Pro Mahasiswa

Wednesday, April 25, 2012

UNIMAP Tidak Hormat Pindaan AUKU


Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Mohd Taufiq Abdul mengecam tindakan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menggantung Mohd Izuwan Zaini, 25, pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Perlis (Unimap) selama 66 hari kerana didakwa menganjurkan suatu perhimpunan “Watch 13″.
Selain digantung, Izuwan juga turut dijatuhkan hukuman amaran keras dan denda RM100. Beliau telah didakwa kerana telah mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada kampus berkenaan.
Pada 13 Januari yang lalu di sebuah restoran di Kangar sekumpulan mahasiswa mengadakan sidang media yang melibatkan gabungan 14 kumpulan mahasiswa daripada Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Gabungan tersebut diberi nama Watch 13 ditubuhkan untuk membangkitkan kesedaran berhubung kepentingan keluar mengundi dalam pilihan raya.
Pembicaraan Izuwan diadakan pada 21 April lalu, dua hari selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti 1972 dipinda di Dewan Rakyat iaitu akan memberi kebenaran kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai dan menjadi ahli dan memegang jawatan sebarang parti politik. Tindakan Unimap ini tidak menghormati pindaan AUKU yang telah dibahaskan di Dewan Rakyat.
Tindakan pentadbiran Unimap  juga adalah bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang  memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan.
Selain itu,  tindakan ini juga tidak menggambarkan Malaysia sebagai salah satu anggota Majlis Hak Asasi Manusia yang telah mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
Kami memohon Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin supaya mendesak pentadbiran Unimap supaya menarik semula hukuman yang dikenakan terhadap Mohd Izuwan Zaini selaras dengan pindaan AUKU yang telah dibahaskan demi memastikan kematangan mahasiswa untuk berfikir.
Kita diperingkat mahasiswa akan mengadakan himpunan besar-besaran bagi mendesak Unimap menarik semula hukuman yang dikenakan itu.
Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Mohd Taufiq Abdul


sumber:siswanews01.blog.com

Saturday, April 21, 2012

PTPTN: Apa Kata Mahasiswa


Monday, April 16, 2012

JUJURKAH PENDIRIAN PIHAK PENTADBIRAN UNIVERSITI BERKAITAN KES UTHM 3?


Penolong Naib Canselor UTHM Prof Amir Hashim Mohd Kassim 

Kenyataan Penolong Naib Canselor UTHM Prof Amir Hashim Mohd Kassim pada 6 April di Malaysiakini:

“Mengulas mengenai kehadiran timbalan menteri itu menyampaikan ceramah yang di dakwa berbaur politik di program itu, Amir Hashim mengesahkan pihak universiti ada menjemput ketua penerangan UMNO itu. Bagaimanapun,tegas Prof Amir Hashim kandungan ucapan Ahmad yang didakwa berbaur politik itu adalah “luar kawalan” pihak universiti memandangkan beliau (Ahmad) merupakan ahli politik.Prof Amir Hashim menjelaskan, pihaknya telah pun memaklumkan  kepada Ahmad dan pegawainya supaya bercakap mengenai “kecemerlangan akademik” supaya pelajar mahu maju kehadapan. 

Kita tidak tahu,bila ahli politik bercakap kita tak boleh kawal. Jadi pada pandangan pelajar, ia sudah menimbulkan persepsi lain,” katanya sambil menambah pihaknya tidak ada niat untuk memaksa pelajar datang ke program berkenaan.(Sumber:Malaysiakini 6 April 2012).


(Sumber:Malaysiakini 6 April 2012)


Berikut merupakan ulasannya pada keesokkan harinya,7 April 2012 kepada wartawan akhbar Sinar Harian:
“Cuma apa yang kami kesalkan tentang tindakan mereka dalam menyalurkan perasaan tidakpuas hati.Mereka ini adalah siswa yang terpilih dan pastinya mampu berfikiran matang,”
Amir Hashim menjelaskan, pihaknya tidak memaksa pelajar mengikuti program dianjurkan seperti yang didakwa, selain masih menyiasat siapa yang memadamkan lampu.

“Sebenarnya kami menganjurkan forum pengantarabangsaan dengan memanggil Timbalan Menteri di JabatanPerdanaMenteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno untuk berkongsi pengalaman beliau bersesuaian dengan tajuk. “Namun, perkara ini disalah erti segelintir pelajar yang mengatakan ia berunsur politik,”(Sumber: Sinar Harian, 7 April 2012)

(Sumber:Sinar Harian, 7 April 2012)

Berikut antara maklumbalas yang diperoleh hasil luahan seorang mahasiswa yang terlibatdalam program tersebut," Bersesuaian dengan tajuk? Ini sebahagian daripada artikel yang betul-betul tidak boleh diterima .Kami ada dalam dewan itu dan didalam “presentation” Datuk Ahmad Maslan boleh dikatakan 80 % ada gambar bendera umno yg berkibar. Dapatkah bangkai gajah akhirnya ditutup dengan sempurna? Di satu sudut memberi kenyataan lain dan di satu sudut kenyataan lain.
Sama-sama fikirkan 

::Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa::