Pro Mahasiswa

Monday, April 19, 2010

Pembantu MHS turun dari langit?




GEMPARR!!!

FAKTA: Sekali lagi mahasiswa UTHM dibodohkan dan dimainkan oleh tangan-tangan ghaib. Niat ikhlas mahasiswa mahasiswi yang mendaftarkan diri sebagai pembantu Minggu Haluan Siswa (MHS) dimanipulasi oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Beberapa nama yang tiada pada sesi temuduga didapati telah tersenarai sebagai pembantu MHS pada sesi akan datang. Amat terkejut juga beberapa individu yang berkenaan adalah merupakan bekas-bekas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada sesi lalu. Apakah hak penganjur untuk memasukkan orang-orang ini ke dalah oraganisasi MHS akan datang??

Apakah penganjur mengamalkan sikap kronisme dalam memilih pembantu MHS yang akan datang dan menafikan hak-hak mahasiswa lain untuk berkhidmat kepada universiti yang tercinta??

Jika penganjur mempunyai agenda tersembunyi di sebalik MHS, janganlah dibuat sesi temuduga dan pilihlah pembantu-pembantu yang penganjur sukai!!

Kami menyeru kepada pihak pentadbiran universiti supaya mengambil tindakan ke atas individu-individu yang bertanggungjawab ke atas penyelewengan yang teratur ini. Kami menuntut pemilihan yang lebih telus dan bukan membudak-budakkan mahasiswa mahasiswi UTHM!!

Penyelewengan ini, kecil pada skalanya, jika tidak dibanteras akan merebak menjadi besar, kelak. Mahasiswa semua bolehlah merujuk di papan tanda-papan tanda di sekitar UTHM.

Di mana integriti Pihak Penganjur MHS pada kali ini???

**PERHATIKAN NAMA YANG DIBULATKAN DENGAN BULATAN MERAH!

Sila perhatikan no siri terakhir pada senarai nama temuduga. Nombor siri yang terakhir di Notis Pemberitahuan Temuduga adalah MHS381 (ZAINAB BINTI MOHD). Jika mahasiswa masih ragu tentang nama ini, perhatikan nama-nama sebelum (kertas kuning) dan gambar selepas pemilihan. Nama-nama ini diatur mengikut aturan huruf (alphabetical order).



Bagaimana nombor siri terakhir pada senarai temuduga ialah MHS381, tetapi senarai nama yang keluar pula ialah MHS 382 sehingga MHS391. Lihat pula senarai muktamad pembantu.


BAHAGIAN PENYELARASAN PROGRAM











MHS382 (AMIR HAMZAH BIN ARIFFIN)

MHS383 (AZIAH BINTI OTHMAN)

MHS384 (MAZNI BIN SHARIFF)

MHS385 (MOHD HAFRIZ BIN NAZLAN)


BAHAGIAN TUGAS-TUGAS KHAS











MHS386 (NUR MUHAMMAD FIRDAUS BIN NUR AHMAD)

MHS387 (MOHD AZLAN BIN ABU TALIB)

MHS388 (MOHD HAZRULFAEZ BIN RAHIAM)

MHS389 (MOHD SHAHIR BIN MUHAMED YAAKOB)


BAHAGIAN KEBAJIKAN












MHS390 (ARUN A/L RAJENDRAN)

MHS391 (AHMAD RIFA’I B. KAMARUDIN)

44 comments:

baru kami tau......hurm...
knapa ini boleh berlaku?dari mana mereka belajar?adakah ini dibenarkan?siapa membenarkan?ingat ini bkan tadika........

hurmmm... mungkin anda tidak tahu hal yg sebenar... anda blh berkata sedemikian rupa... jgn terlalu obses terhadap sesuatu perkara tanpa tahu asal usul nye kenapa... ade perkara yg kurang puas hati kte bincang... dengan tangn terbuka kte blh selesaikan bersama...

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.

salam

Anda memberitahu sesuatu kepada orang ramai...Orang ramai itu bukan dari pelajar UTHM sendiri tapi daripada pihak luar pun tahu kisah ini...Jadi anda telah memburukkan nama UTHM sendiri...Adakah ini Betul?Adakah ini Bagus?Apakah perkara sebigini harus di teruskan?

