Pro Mahasiswa

Monday, May 24, 2010

Pro-Mahasiswa mendesak UKM mengugurkan 4 pelajar yang didakwa berpolitik

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Pro-Mahasiswa mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) agar menggugurkan serta merta kes empat pelajarnya yang akan didakwa nanti.

Mereka terdiri daripada Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai yang akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Shafiee Hashim menyelar pihak UKM hari ini mengambil tindakan berdiam diri dan enggan mengulas tentang isu empat mahasiswa jurusan sains politik universiti itu yang akan didakwa nanti.

Beliau menganggap tindakan UKM membisu itu sebagai sifat tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang mereka sendiri telah ambil terhadap empat mahasiswa berkenaan.

Katanya, sekiranya mereka melaksanakan tugas dengan betul sehingga sampai ke tahap mahu mengheret mereka berempat ke Mahkamah Universiti dan kemungkinan dikenakan tindakan gantung pengajian, sewajarnya mereka berani berdepan dengan apa sahaja persoalan, kritikan dan desakan daripada pihak lain bukan sebaliknya.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah universiti terkemuka yang telah dinobatkan antara universiti penyelidikan terbaik di Malaysia, mereka perlu bijak, telus, berani dan profesional dalam segala tindakan khususnya apabila mereka mendakwa terdapat mahasiswa sains politik lain yang telah turun pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah melalui kebenaran pihak universiti.

“Namun persoalannya di sini, siapakah mereka mahasiswa yang terlibat itu, nyatakan sekali dengan nama mereka serta bentuk surat kebenaran universiti agar pihak lain tidak sangsi dengan kenyataan yang dibuat.

“Ini kerana, pada waktu yang sama UKM sibuk berhadapan dengan peperiksaan akhir semester, masih wujud lagikah urusan akademik atas kebenaran pihak universiti di sana?” ujarnya dalam satu kenyataan.

Akhirnya, kata beliau Pro-Mahasiswa kecewa dengan tindakan UKM bukan sahaja tidak mencerminkan kematangan dan profesionalime mereka dalam mentadbir, bahkan telah mencemarkan dan memalukan nama universiti terhebat itu.

Mereka berempat yang akan didakwa hanya kerana pada 22 April lepas, mereka ditahan oleh pihak polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah.

Turut ditahan bersama mereka ialah tiga orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama iaiatu sebuah kereta dan sebuah van.

Dalam penahanan itu, polis merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga cakera padat (CD) kempen.

Pada 23 April pula, sekitar jam sepuluh malam, Hilman bersama-sama empat orang aktivis lain ditahan sekali lagi oleh polis dalam sekatan jalan raya.

Dalam penahanan itu polis hanya menjumpai sekeping vieo cakera padat (VCD) ceramah parti politik

Wednesday, April 28, 2010

Kenyataan Rasmi memohon maaf ke atas kekeliruan artikel MHS

Salam

Disini pihak Pro-Mahasiswa memohon jutaan kemaafan atas artikel yang telah dikeluarkan "Pembantu MHS turun dari langit". Dengan keluarnya artikel ini telah menyinggung beberapa pihak yang tidak terlibat didalam perkara ini.

Seperti nama-nama pelajar yang telah disiarkan pada artikel ini:

MHS382 (AMIR HAMZAH BIN ARIFFIN)

MHS383 (AZIAH BINTI OTHMAN)

MHS384 (MAZNI BIN SHARIFF)

MHS385 (MOHD HAFRIZ BIN NAZLAN)

MHS386 (NUR MUHAMMAD FIRDAUS BIN NUR AHMAD)

MHS387 (MOHD AZLAN BIN ABU TALIB)

MHS388 (MOHD HAZRULFAEZ BIN RAHIAM)

MHS389 (MOHD SHAHIR BIN MUHAMED YAAKOB)

MHS390 (ARUN A/L RAJENDRAN)

MHS391 (AHMAD RIFA’I B. KAMARUDIN)

Tujuan utama pihak kami hanyalah untuk menunjukkan bilangan pelajar yang memohon untuk MHS tidak berada dalam senarai temuduga pembantu MHS tetapi terpilih untuk menjadi pembantu MHS. Mungkin disini berlaku salah faham berkaitan dengan individu-individu ini. Kami memohon maaf atas kekeliruan ini.

Matlamat utama artikel ini ialah:

1. Mahukan keadilan dari pihak bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara.

2. Mahukan penjelasan dari pihak bertanggungjawab dalam perkara ini.

Akhir kata, sekali lagi pihak Pro-Mahasiswa memohon jutaan kemaafan atas kekeliruan ini. Berkaitan dengan nama-nama pelajar tersenarai, mereka ini pun langsung tidak terlibat dalam perkara ini, mereka hanyalah di'kambing hitam'kan untuk menutup pekung beberapa individu yang sengaja dimasukkan untuk dijadikan pembantu MHS.


Monday, April 19, 2010

Pembantu MHS turun dari langit?




GEMPARR!!!

FAKTA: Sekali lagi mahasiswa UTHM dibodohkan dan dimainkan oleh tangan-tangan ghaib. Niat ikhlas mahasiswa mahasiswi yang mendaftarkan diri sebagai pembantu Minggu Haluan Siswa (MHS) dimanipulasi oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Beberapa nama yang tiada pada sesi temuduga didapati telah tersenarai sebagai pembantu MHS pada sesi akan datang. Amat terkejut juga beberapa individu yang berkenaan adalah merupakan bekas-bekas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada sesi lalu. Apakah hak penganjur untuk memasukkan orang-orang ini ke dalah oraganisasi MHS akan datang??

Apakah penganjur mengamalkan sikap kronisme dalam memilih pembantu MHS yang akan datang dan menafikan hak-hak mahasiswa lain untuk berkhidmat kepada universiti yang tercinta??

Jika penganjur mempunyai agenda tersembunyi di sebalik MHS, janganlah dibuat sesi temuduga dan pilihlah pembantu-pembantu yang penganjur sukai!!

Kami menyeru kepada pihak pentadbiran universiti supaya mengambil tindakan ke atas individu-individu yang bertanggungjawab ke atas penyelewengan yang teratur ini. Kami menuntut pemilihan yang lebih telus dan bukan membudak-budakkan mahasiswa mahasiswi UTHM!!

Penyelewengan ini, kecil pada skalanya, jika tidak dibanteras akan merebak menjadi besar, kelak. Mahasiswa semua bolehlah merujuk di papan tanda-papan tanda di sekitar UTHM.

Di mana integriti Pihak Penganjur MHS pada kali ini???

**PERHATIKAN NAMA YANG DIBULATKAN DENGAN BULATAN MERAH!

Sila perhatikan no siri terakhir pada senarai nama temuduga. Nombor siri yang terakhir di Notis Pemberitahuan Temuduga adalah MHS381 (ZAINAB BINTI MOHD). Jika mahasiswa masih ragu tentang nama ini, perhatikan nama-nama sebelum (kertas kuning) dan gambar selepas pemilihan. Nama-nama ini diatur mengikut aturan huruf (alphabetical order).



Bagaimana nombor siri terakhir pada senarai temuduga ialah MHS381, tetapi senarai nama yang keluar pula ialah MHS 382 sehingga MHS391. Lihat pula senarai muktamad pembantu.


BAHAGIAN PENYELARASAN PROGRAM











MHS382 (AMIR HAMZAH BIN ARIFFIN)

MHS383 (AZIAH BINTI OTHMAN)

MHS384 (MAZNI BIN SHARIFF)

MHS385 (MOHD HAFRIZ BIN NAZLAN)


BAHAGIAN TUGAS-TUGAS KHAS











MHS386 (NUR MUHAMMAD FIRDAUS BIN NUR AHMAD)

MHS387 (MOHD AZLAN BIN ABU TALIB)

MHS388 (MOHD HAZRULFAEZ BIN RAHIAM)

MHS389 (MOHD SHAHIR BIN MUHAMED YAAKOB)


BAHAGIAN KEBAJIKAN












MHS390 (ARUN A/L RAJENDRAN)

MHS391 (AHMAD RIFA’I B. KAMARUDIN)

Wednesday, April 14, 2010

Parlimen Mahasiswa!

