Pro Mahasiswa

Thursday, October 30, 2008

Pilihan Raya Kampus...Suatu pengenalan.

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Bahang Pilihan Raya Kampus (PRK) kian terasa. Dengan hempasan Tsunami politik sewaktu pilihan raya umum mac lalu memberikan kesan yang besar kepada lanskap bukan

sahaja politik Malaysia, malah politik kampus.
Masyarakat umum terutamanya aktor-aktor parti politik
kini mengalihkan pandangan mereka kepada Pilihan Raya
Kampus (PRK). Mungkin kerana itu, tarikh PRK di
kampus-kampus utama menjadi teka-teki kepada umum,
malah ini adalah sejarah kerana PRK paling lewat yang
pernah dilaksanakan.

Perbahasan kepada PRK bukanlah satu perkara yang boleh
dianggap enteng, kerana ianya bakal memberikan imej
dan mesej daripada umum terhadap apa yang berlaku
kepada politik tanah air. Hipotesis yang boleh kita
buat adalah jika kelompok yang dikatakan Pro-Mahasiswa
menang maka memberikan imej mengiyakan bahawa berlaku
‘Political Swing’ atau perubahan angin politik kepada
politik tanah air, rakyat mula untuk menolak
pemerintah yang ada, dan begitulah sebaliknya jika
kelompok aspirasi masih menang, maka akan menunjukkan
bahawa status-quo politik semasa adalah bersifat
sementara dan selesa kepada pemerintah. Mungkin
begitulah, cakap-cakap umum yang menjadi perbualan
hangat berhubung dengan PRK.

Kita tidak boleh nafikan bahawa faktor politik kampus
memberikan kesan yang besar kepada politik luar. Ini
adalah kerana dorongan kepada apa yang berlaku di
politik luar turut tercetus kerana Mahasiswa, selaku
pengundi golongan muda yang rata-rata memberikan mesej
yang besar kepada parti pemerintah sewaktu PRU-12 yang
lepas. Ini juga dapat kita lihat secara jelas, bukan
sahaja di Malaysia malah serata dunia termasuk
Indonesia.

Di Indonesia, jika berlaku Pemilihan Umum PEMILU,
parti-parti yang bertanding perlu untuk mendapat
mandat dan lobi daripada 3 badan terbesar Negara
tersebut. Pertama adalah Muhammadiyyah, kedua,
Nahdatul Ulama dan Ketiga adalah Mahasiswa.
Ketiga-tiga entiti ini menentukan jatuh bangun
sesebuah regim bukan sahaja kerana bilangan mereka
besar tetapi juga kerana mobilasi serta suara besar
yang mereka miliki. Peristiwa Reformasi 1998,
menjatuhkan rejim Suharto, memberikan coretan sejarah
betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh mahasiswa.

Di Malaysia, kita punya sejarah yang begitu besar
terhadap peranan mahasiswa membentuk politik Negara.
Malah sewaktu penggabungan PAS dan Perikatan satu
ketika dulu, menjadikan Negara kita kelompongan, vakum
terhadap makenisme ‘Kebertanggungjawapa
n’ dan Check
and Balance di dalam politik Negara.

Pada ketikaitulah, badan-badan mahasiswa, seperti Persatuan

Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan
Bahasa Melayu (PBMUM), Persatuan Kebangsaan Pelajar
Malaysia (PKPM) dan beberapa yang lain diangkat oleh
rakyat bagi mengisi vakum kelompongan tersebut.
Persatuan mahasiswa ini bertindak persis sebuah parti
pembangkang di dalam sistem demokrasi. Isu kemiskinan,
rasuah, kebajikan, hak pekerja, petani, pendidikan,
Bahasa Melayu, dan politik tanah air menjadi
perjuangan dalam politik gerakan mahasiswa. Pada
ketika inilah mahasiswa diberi gelaran sebagai
“Mahasiswa juru Bicara Ummah”.

Namun demikian, menarik untuk kita lihat kepada
fenomona hari ini. Secara tuntas, bermula pasca 1975,
dimana ketika inilah AUKU seperti mana adanya sekarang
dipinda dan dilaksanakan kepada Mahasiswa dan
Universiti. Kerana kuatir dengan peranan besar yang
mampu dimainkan mahasiswa, lantas diadakan
undang-undang ini untuk mengekang pergerakan
mahasiswa. Kalau ingin dibicarakan kesan AUKU kepada
mahasiswa dan universiti pasti banyak yang ingin saya
perkatakan.

Namun, apa yang saya ingin beri penekanan adalah salah
satu daripada kesan buruk AUKU, mahasiswa mula
disibukkan dengan politik pilihanraya kampus yang
secara tidak langsung mendatangkan kesan negatif
terhadap perpaduan mahasiswa. Seringkali mahasiswa
terjebak dengan semangat kepuakan yang masing-masing
cuba mengangkat darjat puak mereka pada masa yang sama
memperlekeh puak yang lain. Di mana-mana sahaja
apabila menjelangnya pilihanraya, akan wujud dua
kelompok besar yang saling berlawanan antara satu sama
lain. Malah ketegangan tetap berterusan di luar musim
pilihanraya kerana setiap kelompok akan berebut-rebut
mencari ahli bagi terus menyokong dasar perjuangan
masing-masing.

Kesan daripada ini, aktivisme dan perjuangan mahasiswa
seperti yang saya nyatakan tadi hanya tinggal
nostalgia dan sejarah. Hal ini didokong oleh tulisan
John L Esposito, “ Islam and Democracy”. Buku ini
menarik untuk kita baca, kerana Esposito memberikan
kes studi yang berlaku kepada gerakan Islam di Negara
yang pelbagai termasuk Malaysia. Di dalam hal ini,
saya dapat simpulkan bahawa, kayu ukur yang menentukan
kekuatan satu-satu jemaah atau kelompok adalah
ditentukan siapa yang memegang kepimpinan kampus.
Kepimpinan yang diangkat melalui PRK, menjadi kayu
ukur dan gambaran bahawa satu-satu kelompok itu kuat.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan Esposito,
tetapi jika kita bertanya dengan ikhlas mengenai
persoalan PRK, sebenarnya ia adalah pergelutan untuk
mendapat kuasa demi memberikan imej siapa yang lebih
kuat. Gerakan Mahasiswa Islam di Indonesia, yang
ketika ini diketuai kepimpinan kampusnya oleh kelompok
yang dikatakan ‘Ikhwan’ iaitu Kumpulan Aksi Mahasiswa
Islam KAMMI sayap mahasiswa kepada Partai Keadilan
Sejahtera PKS, begitu juga di Indo-India, Bangladesh
dan Pakistan, politik kampusnya dikuasai oleh Chatra
Shibir, sayap Mahasiswa kepada Jamiat Islami. Chatra
Shibir berdepan dengan kelompok Sosialis dan Sekular,
dikalangan anggotanya ada yang syahid, dibunuh iaitu
berjumlah seramai 132 orang, salah satu faktornya
adalah kerana pilihan raya kampus.

Lebih malang di Malaysia adalah kerana kita ada dua
faktor, pertama adalah AUKU yang membentuk sistem dan
kerangka pemikiran mahasiswa secara self-centered dan
faktor kedua adalah faktor kepuakkan yang banyakkanya
adalah untuk menunjukkan siapa paling berkuasa di
kampus. Ketika ini pelbagai kelompok yang hidup dalam
kampus, ada yang basis Islam, ada yang basis parti
politik, dan ada yang disifatkan neutral bakal beradu
kekuatan dan pengaruh.

Walau apapun basis dan alasannya, saya tidaklah
bermaksud untuk menolak mentah-mentah pilihan raya
kampus PRK, tetapi saya menyeru mahasiswa kepada
perubahan budaya dan pemikiran politik kampus. Prinsip
saya adalah kepada 3 prinsip perubahan asas iaitu
politik Fastabiqul Khairat, politik ilmu dan terakhir
adalah politik objektif.