Jika anda rasa anda cintakan dan sayangkan universiti anda x patot biarkan sebegini berulang...Anda nak beritahu kepada semua orang yang anda ini bagus sgt...kalau anda rasa anda ni bagus sgt...Sila tampilkan diri...tak payah nak post benda2 macam ni....Bersemuka sendiri dengan sekretariat MHS sendiri...X payah nak post2 benda mcm nie yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Perbincangan adalah lebih baik daripada berperang...

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.

salam...hah??"Pembantu MHS turun dari langit?"~~sejak bila pula ajaran sesat disebarkan di tempat saya belajar ini??Adakah ini kebenaran yang dinyatakan??jika tidak??bagaimana???kenyataan sudah dikeluarkan tapi bagaimana pula jika ia tidak benar??kemaafan dipohon seperti kejadian lepas...sebelum ini saya pernah memberi komen tentang article sikap salah sorg MPP...nasihat telah disusun dan dinyatakan tapi perkara yang sama jua yang berlaku...kecewa hati ini melihat sikap pihak tuan yang suka menghebahkan hal2 dalaman kepada orang ramai...yes i know if u guys don't tell us about this, we'll never know...tapi bagaimana dengan sangkaan orang luar kepada pemimpin yang dipilih oleh mahasiswa dan mahasiswi UTHM??????????????? fikirkan sejenak wahai sahabatku...TOLONG BAWAKLAH HAL INI BERBINCANG DAHULU SEBELUM APA2 TINDAKAN DI LUAR KOTAK RASIONAL DI BUAT...perasaan kecewa menyelubungi hati saya ini kerna kerajaan kecil UTHM kini sudah menjadi seperti kerajaan MALAYSIA...semua ingin menegakkan apa yang bermain di dalam fikiran mereka...bertindak rasional jika anda seorang pemimpin terbaik...
Maaf jika tutur kata yang disusun tidak setara dengan cara penerimaan pihak penulis...salam..

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.

xkan lah pembantu MHS pon nak bg kt kroni gak kot...
ble plak student len nak terlibat ngan program U kalo cmni..
cmne ngan hak student len..

aper barang delete komen...takot ker...

apa pendapat ADA ye....kenapa REMOVE?????.....MUSHKIL2!!!!

------- Assalamualaikum -------

Nanti saya publish semula di dalam SATU TULISAN sahaja...

Tunggu....

------- ADA PEMERHATI -------

salam..

depa pun ade majlis syura jugak sebelum pilih pembantu dari langit ni.. bukan kalian je ade syura..huhu..mane2 kelab atau program pun same..pasti akan pilih kroni..walau xsemua, pasti ade sedikit. jgn menafikan. even ade kelab yg xbuat pemilihan dalam mesyuarat agung semata2 nk pilih kroni yg bakal pimpin kelab.. bersatulah, semoga itu jalan yg terbaik utk semua... :)

kalo nak wat dalam 1 tulisan...kompom2 lah ader edit2...dah lah x payah lah nak buat isu lg...kami pelajar UTHM yang di cintai...bukan budak tadika yang boleh di tipu

------- Assalamualaikum -------

Nampaknya saudara keyqiestudiante mnegeluarkan kenyataan berbaur buruk sangka...

Kalau saudara keyqiestudiante benar2 membaca semua komen saya sebelum ini, pasti saudara dapat berfikir setiap perkataan yang saya tujukan adalah kepada siapa...

Oleh sebab saudara seolah-olah melenting tak tentu pasal, elok kiranya saya berhenti untuk membantu pihak penganjur membuat penjelasan dan menentang sekeras-kerasnya tulisan blog "PEMBANTU MHS TURUN DARI LANGIT" ini.

Saudara keyqiestudiante pertahankan bersama2 rakan2 saudara keyqiestudiante. komen saya sebelum ini yang cuba mempertahankan tindakan pihak penganjur, nampaknya tidak difahami saudara keyqiestudiante.

------- ADA PEMERHATI -------

Tahniah kepada pengendali blog nie, saya ucapkan.. posting kali nie saya nampak lebih matang, berfakta & yang lebih penting ada bukti untuk perhatian orang ramai..
Perkara seperti nie akan membantu mahasiswa/i untuk lebih matang berfikir terutama berkenaan politik kampus.
Namun nasihat saya, adalah lebih baik, jika bahasanya lebih terkawal. jgn disebabkan marahkan nyamuk, abes rumah dibakar...
Etika posting perlu dijaga dalam masa yang sama, keadilan pelajar perlu ditegakkan. Jika anda kurang setuju dengan perkembangan isu nie, saya cadangkan anda kirimkan 1 surat kepada MPP minta penjelasan, ditandatangani sebanyak mungkin tandatangan pelajar yang menyokong anda. Then lihat apa jawapan mereka.. Bagi mereka peluang untuk membela diri.
P/s: Saya percaya dan mengaku, setiap yang berlaku dimuka bumi nie, pasti tidak terlepas daripada pandangan ALLAH SWT. Allahu'alam..

tak perlu kot nak post kat blog nie. memburukkan nama uthm. better pegi jumpa face to face dgn pengarah mhs dan discuss baek2. tak pon tulis surat kat pihak berkenaan or hep utk taw lebih lanjut. tak payah nak hentam 1 pihak je pasal isu ni. lgpun, sekarang pihak pro m da berada dlm organisasi tertinggi kt uthm. kenapa tak minta saudara hadi dan seangkatan utk suarakan hal ini kepada mpp yg laen or hep? mpp kan suara mahasiswa mcm yg digembar-gembur selama ini. so, sy rasa tak perlu nak post kt blog nie, sampai 1 dunia taw. dan bila pihak pro m buat mcm nie, nampak juga yg pihak pro m ade agenda tersendiri juga. fikir2kan laa.

Assalamualaikum wbt...

Saya salah seorang nama yang tersenarai dalam "pembantu MHS turun dari langit" dalam post blog www.promahasiswauthm.blogspot.com.

Disini saya rasa agak kecewa dengan kata-kata dan tajuk "dari langit" yang disebarkan... Sesungguhnya terasa terhina dan dimalukan malah ada terasa maruah kami dijatuhkan di depan seluruh universiti dimana nama2 kami disenaraikan(ic dan no matrik) terpampang di laman web tersebut... Inikah sikap promahasiswa yang mana sepatutnya membantu dan berkerjasama? Sesungguhnya kami yang "datang dari langit" ini dipanggil atas sebab2 yang tertentu dan ikhlas yang mana kami tidak terdetik pun untuk join MHS pada kali ini. Seperti kes saya (MOHD AZLAN BIN ABU TALIB , senarai unit protokol) dimana saya sendiri diminta membantu unit tersebut berdasarkan pengalaman dan kekurangan kaum adam dalam unit tersebut. Takkan semua MC yang mengendalikan prog terpaksa ambil kaum hawa? Dalam unit2 lain seperti kerohanian dimana rakan bukan muslim diambil berdasarkan kekurangan kaum mereka.
Saya rasa amat kecewa dengan pengendali blog promahasiswa ini atas post ini. Demi ALLAH saya tak terdetik mahu menganiaya rakan2 lain yang tak dapat dalam MHS kali ini. Malah tidak terniat langsung untuk menyertai MHS kali ini.

Saya mencadangkan agar post tersebut dipadam daripada menyebar fitnah2 yang kami datang atas sebab kroni2 yang lebih berbaur hasutan itu. Sesungguhnya saya sungguh rasa terhina dan kecewa dengan apa yang telah dipaparkan.. Jika anda di tempat saya yang hanya niat ikhlas membantu UTHM, apakah perasaaan anda? Jika tidak pun, post la perkara2 yang dapat membersihkan nama2 kami.

Sekian, saya memohon maaf dan minta agar post tersebut dipadamkan...
WaALLAHualam...

