Pro Mahasiswa

Tuesday, March 3, 2009

Rakyat Perlu Bantu Kerajaan Putuskan Isu PPSMI - PKPIM


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik sokongan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) terhadap usaha pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sokongan yang diberikan oleh PIBGN itu amat signifikan bagi mengambarkan hasrat rakyat terhadap pemansuhan PPSMI. Ini adalah satu bukti bahawa desakan berterusan terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memansuhkan PPSMI bukanlah suatu isu politik yang bersifat kepartian mahupun perkauman tetapi adalah isu rakyat yang dambakan perhatian dan pembelaan.

Sehubungan dengan itu, PKPIM menggesa institusi-insitusi rakyat yang lain turut tampil ke hadapan bagi menyatakan pendirian terhadap PPSMI. Mesej daripada rakyat kepada kerajaan harus disampaikan secara jelas dan segera. Ini penting bagi memberi gambaran kepada kerajaan akan hasrat rakyat secara keseluruhan berhubung isu PPSMI ini. Dengan demikian, rakyat sebenarnya membantu kerajaan untuk memutuskan keputusan yang bijak dan terbaik buat rakyat Malaysia agar jangan sampai Bahasa Melayu tergadai.

1 comments:

Sejarah tulisan Jawi jadikan iktibar. Kemajuan bukan bererti pinggirkan warisan sendiri. Kini sebanyak mana buku-buku ditulis dalam tulisan Jawi. Sedih Utusan Melayu hanya sekadar sisipan di akhbar lain. Maju biar bermaruah.