Pro Mahasiswa

Thursday, December 31, 2009

Ciri pemimpin mahasiswa UTHM yang kita mahukan

Selamat Sejahtera,

Bahang Pilihan Raya Kampus kian terasa. Kita sebagai mahasiswa UTHM wajar sedar akan pentingnya Pilihan Raya Kampus ini. Dimana medan inilah mahasiswa akan memilih pemimpinnya berdasarkan undian seara demokrasi. Kaedah mengundi yang wujud dalam kerangka demokrasi hari ini dan dilihat hanya sebagai satu wadah yang paling aman dan baik untuk memilih pemimpin sewajibnya digunakan dengan sebaik mungkin.

Semua rakan-rakan mahasiswa seharusnya mengangkat calon-calon kompeten dan berwibawa ini untuk menuntun dan memimpin mahasiswa ke arah budaya intelektual, penyuburan demokrasi, integriti kepimpinan serta wajah pemimpin masa depan negara.

Ayuh! Mari kita bersama bangkit dari lena yang nyenyak. Berikan fokus kita kepada Pilihan Raya Kampus yang akan datang ini. Rebutlah peluang untuk kita memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan agenda mahasiswa. Bukannya pemimpin yang hanya menjadi 'pak turut' kepada pentadbiran universiti semata-mata.

Disebelah kiri, pihak Pro M menyelitkan undian untuk ciri kepimpinan yang kita mahukan untuk memimpin kita sepanjang sesi 2010 kali ini.

Sama-samalah kita mengundi ciri-ciri kepimpinan idaman masing-masing.

-Mahasiswa nadi Universiti-

Monday, December 28, 2009

Fakulti buat hal dihari pertama kuliah?

Salam sejahtera.

Hari ini bermula sesi perkuliahan semester kedua sesi 2010. Ramai mahasiswa mula kembali ke medan pengajian setelah sebulan bersama keluarga dan sahabat andai dikampung.

Selamat datang juga diucapkan kepada mahasiswa yang baru berdaftarkan diri dipermulaan semester ini. Moga-moga mahasiswa yang baru dapat membiasakan diri dengan kehidupan di bumi parit raja yang bertuah ini.

Disebalik keghairahan mahasiswa untuk meneruskan pengajian, terdapat pula masalah yang timbul buat mahasiswa di Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Jadual kuliah yang sepatutnya telah keluar beberapa hari sebelum kuliah belum dipaparkan kepada umum. Sehinggakan berlakunya kekeliruan dan kekalutan kepada mahasiswa fakulti tersebut pada hari ini. Ramai mahasiswa yang tidak mengetahui status pengajian mereka pada hari pertama perkuliahan. Sesuatu yang amat mengecewakan.

Seorang mahasiswa dari fakulti tersebut meluahkan kepada Pro-M bahawa beliau amat kecewa dengan masalah ini. Ini kerana, ia akan merumitkan segala urusan mahasiswa dan staf dibawah fakulti tersebut. Segala perencanaan dan perancangan mereka terbantut di permulaan jalan.

Umpama tersungkur di permulaan 1 meter pertama didalam acara 100 meter. Tatkala pelari-pelari lain terus memecur kehadapan dan meninggkan begitu jauh.

Diharapkan pihak tersebut cepat bertindak pantas dalam menangani masalah ini dan pastikan masalah ini tidak akan berulang lagi. Pihak atasan universiti pula harus memandang serius diatas apa yang berlaku. Tingkatkan pengurusan.

Akhir sekali, semoga UTHM terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

-Mahasiswa nadi Universiti-

Tuesday, November 3, 2009

Selamat menduduki peperiksaan

Tuesday, August 25, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1430H

Thursday, August 6, 2009

Tahniah kepada graduan UTHM

Tahniah YDP UTHM


Promahasiswa UTHM bersama seluruh warga kampus menyokong penuh penyerahan memorundum berkaitan isu pencemaran kilang kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tahniah dan syabas di atas tindakan YDP dalam menyuarakan pandangan dan permasalahan yang sekian lama di tanggung oleh warga kampus.