------- Assalamualaikum -------

Saudara Azlan... Tak guna bercakap dengan MANGKUK HAYUN penulis blog ni... Dia tak tahu apa2... Cuma fakta pada kertas yang dia tengok sahaja... Kalau penulis ni betul2 nak tegakkan keadilan, berdepanlah dengan SEKRETERIAT MHS... Kita kena cabar penulis MANGKUK HAYUN ni... Lepas itu ajar SOLAT SUNAT TAUBAT pada dia...

------- Assalamualaikum -------

Bukan itu yg saya sesalkan tp bagaimana blogger ini boleh menyiarkan benda2 mcm ni tanpa unsur periksa, sedangkan ada sebab setiap perkara yang berlaku...

Kalau benar blogger ini tak puas hati, selidik dulu baru siarkan...

Rasa nye blogger ni seorang yg dikurniakan akal fikiran yang waras cuma masih belum matang... harap blogger ni dapat buka mata dan minda yg lebih luas... Rasa nya ramai yang teraniaya sbb post ni, harap semua yg teraniaya dapat mendoakan agar blogger ini sedar akan kesilapan dan diperolehi kematangan... Mungkin boleh jadi sekiranya sesiapa yang dianiayai selepas boleh membawa blogger ini ke peringkat makamah mungkin?? Fikirkan lah semula... Biarlah blog ini digunakan untuk kebaikan bersama, bukan mencetuskan permusuhan... WaALLAHualam...

kaji la semula sirah Rasullullah bagaimana baginda selesaikan masalah sebelum baginda membuat keputusan... harap segala kesilapan dapat di maafkan. Kita umat akhir zaman diminta untuk mengingati antara satu sama lain, bukan bermusuhan antara satu sama lain...

----- Assalamualaikum -------

Penulis ini cuma reti siarkan sahaja FITNAH ini... Dia bukan reti bagi respon... Dia bukan reti selidik dahulu... Konon nak menjadi HERO... Kalau takat nak jadi JAGUH KAMPUNG, tak payah la... Elok penulis blog ni kita letakkan di tepi jalan sahaja, mengampu dan menagih publisiti yang murahan... Melakukan kerja yang hanya ikut kepala sendiri... Orang macam inilah yang banyak menimbulkan permusuhan di kalangan kita... Penulis ini dia tak sedar, apabila dia siarkan tulisan di atas, dia dah tambahkan dosa dia sendiri... DOSA FITNAH, DOSA MENCETUSKAN PERTELINGKAHAN ORANG LAIN, DOSA ORANG YANG BURUK SANGKA DAN ORANG YANG MENGHINA PIHAK PENGANJUR... Saudara penulis, tolong ingat sikit... SETIAP DETIK NADI GELISAH YANG KITA BUAT PADA ORANG, IA DIKIRA SEBAGAI DOSA...

Kalau benda ini berterusan dan tidak diselesaikan, dan jika pihak penganjur tidak bersalah, mereka ini PASTI akan tuntut di AKHIRAT nanti... INGAT !!!

------- Assalamualaikum -------

Bukti depan mata, fitnah lagi ke pemerhati?saya pun tak faham la...setakat nak sebut besar-besar itu fitnah, semua orang boleh buat...yang kita nak nilai adalah hujah...fakta...so,mana hujah kamu kalau kamu kata ia fitnah???mana bukti sebenarnya???kami nak nilai sama-sama...ke kamu yang tak ada hujah???kamu yang fitnah menuduh orang lain fitnah...

------- Assalamualaikum -------

Muhd Syafiq... Kalau MUHD SYAFIQ pun tak tahu hujung pangkal, Tak payah nak jadi pembela jugak... Hujahnya sama seperti saudara PUTIH KASIH... Rasanya tak perlu ulang kot kalau Muhd Syafiq reti baca hujah PUTIH KASIH... Kalau MUHD SYAFIQ nak tahu, tanyalah sendiri dengan SEKRETERIAT MHS...

Masalah KEKURANGAN ANGGOTA antara sebab PENGAMBILAN PEMBANTU MHS YANG BARU seperti yang dikatakan PUTIH KASIH...

Mari saya nk ajar sikit Muhd SYafiq yang agak seperti TAK RETI. Nampak tak ayat ini -->

"Penyelewengan ini, kecil pada skalanya, jika tidak dibanteras akan merebak menjadi besar, kelak."

