Pro Mahasiswa

Wednesday, April 25, 2012

UNIMAP Tidak Hormat Pindaan AUKU


Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Mohd Taufiq Abdul mengecam tindakan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menggantung Mohd Izuwan Zaini, 25, pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Perlis (Unimap) selama 66 hari kerana didakwa menganjurkan suatu perhimpunan “Watch 13″.
Selain digantung, Izuwan juga turut dijatuhkan hukuman amaran keras dan denda RM100. Beliau telah didakwa kerana telah mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada kampus berkenaan.
Pada 13 Januari yang lalu di sebuah restoran di Kangar sekumpulan mahasiswa mengadakan sidang media yang melibatkan gabungan 14 kumpulan mahasiswa daripada Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Gabungan tersebut diberi nama Watch 13 ditubuhkan untuk membangkitkan kesedaran berhubung kepentingan keluar mengundi dalam pilihan raya.
Pembicaraan Izuwan diadakan pada 21 April lalu, dua hari selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti 1972 dipinda di Dewan Rakyat iaitu akan memberi kebenaran kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai dan menjadi ahli dan memegang jawatan sebarang parti politik. Tindakan Unimap ini tidak menghormati pindaan AUKU yang telah dibahaskan di Dewan Rakyat.
Tindakan pentadbiran Unimap  juga adalah bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang  memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan.
Selain itu,  tindakan ini juga tidak menggambarkan Malaysia sebagai salah satu anggota Majlis Hak Asasi Manusia yang telah mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
Kami memohon Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin supaya mendesak pentadbiran Unimap supaya menarik semula hukuman yang dikenakan terhadap Mohd Izuwan Zaini selaras dengan pindaan AUKU yang telah dibahaskan demi memastikan kematangan mahasiswa untuk berfikir.
Kita diperingkat mahasiswa akan mengadakan himpunan besar-besaran bagi mendesak Unimap menarik semula hukuman yang dikenakan itu.
Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Mohd Taufiq Abdul


sumber:siswanews01.blog.com

0 comments: