Pro Mahasiswa

Sunday, January 31, 2010

Perang poster di UTHM




Demokrasi UTHM bersinar dalam pilihanraya kampus 2010


Parit Raja, 31 Jan : Melihat perkembangan terkini kempen dari pelbagai calon ketika ini, sudah terpancar akan wujud suatu perubahan pada landskap politik kampus di UTHM. Politik yang di maksudkan bukanlah melibat kuasa-kuasa parti politik luar tetapi menjurus kearah kecenderungan mahasiswa memanfaatkan demokrasi disamping keinginan mengharapkan kepimpinan tertinggi mahasiswa yang terbaik untuk semua.

Dengan penyertaan 22 orang calon merebut 9 kerusi umum, ianya telah menggambarkan suatu perkembagan positif dalam suasana demokrasi yang ada. Ini di sokong lagi dengan gerakan Pro Mahasiswa UTHM yang terus menjadi pilihan dan perhatian warga kampus pada pilihanraya kali ini.Dalam pada itu,beberapa mahasiswa di temui telah memberi pandangan perlunya perubahan kepimpinan MPP pada kali ini.

Seorang pelajar kanan yang di temui berkata, " Pada Kepimpinan MPP yang lepas, kita melihat tiada MPP yang agak berkaliber sehinggakan jawatan YDP pun boleh berubah-ubah walhal watikah telah dibuat.Tidak dapat dinafikan ada seorang dua yang berperanan tetapi majoritinya di sebaliknya. Apabila di selidik,rupa-rupanya kepincangan ini berlaku sebab tiada wakil pro mahasiswa dalam MPP ketika itu.Berbeza pada pilihanraya kali ini, di fahamkan Pro Mahasiswa telah menghantar calonnya untuk bertanding. Jadi tidak salah sekiranya undi saya pada kali ini adalah untuk calon-calon pro mahasiswa dan saya mengharapkan rakan-rakan yang lain juga berpendirian sama seperti saya."

"Walaupun kami pelajar baru, kami nampak memang ada sekumpulan yang berjaya menghidupkan suasana politik kampus di UTHM.Persaingan dalam pilihanraya kali ini memang agak menarik. Walaupun inilah kali pertama saya akan keluar mengundi, saya tidak ragu-ragu memberi undi saya pada calon-calon Pro Mahasiswa ", Ujar pendapat seorang pelajar tahun satu ketika di temui oleh wakil pro mahasiwa.

Seorang wakil kelab yang ditemui juga berpendapat kelihatan akan berlaku suatu momentum perubahan dalam pilihanraya kali ini. "Seolah-olah tunami politik yang berlaku pada Mac 2008 dalam politik negara akan melanda UTHM pada kali ini. Perubahan yang diharapkan bukanlah untuk pepecahan tetapi memantapkan lagi perjuangan tulen mahasiswa di kampus dan kita yakin calon-calon mahasiswa mampu membuktikannya"

Melihat suasana hari kedua berkempen setakat ini, memang terdapat letusan politik kampus yang dilakukan oleh mahasiswa UTHM. Pro mahasiswa UTHM mempunyai masa tiga hari lagi untuk meyakinkan warga kampus supaya undi mereka adalah undi untuk mahasiswa. Dalam menghitung hari sebelum waktu mengundi, pro mahasiswa mengharapkan seluruh penyokong dan pendukung pro mahasiswa melipatgandakan gerak kerja tetapi dalam masa yang sama akademik juga jangan diabaikan.

Friday, January 29, 2010

Waktu Berkempen Bermula Esok Pagi

Tanggal 30hb Januari, bermulalah waktu berkempen bagi calon-calon yang bertanding dalam Pilihanraya Kampus UTHM 2009/2010. Semua poster, manifesto dan juga banner calon yang bertanding sudah boleh dipasang disekitar kampus UTHM ini.

Petang tadi, segala poster-poster serta manifesto telah dikeluarkan oleh pejabat HEP. Sebanyak 400 poster dan 100 manifesto dikeluarkan oleh HEP. 500 bahan kempen itu diberikan percuma kepada setiap calon yang bertanding. Namun ianya agak mengecewakan bagi sesetengah calon yang tidak bertanding diatas tiket Aspirasi (calon pilihan HEP).

Menurut salah seorang calon bebas (bukan pilihan HEP), poster milik beliau yang dikeluarkan oleh HEP kelihatan amat buruk sekali. Seolah-olah mereka melakukan dengan sambil lewa. Gambar pada poster berkenaan juga hodoh sama sekali jika dibandingkan dengan calon-calon yang lain. Menurut beliau lagi, gambar didalam poster tersebut juga mengandungi karbon-karbon hitam yang mencacatkan lagi design poster tersebut.

Seorang lagi calon yang bertanding pada Pilihanraya Kampus sesi ini juga mendapati terdapat kesilapan pada poster beliau iaitu pada bahagian fakulti. Dimana pihak HEP telah mengeluarkan poster yang pertama beliau dengan meletakkan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, walhal beliau bukanlah dari fakulti berkenaan. Menurut beliau lagi, beliau bernasib baik apabila menyedari perkara itu pada pukul 3.30 petang tadi. dan proses percetakan semula memakan masa selama setengah jam.

