Pro Mahasiswa

Tuesday, March 8, 2011

PRO MAHASISWA AKUR DENGAN KABINET MPP SESI 2011

Bermula dengan penamaan calon yang pertama, kabinet MPP sesi 2011 yang
baru selesai pelantikan malam tadi, secara keseluruhannya pihak
Pro-Mahasiswa beranggapan bahawa demokrasi kampus sudah terkubur.

Pembatalan penamaan calon sesi pertama yang diputuskan oleh Professor Dato’ Noh
bin Dalimin selaku Naib Canselor UTHM, atas nasihat daripada
Jawatankuasa Induk Majlis Pemilihan Perwakilan Pelajar “atas
sebab-sebab teknikal tanpa boleh disoal mahasiswa” adalah sesuatu yang
tidak dapat diterima sama sekali. Bayangkan anda di tempat calon. Anda
menunggu sepanjang hari, dari 10.00 pagi hingga ke 5.00petang, di
Dewan Tunku Ibrahim Ismail, meninggalkan semua kuliah pada hari
tersebut (Khamis, 17 Februari 2011), tiba-tiba masa anda yang luangkan
itu sia-sia belaka tanpa sebab yang munasabah. Apa perasaan anda pada ketika itu?

Pembentukan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011 juga
menunjukkan indikator yang tidak sihat pada demokrasi kampus. Dalam
Majlis Tertinggi, yang sepatutnya diisi oleh calon-calon umum, empat
dari enam kerusi diisi oleh calon-calon dari kerusi fakulti. Apakah
yang ingin kita tunjukkan kepada mahasiswa UTHM? Demokrasi kampus
sepatutnya mencerminkan demokrasi Malaysia dalam konteks yang lebih
kecil. Adakah mungkin seorang wakil rakyat yang bertanding di
peringkat Dewan Undangan Negeri boleh menjadi seorang Menteri di
sesuatu kementerian? Sudah tentu tidak!

Dengan perlantikan MPP semalam, pihak Pro-Mahasiswa UTHM berlapang
dada dengan pentadbiran UTHM. Kami bukan ingin mengajak mahasiswa
mahasiswi sekalian supaya melawan kerajaan dan pentadbiran kampus dan
menganut fahaman anti-establishment yang jelas tersimpang dari
norma-norma intelektual. Cukuplah sekadar mahasiswa mahasiswi produk
keluaran UTHM benci kepada kezaliman dan cintakan keadilan!

Sekian dari kami..

1 comments:

Bukan ke pembatalan pencalonan tu di sebabkan ada calon yg memperolehi cgpa dibawah 2.7 terlepas..........malah cpa semasa dia pun di bawah 2.0........tak kan calon mcm tu kita nak biarkan bertanding... tak kan Pro M dah tak de orang yg lebih berkaliber...diri sendiri tak terjaga....nak jaga orang lain pulak.......approved if you dare