1.Bantuan Kewangan yang berbentuk pinjaman.
2.bantuan kewangan yang berbentuk bukan pinjaman.
a. Borang Tabung Wang Ehsan. ( bkn wang ehsan kelantan tau)
b. Borang Bantuan Zakat
untuk maklumat lanjut layari blog :
Hadi Abd Rahman
NYDP1 MPP UTHM 2010
IPTA di larang potong, had baget internet
manawar@bharian.com.my
14/03/2010 (ahad)
PETALING JAYA: Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diarah supaya tidak memotong atau mengurangkan perbelanjaan kemudahan internet yang disediakan di kampus masing-masing, walaupun kerajaan pada masa ini memperkenalkan langkah berjimat cermat.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata usaha meningkatkan lagi kemudahan capaian internet seperti memperluas perkhidmatan internet tanpa wayar (WiFi) dan menambah kelajuan penerimaan gelombang frekuensi patut diberi keutamaan oleh pengurusan IPTA berbanding membelanjakan peruntukan bagi perkara lain. “Saya berharap pihak universiti
“Tidak perlu cat baru bangunan atau buat pagar atau bina bangunan baru. Saya tidak mahu dengar lagi mahasiswa mengadu kepada saya melalui Facebook yang talian internet di kampus mereka selalu sesak atau perlahan,” katanya pada sidang media selepas berucap pada Seminar Muslim Super anjuran badan bukan kerajaan (NGO), iluvislam.com di sini, semalam.
Saifuddin berkata, kemudahan internet di IPTA masih banyak perlu diperbaiki kerana ia menjadi medium utama bagi mahasiswa mendapatkan maklumat terkini sama ada menyiapkan tugasan, mendapatkan maklumat atau berinteraksi.
Katanya, pengurusan IPTA tidak boleh lagi menganggap pelaburan memajukan kemudahan internet sebagai sesuatu yang merugikan kerana internet semakin sebati dalam kehidupan masyarakat terutama mahasiswa.
“
Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin turut meminta IPTA tidak lagi melarang mahasiswa menggunakan Facebook atau apa juga laman sosial internet untuk berkempen dalam pilihan raya kampus pada masa depan.
“Tindakan melarang mahasiswa apatah lagi menghukum mereka kerana menggunakan laman sosial internet untuk berkempen adalah salah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mempunyai akaun Facebook untuk berinteraksi dengan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, peningkatan mutu kemudahan internet di kampus juga selari dengan dasar kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berintelek dan berkemahiran tinggi dalam kerangka pembentukan Model Ekonomi Baru.
Tarikh : 12 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM
Penceramah : YBhg.Al-Fadhil Ust. Abdul Mutalib bin Abdul Rahim Al-Hafiz (Pegawai Tadbir Agama Daerah Segamat)
Kelab-kelab, persatuan-persatuan juga PTJ-PTJ dijemput untuk menyertai perarakan yang akan bermula jam 8.00 pagi di kawasan Pusat Kokurikulum Sukan & Kebudayaan. Kepada Non-Muslim juga di harapa tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama berarak di sepanjang jalan di UTHM, pupukan semangan perpaduan bermula dari sini.
Sama-sama kita menjayakannya.
Pihak Pro-Mahasiswa akan memobilasi mahasiswa sebanyak mungkin penyertaan didalam perarakan tersebut demi menjayakan program-program Universiti.
1 Mac 2010, Isnin- HOSPITAL BATU PAHAT: Menyedari kebajikan para pelajar di kampus, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 (MPP) melahirkan rasa prihatin dengan mengunjungi seorang mahasiswa UTHM yang sebelumnya ditemui pengsan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) pada 26 Feb 2010 dan dikejarkan ke Hospital Batu Pahat minggu lalu.
Pada awalnya, rawatan diperingkat PKU mengenalpasti pelajar tersebut sebagai pesakit asthma sahaja. Namun, sesudah pengsan dan dibawa ke Hospital Batu Pahat, doktor mengesahkan bahawa peparu pelajar tersebut dijangkiti bakteria dan berada dalam keadaan yang kritikal sehinggakan perlu ditahan ke unit rawatan khas untuk pemeriksaan selanjutnya.
Oleh itu, Majlis Perwakilan Pelajat sesi 2009/2010 melawat pelajar tersebut dan menghulurkan sedikit bantuan berbentuk sokongan kepadanya. Setakat ini, pihak Universiti juga prihatin dengan menyara kos perubatan pelajar tersebut. Demikianlah keprihatinan semua pihak terhadap kebajikan para pelajar di Universiti Tun Hussein Onn
Pihak pro-Mahasiswa dimaklumkan bahawa mahasiswa yang ditahan dihospital itu mengalami kesesakan nafas yang teruk akibat daripada udara yang tidak baik memandangkan bahan kimia yang dibebaskan dari kilang yang berdekatan dengan kolej kediaman yang didiami. Beliau menginap di kolej kediaman Tun Dr. Ismail (KKTDI) dimana memaklumkan hampir setaip hari kilang yang membebaskan bahan kimia berupa debu asap menyebabkan nafasnya seringkali sesak dan sukar bernafas.
Oleh itu Pihak Pro-Mahasiswa berharap agar, wakil MPP yang hadir dapat mengusulkan agar membawa isu pembebasan asap kilang ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Ini kerana, seolah-olah asap dari kilang yang berdekatan tidak dikawal dengan pembuangannya yang mengakibatkan masalah kesihatan para pelajar dan masyarakat luar mengalami kesakitan sesak nafas, radang dan lain-lain.
6 MAC 2010 - ESSET BANGI. Perjumpaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA sesi 2009/2010 bersama Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) telah diadakan di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Kajang, Selangor. Alhamdulillah, dalam perjumpaan berkenaan pelbagai isu perbincangan yang telah dibincangkan oleh seluruh kepimpinan pelajar MPP IPTA sesin2009/2010.