Politik fastabiqul Khairat adalah asas kepada politik
Islam seperti yang telah di landaskan oleh Quran,
malah di dalam hadith Shahih Bukhari dan Muslim“
Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap persoalan
kaum muslimin ia bukan di kalangan mereka”. Ditambah
lagi oleh Imam Ibn Al-Qayyim mengetengahkan pendapat
Imam Abu al- Wafa’ b. Aqil al-Hanbali tentang politik
yang berbunyi :

Politik ialah satu perbuatan yang kedudukannya di
tengah-tengah manusia boleh mendekatkan mereka kepada
kemaslahatan dan menjauhkan mereka dari kerosakan,
selagi tidak bercanggah dengan undang-undang syariat.”

Ibn al –Qayyim sendiri berpendapat , “Politik yang
adil mustahil bercanggah dengan undang-undang syariat.
Ia haruslah selaras dengan matlamat syariat,malah
merupakan sebahagian dari syariat.Beliau menambah lagi
menyatakan pada asasnya politik merupakan syiar
keadilan yang diajarkan Allah dan Rasul-Nya.”(At-Turuq
al-Hukmiyyah fi as-siyasah as-shari’iyyah.)

Asas kepada Politik Fastabuqul Khairat adalah mengejar
perjuangan mendaulatkan agama dalam asas tunjangan
syariat. Jangan pula perjuangan mendaulatkan agama
dalam kefahaman Machiavelli, perjuangan nama agama
tapi tindakan langgar agama, seperi fitnah, adu domba
dan perbalahan.

Prinsip perubahan kedua adalah Politik ilmu, idea atau
Intelek. Hal ini adalah merupakan asas penting dalam
kepimpinan Mahasiswa. Kepimpinan Mahasiswa tidak
sahaja perlu karisma, dan petah berpidato tetapi pada
hemat saya soal ‘Intelectual Leadership’ di dalam
berbahas idea, berhujah membela kebenaran, agresif di
dalam mengangkat budaya ilmu di universiti adalah
merupakan ajakan penting di dalam perubahan politik
kampus.

Prinsip terakhir yang saya ingin lontarkan adalah
politik objektif. Sandaran kepada politik objektif
adalah idealisme mahasiswa. Mahasiswa seharusnya
diberi hak untuk berpatisipasi, dan cenderung kepada
mana-mana parti, kerana itu adalah hak setiap
warganegara yang cukup syaratnya dalam perlembagaan.
Namun demikian, adalah menjadi sesuatu yang merugikan
jika penglibatan mahasiswa di dalam mana-mana kolompok
termasuk parti politik, mengongkong dan menyempitkan
ruang potensi, akal, idealisme dan aktivisme
mahasiswa.

Contoh yang mungkin boleh diambil adalah mahasiswa
United Kingdom. Hampir setiap mahasiswa mempunyai
parti yang disertai mereka samada Parti Buruh atau
Konservatif. Dalam hal ini, yang menarik adalah pihak
universiti sehinggakan memberi cuti khas malah diberi
kredit untuk mereka yang mempunyai program politik
atau agenda khas dalam politik. Namun demikian apa
yang menarik adalah, walaupun mereka menyertai
satu-satu parti, tetapi idelisme Mahasiswa itu tadi
tetap menjadi asas pokok. Sebagai contoh, mereka
mempunyai Parlimen Mahasiswa, National Union of
Student, yang mana rata-rata ahli parlimen mahasiswa
ini mewakili kelompok mahupun parti masing, tetapi
ahli parlimen tersebut boleh bercanggah pandangan
dengan parti itu jika parti itu bercanggah dengan
idealisme mahasiswa.