Cuba mahasiswa-mahasiswa bayangkan.
Bagaimana kalau beliau mempunyai kelas pada waktu berkenaan habis jam 5 petang dan datang ke HEP mengambil poster pada waktu berkenaan?
Dengan kesilapan pada posternya, bagaimana ingin diperbetulkan pada waktu habis pejabat?
Tentulah beliau akan terpaksa menggunakan poster (yang mempunyai kesilapan) itu juga semasa hari berkempen.
Dan pihak Pro-Mahasiswa menjangkakan, jika andai calon tersebut menang akan ada bantahan dari pihak lawan selepas sahaja dari pengumuman tersebut.

Pihak Pro-Mahasiswa sekali lagi memohon agar pihak HEP mengendalikan Pilihanraya Kampus ini dengan lebih telus dan jujur. Pihak HEP juga diminta agar tidak berat sebelah terhadap mana-mana calon yang bukan dari pilihan mereka.

Ayuh mahasiswa-mahasiswa sekalian, bangunlah dan tunaikanlah hak anda semasa Pilihanraya Kampus sesi ini. Kuasa pemilihan calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar adalah milik mutlak mahasiswa-mahasiswa UTHM bukannya dipilih oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.

Maka, pilihlah calon-calon berdasarkan kemampuan dan pakej yang ada pada mereka bukannya pada design-design poster yang dikeluarkan.

-Mahasiswa nadi Universiti-

Thursday, January 28, 2010

Memorandom mengenai sesi bantahan kepada TNC

Salam Perjuangan Mahasiswa

Ketika berlakunya sesi bantahan berlaku ketika sele

29 Januari 2010: Salah seorang calon yang bertanding dalam Pilihanraya Kampus ini telah menghantarkan memorandom bantahan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Memorandom ini bertujuan untuk menyatakan rasa kurang puas hati mahasiswa yang terlibat pada hari penamaan calon tersebut. Ia berkaitan tentang proses bantahan terhadap calon yang bertanding semasa proses bantahan dibuka.

Maka mahasiswa yang terlibat dalam penamaan calon kali ini telah membuat beberapa bantahan terhadap borang calon yang tidak lengkap dan mempunyai kesalahan berdasarkan peraturan yang telah dinyatakan dalam buku panduan pemilihan MPP sesi 2009/2010. Malangnya bantahan yang dibuat oleh calon, pencadang dan penyokong calon ditolak oleh pihak urusetia pemilihan tanpa alasan yang konkrit. Padahal bantahan yang dibuat merupakan kesalahan yang besar dan sepatutnya diterima. Berdasarkan pemilihan sesi yang lepas, kesalahan seperti ini biasanya diterima dan calon tersebut sepatutnya hilang kelayakan untuk bertanding.

Antara perkara-perkara yang dibangkitkan dalam memorandom ialah:

Pertamanya, terdapat 7 bantahan yang dikemukakan tetapi hanya 2 bantahan sahaja yang diperbahaskan. Sedangkan dalam peraturan buku garis panduan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010. Perkara 4, Keputusan Bantahan, 4.1 mengatakan bahawa ‘Urusetia Pemilihan akan menyemak setiap bantahan. Perwakilan,Pencadang dan Penyokong akan dipanggil untuk menentukan keputusan bantahan’.

Keduanya, kesalahan mengisi borang dan maklumat yang tidak diperincikan dengan baik. Sebagai contoh alamat perwakilan yang jelas tidak lengkap sepertimana contoh dan panduan mengisi borang penamaan calon yang telah disediakan. Selain itu, kesalahan umur perwakilan yang tidak sama berpandukan nombor kad pengenalan yang dinyatakan didalam borang perwakilan.
Didalam Buku garis panduan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 juga telah jelas mengatakan bahawa,

'BAHAGIAN 5 menjelaskan Bantahan Pemilihan Majlis Perwaklilan Pelajar. Perkara 1.1.1 menyatakan antara bantahan Kelayakan Perwakilan boleh dilakukan atas sebab-sebab berikut :
a.) Borang Penamaan perwakilan tidak lengkap'

Petang semalam calon tersebut dipanggil ke dalam mahkamah rayuan Universiti untuk mendengar penjelasan mengenai status memorandom yang dihantar. Pihak HEP telah mengeluarkan keputusan dengan menolak setiap tuntutan-tuntutan dalam memorandom tersebut. Menurut calon tersebut, beliau agak terkilan kerana tidak diberi peluang untuk berhujah didalam mahkamah rayuan berkenaan. Kedatangan mereka hanyalah untuk mendengar keputusan sahaja.

Pihak Pro-Mahasiswa UTHM berharap agar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dapat memastikan sistem pilihanraya kampus diadakan secara adil dan saksama agar mahasiswa dapat berdiri tegak atas keadilan dan ketelusan pilhanraya kampus yang diadakan pada 4 Februari ini.

-Mahasiswa Nadi Universiti-

Wednesday, January 27, 2010

Pro Mahasiswa UPM menang 11 kerusi


SERDANG, 27 Jan: Pro-Mahasiswa (Pro-M)Universiti Putra Malaysia (UPM) hanya menang 11 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya kampus (PRK) kali ini.