Benarkah ini penyelewengan? Pasti? Sedangkan PUTIH SAJLU memberi jawapan -->

"Sesungguhnya kami yang "datang dari langit" ini dipanggil atas sebab2 yang tertentu dan ikhlas yang mana kami tidak terdetik pun untuk join MHS pada kali ini."

"saya sendiri diminta membantu unit tersebut berdasarkan pengalaman dan kekurangan kaum adam dalam unit tersebut. Takkan semua MC yang mengendalikan prog terpaksa ambil kaum hawa?"

Muhd Syafiq RETI atau TIDAK RETI atau MASIH BUTA bahawa PUTIH SAJLU ini bercakap soal MASALAH DALAMAN. Ini adalah MASALAH dalaman yang berlaku. Faham ke tak faham lagi? MASALAH. bukan SUKA SUKA tetapi MASALAH.

Apabila berlaku MASALAH DALAMAN ini yang SEPATUTNYA menjadi PRIVATE and CONFIDENTIAL. Biarpun ia adalah P&C, tetapi ia bukan suka-suka.

Elok Muhd Syafiq pergi berjumpa sendiri dengan SEKRETERIAT MHS. Tetap ingat, kalau dah tahu cerita sebenar, jangan lupa MOHON MAAF jika PIHAK PENGANJUR BENAR. Tetapi jika PENGANJUR terbukti melakukan PENYELEWENGAN, teruskanlah menuntut keadilan.

Mengenai ayat saudara -->

"mana bukti sebenarnya???"

Buktinya ada pada HUJAH PUTIH KASIH dan PUTIH KASIH adalah BUKTINYA. PUTIH KASIH adalah salah seorang yang TURUN DARI LANGIT dan dari HUJAH beliau, menunjukkan dia telah menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

Saya tak takut mengatakan ia FITNAH, kerana saya tahu saya berada di pihak yang BENAR!

------- Assalamualaikum -------

dari penjelasan saudara...saya terfikir...betul ke ni?kenapa tiada penjelasan dari pihak sekretariat menjawab secara rasmi?kalau betul begitu,mesti keluar kenyataan menjelaskan kembali kekeliruan...kedua, saya perhatikan, masalahnya bukan pada YANG TURUN DARI LANGIT...mereka itu hanya insan yang dipilih...mereka tak layak keluar kenyataan menjawab kembali isu ini...yang sepatutnya menjawab dan menjelaskan KENAPA MEREKA INI DIPILIH adalah pihak sekretariat...bukan peserta istimewa tersebut...Kenapa dipilihnya orang-orang tersebut?sedangkan ramai lagi student di luar sana...itu isunya yang saya lihat...peluang student lain di luar sana tak diberikan... isu nak yang berpengalaman hanya bohong pada saya...ada nama yang saya kenal, mereka itu baru masuk dan tiada pengalaman menjadi fasilitator MHS pun sebelum ini,tapi mereka juga tersenarai antara YANG TURUN DARI LANGIT...

tak kisahlah macam mana pun, yang penting kebenaran ditegakkan...tindakan yang tak jelas mencetuskan persepsi negatif...sepatutnya dijelaskan oleh orang yang sepatutnya...siapa yang membuka pintu fitnah dialah yang sengaja menimbulkan fitnah...

kedua, tolong jangan mainkan isu kononnya pihak yang mendedahkan perkara ini telah membuka pekung universiti dan sebagainya...pengurusan dan sikap yang tak betul lagi tempang, tiba-tiba nak salahkan orang lain yang suarakan...ini tidak adil...sepatutnya diambil iktibar dan dibuat perubahan oleh pihak tertentu...atau menjawab semula andai tidak tepat...ini baru sikap yang betul...saya nampak sesiapa yang bersikap begitu sangatlah tak profesional...seolah-olah autoratik dan kuku besi...cuba menutup hak bersuara orang lain...

soal mereka-mereka ini nak tonjolkan diri ke tak,itu isu lain pada saya...mungkin disebabkan mentaliti masyarakat yang masih lagi tak terbuka menerima golongan yang vokal dalam memperjuangkan isu dan kritkal dalam memberikan pandangan bertentangan menyebabkan mereka tak boleh nak tonjolkan diri...apa pun, itu bukan isu besar pada saya...sekurangnya-kurangnya kenyataan dikeluarkan mereka ini ada asas...bukan cakap kosong dan merapu...