Di penghujung tulisan ini, saya menyeru agar mahasiswa
yang amanahnya sebagai satu golongan cerdik pandai
yang berada di tengah-tengah masyarakat perlu berusaha
bersungguh-sungguh untuk mengembalikan martabat
mahasiswa bagi kepentingan Ummah. Bukan untuk
satu-satu tujuan sempit semata-mata. Perubahan di
dalam pilihan raya dan politik kampus harus dilaksana.


Wednesday, October 29, 2008

Good Luck for final exam!







Sempena minggu peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi, persiapkan diri kita dengan bekalan yang secukupnya. Usaha semaksimum mungkin dan berserah kepadaNya atas apa pencapaian yang akan kita dapat nanti. Mungkin perancangan kita memang yang paling "ideal" tapi kita tahu sebaik-baik perancangan adalah dariNya. so, manfaatkan masa yang ada dan gunakanlah "study week" dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan usaha kita.

Namun kita jangan lupa pemilihan kepimpinan kampus yang akan di adakan pada semester hadapan. Pada kali ini, kita inginkan kepimpinan kampus (MPP) yang membawa suara mahasiswa dan dalam masa yang sama mempunyai idealisme sendiri. Justeru, capailah sebaik mungkin untuk peperiksaan kali. Kepada mana-mana mahasiswa yang ingin menjadi calon pada pemilihan yang akan datang, kami Pro-m UTHM amat mengalu-alukan. Yang pasti perjuangan anda adalah untuk mahasiswa dan mempunyai idealisme sebagai mahasiswa.

Kemunculan Pro-m UTHM bukanlah ingin bermusuhan dengan sesiapa pun. Kami hanya sekelompok mahasiswa yang inginkan ketulusan dan keadilan pada pilihanrayakampus dan seterunya dalam kepimpinan kampus nanti. Sesungguhnya kami menjunjung tinggi Visi dan Misi Universiti dan kemunculan kami adalah sebagai wadah dalam perjuangan mahasiswa.

Nantikan kemunculan kami!!!




Saturday, October 25, 2008

Tahniah! UTHM semakin di iktiraf.

HASIL PENYELIDIKAN UTHM DIIKTIRAF DI PERINGKAT DUNIA

Alexandra Palace, London – Hasil penyelidikan UTHM terus berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat dunia apabila 4 produk hasil penyelidikan UTHM yang menyertai British Invention, Innovation and Technology Show 2008 (BIS’08) pada 15 hingga 18 Oktober 2008 di Alexandra Palace, London telah berjaya diiktiraf menerima 3 pingat emas dan satu pingat perak. Kejayaan ini bertambah manis lagi apabila produk Modified Grouting Polymer (M.G.P) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Idrus bin Mohd Masirin turut dinobatkan sebagai penerima Special Award-Double Gold bagi kategori consumer.

Penyertaan UTHM dalam BIS’08 ini adalah kali yang pertama dan kemenangan yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa kualiti hasil penyelidikan UTHM semakin mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.



berita selanjutnya, sila klik disini

Wednesday, October 15, 2008

Tahniah kepada Naib Cencelor baru UTHM

Setelah hampir lima bulan(bermula 1 jun 2008) kerusi Naib Cencelor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di pangku oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM, Prof. Dr. Hashim bin Saim, akhirnya teka -teki kekosongan kerusi Naib Cencelor terjawab dengan pelantikan Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh.

Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 16 Oktober 2008. Beliau adalah Mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh bin Dalimin, 56 tahun, merupakan anak kelahiran Johor yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah dari Imperial College of Science, Technology and Medicine, London dalam bidang Fizik. Beliau pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMS pada tahun 1998 sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UMS pada tahun 2005.

Seluruh warga kampus khususnya mahasiswa UTHM menyokong penuh akan perlantikan beliau dan berharap agar Naib Cencelor yang baru dapat meneruskan perjuangan dan pembaharuan yang di lakukan Prof. Dato' Dr. Haji Ismail bin Haji Bakar dalam menjadikan universiti ini adalah salah satu daripada IPTA yang di segani di negara kita.


 
 

Tuesday, October 14, 2008

Proses pembuangan undi di UPSI ditangguh..

Naib Canselor UPSI, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob telah mengarahkan agar pembuangan undi di UPSI akan ditangguh dari 17 okt kepada 21 okt atas dasar tempoh masa yang singkat untuk berkempen. Sebelum ini, calon hanya ada masa 2 hari sahaja untk berkempen tapi setelah dibuat penangguhan ini, calon akan mempunyai masa selama 6 hari untuk berkempen.

lawati : Terkini UPSI

Monday, October 13, 2008

Laporan terkini PRK di UPSI.

Tanjung Malim, 13 Oktober - Menurut seorang daripada bakal calon bagi Pilihanraya Kampus Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), terdapat dua orang bakal calon ASPIRASI yang pernah melanggar peraturan PRK tahun lalu.

Beliau yang ingin namanya dirahsiakan mendakwa kedua-dua calon tersebut pernah menjadi jentera Aspirasi dan mengedarkan risalah yang tercatat nama-nama calon Aspirasi bagi PRK tahun lepas.

Sumber dari blog UPSIKINI menyebut beliau sebagai berkata, pendedahan tersebut adalah untuk memastikan mahasiswa memilih pemimpin yang terbaik dan tidak bermaksud untuk membalas dendam.

Perbuatan tersebut menurut beliau lagi, melanggar peraturan PRK kerana perbuatan berkempen adalah dilarang sama sekali selepas tamat tempoh berkempen. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak diambil tindakan oleh sekretariat PRK UPSI.

“Saya lihat dan kenal mereka. Semasa kejadian saya berada di situ dan menengking mereka. Saya tidak terkejut mereka bertanding pada PRK kali ini kerana mereka memang terkenal sebagai pengikut paling setia MPP lepas tetapi saya akan mendedahkan perkara ini sekiranya mereka bertanding nanti.” kata beliau.

UPSI bakal menyaksikan permulaan kepada Pilihanraya Kampus pada 14 Oktober 2008 sebagai hari penamaan calon. Hari pembuangan undi bagi mahasiswa dan mahasiswa UPSI pula adalah pada 17 Oktober 2008 -Mahasiswakini

Saturday, October 11, 2008

Pilihanraya Pada Kali Ini Tidak Diadakan Serentak!!!


Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pilihanraya kampus (PRK) yang sebelum ini diadakan serentak di semua universiti. Tapi apa yang sangat mengejutkan adalah pertama sekali dalam sejarah, PRK pada kali ini tidak diadakan serentak dan dipecahkan kepada 2 fasa. Fasa pertama adalah pada 16 Oktober ini dan ianya hanya melibatkan beberapa kampus iaitu UMT,UMP, UMK dan UDM sahaja. Manakala kampus lain termasuk UTHM akan diadakan pada Januari tahun hadapan.

Berikut adalah beberapa fakta yang telah kami ringkaskan mengenai PRK :

1) KPT mengarahkan supaya nama Pilihanraya kampus kepada Pemilihan Majlis perwakilan pelajar. Tujuannya adalah untuk memastikan PRK kali ini tidak menjadi tumpuan media dan umum. Ini kerana kalimat PRK ini sebenarnya bleh dikatakan setanding dengan kalimat PRU (Pilihanraya umum). Dengan kata lain, KPT tidak mahu mahasiswa merasai PRK ini seperti PRU di luar sana dan bagi mereka cukuplah sekadar kalimat pemilihan, seperti pemilihan ketua kelas sekolah rendah..

2) KPT mahu menukarkan kalimat Mahasiswa kepada pelajar saja kerana mereka sedar kalimat mahasiswa ini boleh menimbulkan rasa terhormat yang tiggi di kalangan mahasiswa.

3) KPT telah menaburkan
belanjawan yang banyak kepada jentera Aspirasi sedangkan calon dari jentera selain Aspirasi dianak tirikan.