Proses pengundian yang berlangsung semalam menyaksikan calon Pro-M menang di empat fakulti iaitu Fakulti Pengajian Pendidikan, Perhutanan, Ekologi Manusia dan Sains manakala tujuh kerusi umum.
Keputusan diumumkan kira-kira 7.15 petang semalam di Kolej Kediaman Ke-3 UPM.

Peratus mahasiswa keluar mengundi ialah sebanyak 90 peratus dan tempoh mengundi yang sepatutnya tamat pada jam lima petang dilanjutkan sejam sehingga 6 petang bagi memberi laluan kepada mahasiswa yang sedang menghadapi ujian pertama bagi penggal ini.

Pengerusi Pro-M UPM, Ahmad Faris Rakbi berkata, kemenangan bukan faktor utama Pro-M menyertai PRK tetapi apa yang lebih diutamakan ialah kesedaran warga kampus mengenai isu demokrasi dan integriti dalam pilihanraya.

"Alhamdulillah..wwalaupun taidak berjaya membentuk kabinet, tapi kami tetap bersyukur dengan keputusan ini.Bagi kami kemenangan bukan faktor utama kami meyertai pilihanraya ini tetapi apa yang lebih penting ialah kami ingn mendidik warga kampus agar lebih peka dengan isu demokrasi dan demokrasi di kampus,"katanya ketika ditemui selepas keputusan diumumkan."

Namun, Faris megakui agak terkejut dengan keputusan tersebut kerana kebanyakan calon Pro-M yang dijangka menang berdasarkan culaan, kalah.

"Saya agak terkejut kerana calon yang kami jagka menang,tidak menang,"katanya.

Setakat ini, empat kampus termasuk UPM selesai menjalani PRK iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Islam Antabangsa (UIA).
Ketiga-tiga kampus berkenaan dimenangi oleh Pro-M

Kenapa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bukan Pilihanraya Kampus?

Salam Perjuangan Mahasiswa.

Pilihanraya Kampus telah ditukar nama kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Kenapa ini berlaku?
Bagi mereka yang tidak memahami politik kampus, pastinya tidak akan kisah dengan penukaran nama ini. Dalam pemikiran mereka, semuanya adalah sama sahaja. Tidak ada bezanya antara penggunaan perkataan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dengan Pilihanraya Kampus. Mekanisme-nya tetap sama iaitu ada poster-poster di sepanjang laluan pejalan kaki dan pergi mengundi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail pada hari yang telah ditetapkan.

Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran politik kampus, penukaran nama Pilihanraya Kampus kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar amat memberi impak yang besar. Kerana dari perkataan ‘Pilihanraya Kampus’ itu sendiri sudah menterjemahkan segala isi didalamnya berkaitan dengan politik kampus di UTHM. Perkataan ‘Pilihanraya Kampus’ juga memberikan gambaran seperti pilihanraya-pilihanraya diluar (luar dari kampus). Yang mana, disini lah kita dapat merasai suasana pilihanraya yang sebenar. Ianya penting kerana ini akan memberi pengalaman kepada mahasiswa-mahasiswa tentang erti sebenar pilihanraya. Ini kerana, mahasiswa tidak berkesempatan untuk turut bersama didalam pilihanraya-pilihanraya diluar kerana sudah termaktub didalam undang-undang AUKU yang mana telah jelas melarang mana-mana mahasiswa untuk melibatkan diri didalam sebarang pilihanraya sama ada Pilihanraya Kawasan ataupun Pilihanraya Umum.

Maka, disinilah ruang yang terbaik untuk mahasiswa-mahasiswa UTHM menimba pengalaman sebanyak yang mungkin semasa Pilihanraya Kampus UTHM 2010 ini. Jika tidak, ia akan merugikan negara kita sendiri kerana anak-anak muda yang intelek (mahasiswa) inilah yang akan menjadi pewaris kepada kepimpinan Negara sekarang. Jika mereka tidak diberikan kebebasan untuk melibatkan diri dalam politik kampus, dimana lagi mereka ingin menimba pengalaman seperti ini?

Diharapkan pihak pentadbiran universiti dapat menimbang semula cadangan dari pihak kami ini.

-Mahasiswa Nadi Universiti-

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ditunda pada 1hb-4hb/2/2010

Salam Perjuangan Mahasiswa.

Seperti yang para mahasiswa UTHM maklum bahawa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah ditunda ke 1hb-4hb/2/2010 yang mana tarikh yang asal ialah pada 25hb-28hb/1/2010.

Ini kerana seiring dengan seruan kerajaan negeri Johor yang mahu segala program-program dibekukan selama seminggu berikutan dengan kemangkatan Almarhum Duli Yang Mulia Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22hb/1/2010 yang lalu. Kehilangan baginda begitu amat terasa bagi warga UTHM terutamanya kepada anak-anak negeri Johor.

Seiring dengan itu, Timbalan Naib Canselor menyarankan agar semua mahasiswa UTHM berkabung diatas kematian baginda Sultan Johor. Kepada mahasiswa lelaki muslim dikehendaki memakai songkok berlilit kain putih, mahasiswa perempuan muslim pula memakai tudung putih manakala bagi non-muslim dikehendaki memakai kain lilitan hitam di lengan.