------- Assalamualaikum -------

Siapa yang TAK PROFESSIONAL sebenarnya? Telah BANYAK KALI dicadangkan agar penulis dan MUHD SYAFIQ berjumpa sendiri dengan SEKRETERIAT. Ada sesiapa berjumpa? Ada?

Berdasarkan komen-komen sebelumnya juga ada mencadangkan agar MENGUMPUL TANDATANGAN, MENDAPATKAN PENJELASAN dan sebagainya. Benda itu berlaku atau tidak?

Penulis blog ini sendiri kita tidak tahu sama ada berdiam diri atau bertindak. Jadi MUHD SYAFIQ tak perlulah berhujah-hujah sebelum keputusan mengenai perkara ini dikeluarkan.

Sekarang sepatutnya DUA PIHAK (Penulis dan SEKRETERIAT) menyelesaikan hal berkaitan. Kita sebagai PEMERHATI cuma mampu MENUNGGU dan MENDESAK mereka. Itu sahaja.

Sebelum kita menerima bulat-bulat TUDUHAN penulis bahawa pemilihan PEMBANTU MHS ini adalah berdasarkan KRONISME, elok kiranya kita tahu lebih dahulu APA MASALAH yang berlaku.

MASALAH YANG BERLAKU juga adalah sebagai ASAS dan BUKTI.

Pada pemikiran saya, mungkin disebabkan KESUNTUKAN MASA, KEKURANGAN PERMOHONAN dan MASALAH LAIN. Kalau MUHD SYAFIQ pernah bekerja di dalam sesuatu ORGANISASI YANG BESAR, sudah tentu MUHD SYAFIQ akan faham RISIKO-RISIKO yang mungkin berlaku terutamanya apabila berhadapan dengan MASALAH KEKURANGAN PERMOHONAN yang TIDAK MEMENUHI KUOTA.

Saya sarankan tak perlulah berhujah kalau hanya tahu hujung tapi tak tahu pangkal. Elok MUHD SYAFIQ tanya sendiri pada PUTIH KASIH kalau MUHD YSAFIQ katakan PUTIH KASIH berbohong.

Saya CABAR MUHD SYAFIQ tanya PUTIH KASIH sebagai LANGKAH PERMULAAN untuk mengetahui HAL SEBENAR.

------- Assalamualaikum -------

------- Assalamualaikum -------

Sekarang macam ni lah... MUHD SYAFIQ pun TAK PERCAYA pada kata-kata dan hujah orang lain kan... Elok kiranya dapatkan sendiri HUJAH daripada SEKRETERIAT... Sebab HUJAH daripada PUTIH KASIH pun MUHD SYAFIQ boleh pertikaikan dengan membalas ia sebagai -->

"mereka tak layak keluar kenyataan menjawab kembali isu ini"

MUHD SYAFIQ INI SIAPA YANG MENETAPKAN LAYAK ATAU TIDAK LAYAK. KALAU IKUTKAN SAYA, MUHD SYAFIQ PUN TIDAK BERHUJAH SELAGI PIHAK SEKRETETIAT TIDAK BERHUJAH.

"isu nak yang berpengalaman hanya bohong pada saya"

KALAU BENAR PIHAK PENGANJUR INGINKAN YANG BERPENGALAMAN KERANA KESUNTUKAN MASA DAN KEKURANGAN PERMOHONAN BAGAIMANA? SANGGUP MUHD SYAFIQ MOHON MAAF SECARA TERBUKA TERMASUK PENULIS?

"saya nampak sesiapa yang bersikap begitu sangatlah tak profesional...seolah-olah autoratik dan kuku besi...cuba menutup hak bersuara orang lain"

SAYA RASA KEBANYAKAN KOMEN MEMINTA IA DIBINCANGKAN, BUKAK MENUTUP ISU INI. TOLONG BACA ELOK2 KOMEN2 DI ATAS.

------- Assalamualaikum -------

awak quote perkataan saya pun secara salah... tak faham maksudkah?? bukan sahaja saya yang akan mengatakan PUTIH KASIH tak layak untuk menjawab isu ini... semua orang pun akan kata begitu... sebabnya, PUTIH KASIH bukan panel pemilih atau dari pihak sekretariat untuk beritahu kita mereka dipilih sebab sekian-sekian...Layakkah mereka yang menjelaskan begitu...itu point yang anda kena faham...

isu hendak yang berpengalaman adalah bohong... saya dah jelaskan sebabnya kenapa saya kata begitu... ambillah hujah saya secara penuh...sekali dengan alasan saya...kemudian baru jawab...kalau tak setuju...quote bagi penuh la...jangan ambil sekerat-sekerat...

------- Assalamualaikum -------

MUHD SYAFIQ minta orang lain TERIMA PENDAPAT, tapi kenapa TOLAK BULAT-BULAT pendapat, hujah dan alasan orang lain?

Pada pandangan saya, memang saudara ini jenis pentingkan diri. Kalau saudara dilantik menjadi ketua untuk apa-apa organisasi, rasanya hanya ikut KEPALA sendir sahaja agaknya. AGAKNYA.

Sekarang saya minta sesiapa yang membaca tulisan ini, sila berikan pendapat anda semua, ADAKAH PUTIH KASIH LAYAK ATAI TIDAK UNTUK MENYAMPAIKAN HUJAH, ALASAN DAN PEMBELAANYA SENDIRI?

A. LAYAK
B. TIDAK LAYAK

Kita tunggu data-datanya. Jangan risau, saya bukan jenis orang yang suka mengajak orang lain mengundi atau 'buat kerja belakang'. Kita tunggu sama-sama.

------- Assalamualaikum -------

Salam...

X payah lah nak bertikam lidah di sini sesama pelajar....sy x nak menyebelahi mane2 pihak...Saya ulangi lagi di sini...sy sebagai sekretariat di sini dan kalo ada apa2 x puas hati jumpa je saya...atau pun sekretariat MHS yang lain...x usahlah nak bertikam lidah kat sini lagi...Kalo ader aper2 x puas hati jumpa je kami...kami sedia meluangkan masa untuk menyelesaikan masalah ini...x payah nak timbulkan lagi isu atau spekulasi...

Sebelum nie sy ade offer untuk jumpa sy sendiri...tapi setakat nie tidak ada seorang pun yg tampil untuk jumpa saya atau sekteriat MHS yg lain...

sekian...

------- Assalamualaikum -------

Bukan bertikam lidah, tapi dah geram menyuruh makhluk yang TAK PUAS HATI berjumpa SEKRETERIAT... Tapi masih nak bercakap di sini... Bila orang sudah bertindak PROFESSIONAL, mereka taknak sahut pulak...

Heran la dengan makhluk-makhluk macam ni... Sekarang sudah ada DUA orang yang boleh memberi PENERANGAN... Tapi kalau dah kata PUTIH MASIH menipu dan bohong, jumpalah sendiri dengan keyqiestudiante. Rasanya keyqiestudiante adalah SEKRETERIAT dan juga PANEL PEMILIHAN. Kan?

Kita tengok ada orang jumpa atau tidak.

HENDAK SERIBU DAYA
TAK HENDAK SERIBU DALIH

------- Assalamualaikum -------

salam...

saya adalah salah seorang antaranya...

saya sedia untuk berjumpa dengan sesiapa yang tidak puas hati mengenai MHS...Dengan tujuan ingin 'CLEAR' kan balik apa yang anda tidak paham lagi...

sekian...
wasalam....

------- Assalamualaikum -------

PELUANG dah ada di depan mata. Tunggu apa lagi. Tapi elok rasanya BERJUMPA. Sebabnya kalau dihujahkan dengan TULISAN di dalam BLOG ini, nanti ada yang SUSAH NAK PERCAYA pulak, menuduh sebagai PEMBOHONGAN dan PENIPUAN. Kan?