4)KPT mengarahkan hanya
HEP saja yang boleh mengluarkan poster calon. Kreativiti Mahasiswa dalam menyediakan poster calon adalah dilarang. Cukuplah sekadar poster A4 dari HEP. Bukankah perkara ini membantutkan kreativiti Mahasiswa dan kata lain mahasiswa harus disuap sahaja...

5) KPT juga mengarahkan supaya calon yang bukan bertanding atas tiket Aspirasi tidak dibenarkan
bertanding secara berkumpulan kerana mereka takut perkara ini boleh menimbulkan kekuatan dikalangan mahasiswa yang mempunyai idealisme yg sama.

Terlalu banyak sekatan yang mereka buat bagi mengelakkan kekalahan secara besar-besaran dan serentak di pihak Aspirasi yang sememangnya menjadi kambing hitam HEP dan KPT yang ditunjangi pihak tertentu.

Sumber : Taktik jahat KPT kendali PRK.

Friday, October 10, 2008

Pilihan raya kampus: Mahasiswa bantah di Kementerian Pengajian Tinggi


Lebih 100 mahasiswa berhimpun di pekarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyampaikan tuntutan mereka khususnya mengenai Pilihan Raya Kampus (PRK) tidak lama lagi. Iklan

Antara fokus utama perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) pada kali ini adalah untuk mendesak KPT mengumumkan segera tarikh PRK secara rasmi.

Dengan laungan 'student power' yang bergema di seluruh parcel E, Putrajaya tersebut cukup untuk menggambarkan amarah dan semangat anak-anak muda di menara gading yang menuntut pilihan raya kampus dijalankan dengan suasana demokrasi yang sebenar.

Selanjutnya : Mahasiswa bantah di Kementerian Pengajian Tinggi

Thursday, October 9, 2008

Mahasiswa sambut baik keputusan Pak Lah

“Seseorang pemimpin yang tidak mendapat kepercayaan dari ahli bawahannya untuk mengetuai parti semestinya meletakkan jawatan kerana tiada guna kagi jika memimpin tanpa sokongan dan dokongan daripada ahlinya.Pak Lah mengalami situasi ini dan dia telah melakukan tindakan tepat”
-Hafez Sabri, Presiden Bersatu Perak

Sumber : Mahasiswakini

Salam perkenalan dari Pro Mahasiswa UTHM.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. salam perkenalan dari kami kepada mahasiswa/i Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM.

Mungkin ramai dikalangan masyarakat kampus kita yang tidak lagi mengenali apa itu Pro-M ataupun Pro Mahasiswa.

Pro M uthm adalah satu pakatan mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai kaum yang bersama-sama memacu arus politik kampus dan juga membawa idelisme mahasiswa ke masyarakat kampus.

Pilihanraya kampus boleh dikatakan wadah atau laluan utama kita untuk melantik majlis perwakilan pelajar yang betul-betul komited untuk membawa suara mahasiswa kepada pihak pentadbiran universiti, khususnya Pejabat Hal Ehwal Pelajar, HEP.

Kita tidak mahu MPP yang hanya mengikut telunjuk dan menjadi kambing hitam HEP sehingga suara sebenar mahasiswa tenggelam di bawa arus kebobrokan pihak pentadbiran.

MPP adalah wakil Mahasiswa untuk bersuara kepada pihak pentadbiran, bukannya hanya suara HEP untuk mahasiswa. Oleh kerana terlalu mengikut arahan dan tiada prinsip idelisme yang kukuh, banyak isu-isu dikampus tidak dapat diketengahkan sehingga nasib kita sebagai mahasiswa tergadai begitu sahaja.

Dengan ini, sebagai permulaan perjuangan Pro mahasiswa UTHM, kami mengharapkan kepada semua masyarakat kampus untuk bersama-sama kami dalam membawa dan memacu arus perubahan di kampus kita yang tercinta ini. We love UTHM.

Nantikan pelancaran Pro Mahasiswa UTHM.

"Dari mahasiswa untuk Mahasiswa"