Pro Mahasiswa

Sunday, November 9, 2008

Perginya seorang pendidik di UTHM.


UTHM,9 Nov - Lebih kurang 100 orang mahasiswa UTHM menghadiri upacara solat jenazah untuk seorang pensyarah UTHM yang baru sahaja meninggal dunia petang tadi. Allahyarham Tengku Mohd Andri (50-an), seorang pensyarah subjek Matematik Kejuruteraan telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Menurut sumber, beliau yang berasal dari Indonesia, meninggalkan seorang balu yang juga berasal di indonesia dan 3 orang anak. Selain mahir dalam bidang matematik, beliau juga merupakan seorang pensyarah yang pemurah dan berpengetahuan am yang tinggi. Dengan personalitinya yang peramah, beliau sentiasa bercerita kepada pelajarnya semasa di dalam kelas. Sesi pengajarannya yang selalu menunjukkan contoh penyelesaian soalan menggunakan OHP juga disenangi pelajarnya kerana ia dapat membantu dari segi kefahaman mereka.



Jenazah beliau bakal diterbangkan ke Medan, Indonesia pada esok pagi untuk dikebumikan disana. Semoga ahli keluarga beliau dapat menerima pemergiannya dengan tabah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin..

1 comments:

AL fatihah......
Semoga ilmu2 yang telah disampaikan oleh arwah, akan digunakan secara baek dan seterusnya dikembangkan sebelum disampaikan kepada rakan2 yang laen...