Pembentukan Parlimen Mahasiswa hanya dapat dilaksanakan selepas kerajaan mewartakan pindaan perlembagaan universiti awam di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata proses pindaan perlembagaan yang membabitkan 18 universiti awam itu kini pada peringkat akhir.

"Untuk mewujudkan Parlimen Mahasiswa, kita perlu menunggu penggazetan pindaan perlembagaan universiti. Perkara ini kini berada pada peringkat Peguam Negara," katanya selepas melancarkan Koleksi Kaum Peranakan Asia Tenggara di Universiti Sains Malaysia (USM) di Georgetown, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sedang dalam proses meminda perlembagaan universiti awam supaya ia selaras dengan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku).

Pada 7 Januari lalu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Mohamad Shafiq Abdul, telah menyerahkan kertas cadangan kerangka penubuhan Parlimen Mahasiswa kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk dipertimbangkan.

Penubuhan Parlimen Mahasiswa itu dicadangkan golongan mahasiswa yang mahu satu saluran bagi menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menasihati golongan mahasiswa supaya tidak terbabit berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

"Kita akan memantau supaya golongan mahasiswa tidak turut serta dalam kempen pilihan raya itu," katanya.

- Bernama

Monday, April 12, 2010

Selamat menduduki peperiksaan akhir!!!


Rakan-rakan mahasiswa yg di kasihi, semoga anda buat yg terbaik pada peperiksaan kali ini. Dari kami Pro Mahasiswa UTHM

Saturday, March 27, 2010

Bantuan kewangan untuk mahasiswa UTHM yang memerlukan

Bantuan kewangan yang ditawarkan adalah seperti berikut.

1.Bantuan Kewangan yang berbentuk pinjaman.

2.bantuan kewangan yang berbentuk bukan pinjaman.
a. Borang Tabung Wang Ehsan. ( bkn wang ehsan kelantan tau)
b. Borang Bantuan Zakat

untuk maklumat lanjut layari blog :

Hadi Abd Rahman
NYDP1 MPP UTHM 2010


Info dari Jab. Hal Ehwal Kolej Kediaman (JHEKK)



Segala maklumat lanjut, boleh maklum pada yang bekenaan. Respon dan pandangan dari anda semua amat kami harapkan..

"Mahasiswa memimpin perubahan"
Fauzi ALi NYDP2


dipetik daripada blog :
www.fauziali.blogspot.com

Friday, March 26, 2010

MPP bersama Mahasiswa



Hari ini, 27 Mac 2010:
KKTDI :(9.00-10.00 pagi)
KKTF :(10.00-11.00 pagi)
KKTSN :(11.00-12.00pagi)
KKTU :(12.00-1.00 tengahari)
KK Perwira :(2.00-3.15 petang)
KK Melewar :(3.30-4.45 petang)
KK Kelisa :(5.00-6.00 petang)

Thursday, March 18, 2010

Kebangkitan Mahasiswa menongkah PERUBAHAN

Tuesday, March 16, 2010

KENYATAAN RASMI PRO MAHASISWA UTHM BERKAITAN ISU KETIADAAN SUA DALAM SASARAN KERJA TAHUNAN MPP UTHM 09/10


Isu yang dibangkitkan di peringkat media ProMahasiswa UTHM telah menarik minat ramai pihak. Perdebatan dan pelbagai hujah diutarakan melalui laman sosial facebook dan di laman web ProMahasiswa UTHM ini sendiri. Oleh yang demikian, terlebih dahulu di peringkat ProMahasiswa UTHM memohon ribuan kemaafaan sekiran berlaku pelbagai kekhilafan pendapat dan pembongkaran yang di buat menyebabkan ada pihak yang tesinggung.


Walaubagaimanapun, apa yang hendak ditegaskan disini adalah berkaitan isu amanah kepimpinan, tanggungjawab dan kepercayaan mahasiswa kepada pemimpin. Perkara yang di bongkar bukanlah suatu khabar angin kerana ProMahasiswa UTHM mempunyai bukti yang kukuh dalam menjelaskan isu ini.


Dalam isu ini , saudari Setiausaha Agung telah mengakui kesilapan kerana memberikan alasan “masalah peribadi “ untuk tidak hadir dalam SKT tersebut walhal beliau sebenarnya telah menghadiri suatu program “ Motivision & Leadership Camp 2010” di Pulau Pangkor seperti yang di petik daripada laman web mantan YDP UTHM saudara fadzil dalam artikel terbarunya. Oleh itu, beliau telah memohon maaf atas kesilapannya.


Justeru itu, isu yang di bangkitkan ini bukanlah bertujuan memecah belah mana-mana pihak tetapi sebagai suatu penilaian dalam kepimpinan. Harus di ingat di zaman teknologi dan kebebasan media melihatkan bahawa sebenarnya setiap gerak geri MPP adalah dalam perhatian mahasiswa dan setiap perkara yang tidak baik akan dinilai oleh mahasiswa.


Oleh yang demikian, beberapa perkara penting lain yang ingin ProMahasiswa UTHM perjelaskan adalah seperti berikut :


1. ProMahasiswa UTHM sekali lagi memohon kemaafan sekiranya berita yang disiarkan menyinggung mana-mana pihak.


2. Berharap agar ada pengalaman yang boleh dikongsi bersama Saudari Setiausaha Agung dengan rakan-rakan MPP yang lain dalam penyertaan program “Motivision & Leadership Camp 2010” yang beliau sertai.


3. Mungkin timbul persoalan kenapa kepimpinan baru MPPUTHM09/10 yang lain tidak turut serta dalam program “Motivision & Leadership Camp 2010” walhal Majlis Perwakilan Pelajar MPPUTHM 09/10 adalah kepimpinan tertinggi di peringkat mahasiswa UTHM dan program tersebut adalah program berbentuk kepimpinan. Timbul persoalan lain jua apakah sebenar objektif program tersebut dan siapakah sebenarnya sasaran peserta yang terlibat?


4. Kerjasama antara wakil Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa amatlah ditagih dalam kelancaran gerak kerja pengurusan MPP UTHM pada kali ini . Sekali lagi, wakil-wakil Pro Mahasiswa yang terpilih dalam kabinet MPP kali ini dengan rendah dirinya menyatakan komitmen, kerjasama dan kesatuan yang di berikan dalam membawa agenda mahasiswa di UTHM.


Kesimpulannya, Setiap pemimpin ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kerjasama dan komitmen amatlah diharapkan dalam kelancaran memimpin bersama pada kali ini. Pemimpin harus sedia di kritik dan dalam masa yang sama berpeluang meningkatkan ilmu kepimpinan masing-masing. Bertanggungjawablah dengan dengan baju amanah yang di berikan kepada setiap pemimpin samaada di peringkat mahasiwa mahupun masyarakat.


“Katakanlah : Wahai tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkaulah sebala kebajikan. Sesunguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu“

Surah Ali Imran : 26

Monday, March 15, 2010

Pandangan Tim. Menteri berkaitan isu internet dan penggunaan laman web sosial di kampus

IPTA di larang potong, had baget internet

manawar@bharian.com.my

14/03/2010 (ahad)


PETALING JAYA: Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diarah supaya tidak memotong atau mengurangkan perbelanjaan kemudahan internet yang disediakan di kampus masing-masing, walaupun kerajaan pada masa ini memperkenalkan langkah berjimat cermat.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata usaha meningkatkan lagi kemudahan capaian internet seperti memperluas perkhidmatan internet tanpa wayar (WiFi) dan menambah kelajuan penerimaan gelombang frekuensi patut diberi keutamaan oleh pengurusan IPTA berbanding membelanjakan peruntukan bagi perkara lain. “Saya berharap pihak universiti cuba perbaiki lagi talian internet di kampus. Jika belanjawan dipotong kerana langkah berjimat cermat, perbelanjaan bagi internet tidak boleh dipotong. Yang penting tingkatkan kelajuan dan kapasiti internet di kampus.

“Tidak perlu cat baru bangunan atau buat pagar ata
u bina bangunan baru. Saya tidak mahu dengar lagi mahasiswa mengadu kepada saya melalui Facebook yang talian internet di kampus mereka selalu sesak atau perlahan,” katanya pada sidang media selepas berucap pada Seminar Muslim Super anjuran badan bukan kerajaan (NGO), iluvislam.com di sini, semalam.

Saifuddin berkata, kemudahan internet di IPTA masih banyak perlu diperbaiki kerana ia menjadi medium utama bagi mahasiswa mendapatkan maklumat terkini sama ada menyiapkan tugasan, mendapatkan maklumat atau berinteraksi.

Katanya, pengurusan IPTA tidak boleh lagi menganggap pelaburan memajukan kemudahan internet sebagai sesuatu yang merugikan kerana internet semakin sebati dalam kehidupan masyarakat terutama mahasis
wa.
“Ada pengurusan IPTA menyalahkan mahasiswa kononnya tindakan mereka memuat turun pelbagai maklumat termasuk video menyebabkan talian internet menjadi perlahan atau sesak. “Pengurusan IPTA perlu sedar bahawa inilah dunia mahasiswa sekarang. Mereka hanya mahu kemudahan internet pantas dan mu
dah dicapai di mana-mana saja. Ia kini menjadi lumrah dalam kehidupan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin turut meminta IPTA tidak lagi melarang mahasiswa menggunakan Facebook atau apa juga laman sosial internet untuk berkempen dalam pilihan raya kampus pada masa depan.
“Tindakan melarang mahasiswa apatah lagi menghukum mereka kerana menggunakan laman sosial internet untuk berkempen adalah salah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mempunyai akaun Facebook untuk berinteraksi dengan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan mutu kemudahan internet di kampus juga selari dengan dasar kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berintelek dan berkemahiran tinggi dalam kerangka pembentukan Model Ekonomi Baru.


KUALA LUMPUR, 12 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'

Friday, March 12, 2010

Dimana Setiausaha Agung ketika SKT MPP???

Salam Perjuangan,

Mengejutkan! semasa Sesaran Kerja Tahunan (SKT) MPP yang baru lepas, dikatakan terdapat MPP yang berjawatan tinggi tidak menghadirinya.
Menurut YDP MPP 2010 saudara Shahzada Khan, MPP tersebut tidak dapat menghadirkan diri atas urusan peribadi yang perlu diselesaikan pada hari kejadian.
Itu respon yang diterima oleh YDP berkaitan ketidak hadiran MPP tersebut.

SKT tersebut amat penting bagi MPP untuk merencana setiap aktiviti-aktiviti yang mereka akan lakukan sepanjang memegang amanah ini selama 1 sesi.
Ianya menjadi lebih penting apabila seseorang itu berada di jawatan-jawatan yang penting, terutamanya jawatan sebagai Setiausaha Agung. Kerana di jawatan yang pentinglah yang akan menjadi 'think tank' terhadap gerak kerja MPP yang dirancang. Peranan Setiausaha Agung pula amat-amat sekali penting, tugasnya akan 'keep in' data sepanjang SKT dan menjadi Personal In Charge untuk memastikan apa yang dirancang dilaksanakan. Jika beliau tiada dalam SKT, bagaimana MPP akan bergerak kerja???

Pro-Mahasiswa akan membongkar disebalik apa yang berlaku ini. Pihak Pro-Mahasiswa mendapat tahu bahawa MPP tidak hadir ke SKT berkenaan bukannya kerana masalah peribadi, tetapi ada agenda tersendiri yang tersembunyi.
Sebenarnya MPP berkenaan pergi ke suatu program yang berbentuk riadah dan seronok di Pulau Pangkor.

Adakah ini yang dijadikan keutamaan berbanding tugasan yang besar sebagai Setiausaha Agung MPP didalam SKT?
Adakah dengan 'title' x-MPP yang lepas menjadikan beliau boleh bersenang lenang dengan keseronokan dan membiarkan rakan-rakan MPP yang baru terkapai-kapai dalam SKT?
Adakah ini yang kita mahukan dari seorang pemimpin pelajar?






Mari sama-sama kita 'talkin'kan MPP yang bersikap seperti ini!

Sudah tentu saudara Shahzada Khan kecewa dengan sikap MPP ini. Apapun pihak Pro-Mahasiswa mengucapkan tahniah keatas saudara Shahzada Khan atas komitmen beliau membantu rakan-rakan MPP dibawahnya dengan pengalaman beliau yang pernah menjadi MPP 2 tahun yang lepas.
Syabas Shahzada Khan.
Takziah buat Najihah!!!

*Pro-Mahasiswa mendesak agar Najihah meletak jawatan atas sikap yang TIDAK AMANAH beliau! Inikah pemimpin mahasiswa yang kita mahu kan???

Thursday, March 11, 2010

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional

NYDP1 Semarakkan budaya membaca di UTHM

UTHM,10 Mac - MPP UTHM 09/10 di bawah kelolaan NYDP 1, saudara Mohd Hadi Abd Rahman telah memulakan kempen yang dinamakan baca@uthm. Ianya merupakan satu program kempen budaya membaca secara berkala dan akan dilakukan setiap bulan di tempat-tempat & lokasi yang berbeza-beza.

bagi permulaan kempen " baca@uthm" tersebut,ianya akan di mulakan di baca@busstoputhm. .. seterusnya baca@kafe, baca@bus dan seterusnya seluruh kawasan Universiti dengan menyemarakkan budaya membaca di kalangan mahasiswa.

"It's a very simple but interesting campaign. You just have to bring your own book or any material to read (Quran also permitted). Bring it, we go to the bus stop. Then, we read together." ujar NYDP 1

Objektif utama kempen tersebut adalah ingin mewujudkan kembali suasana membaca & membuang sikap malu membaca di tempat awam.Selain itu, ianya berusaha untuk memupuk sikap minat suka membaca dan menghilangkan labeling "nerd is a weird".Di samping itu juga,di harap program ini berupaya dalam meningkatkan lagi proses mengangkat & mengembalikan intelektualisme mahasiswa itu sendiri.

Pengarah program merangkap NYDP1 turut hadir dalam permulaan kempen baca@uthm di UTHM.


YDP turut memberi perangsang dalam kempen baca@uthm tersebut.


Kelihatan ketua Jab. Kerohanian & Pembangunan sahsiah turut serta dalam pelancaran kempen baca@uthm pada hari tersebut.

Sasaran Kerja Tahunan MPP



28 Feb 2010, Ahad- HEP: Sebagai gerak kerja pertama kabinet yang terbentuk hasil persetujuan 2/3 dewan mesyuarat pada minggu lalu, Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UTHM tahun ini mengorak lagkah setapak kehadapan dengan menganjurkan Program Sasasran Kerja Tahunan, SKT yang berlangsung selama 2 hari di Bilik Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Pelajar UTHM dengan jayanya.

”...adalah sesuatu yang dikira agak baru dalam SKT tahun ini. Program yang kebiasaannya dianjurkan selama 3 hari 2 malam dapat dijayakan hanya dalam tempoh 2 hari sahaja. Buat pertama kalinya dilaksanakan dalam universiti, ia merupakan pencapaian yang agak baik dan ekonomik” kata Naib Yang-Dipertua2, saudara Mohd Fauzi Bin Ali merangkap Pengarah Program SKT pada tahun ini.


Dengan itu, adalah diharapkan oleh semua pihak agar bekerjasama untuk melaksanakan tangungjawab yang digalas oleh mahasiswa dan universiti demi kebajikan dan kemaslahatan bersama-WM

sumber: Blog Janifal Alipal

Wednesday, March 10, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UTHM




Selamat Sejahtera.
Salam Perjuangan.

Membawa slogan "Rasulullah Teladan Sepanjang Zaman", Pusat Islam UTHM akan mengadakan Sambutan Maulidurasul 1431H.

Tarikh : 12 Mac 2010 (Jumaat)

Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM

Penceramah : YBhg.Al-Fadhil Ust. Abdul Mutalib bin Abdul Rahim Al-Hafiz (Pegawai Tadbir Agama Daerah Segamat)

Kelab-kelab, persatuan-persatuan juga PTJ-PTJ dijemput untuk menyertai perarakan yang akan bermula jam 8.00 pagi di kawasan Pusat Kokurikulum Sukan & Kebudayaan. Kepada Non-Muslim juga di harapa tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama berarak di sepanjang jalan di UTHM, pupukan semangan perpaduan bermula dari sini.

Sama-sama kita menjayakannya.

Pihak Pro-Mahasiswa akan memobilasi mahasiswa sebanyak mungkin penyertaan didalam perarakan tersebut demi menjayakan program-program Universiti.


Tuesday, March 9, 2010

NYDP1 MPPUTHM di Surau Perdana KK TDI



Semua Mahasiswa UTHM di jemput hadir...

Monday, March 8, 2010


Barisan kepimpinan MPPUTHM 2009/10 melafazkan ikrar komitmen dalam menjalankan tugas sepagai Majlis Perwakilan Pelajar.




Tahniah dan Takziah Pro-Mahasiswa ucapkan kepada barisan-barisan MPP yang baru.
Semoga dapat menjalankan amanah yang berat ini dengan sepenuh hati dan ikhlas kepada-Nya.

Wakil MPP mahasiswa turun padang



1 Mac 2010, Isnin- HOSPITAL BATU PAHAT: Menyedari kebajikan para pelajar di kampus, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 (MPP) melahirkan rasa prihatin dengan mengunjungi seorang mahasiswa UTHM yang sebelumnya ditemui pengsan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) pada 26 Feb 2010 dan dikejarkan ke Hospital Batu Pahat minggu lalu.

Pada awalnya, rawatan diperingkat PKU mengenalpasti pelajar tersebut sebagai pesakit asthma sahaja. Namun, sesudah pengsan dan dibawa ke Hospital Batu Pahat, doktor mengesahkan bahawa peparu pelajar tersebut dijangkiti bakteria dan berada dalam keadaan yang kritikal sehinggakan perlu ditahan ke unit rawatan khas untuk pemeriksaan selanjutnya.

Oleh itu, Majlis Perwakilan Pelajat sesi 2009/2010 melawat pelajar tersebut dan menghulurkan sedikit bantuan berbentuk sokongan kepadanya. Setakat ini, pihak Universiti juga prihatin dengan menyara kos perubatan pelajar tersebut. Demikianlah keprihatinan semua pihak terhadap kebajikan para pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Pihak pro-Mahasiswa dimaklumkan bahawa mahasiswa yang ditahan dihospital itu mengalami kesesakan nafas yang teruk akibat daripada udara yang tidak baik memandangkan bahan kimia yang dibebaskan dari kilang yang berdekatan dengan kolej kediaman yang didiami. Beliau menginap di kolej kediaman Tun Dr. Ismail (KKTDI) dimana memaklumkan hampir setaip hari kilang yang membebaskan bahan kimia berupa debu asap menyebabkan nafasnya seringkali sesak dan sukar bernafas.


Oleh itu Pihak Pro-Mahasiswa berharap agar, wakil MPP yang hadir dapat mengusulkan agar membawa isu pembebasan asap kilang ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Ini kerana, seolah-olah asap dari kilang yang berdekatan tidak dikawal dengan pembuangannya yang mengakibatkan masalah kesihatan para pelajar dan masyarakat luar mengalami kesakitan sesak nafas, radang dan lain-lain.