Saturday, August 1, 2009

589 wira rakyat

sumber : malaysiakini.com
11.58pm
Seramai 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di beberapa tempat di tengah Kuala Lumpur sepanjang hari ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah

Tahniah kepada Gabungan mansuhkan ISA (ISA) di atas kejayaan menganjurkan himpunan menentang kezaliman itu.Walaupun di beritakan sekitar 589 orang di tahan, mahasiswa UTHM beranggapan mereka adalah diantara golongan yang berani menentang kezaliman secara terbuka dan merupakan wira rakyat dalam memperjuangkan kebenaran.

Penahanan mereka bukanlah di sebabkan jenayah seperti rasuah, membunuh, merompak, berkhalwat yang di lihat semakin membimbangkan tetapi penahan mereka adalah kerana keberanian berhimpun menentang suatu akta yang zalim. Kita percaya GMI telah menyiapkan barisan guaman dalam membantu membebaskan mereka yang di tahan.

Kepada mereka yang di tahan, andalah wira sebenar rakyat Malaysia. Kita percaya seluruh pimpinan yang menentang akta zalim itu beserta jutaan rakyat Malaysia sentiasa bersama anda!!!

Thursday, July 30, 2009

bacalah

Catatan Anak Seorang Tahanan ISA - Oleh Suhaib Mat Sah. Anda wajib BACA !!!!!
Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Inilah mangsa ISA







Dimanakah sifat kemanusiaan kita?



Pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah(3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya.




Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.




Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasi Napoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam!






LAWATAN YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DAERAH BATU PAHAT

PromahasiswaUTHM mengalu-alukan kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kehadiran Timbalan Perdana menteri ke UTHM dalm rangka lawatan kerja B.Pahat merupakan suatu perhormatan di peringkat kerajaan ke atas UTHM. Tetapi sedikit mendukacitakan apabila lawatan tersebut seolah-olah seperti suatu program sebuah parti politik dan bukannya program kerajaan. Ini dapat di lihat dalam pengisian program yang di selitkan dengan nyayian dari lagu dari sebuah parti politik.

"Sebagai mahasiswa kami meriakan kehadiran kepimpinan negara ke universiti kami tetapi bukanlah sebagai kepimpinan politik ketika lawatan di jalankan". ujar seorang mahasiswa ketika di temui.

Satu lawatan kerja oleh Timbalan Perdana Menteri ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 1 Ogos 2009.Ketetapan seperti berikut:

Tertib Acara
Ketibaan Dif-dif jemputan
Ketibaan YAB Dato' Hj. Abd Ghani Othman Menteri Besar Johor
Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia (YAB turun disimpang 3 (sebelum DTII), disambut dengan paluan kompang, barongan, pencak silat, tarian naga, tarian India)

Menanam pokok palma dan menyempurnakan pelepasan konvoi 20 pelajar berbasika sebagai simbolik pelancaran Kempen Bumi Hijau UTHM
Bergerak ke Dataran Siswazah (bersalaman)
Sesi bergambar bersama pelajar UTHM
Taklimat pembangunan dan akademik UTHM di Dewan 1
bergerak masuk ke Dewan Utama diiringi bacaan marhaban dan Selawat

Bacaan Doa
Koir Lagu UMNO Bersatu dan UMNO Johor.
Ucapan Datuk Hj Mohamad bn Hj Aziz, Ahli Parlimen Sri Gading
Ucapan YAB Dato' Hj Abd Ghani bin Othman,Menteri Besar Johor
Ucapan Perasmian oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Pelancaran Buku "Tun Hussein Onn - Permata Manara Gading"
Penyampaian Cenderahati
Sidang media di Dewan 1
Jamuan di Dataran Terbuka

Tuesday, July 28, 2009

Presiden KI tampil kemukakan bukti

























dapatkan perjelasan seterusnya dari blog presiden Kelab Iqra

Sunday, July 26, 2009

KELAB DAMAI pengganti KELAB IQRA' ?

Parit Raja 27 Julai - Isu berkaitan agenda pembubaran Kelab Iqra' menjadi suatu fenomena baru khususnya bagi persatuan-persatuan Islam yang telah bertapak di IPTA di seluruh Malaysia sejak sekian lama. Seperti yang di laporkan dalam mahasiswakini berkaitan isu tersebut, pelbagai respon dan pandangan telah di berikan. Di peringkat Kelab Iqra' pula, satu kenyataan rasmi akan di keluarkan dalam masa terdekat ini.

Di peringkat Promahasiswa UTHM, seharusnya kelab yang terbabit dan pihak pengurusan universiti mencari jalan terbaik dalam mengatasi perkara ini. Selain itu, promahasiswa UTHM beranggapan bahawa Kelab Iqra juga telah memainkan peranannya dalam membawa agenda pembentukan sahsiah dan akhlak islamiah terhadap golongan mahasiswa khususnya. Tambahan pula kebanyakan ahli-ahli kelab Iqra telah menggerakkan program berbentuk kerohanian dan kebajikan di surau-surau kolej Kediaman.

Walaubagaimanapun, mungkinkah ini hanya kebetulan apabila di Peringkat IPTA telah melancarkan Kelab DAMAI IPTA pada majlis penutup Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam di UiTM, Shah Alam.

"Saya ingin melihat kepemimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur supaya pemikiran mahasiswa akan terus menjadi input besar kepada kejayaan negara," katanya ketika menutup Konvensyen Kepemimpinan Mahasiswa Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kelab Dewan Amal Islam Hadhari (Damai) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipimpin pengerusi baru, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
www.bharian.com.my

sedikit info berkaitan Kelab DAMAI IPTA
Kelab DAMAI nanti akan berfungsi secara berfokus sebagai perantara dengan persatuan-persatuan Islam kampus. Ini akan memudahkan urusan penyaluran pelbagai bantuan dan sokongan bagi menjayakan aktiviti mereka.

Berikut adalah sasaran 20 Kelab DAMAI di IPTA:


  1. Kelab DAMAI Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  2. Kelab DAMAI Universiti Malaya (UM)
  3. Kelab DAMAI UiTM
  4. Kelab DAMAI Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
  5. Kelab DAMAI UIAM
  6. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  7. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  8. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  9. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  10. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  11. Kelab DAMAI Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  12. Kelab DAMAI Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  13. Kelab DAMAI Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  14. Kelab DAMAI Universiti Putra Malaysia (UPM)
  15. Kelab DAMAI Universiti Sains Malaysia (USM)
  16. Kelab DAMAI Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem)
  17. Kelab DAMAI Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  18. Kelab DAMAI Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. Kelab DAMAI Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. Kelab DAMAI Universiti Utara Malaysia (UUM)

persoalannya adakah akan wujud KELAB DAMAI di UTHM yang akan menggantikan peranan yang di mainkan oleh Kelab Iqra selama ini?Siapakah presiden pertama Kelab DAMAI UTHM itu nanti?

Wednesday, July 22, 2009

UTHMBLOGGER : sesuai untuk semua



Promahasiswa uthm memuji tindakan "UTHMBLOGGERS" yang pantas memaparkan berita dan isu-isu isu-isu terkini di kampus. Kehadiran mereka dalam menyampaikan berita dan informasi di peringkat kampus menjadikan ia berperanan sebagai media kepada warga kampus UTHM khususnya. Justeru pihak promahasiswa UTHM mengharapkan semua mahasiswa memberi sokongan terhadap wujudnya UTHMBLOGGERS di kampus kita.

Jom ke konsert




Wacana Ilmu 2 Ogos 2009



Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka"
(Ucapan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi pada Disember 1946 dalam Kongress PKMM yang ke-2 di Melaka)

PENGENALAN
Membentuk jiwa merdeka adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang mahukan penganutnya tidak berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allahs.w.t. Justeru itu, Pusat Kecemerlangan Ummah mengambil inisiatif mengadakan seminar ini untuk membahaskan persoalan “Jiwa Merdeka” dalam bicara ilmu bagi mengisi makna sebenar menghadapi cabaran era globalisasi kini.

TARIKH: Ahad - 2 Ogos 2009
MASA: 8.30pg-5.15ptg
TEMPAT: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor
SASARAN PENYERTAAN TERBUKA KEPADA:
300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.

