Pro Mahasiswa

Sunday, July 26, 2009

KELAB DAMAI pengganti KELAB IQRA' ?

Parit Raja 27 Julai - Isu berkaitan agenda pembubaran Kelab Iqra' menjadi suatu fenomena baru khususnya bagi persatuan-persatuan Islam yang telah bertapak di IPTA di seluruh Malaysia sejak sekian lama. Seperti yang di laporkan dalam mahasiswakini berkaitan isu tersebut, pelbagai respon dan pandangan telah di berikan. Di peringkat Kelab Iqra' pula, satu kenyataan rasmi akan di keluarkan dalam masa terdekat ini.

Di peringkat Promahasiswa UTHM, seharusnya kelab yang terbabit dan pihak pengurusan universiti mencari jalan terbaik dalam mengatasi perkara ini. Selain itu, promahasiswa UTHM beranggapan bahawa Kelab Iqra juga telah memainkan peranannya dalam membawa agenda pembentukan sahsiah dan akhlak islamiah terhadap golongan mahasiswa khususnya. Tambahan pula kebanyakan ahli-ahli kelab Iqra telah menggerakkan program berbentuk kerohanian dan kebajikan di surau-surau kolej Kediaman.

Walaubagaimanapun, mungkinkah ini hanya kebetulan apabila di Peringkat IPTA telah melancarkan Kelab DAMAI IPTA pada majlis penutup Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam di UiTM, Shah Alam.

"Saya ingin melihat kepemimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur supaya pemikiran mahasiswa akan terus menjadi input besar kepada kejayaan negara," katanya ketika menutup Konvensyen Kepemimpinan Mahasiswa Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kelab Dewan Amal Islam Hadhari (Damai) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipimpin pengerusi baru, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
www.bharian.com.my

sedikit info berkaitan Kelab DAMAI IPTA

Kelab DAMAI nanti akan berfungsi secara berfokus sebagai perantara dengan persatuan-persatuan Islam kampus. Ini akan memudahkan urusan penyaluran pelbagai bantuan dan sokongan bagi menjayakan aktiviti mereka.

Berikut adalah sasaran 20 Kelab DAMAI di IPTA:


  1. Kelab DAMAI Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  2. Kelab DAMAI Universiti Malaya (UM)
  3. Kelab DAMAI UiTM
  4. Kelab DAMAI Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
  5. Kelab DAMAI UIAM
  6. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  7. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  8. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  9. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  10. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  11. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  12. Kelab DAMAI Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  13. Kelab DAMAI Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  14. Kelab DAMAI Universiti Putra Malaysia (UPM)
  15. Kelab DAMAI Universiti Sains Malaysia (USM)
  16. Kelab DAMAI Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem)
  17. Kelab DAMAI Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  18. Kelab DAMAI Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. Kelab DAMAI Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. Kelab DAMAI Universiti Utara Malaysia (UUM)

persoalannya adakah akan wujud KELAB DAMAI di UTHM yang akan menggantikan peranan yang di mainkan oleh Kelab Iqra selama ini?Siapakah presiden pertama Kelab DAMAI UTHM itu nanti?

0 comments: