil melalui pidato dan perdebatan.
Kewajaran AUKU
Kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ketika era Tun Hussain Onn menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati kerana mengekang kebebasan mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas.
Namun, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberi jaminan akan kesediaan kerajaan untuk berbincang dengan semua pihak termasuk daripada wakil mahasiswa bagi meminda AUKU yang dilihat sebagai penghalang kepada mahasiswa untuk menyatakan pendirian dan pendapat tentang sesuatu isu.
Tujuan utamanya adalah untuk melonggarkan peraturan sedia ada supaya mahasiswa dibenarkan terlibat dalam politik. Perkara tersebut wajar, disebabkan mahasiswa diajar bersuara jika tidak puas hati tetapi apabila mahu membuka mulut di gelanggang politik, mereka ‘dipancung’. Situasi itu menimbulkan tanda tanya di mana kedudukan mahasiswa dalam senario politik negara?
Profesor politik dan Kerajaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Jayum Jawan berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka melihat senario ini dan jangan membandingkan dengan kebangkitan mahasiswa zaman dulu kerana politik kini sudah berubah dengan pelbagai angin pembaharuan dan jika golongan itu terus disekat, ia memberi impak lebih buruk pada masa depan.
Bagi aktivis-aktivis kampus demokrasi, pilihan raya kampus merupakan peluang keemasan untuk menjalankan kempen kesedaran demokrasi bagi mentadbir kampus dalam kalangan mahasiswa.
Ruang berpidato dan perbahasan dalam kalangan calon-calon yang membawa manifesto masing-masing dilihat sangat berkesan dalam mempertingkatkan kesedaran mahasiswa dalam politik kampus. Calon dan petugas perlu berkempen memperkenalkan diri dan konsep demokrasi kepada warga kampus lain.
Pilihan raya kampus adalah wacana penting untuk warga kampus menghayati politik sebenar. Pihak universiti perlu menggalakkan mahasiswa mengambil bahagian secara aktif dalam pilihan raya kampus.
Universiti perlu memberi kuasa sepenuhnya kepada MPP untuk menjalankan pilihan raya kampus sendiri dan pihak Universiti hanya menjadi pemerhati sahaja walaupun politik kampus seolah-olah tidak berpengaruh.

dipetik dari: ProMahasiswa USM

Wednesday, February 1, 2012

Meneladani Sunnah, Membentuk Peribadi



Mahasiswa dijemput ke Ekspo Buku


" Jom Mahasiswa !! Perkasakan ilmu dengan membaca"

**untuk maklumat lanjut anda boleh mengunjungi laman web rasmi penganjur