BERTENTANG MATA lebih baik. Biar JAWAPAN TERUS MASUK KE TELINGA.

Cuma apabila dah tahu kebenaran, yang salah dan buruk sangka WAJIB MEMOHON MAAF. Jangan lupa......

------- Assalamualaikum -------

Saudara Muhd Syafiq, sy menjawab/menulis ulasan kerana diri saya teraniaya kerana dikatakan "turun dari langit" seolah2 kami ini adalah kroni2 yg dikatakan oleh blogger ini... Falsafah mane yg Muhd Syafiq gunakan ini? Saya berhak utk komen apabila nama saya diburukkan... Ini adalah maruah dan tggjwb sy untuk mempertahankan maruah saya... Ttg saketeriat, mereka ada hujah mereka dan sy juga ada hujah sy untuk mempertahankan maruah saya... Pernah Muhd Syafiq bayangkan mcm mane perasaan nk jwb exam dengan perasaan terhina? Mcm mane nak berdepan dengan kawan2 sedangkan nama kita diburukkan? Kita berhak untuk mempertahankan hak saya dan saketeriat juga berhak utk memberikan hujah mereka...

------- Assalamualaikum -------

Di mana MUHD SYAFIQ. Senyap sahaja. Lidah terkelu bibir membeku ke? Saya masih menunggu RESPON dan TINDAKAN dari MUHD SYAFIQ.

------- Assalamualaikum -------

Wa'alaikumussalam w.b.t.

bagus...bersabar menunggu...

bukan semua perkara mampu selesai dengan bertumbuk.Lebih baik diam dari berkata. kerana asasnya di sini, mentaliti manusia gagal berubah.pertelingkahan hanya membuang masa.

moga PEMERHATI lebih berhikmah dalam memberikan lontaran pandangan. Emosi meruntuhkan semangat perbahasan saya di sini. Anda hendakkan kemenangan, anda ambillah kemenangan yang diinginkan itu. menghina lawan dalam mengkritik satu perbuatan jenayah dan tidak beradab dalam berbeza pandangan. maka, diam lebih baik dari berkata-kata.Moga Allah membalas setimpal kutukan dan makian anda terhadap sesiapa sahaja.

------- Assalamualaikum -------

Saudara sendiri tak reti beri salam sebelum meninggal komen, nak ajar orang lain bab agama?

Moga Allah juga tunjukkan kebenaran kepada saudara. Lihat siapa yang salah, siapa yang benar. Siapa yang mengutuk, siapa yang mengeji dan siapa yang menghina sebenarnya.

Saya tidak sentuh soal BERTUMBUK, tetapi saudara yang memulakan isu BERTUMBUK. Kalau nak bertumbuk, boleh. Saya terima. Tapi elok rasanya saudara belajar dahulu selami diri sendiri sebelum menasihat orang lain.

------- Assalamualaikum -------

------- Assalamualaikum -------

Saya rasa bercakap dengan saudara ni MEMBUANG MASA sahaja. Suruh jumpa SEKRETERIAT, tak jumpa pun. Jangan pulak nak beri alasan, saudara siapa dan tiada kepentingan.

Kalau dah nak sangat jawapan, pergi berjumpa sendiri SEKRETERIAT. Lagipun dah ada yang tawarkan diri untuk berjumpa.

Nak bercakap tu, fikir dahulu. Saya tahu kebenaran dan saya tahu berada di pihak yang benar. Kalau saya menang, saya tahu menang ini menang yang hakiki. Bukan menang kerana menumpaskan lawan dengan cara tak elok.

Lepas ini saya akan keluarkan beberapa potong ayat kitab suci Al-Quran mengenai BURUK SANGKA, FITNAH dan perkara lain berkaitan untuk RENUNGAN kita bersama. RENUNG dan FIKIR, bukan RENUNG SAHAJA.

Walaupun memberi salam TIDAK WAJIB, menjawabnya WAJIB, Islam galakkan mendoakan saudara sesama Islam dengan kesejahteraan. Belajar-belajarlah beri salam dahulu sebelum memulakan bicara.

------- Assalamualaikum -------