Pro Mahasiswa

Friday, February 12, 2010

Corat-coret PRK UTHM 2010

Sudah seminggu pilihanraya kampus berlalu. Calon yang berjaya pun telah diketahui. Kabinet pun baru di bentuk mlm tadi ( 11/02/2010). Terima kasih Pro Mahasiswa UTHM ucapkan kepada seluruh warga kampus yang telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.Pro Mahasiswa akan cuba memdepani isu-isu kampus dan segala suara akan pandagan umum mahasiswa akan di perhalusi untuk kebaikan bersama. Tapi sebelum kita melangkah jauh, suka untuk kita tatapkan beberapa fakta menarik sepanjang berjalannya PRK UTHM 2010 kali ini.

1. Seramai 82.51 % bersamaan 6134 mahasiswa keluar mengundi pada kali ini. Merupakan peratus terendah penah dicatatuntuk tempoh 5 pilihanraya sebelum ini.

2. Seramai 22 orang bertanding merebut 9 kerusi umum pada PRK kali ini. Jumlah colun umum teramai yang pernah dicatatkan.

3. Walaupun pertandingan sengit dalam kerusi umum, namun seramai 8 orang calon fakulti menang tanpa bertanding pada kali ini.

4.Calon-calon yang bertanding di beri tempoh bertenang selepas penamaan calon selama seminggu kerana berada dalam waktu berkabung di atas kemangkatan Al-Marhum Sultan Johor.

5.Terdapat ramai wakil-wakil kelab bertanding pada kali ini.Ada yang dari JKKK, Kelab Iqra, Kelab Debat dll.

6.Kempen paling menarik pernah di catatkan di kampus UTHM. bukan stakat perang poster, banner calon pun turun mewarnai kampus kita pada kali ini.

7.Tak pernah dalam sejarah calon-calon berkonvoi ketika berkempen.Tetapi Mahasiswa UTHM 2010 telah membuktikannya.

8.Terlalu banyak sms berbentuk fitnah, merosakkan bennar calon di laporkan sepanjang PRK kali ini.

9.Speaker corner di perkenalkan semula dalam PRK 2010 ini.

10.Pelbagai peraturan ad-hock di perkenalkan ketika hari mengundi. Pelajar di larang membawa hp dlm bilik undi. Giler babi punya peraturan. Mungkin di antara sebab peratus keluar mengundi turun.

11. Setiap yang keluar mengundi akan di berikan sehelai t-shitrt 1Malaysia. Kaya giler Universiti aku. Xtau ambil peruntukan dari mana. Cuba bayangkan yang keluar mengundi 6134 orang dan dan harga t-shirt 2 palimg koman pun dlm RM10.00 sehelai, maka dengan ini Universiti telah membelanjakan RM10.00x6134 =RM61,340.00.....patutla kelab2 dah xda peruntukan sgt.

12. kempen di FB rancak dan ramai calon telah memanfaatkannya.

13. Kabinet dan di bentuk mlm tadi.Tp bukan kabinet kehendak mahasiswa . Tiga calon umum tertinggi tidak mendapat jawatan terpenting dlm MPP ( YDP,TYDP,SU,BA)

14. Kabinet yang di bentuk adalah kabinet HEP. Bukan kabinet Mahasiswa UTHM!!! penyakit Perak telah melanda UTHM!!!Orang yang tidak mendapat mandat mahasiswa tp diangkat jadi YDP,TYDP dll.kita tengok sampai bila depa boleh bertahan...

15. Tahniah mahasiswa UTHM makin sedar akan segala "percaturan" dalam pembentukan kabinet HEP kali ini. samapai la ni, web UTHM masih tidak kuarkan keputusan rasmi PRK2010.Mujur Pro M alert atas perkara ini.

Thursday, February 4, 2010

Keputusan Pilihanraya Kampus UTHM 2010

UMUM
Align Center

FAKULTI

1. FKAAS

IJAZAH

DIPLOMA
-Menang tanpa bertanding (seorang)

2. FKEE

IJAZAH

DIPLOMA
- Menang tanpa bertanding (seorang)

3.FKMP

IJAZAH
- Menang tanpa bertanding (3 orang)
DIPLOMA
- Menag tanpa bertanding ( seorang)

4.FPT

IJAZAH


5.FTMM

IJAZAH

DIPLOMA
-Menag tanpa bertanding (seorang)

6.FPTeK

IJAZAH
- Menang tanpa bertanding (seorang)

Wednesday, February 3, 2010

HANYA PILIH SEMBILAN UNTUK CALON UMUM ANDA


Khamis (04/02/2010) adalah hari penentu bagi hampir 8000 mahasiswa menentukan kepimpinan MPPUTHM 2010.Untuk kerusa panas, iaitu pemilihan calon UMUM, setiap mahasiswa perlu mengundi 9 daripada 22 orang calon yang menawarkan diri bertanding pada sesi kali ini. Di kesempatan ini, Pro Mahasiswa menyenaraikan kesemua calon-calon untuk tatapan pengundi. Pastikan anda MEMBACA NAMA CALON yang betul sebelum pilihan dibuat...

PILIH 9 DARIPADA 22 CALON

Senarai calon umum

1

MOHD HADI BIN ABD RAHMAN

2
MUHAMMAD FAUZI BIN ALI

3

NORAFIZA BINTI AZHAR

4

ARRAUZAH BINTI RAZAK


5

JANIPAL BIN ALIPAL

6
WAN MOHD ADRIZAL BIN WAN AHMAD

7
SALBIAH BINTI ZAHARI

8
SITI JUWAIRIYAH BINTI ALI

9

MOHAMAD AKMAL BIN MUHAMAD

10
TAN MEE TING

11.MUHAMAD ZULFADHLI BIN MANSOR

12.NADIA FADIRA BINTI MARZUKI

13

NIK MUHD AFZAN BIN NIK MUHD AFANDI

14NURSYAFIQAH SHAZIRA BT MOHD SHUKOR

15


FAUZUL ASRAR BIN OSMAN

16.NAVINDERJEET SINGH A/L GURDER SINGH

17.SYAZWAN LIYANA BT SULAIMAN


18


NAJIHAH BT MOHD DLAN


19

LIAM KAH HOE

20.JASBINDER SINGH

21.SYAHZADA KHAN BIN NAWAB KHAN

22.MOHD KHAIRIL IQMAL BIN GHAZALI

Tuesday, February 2, 2010

Aspirasi tertekan, sokongan Pro Mahasiswa semakin meningkat



3hb Feb,Parit Raja - Kempen dari pelbagai pihak yg bertanding semakin rancak. Rapat umum, konvoi, ziarah bilik ke bilik giat dijalankan oleh wakil calon yg bertanding. Suasana kampus juga dipenuhi dengan perang poster, bena dan flayes dari calon-calon yang bertanding. Namun disaat genting ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekiranya calon-calon yang bertanding leka kerana serangan disaat akhirnya mampu mengubah undi mahasiswa.

Tinjauan terkini di sekitar kampus memberi masej yang jelas bahawa calon-calon mahasiswa semakin diterima oleh warga kampus. Bukan sahaja diterima oleh mahasiswa, malahan pegawai staff dan pensyarah universiti turun tertarik dengan kempen dan manisfesto dari calon mahasiswa."Harap ada perubahan dalam MPP kali ini. Pilihlah calon yang terbaik", ujar seorang pegawai yang ditemui.

Namun dalam kesibukan berkempen, tidak mustahil akan berlaku sesuatu diluar jangkaan. Ini dibuktikan insiden yang terkini melibatkan seorang calon umum yang telah diconteng dengan spray manakala manefesto asal calon telah diubah. Ini mungkin permulaan terhadap satu demokrasi tempang di kampus. Tidak mustahil selepas ini banyak lagi insiden yang mungkin lebih memudaratkan. Oleh itu, diharap seluruh pendukung dan penyokong Pro Mahasiswa mempertingkatkan keselamatan kepada calon masing-masing. Dalam keadaan tertekan, mereka mampu melakukan apa sahaja.




















bena calon yang bertanding telah diconteng

Monday, February 1, 2010

Calon-calon manfaatkan UCiTV untuk berkempen














Parit Raja, 2 Feb -Tinggal lagi dua hari calon-calon majlis perwakilan pelajar UTHM 2010 memanfaatkan kempen semaksimum mungkin sebelum proses buang undi dijalankan. Agak mustahil untuk seseorang calon umum khususnya bertemu dengan hampir 8000 orang pengundi bagi menerangkan manefesto dan perancangan yang akan diperjuangkan. Sudah semestinya pelbagai alternatif yang boleh dimanfaatkan digunakan sebaik mungkin dengan kemudahan internet yang boleh di layari hampir keseluruhan mahasiswa di UTHM ini.

Justeru, kempen-kempen melalui laman web sosial seperti FaceBook, Frienster dan sebagai telah dimanfaatkan oleh sebahagian calon-calon yang bertanding. Dalam kesempatan terhadap kemudahan yang ada, beberapa orang calon telah memanfaatkan UCITV sebagai medium untuk menyampai hasrat dan manefesto secara video terus untuk tatapan pengundi khususnya. Mahasiswa uthm boleh melihat sendiri kempen calon-calon dengan klik pada pautan berikut.





















Salah seorang calon berkempen melalui UCiTV