Nama calon-calon Pemilihan MPP sesi 2009/2010 telah diumumkan oleh En Abdul Malek Ibrahim, Timbalan Pendaftar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan pada jam 1.25 petang. Setelah selesai pengumuman tersebut, semua yang hadir di dalam DTII telah bergerak ke Dewan Terbuka, UTHM bagi menyaksikan perasmian Sudut Pidato yang disediakan khusus oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar kepada mahasiswa UTHM untuk berpidato.

Sunday, January 24, 2010

Siapa disebalik program 'Juara Rakyat'???

Salam Perjuangan Mahasiswa.
Pihak kami tidak mahu mengulas panjang mengenai 'posting' terbaru ini. Dibawah pihak kami paparkan tentatif program 'JUARA RAKYAT'




Jika mengikut jadual yang ditetapkan, program ini akan diadakan pada hujung minggu ini. Tetapi program ini terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan disebabkan cuti umum pada 23/1/2010 bersempena kemangkatan Duli Yang Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail.

Cuba mahasiswa-mahasiswa sekalian perhatikan tentatif program tersebut. terdapatnya parti politik yang turut bersama menjayakan program ini.

Persoalan yang timbul ialah;
Bagaimana satu parti politik boleh bersama bergabung dengan program universiti?
Apakah menjadi halal bagi undang-undang AUKU jika hanya parti politik tersebut sahaja yang mendominasi program-program universiti?
Tidakkah dikenakan tindakan terhadap staf-staf dan mahasiswa-mahasiswa yang turut bersama dalam program tersebut?

Semua mahasiswa tahu, yang mana didalam undang-undang AUKU terang-terang menyatakan bahawa mahasiswa tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan pari-parti politik!

SOALNYA, SIAPA SEBENARNYA YANG MENCABULI AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU)?

Kami di pihak Pro-Mahasiswa akan mendedahkan perkara yang sebenar sedikit demi sedikit.
Ayuh mahasiswa sekalian! Kita sama-sama perjuangkan hak kita sebagai mahasiswa UTHM.
Selagi nafas dirongga, selagi itu kita akan berada didalam perjuangan ini

-Mahasiswa nadi Universiti-

Friday, January 22, 2010

Lagi konspirasi Aspirasi

Salam Perjuangan Mahasiswa,

Pelbagai cara dan konspirasi yang telah dilakukan oleh pihak Pro-Aspirasi untuk memenuhi setiap impian mereka. Ini kerana mereka begitu terdesak untuk menguasai kerusi-kerusi didalam Pilihanraya Kampus UTHM 2010.
Mereka amat takut akan gelombang kebangkitan mahasiswa yang kian hari kian membara, hanya menunggu masa untuk meletup.

Terbaru, mereka telah mempengaruhi Dekan (disalah satu fakulti yang ada di UTHM) untuk memastikan agenda mereka terlaksana. Antaranya ialah, mereka cuba untuk men'sabotaj' Borang Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar milik individu-individu yang bukan datang dari kelompok Pro-Aspirasi. Mereka telah mempengaruhi Dekan tersebut agar menconteng/menulis sesuatu diatas borang milik individu-individu tersebut.

Borang-borang yang telah diconteng oleh Dekan berkenaan akan memberi impak yang besar ketika proses bantahan dilakukan yakni selepas daripada proses penamaan calon. Kemungkinan besar, borang-borang mereka itu akan dikira batal oleh pihak universiti dan penyertaan mereka sebagai calon juga secara automatik akan dibatalkan.

Dibawah pihak kami lampirkan 3 borang yang telah diconteng oleh Dekan berkenaan. Pihak kami telah 'blank' nama dan no matrik mahasiswa-mahasiswa teraniaya tersebut untuk tujuan keselamatan mereka.





Cuba perhatikan di atas kertas pada sudut sebelah kanan, pihak kami telah 'highlight' tulisan/contengan dari Dekan berkenaan.

Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.

Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok.

Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari. negeri Johor

Pihak Pro Mahasiswa UTHM merakamkan rasa penuh dukacita dan ucapan takziah kepada Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, yakni selaku Canselor UTHM, serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Semoga Tuanku tabah menghadapi segala ujian yang menimpa.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas baginda.

-Al Fatihah-

Thursday, January 21, 2010

Pengumuman Notis Pembubaran MPP UTHM Lewat! Satu Konspirasi Jahat?

21/01/2010: Pihak universiti telah mengeluarkan notis pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada pagi tadi. Kelewatan pengeluaran notis tersebut telah menyebabkan keadaan di UTHM agak kucar-kacir. Ramai mahasiswa tidak mengetahui perkara ini, hanya 'mereka-mereka terlibat' sahaja yang menyedari awal perkara tersebut. Iaitu mereka yang mahu meneruskan dominasi kerusi dalam MPP.

Apakah agenda disebalik kelewatan pengumuman notis pembubaran ini?
Bayangkan, borang pemilihan MPP dijual pada hari khamis, notis juga keluar pada hari yang sama. Mahasiswa hanya tinggal 1 hari sahaja (iaitu hari jumaat) untuk mengisi borang tersebut.
Didalam borang tersebut juga memerlukan pengesahan dari dekan, penyokong dan pencadang.
Mana ada manusia yang sempat menguruskan semua ini didalam satu hari sahaja?
Mereka juga mempunyai komitmen dengan jadual kelas pada hari berkenaan.
Tindakan HEP ini cukup mengecewakan ramai pihak, khususnya kepada mahasiswa UTHM.

Hak mereka telah dirogol oleh pentadbiran HEP!
Suara mereka dinodai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab!
Mahasiswa UTHM nyata telah dizalimi dengan kejamnya, mengikut konteks demokrasi.
Nyata begitu jelas sekali helah HEP dan Aspirasi untuk mendominasi sekali lagi penguasaan MPP UTHM.

Ayuh mahasiswa sekalian, mari kita lakukan perubahan yang drastik pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar kali ini.
Kita gulingkan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sunday, January 17, 2010

Pro mahasiswa kuasai MPP UMT


Kumpulan Pro-Mahasiswa memecahkan tradisi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan memenangi pilihan raya kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berlangsung semalam.

Dalam pemilihan yang keputusannya diumumkan lewat petang semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 12 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Ini kali pertama kumpulan itu menguasai majoriti MPP yang menawarkan 12 kerusi melibatkan empat fakulti.

Setiap fakulti masing-masing menyediakan dua kerusi dan empat kerusi lain adalah kerusi kategori umum.

MPP UMT sepanjang empat sesi pengajian lalu dikuasai kumpulan Pro-Aspirasi.

MPT merupakan antara IPT awam baru ditubuhkan di negara ini.

Pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi merupakan dua ikatan tidak formal utama mewakili pelajar-pelajar IPTA dalam pilihan raya kampus IPTA. Kumpulan Pro-Aspirasi dilabelkan sebagai ikatan menyokong prinsip perjuangan politik kerajaan persekutuan manakala Pro-Mahasiswa dilihat mempunyai pendirian yang bertentangan.

Jurucakap Kumpulan Pro-Mahasiswa yang dihubungi The Malaysian Insider menyifatkan ini kali pertama pihaknya berjaya “memecahakan tradisi kemenangan kumpulan Pro-Aspirasi.”

“Kejayaan ini menunjukkan pelajar di universiti ini juga mahukan perubahan dalam kepimpinan agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelajar... mereka kelihatan kecewa dengan kepimpinan MPP sebelum ini,” katanya.

UMT merupakan antara IPTA yang sedang mengendalikan pilihan raya kampus.

Pengundian universiti itu dijalankan menggunakan sistem pengundian elektronik (e-undi), yang dipertikaikan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa, melibatkan 14 universiti awam, telah melancarkan Misi-10 iaitu sasaran menawan kampus dalam pilihan raya MPP yang berlangsung mulai bulan ini.

Sebahagian besar universiti awam tempatan akan mengadakan pemilihan MPP secara berperingkat mulai bulan ini bagi semester pengajian 2009/2010 — pendekatan yang digunakan sejak sesi pengajian lalu.

Selain UMT, universiti yang diwakili kumpulan Pro-Mahasiswa itu setakat ini ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Malaysia, Universiti Industri Selangor, Universiti Sains Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Utara Malaysia.

Bagaimanapun pilihan raya kampus Universiti Utara Malaysia sudah pun berlangsung semester lalu dan dikuasai oleh kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa.

Pada sesi pengajian lalu kumpulan Pro-Mahasiswa hanya menguasai dua universiti, bakinya oleh Pro-Aspirasi.

MiSi-10 merupakan gabungan barisan yang diketuai oleh Pro-Mahasiswa berganding bahu bersama badan mahasiswa yang lain iaitu SMM, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Pergerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik (Dema), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (Bantah).

Kumpulan itu juga menuntut agar pengurusan universiti membenarkan kehadiran ejen pemantauan dari luar sepanjang pemilihan kampus diadakan.

Jumaat lalu, Misi-10 juga mengemukakan empat tuntutan iaitu menyediakan ruang demokrasi yang bebas dan adil di semua kampus, mengembalikan autonomi kampus khususnya hak mahasiswa berhimpun, bersuara dan berpersatuan dan kebebasan akademik, pelaksanaan sistem e-undi dimansuhkan serta menjaga keselamatan calon dan mahasiswa dalam proses pilihan raya.

www.themalaysianinsider.com

Thursday, January 14, 2010

Helah dan Tektik Aspirasi

KEM DI SEGAMAT

Pada 1hb-3hb/1/2010 yang lalu, pihak HEP telah mengadakan suatu program di Segamat. Kita dipihak Pro Mahasiswa telah mengetahui perkara ini.
Sememangnya ada peserta-peserta yang dihantar pulang dan ditukarkan ke program yang lain yakni di Terangganu. Disitu juga terdapat program universiti.
Menurut sumber, peserta-peserta yang dihantar pulang atau ditukarkan ke program tersebut kerana mereka kelihatan seperti individu yang mencurigakan Jawatankuasa perlaksana.

Peserta-peserta di program berkenaan juga di-doktrin oleh pihak HEP agar bertanding Pilihanraya Kampus yang akan datang ini. Ada juga peserta yang tidak mahu, tetapi mereka telah dipaksa juga bertanding. Ini kerana peserta tersebut telah pun dimasukkan kedalam program itu.
Pihak Jawatankuasa pelaksana program juga kuatir akan segala tipu muslihat mereka tebongkar, maka mereka memaksa peserta-peserta tersebut agar merahsiakan segala pengisian dalam program tersebut. Segala telepon bimbit, kamera dan peralatan rakaman dirampas seketika oleh Jawatankuasa pelaksana program.

Salah seorang penyokong ProM UTHM berkata, beliau mendapat maklumat dimana pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggariskan beberapa peraturan Pilihan Raya Kampus bagi setiap kampus dan salah satunya adalah " setiap calon yang ingin bertanding hendaklah menghadiri bengkel calon yang di buat oleh pihak Universiti" . Dan tambahan, secara terangan rakan MPP beliau tersebut mengatakan pihak KPT buat mcm tu supaya pihak PRO-M tidak dapat bertanding disebabkan calon proM tidak akan diajak untuk menyertai bengkel tersebut.

Begitu jahatnya serangan-serangan yang di'tembak' kepada mahasiswa-mahasiswa yang mempunyai kesedaran tentang peranan dan hak mereka sebagai pelajar universiti. Pihak-pihak atasan begitu takut akan kebangkitan mahasiswa-mahasiswa. Tidakkah meraka tahu, dari aktivis mahasiswa lah yang menjelmakan individu-individu hebat didalam negara. Salah seorang daripadanya ialah Tun Dr Mahathir.

Persoalan yang dilontar oleh pembaca-pembaca juga cukup meragukan kita semua.
Dimana mereka dapatkan duit untuk program tersebut?
Kemana perginya belanjawan yang khas untuk kebajikan mahasiswa?
kemana perginya belanjawan untuk kelab-kelab mengadakan program-program?


Sama-sama kita fikirkan bersama.

-Mahasiswa nadi Universiti-

Saturday, January 9, 2010

Pro Mahasiswa Mengutuk Serangan Gereja

Kejadian pengeboman beberapa buah gereja di sekitar Lembah Klang beberapa hari yang lalu dipercaya mempunyai motif dan kaitannya dengan kontroversi isu keputusan hakim Dato' Lee Bee Lan yang meluluskan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katholik, The Herald. Ia dilihat bakal mencetuskan satu lagi polemik baru kemungkinan besar isu perkauman kembali menghimpit negara.

Kejadian pertama pengeboman yang membabitkan Gereja Metro Tarbenacle yang terletak di Melawati disusuli Gereja Assumption Assunta, di Petaling Jaya dan Gereja Life Chappel, di Damansara tersebut ternyata mendukacitakan hati seluruh masyarakat berbilang kaum yang hidup secara aman damai di negara ini sejak sekian lama.

Justeru itu, pihak Pro Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang terlibat sama ada pihak yang melakukan serangan mahupun dalang disebalik insiden terbabit yang ternyata cuba mencetuskan polemik isu perkauman di dalam negara ini sekaligus mewujudkan keadaan tidak tenteram 'Panic Situation' dalam masyarakat berbilang kaum yang hidup secara aman damai sejak lebih berpuluh tahun lalu.

Selain itu, pihak Pro Mahasiswa juga menolak sekeras-kerasnya penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA dalam menyelesaikan isu tersebut seperti yang digesa oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kerana ia jelas bukan satu langkah penyelesaian yang bijak dan terbaik bagi mengatasi ketegangan yang berlaku kini. Malah, tindakan terbabit kemungkinan besar bakal memburukkan lagi keadaan dan membuka ruang buat pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh.

Situasi dan suasana tegang yang berlaku dipercayai lantaran kontroversi isu kalimah Allah terbabit, seharusnya diselesaikan secara dialog dan mewujudkan kembali suasana intelektual tanpa emosi dalam masyarakat agar keadaan kembali stabil dan tenang serta tidak dihinggapi sentimen perkauman seta isu keagamaan yang melampau-lampau.

Pihak Pro Mahasiswa juga tidak menolak kemungkinan besar kejadian yang berlaku juga turut didalangi oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri sama ada dari sudut memperoleh pengaruh politik mahupun kuasa.

Wednesday, January 6, 2010

Selesai integrasi agama dengan dialog - PMIUM

Lembah Pantai 6 Jan 11:35a.m │ “Selesai integrasi dan isu antara agama dengan dialog”, itu pendirian Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Kenyataan yang dikeluarkan persatuan berkenaan pagi tadi berikutan isu penggunaan nama “Allah” yang mengundang reaksi pelbagai pihak sama ada menyokong atau membantah.

Presidennya, Shazni Munir Ithnin menyatakan isu berkenaan “perlu diberi penjelasan kepada umum” dan selesaikan isu dan masalah antara agama dan kaum dengan dialog terbuka dan diskusi.

“Kami tidak bersetuju isu ini direspon secara “reaksi gelabah” beberapa pihak, ianya mungkin akan disalah anggap dan seterusnya cetuskan sentimen, tidak keterlaluan ianya sentimen perkauman,” ujar beliau dalam kenyataan media pagi ini.

Pada beliau, suasana Malaysia yang unik dan pelbagai kaum perlu diambil kira dalam mengendalikan isu-isu sensitif.

“Jangan orang salah anggap demonstrasi yang dibuat ialah protes kepada sentimen perkauman,” tambah beliau.

Shazni juga pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendapat isu ini menjadi titik tolak kematangan dan keterbukaan masyarakat Malaysia dalam berbincang tentang isu-isu sensitif yang sebelum ini “disimpan beku akibat retorik sesuatu golongan”.

“Kita perlu lebih matang dalam membina integrasi sosial dan kesefahaman agama, kita (di Malaysia) macam-macam kaum, agama, bangsa, etnik, fahaman, jadi nak selesaikan perlulah kepada diskusi, debat intelek dan dialog, dan inilah titik tolak kematangan dan keterbukaan rakyat,” tambah beliau.

Dalam pada itu, persatuan berkenaan dengan kerjasama Free Public Forum bakal mengadakan Forum terbuka bertajuk ‘“Allah”: Siapa Yang Punya?’ pada 11 Januari 2010 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur bermula jam 7.45 malam.

Antara panelis yang hadir ialah Dr. Asri Zainal Abidin, mantan Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Timbalan Presiden Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM),YB Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam dan Sdr. Eddin Khoo, penulis, budayawan dan pengkaji agama.

Tan Sri Murphy Pakiam terpaksa menarik diri dengan alasan “biarkan isu sejuk dahulu” seperti yang dimaklumkan pihak pengunjur.-Mahasiswakini

Free Public Forum : Allah siapa yang punya?

Kesan Pembangunan Tak Terancang, Mahasiswa Jadi Mangsa

Hasil dari dapatan umum mahasiswa UTHM, rata-rata sangat tidak bersetuju dengan langkah diambil pihak Universiti dalam menangani masalah berkaitan penempatan mahasiswa di Kolej Kediaman. Mereka menyatakan ketidakpuasan hati dengan tindakan pihak universiti yang tidak mengutamakan kebajikan mahasiswa dari sudut penyediaan tempat tinggal kepada mereka malah lebih mengutamakan pembangunan yang lain sehingga meminggirkan mereka.

Setelah ura-ura pengambilan seramai 4000 lebih mahasiswa baru pada semester lalu, pihak universiti membuat tindakan dengan membuka 2 kolej kediaman baru yang diubahsuai berasal dari premis rumah kedai iaitu di Taman Universiti dan Taman Kelisa. Keselesaannya sangatlah dipertikaikan malah, tindakan terbabit sangat menganiayai pelajar-pelajar kanan yang masih mempunyai baki tempoh menginap di Kolej Kediaman sedia ada kerana mereka antara golongan yang terpaksa dipindahkan untuk menghuni 2 kolej premis kedai terbabit. Namun, setelah kemasukan pelajar baru diterima, hanyalah seramai 2300 orang yang mendaftar sebagai pelajar baru untuk ditempatkan di kolej kediaman di dalam kampus. Maka, tempat yang masih kosong ditinggalkan buat pelajar baru yang tidak hadir mendaftar sepatutnya diberikan semula kepada pelajar yang dipindahkan ke Kolej Taman Kelisa dan Taman Universiti, namun hakikatnya ia tidak berlaku dan tempat kebanyakannya dibiarkan kosong.

Lebih menjadi perhatian apabila kolej Taman Kelisa sangatlah berjauhan dari kampus induk untuk pelajar berulang alik sewaktu sesi kuliah dan pembelajaran. Lebih malang lagi apabila kelas dibuat pada waktu malam yang menyukarkan pengangkutan dan membahayakan keselamatan mahasiswa apabila terpaksa melalui jalan raya yang sibuk dengan kenderaan berderu laju menuju ualang-alaik ke Batu Pahat dan Kluang. Sikap tidak mengutamakan keselematan mahasiswa sangatlah dikesali ramai pihak.

Bukanlah persoalan dapat tinggal di kolej asal atau tidak yang menjadi topik hangat perbualan mahasiswa di kampus kini, tetapi soal perancangan universiti yang langsung tidak memikirkan soal pembinaan kolej baru di dalam kampus bagi menampung pelajar dari tinggal di luar kampus sangatlah menjadi "talk of the town".

Soal mengindahkan landskap dan menukar jalan berturap kepada jalan berbatu-bata sepatutnya boleh diketepikan buat sementara waktu termasuklah soal pembinaan tempat menunggu bas baru dan bilik pensyarah baru agar isu kolej kediaman mahasiswa dapat diselesaikan terlebih dahulu. Ramai tidak berpuashati dengan tindakan terbabit sehingga menyebabkan mahasiswa bertindak mencari rumah sewa di luar kampus yang hakikatnya lebih membahayakan keselamatan pelajar dengan kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat sepanjang jalan utama ke batu Pahat terbabit, serta keselamatan harta benda yang semakin meruncing berikutan kes kecurian di sekitar Parit Raja dan Batu Pahat semakin meningkat. Malah, mahasiswa yang tinggal diluar turut menjadi bual bicara masyarakat setempat apabila etika tidak berakhlak sebahagian mahasiswa yang tinggal di rumah sewa diperkatakan akibat tiada kawalan sempurna.

Pihak Pro Mahasiswa juga mempertikaikan kemampuan kewangan pihak universiti dalam menyelesaikan masalah pembinaan yang berlaku sekarang di dalam universiti kerana pada khutbah jumaat yang lepas, pihak Pusat Islam UTHM mengumumkan bahawa Universiti tidak mampu menampung kos pembinaan masjid baru UTHM sehingga terpaksa memungut derma dan memotong gaji dari staff dan pensyarah UTHM. Kami pihak Pro Mahasiswa amatlah dukacita dengan situasi yang berlaku terhadap kampus tercinta ini dan sangat memohon penjelasan dari pihak yang berkenaan baik respon dari Naib Canselor sendiri mahupun dari pihak lain yang berkenaan.

