Pro Mahasiswa

Friday, March 12, 2010

Dimana Setiausaha Agung ketika SKT MPP???

Salam Perjuangan,

Mengejutkan! semasa Sesaran Kerja Tahunan (SKT) MPP yang baru lepas, dikatakan terdapat MPP yang berjawatan tinggi tidak menghadirinya.
Menurut YDP MPP 2010 saudara Shahzada Khan, MPP tersebut tidak dapat menghadirkan diri atas urusan peribadi yang perlu diselesaikan pada hari kejadian.
Itu respon yang diterima oleh YDP berkaitan ketidak hadiran MPP tersebut.

SKT tersebut amat penting bagi MPP untuk merencana setiap aktiviti-aktiviti yang mereka akan lakukan sepanjang memegang amanah ini selama 1 sesi.
Ianya menjadi lebih penting apabila seseorang itu berada di jawatan-jawatan yang penting, terutamanya jawatan sebagai Setiausaha Agung. Kerana di jawatan yang pentinglah yang akan menjadi 'think tank' terhadap gerak kerja MPP yang dirancang. Peranan Setiausaha Agung pula amat-amat sekali penting, tugasnya akan 'keep in' data sepanjang SKT dan menjadi Personal In Charge untuk memastikan apa yang dirancang dilaksanakan. Jika beliau tiada dalam SKT, bagaimana MPP akan bergerak kerja???

Pro-Mahasiswa akan membongkar disebalik apa yang berlaku ini. Pihak Pro-Mahasiswa mendapat tahu bahawa MPP tidak hadir ke SKT berkenaan bukannya kerana masalah peribadi, tetapi ada agenda tersendiri yang tersembunyi.
Sebenarnya MPP berkenaan pergi ke suatu program yang berbentuk riadah dan seronok di Pulau Pangkor.

Adakah ini yang dijadikan keutamaan berbanding tugasan yang besar sebagai Setiausaha Agung MPP didalam SKT?
Adakah dengan 'title' x-MPP yang lepas menjadikan beliau boleh bersenang lenang dengan keseronokan dan membiarkan rakan-rakan MPP yang baru terkapai-kapai dalam SKT?
Adakah ini yang kita mahukan dari seorang pemimpin pelajar?






Mari sama-sama kita 'talkin'kan MPP yang bersikap seperti ini!

Sudah tentu saudara Shahzada Khan kecewa dengan sikap MPP ini. Apapun pihak Pro-Mahasiswa mengucapkan tahniah keatas saudara Shahzada Khan atas komitmen beliau membantu rakan-rakan MPP dibawahnya dengan pengalaman beliau yang pernah menjadi MPP 2 tahun yang lepas.
Syabas Shahzada Khan.
Takziah buat Najihah!!!

*Pro-Mahasiswa mendesak agar Najihah meletak jawatan atas sikap yang TIDAK AMANAH beliau! Inikah pemimpin mahasiswa yang kita mahu kan???

4 comments:

rasanya...kalu x boleh bg komitmen pd amanah yg dberi....baek turun je kan....buat berat beban kat akhirat je nnt....

salam...pengadilan terbaik kita dengar penjelasan dari pihak najihah dulu..mungkin ada sebab tertentu mengapa dan kenapa dia berbuat demikian...

salam...maaf jika kata-kata dan pendapat saya ini membuatkan sesetengah orang hatinya terluka...
permulaan kata semasa saya membaca artikel ini astaghfirullahalazim terucap di bibir....kata-kata itu keluar bukan kerana orang yang ditujukan artikel ini tetapi orang yang menulis artikel sebegini...tidakkah anda semua merasakan bahawa artikel ini akan mengaibkan beliau? dengan penggunaan perkataan "talkin"kan MPP ini...lebih-lebih lagi dengan gambar beliau dipaparkan..siapakah kita untuk membuat sedemikian kepadanya...ADAKAH KITA TUHAN? semestinya tidak..saya tidak menyatakan dia betul dan kamu bersalah tapi walaupun sebesar mana kesalahannya Tuhan tetap akan mengampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya..ini kan pula kita hanya manusia biasa? saya bukan pemimpin tapi tika saya membaca artikel ini, terkeluar di minda saya adakah kesemua MPP yang saya pilih semasa hari pilihan raya hari itu adalah begini hati dan sifatnya..anda semua adalah satu anggota dan tidak sepatutnya bersikap begini semasa anggota...jadikan peristiwa-peristiwa kerajaan malaysia yang ada pelbagai isu-isu sesama ahli kabinet hanya kerana semua mahu menegakkan fahaman mereka sendiri..tika sudah satu pasukan kata-kata ini tidak sepatutnya terkeluar dari bibir..dengar dahulu penjelasan yang padu dari nya supaya sifat saling memahami satu sama lain itu diterapkan dala diri setiap anggota..maaf jika kata-kataku ini agak kasar bunyinya..salam...

Assalamualaikum...

Sebelum nak TALKINkan MPP tu... Elok saudara/saudari penulis blog buat SOLAT SUNAT TAUBAT dulu... Mana nak tau selama saudara/saudari menulis dalam blog ini, bahu kiri saudara/saudari dah berat...

Renung2kan...