Sejak tahun 2004, penggunaan e-voting sebagai medium pembuangan undi telah
diguna pakai hampir di seluruh kampus universiti di Malaysia. Kaedah ini mula
diperkenalkan di Universiti Putra Malaysia(UPM). UPM dan UIAM antara yang terawal
menggunakan sistem ini. UiTM pula sudah tiga tahun menggunakan e-voting sjak
tahun 2007. Apa yang menarik tentang e-voting ialah penggundian berkomputer yakni
para pengundi hanya perlu mengisi nombor matrik dan kata laluan sebelum
mengundi di komputer yang disediakan. Kaedah sangat mudah dan cepat kepada
PENGIRA UNDI tetapi sangat BAHAYA kepada para calon. Terutama calon
BUKAN PILIHAN UNIVERSITI. Mengapa?
Sistem ini dikendalikan oleh sepenuhnya oleh pengurus
sistem dan menggunakan pendrive untuk menjalankan proses penukaran
daripada komputer tempat pengundian ke tempat pengiraan undi. Sistem ini sangat
mudah kerana setiap undi akan terus dikira dan pengurus sistem boleh mengetahui
kedudukan semasa undi. Apa yang menarik mengenai e-voting ialah keputusan lebih
cepat diketahui berbanding sistem lama, memudahkan pengundi, tidak membuang
masa untuk mengira, kurang kakitangan untuk mengira undi serta dikatakan telus.
Soalnya, adakah perlu untuk sebuah pilihanraya kampus
menjadi cepat dan mudah tanpa menghiraukan soal ketelusan dan keadilan? Adakah
perlu kita memudahkan keadilan? Justice
hurried is justice buried. Pilihanraya kampus tidak perlu
tergesa-gesa. Apa yang penting adalah keadilan
dan ketelusan. Kalau pihak universiti mahu memudahkan pembuangan undi,
bukankah lebih baik jika kita memakai khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti
memilih juara Akademi Fantasia atau Mari Menari. Lebih cepat bukan?
Permasalahan yang terbesar ialah daripada aspek privasi
pengundi. Identiti pengundi mesti dirahsiakan. Sekiranya pelajar diberikan
nombor ID, makanya pihak atasan universiti boleh mengetahui undi pelajar
tersebut. Ini melanggar hak asasi pengundi. Selain itu, ada kes di mana calon
yang telah menang tetapi dinafikan kemenangan kerana calon tersebut bukanlah calon
pilihan HEP. Perkara ini diceritakan sendiri oleh MPP. Perubahan bilangan undi
boleh dilakukan semasa perpindahan antara data daripada komputer di tempat
pengundian dan di tempat pengiraan.
Bukan itu sahaja, kaedah e-voting tidak boleh recount kerana ia dimasukkan secara automatik.
Sukar untuk membuktikan penyelewengan walaupun ada aduan yang dibuat. Semuanya
bergantung dan termaktub dalam data tersebut. Wakil-wakil calon hanya
dibenarkan melihat sekali sewaktu pendrive dibuka yakni sebelum pengumuman
dibuat. Tetapi, pendrive tersebut akan dibawa daripada tempat pengundian oleh
wakil fakulti dan diserahkan kepada Suruhanjaya
Pilihanraya Kampus (SPK) atau Jawatankuasa Pemilihan MPP yang sememangnya tidaklah berkecuali
(independent). Mereka kebanyakkan adalah ex-MPP dan pelajar Upm jika di Upm.
Ada banyak masa yang ‘tidak
selamat’ di mana masa
tersebut berpotensi untuk digunakan melihat keputusan undian dan mengubah
keputusan. Jarak masa antara tamat pengundian dan pengumuman adalah 4 jam.
Ada kes di UM dan UPM di mana calon Pro M menjadi mangsa e-voting. Dan realiti pada pilihanraya kampus UTHM yang lepas tahun
2011 masa penangguhan untuk mengumumkan keputusan adalah 1 jam dan tidak
dibenarkan sama sekali calon, pencadang dan penyokong pencadang masuk ke dalam
dewan utama.Apakah yang dilakukan?
Apabila sistem yang tidak
telus dijalankan mereka
yang tidak berkecuali,
maka telahan yang paling tepat ialah penyelewengan. Justice is not only be done but
seen to be done. Sebagai pengundi, kita berhak untuk meminta pihak
universiti menyediakan platform yang adil tanpa keraguan. Sekiranya universiti
tidak menyediakan peluang ini. Mereka sebenarnya menafikan hak kita serta
memperlekehkan pilihan kita. Tidak berbaloi beratur lama-lama kerana akhirnya
keputusan telah dibuat dan apa yang anda lakukan hanyalah sandiwara mereka.
Sia-sia sahajalah undi anda. Maka, sebagai mahasiswa kita ada hak untuk TIDAK MENGUNDI sekiranya platform itu tidak telus.
Itulah tanda protes yang paling memalukan buat mereka.
Ayuh Bersama Menuntut Pilihanraya Adil Dan Telus.
.::WE UNITE FOR STUDENT ::.