Pihak Pro Mahasiswa sangat bersimpati dengan nasib pelajar-pelajar yang diibaratkan sebagai melukut di tepi gantang oleh pihak pentadbiran universiti dan menjadi mangsa hasil pembangunan yang tidak terancang pihak universiti. Semoga perubahan akan mampu dijanakan kelak bersama Pro Mahasiswa.

Mahasiswa Sudah Matang Berpolitik - Dato' Saifuddin Abdullah


Semalam dalam rancangan bual bicara bersama pimpinan mahasiswa di RTM1, Suara Siswa, yang berkumandang pada jam 10 malam, Dato' saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah memberikan respon yang sangat baik tentang tindakan politik mahasiswa era "Politik Baru" ini.

Beliau merespon pandangan wakil dari Pro Mahasiswa Universiti Malaya yang juga merupakan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, YDP MPMUM, saudara Rizduan Mohamad yang menyatakan ketidaksetujuan beliau dengan akta yang membelenggu fikiran dan tindakan mahasiswa iaitu Akta Universiti & Kolej Universiti, AUKU.

Ridzuan yang pernah tampil di UTHM ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk "Revolusi Mahasiswa & Politik Baru Malaysia" pada Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar tahun lalu sekali lagi menegaskan bahawa mahasiswa kini sudah bijak berpentas dalam arena politik dan mustahil apabila ruang diberikan sepenuhnya kepada mahasiswa, mereka akan bertindak di luar kawalan. Beliau menambah lagi, jika mat rempit dan golongan muda kini yang terlibat dengan jenayah dan gejala negatif di luar sana tidak pula diperuntukkan sebarang akta khusus untuk mereka, mengapa pula mahasiswa yang memperjuangkan agenda nasional dan kebajikan mahasiswa diikat dan ditambat dengan AUKU?

Pandangan dari Ridzuan berkenaan mendapat respon positif dari Dato' Saifuddin Abdullah yang turut menyatakan pendirian yang hampir serupa. Beliau sendiri tidak pernah terlintas dalam fikiran dan menjangkakan bahawa mahasiswa akan melakukan tindakan secara di luar batasan apabila ruang dibuka dan diberikan sepenuhnya kepada mereka. Beliau turut menyatakan bahawa mahasiswa sepatutnya diajak bersama dengan kepimpinan negara yang ada sekarang untuk turut sama membantu membangunkan negara. Beliau turut sama mengulas tentang ciri-ciri kepimpinan yang sepatutnya ada kepada pimpinan mahasiswa yang ditulis di dalam bukunya yang kini sudah pun diulang cetak buat kali kedua yang bertajuk "Politik Baru."

Saudara Ridzuan turut menambah dengan menegaskan bahawa suasana yang tidak diingini seperti pemberontakan dari kelompok mahasiswa boleh berlaku sekiranya suara mereka disekat. Beliau membawa dua contoh sepertimana yang pernah berlaku di Afghanistan dan Iran yang menunjukkan bagaimanakah keadaannya seandai suara mahasiswa terus disekat. Contoh yang dibawa ialah era kebangkitan Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran sekarang di waktu beliau menjadi pemimpin mahasiswa ketika revolusi Iran tercetus. Dengan kejayaan menggulingkan kerajaan Shah, Iran yang mana ketika itu Ayatollah Ruhullah Khomeini masih lagi menjadi orang dalam buangan di Perancis. Begitu juga pada era Soviet menjejakkan kaki di Afghanistan, kebangkitan anak muda yang juga merupakan mahasiswa, Gulbuddin Hekmatyar dan rakan-rakannya dari Universiti Islam Kabul, telah menyemarakkan lagi semangat berkobar-kobar rakyat Afghanistan dalam memperjuangkan negara sehingga ke tahap mampu membebaskan Afghanistan dari cengkaman soviet.

Dalam rancangan terbabit, turut bersama hadir menjadi ahli panel dan melontarkan pandangan adalah wakil dari NYDP MPMUPM, iaitu saudara Shamsul Salleh dan YDP MPPUiTM, saudara Mohd Mursyidi.

Moga, impak dari kesedaran betapa berkuasanya akan suara mahasiswa akan mampu membuka mata kita, Mahasiswa di UTHM tercinta tentang kepentingan dan kesedaran berpolitik yang seharusnya mula dibajai semenjak di peringkat kampus lagi.

Monday, January 4, 2010

Temui Pro-M UTHM di Faebook!

Selamat sejahtera!
Pro-M UTHM sudah mengembangkan lagi pengaruhnya di Facebook. Laman web sosial yang menjadi kegilaan para remaja khususnya mahasiswa-mahasiswa IPT.

Kepada mahasiswa UTHM yang mempunyai account faebook, cepat-cepatlah 'added' facebook Pro-M UTHM.

nickname untuk facebook Pro-M UTHM ialah
Pro-Mahasiswa Uthm


-Mahasiswa nadi Universiti-