TEMA:
"Membentuk Jiwa Merdeka”
PERASMI: YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)
SLOT WACANA POLITIK OLEH:
Dr. Muhamed Anwar Omar Din (Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UKM)
YB Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)
SLOT FORUM OLEH:
Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim (Tokoh Sejarah)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tn.Hj. Said Zahari (Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu)
Moderator:YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
PENUTUP: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)
ANJURAN: Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)

YURAN PENYERTAAN: RM25 sahaja/individu (Bayaran adalah termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang serta kos pengurusan.)
Cara Pendaftaran:
Melalui SMS atau email : Nyatakan <no.kp>
PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUTSila hubungi:
Azlin: 013-303 7867
Nurani: 013-611 4832
Tel: 03-5510 4611
Fax: 03-5511 1032

Friday, July 3, 2009

bermulalah kehidupan di kampus

Tahniah kepada mahasiswa/i baru UTHM yang telah berjaya mengikuti penuh program Minggu Haluan Siswa(MHS) yang di rencanakan saban tahun oleh peringkat pengurusan universiti. Tidak lupa kepada hampir 300 pembantu MHS yang mengorban masa cuti mereka dalam memberikan khidmat terbaik terhadap kelancaran MHS kali ini. Dengan berakhirnya malam persembahan tadi, maka bermulah suatu titik perjalanan sebagai seorang mahasiswa di kampus.

Samaada meletakkan dirinya sebagai seorang pelajar yang hanya memfokuskan kepada pencapaian akademik semata-mata mahupun seorang yang rasional dalam perjalan sosial di kampus ataupun mereka yang berminat dalam aktiviti kemasyarakat dan berpersatuan tetapi masih lagi tidak mengabaikan akademik sebagai tujuan utama berada di kampus.

Seluruh penggerak promahasiswa UTHM mengharapkan bahawa mahasiswa baru kali ini lebih berdaya saing dan mempunyai paradigma yang tinggi sehingga bukan sahaja menghasilkan produk mahasiswa yang hanya mampu mengupas apa yang berada di nota-nota kuliah semata-mata tetapi mampu bersama masyarakat dalam isu-isu kampus , negara dan nasional.

Jadilah mahasiswa yang mampu menjadi agen perubahan dan dalam masa yang sama bersedia memimpin diri sendiri, orang lain dan masyarakat. Implementasikan konsep 1 Malaysia dengan sebaiknya tetapi jangan lupa 10 rukun Islam hadhari yang membantu dalam pembinaan modal insan terbaik di sisi masyarakat, negara dan segi antarabangsa.


ketua penaja
Promahasiswa UTHM
" Dari mahasiswa untuk mahasiswa"

Sunday, June 28, 2009

Selamat Datang.


Pro Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengucapkan selamat datang kepada semua Mahasiswa/i kemasukan sesi 10/11.

Selamat menjalani Minggu Haluan Siswa dengan jayanya.

Salam Pertemuan

"Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa"

Friday, May 15, 2009

Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar SeMalaysia 2009







Pro mahasiswa UTHM mengucapkan selamat datang kepada seluruh delegasi Majlis Perwakilan Pelajar Semalaysia Ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sempena Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar peringkat kebangsaan kali ke 3. Konvensyen yang bermula pada 15 hb sehingga 20hb Mei akan di isi dengan pelbagai program seperti forum bicara akademik, sesi bersama tokoh, bakti siswa dan pelbagai lagi. Di harapkan agar sepanjang konvensyen ini dapat merumuskan pelbagai idea yang bernas di peringkat kepimpinan majlis perwakilan pelajar untuk kebaikan seluryh mahasiswa di negara ini.

Friday, May 1, 2009

Isu agama anak : rujuk kepada yang pakar

Keputusan yang di buat oleh Kabinet Malaysia pada 26 April yang memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudian memeluk agama lain sememangnya mengundang pelbagai pandangan yang berbeza dari dari pelbagai pihak.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya - Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 - kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka masih beragama Hindu. Respon dari keputusan itu, pelbagai pihak antaranya persatuan mahasiswa, NG) Islam dan parti politik memberikan pandangan untuk di kaji semula isu ini.

"Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," Ust Harussani Zakaria, Mufti Perak.

" Seharusnya kabinet tidak boleh mwngeluarkan keputusan mutlak terhadap isu tersebut tanpa merujuk badan-badan perundangan Islam yang lebih arif sama ada di peringkat mahkamah syariah mahupun jabatan mufti. Secara peribadi saya beranggapan tindakan kabinet adalah ibarat 'Islamphobia' iaitu prasangka dan diskriminasi pada masyarakat Islam di negara ini", Hadi Abd Rahman. Presiden Kelab Iqra' UTHM.


"Keputusan itu menafikan hak pihak yang memeluk Islam," Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abdul Latif

"kita tidak bersetuju dengan tindakan terburu-buru kabinet yang mengeluarkan keputusan demikian sedangkan kes ini masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak. Kabinet tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan ini. Tindakan mereka(kabinet) hanya akan menampakkan ketidakmatangan mereka dalam menguruskan hal seumpama ini" Shazni Munir,YDP PMIUM

“Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.Justeru, PKPIM berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” tegas Mohd Faisal Abd Aziz, Naib Presiden PKPIM.

“Kabinet seperti hendak menjadi hakim dan menjadi mufti.Mereka tidak pernah berbincang dengan majlis fatwa.Seharusnya mereka berbincang dengan majlis fatwa untuk mencari jalan terbaik terhadap isu ini ." Dato Mahfudz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena.

”Keputusan Kabinet ini juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 12(4) dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga ultra vires atau diluar bidang kuasa Kabinet kerana ia bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes R. Subashini yang memutuskan adalah memadai salah seorang ibu atau bapa membuat keputusan untuk anaknya yang di bawah umur memeluk Islam,” Timbalan Presiden ISIUKM, Hisyamuddin Che Ali

Tuesday, April 28, 2009

Resolusi MPPUTHM berkaitan isu kolej kediaman

B.Pahat, 28 April – MPPUTHM telah berbincang dan mendapat persetujuan presiden-presiden Jawatankuasa Kolej Kediaman UTHM untuk bersama mencari kesepakatan memberi perjelasan dan tindakan berkaitan isu kolej kediaman.


Resolusi yang di hasilkan di peringkat MPPUTHM telah di sepakati dan di persetujui di peringkat presiden JKKUTHM dalam mengutarakan 5 resolusi yang di gariskan oleh MPPUTHM untuk di serahkan kepada Naib Cancelor UTHM dalam masa terdekat.


Kandungan dokumen sebanyak 11 helaian itu mengetengahkan resolusi yang di sertakan bersama falsafah dan rasioalnya setiap resolusi yang di nyatakan.


Diantara 5 resolusi tersebut adalah meminta pihak universiti

  1. Memberi penerangan tentang maklumat tidak jelas mengenai rasional pemindahan pelajar kanan.

  1. Rasioalnya pelajar kanan di haruskan menetap di kolej kediaman baru dan pelajar baru di kolej kediaman yang sedia ada.

  1. Jaminan infrastruktur dan kemudahan di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa sebelum kemasukan pelajar kanan semester akan datang.

  1. Jaminan keselamatan di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa

  1. Jaminan Pengangkutan awam di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa


Untuk maklumat lanjut, salinan resolusi telah di tampal di papan kenyataan berhampiran kedai photostat di Kolej Kediaman Tun Syed Nasir. Pihak MPPUTHM mungkin akan memaklumkan berkaitan isu ini di blog rasmi YDPUTHM0809 dalam masa terdekat.


Pihak Pro Mahasiswa memuji tindakan segera pihak MPPUTHM menghasilkan resolusi ini kerana ianya berketepatan dengan tanggungjawab MPP terhadap mahasiswa sambil digerakkan agendanya di peringkat JKK di setiap Kolej Kediaman. Justeru itu, kita mengharapkan agar resolusi ini dapat membantu dalam memberikan perjelasan kepada warga mahasiswa berkaitan permasalahan ini.