Pro Mahasiswa

Friday, January 29, 2010

Waktu Berkempen Bermula Esok Pagi

Tanggal 30hb Januari, bermulalah waktu berkempen bagi calon-calon yang bertanding dalam Pilihanraya Kampus UTHM 2009/2010. Semua poster, manifesto dan juga banner calon yang bertanding sudah boleh dipasang disekitar kampus UTHM ini.

Petang tadi, segala poster-poster serta manifesto telah dikeluarkan oleh pejabat HEP. Sebanyak 400 poster dan 100 manifesto dikeluarkan oleh HEP. 500 bahan kempen itu diberikan percuma kepada setiap calon yang bertanding. Namun ianya agak mengecewakan bagi sesetengah calon yang tidak bertanding diatas tiket Aspirasi (calon pilihan HEP).

Menurut salah seorang calon bebas (bukan pilihan HEP), poster milik beliau yang dikeluarkan oleh HEP kelihatan amat buruk sekali. Seolah-olah mereka melakukan dengan sambil lewa. Gambar pada poster berkenaan juga hodoh sama sekali jika dibandingkan dengan calon-calon yang lain. Menurut beliau lagi, gambar didalam poster tersebut juga mengandungi karbon-karbon hitam yang mencacatkan lagi design poster tersebut.

Seorang lagi calon yang bertanding pada Pilihanraya Kampus sesi ini juga mendapati terdapat kesilapan pada poster beliau iaitu pada bahagian fakulti. Dimana pihak HEP telah mengeluarkan poster yang pertama beliau dengan meletakkan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, walhal beliau bukanlah dari fakulti berkenaan. Menurut beliau lagi, beliau bernasib baik apabila menyedari perkara itu pada pukul 3.30 petang tadi. dan proses percetakan semula memakan masa selama setengah jam.

Cuba mahasiswa-mahasiswa bayangkan.
Bagaimana kalau beliau mempunyai kelas pada waktu berkenaan habis jam 5 petang dan datang ke HEP mengambil poster pada waktu berkenaan?
Dengan kesilapan pada posternya, bagaimana ingin diperbetulkan pada waktu habis pejabat?
Tentulah beliau akan terpaksa menggunakan poster (yang mempunyai kesilapan) itu juga semasa hari berkempen.
Dan pihak Pro-Mahasiswa menjangkakan, jika andai calon tersebut menang akan ada bantahan dari pihak lawan selepas sahaja dari pengumuman tersebut.

Pihak Pro-Mahasiswa sekali lagi memohon agar pihak HEP mengendalikan Pilihanraya Kampus ini dengan lebih telus dan jujur. Pihak HEP juga diminta agar tidak berat sebelah terhadap mana-mana calon yang bukan dari pilihan mereka.

Ayuh mahasiswa-mahasiswa sekalian, bangunlah dan tunaikanlah hak anda semasa Pilihanraya Kampus sesi ini. Kuasa pemilihan calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar adalah milik mutlak mahasiswa-mahasiswa UTHM bukannya dipilih oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.

Maka, pilihlah calon-calon berdasarkan kemampuan dan pakej yang ada pada mereka bukannya pada design-design poster yang dikeluarkan.

-Mahasiswa nadi Universiti-

0 comments: