berita seterusnya
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." Profesor Diraja Ungku A. Aziz
”Secara jujurnya, MB Nizar adalah seorang menteri besar yang dekat di hati rakyat. Mana kita dapat lihat sebelum ini seorang menteri besar yang yang sering solat berjemaah bersama rakyat, memberi kuliah dan kadang kala boleh menyampaikan khutbah dengan baik. Bukan sahaja masjid-masjid di bandar utama yang di hadiri oleh MB, sehinggakan surau-surau dan masjid di kampung pun MB akan turun. Bagi saya beginilah kepimpinan MB yang kita hendaki. Dan jika benar berlaku perubahan kerajaan biarlah ianya berlaku atas kehendak rakyat bukan kepentingan individu tertentu.” ujar salah seorang mahasiswa UTHM yang berasal sdari Perak.
Ipoh , 7 Feb - Presiden BERSATU PERAK, saudara Hafez Sabri petang tadi semasa bertemu wartawan, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.
Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan.
“Saya melihat ini adalah strategi kotor yang disusun BN,mereka telah menafikan hak rakyat dengan memperbodohkan rakyat,kami diperingkat mahasiswa sesekali tidak akan tunduk terhadap kezaliman yang berlaku di perak,fakta menunjukkn bahawa pengundi saluran 4 (pengundi muda) adalah jumlah yang terbanyak menolak kezaliman BN pada pilihanraya umum yang lepas,.
“Saya ingin menegaskan disini,bahawa kami generasi muda tidak sesekali membenarkan generasi kami dipijak-pijak oleh pemimpin yang zalim dan kami sentiasa memastikan generasi kami ini adalah generasi yang akan memumbangkan segala kezaliman yang berlaku,kami sentiasa bekerja untuk mencapai matlamat kami dan ianya tiada titik noktah .memetik kata-kata beliau di Sekateriat Anak Muda Perak ketika di temuramah wartawan. mahasiswakini
Demontrasi tersebut telah berjaya membabitkan semua Persatuan Mahasiswa Islam dan NGO Mahasiswa dari seluruh Malaysia, khususnya dari GAMIS peringkat negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia. Turut sama menjayakan demontrasi ini adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, PKPIM dan beberapa mahasiswa antarabangsa.
Demontrasi kali ini mencatat sejarah penting pada mahasiswa Islam dan GAMIS khususnya kerana kerahan yang begitu besar membabitkan hampir belasan bas dari serata Malaysia bagi menunjukkan simpati, sokongan dan semangat jihad yang tinggi anak muda Islam di Malaysia kepada gerakan Islam HAMAS yang sedang berjuang mempertahan Gaza dari serangan Yahudi Israel.
Selain dari itu, perjalanan sejauh 3 kilometer dan mengambil masa hampir 45 minit untuk ke kedutaan Mesir telah memberikan kepuasan kepada mahasiswa untuk meluahkan perasaan dan pendirian mereka pada rakyat yang menyaksikan demontrasi tersebut. Banner bertulis “Hancur Yahudi” dan slogan “Save Gaza” yang begitu banyak dan berwarna warni menyemarakkan lagi konvoi raksasa mahasiswa.

Demontrasi bermula dengan ucapan MT GAMIS, saudara Redhuan Bakar di Masjid Ash Shakirin, KLCC. Beliau menyatakan mahasiswa akan berarak ke kedutaan Mesir kerana mahasiswa mahu memberikan peringatan keras kepada wakil kerajaan Mesir di kedutaan tersebut bahawa dunia Islam tidak akan berdiam diri jika rejim Husni Mubarak terus menjadi boneka Amerika Syarikat dan Israel jika terus berdalih dari membela pelarian Gaza. Mufti Mesir juga dilihat takut pada Presidennya sehingga sanggup melihat rakyat Gaza dibunuh dan disembelih.
Sejurus tiba di hadapan kedutaan Mesir, antara pimpinan mahasiswa yang berucap adalah wakil PKPIM, Presiden Parti Mahasiswa Negara, saudara Azlan Zainal, bacaan sajak Gaza oleh saudara Faisal Mustafa, penyerahan memorandum dan pidato penutup oleh Presiden GAMIS, ustaz Dzulkhairi Mohd Nor. Presiden GAMIS dalam ucapannya sangat menghargai kehadiran mahasiswa seluruh kampus di serata Malaysia yang sudi hadir dengan susah payah demi menyatakan komitmen dan kesediaan anak muda Malaysia andaikata diminta untuk berjihad di Gaza pada saat ini. Selain itu, beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Mesir yang sanggup berkompromi dengan Israel menutup pintu sempadan dari menerima pelarian Palestin di Gaza.
Turut kelihatan placard UTHM yang dibawa oleh wakil Mahasiswa UTHM pada demonstrasi ini.

Hari ini merupakan penentuan bagi pertandingan 16 calon untuk mengisi 7 kekosongan kerusi umum. Mahasiswa UTHM seharusnya tidak terlepas dari tanggungjawab memilih dalam PRK hari ini. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, sesiapa yang keluar mengundi akan berpeluang memenangi beberapa cenderemata dan hadiah melalui cabutan bertuah.
Cumanya pada kali ini berlaku sedikit kejutan di mana mahasiswa yang keluar mengundi akan mendapat ‘hadiah’ berupa sekaki payung dari suruhanjaya pilihanraya kampus. Jika dinilai, mungkin ribuan ringgit di belanjaakan semata-mata menggalakan mahasiswa untuk keluar mengundi. Seolah-olah budaya “sogokan” dalam pilihanraya di luar terbawa-bawa ke kampus dan ini menzahirkan keadaan demokrasi di kampus masih terlalu tempang
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.
“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.
“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.
“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.
“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA
Tarikh keramat 15 Januari 2009 bakal menyaksikan pertembungan yang penuh dramatiK apabila calon-calon Mahasiswa bakal menerima tentangan yang hebat daripada calon-calon Aspirasi-TSB.
Namun begitu, bukanlah kehebatan dan kredibiliti calon Aspirasi-TSB yang menjadi penilaian utama, sebaliknya wujudnya campur tangan dari tangan-tangan ghaib yang memegang jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran dan pengurusan di UKM, khususnya di bahagian Hal Ehwal Pelajar. dikhususkan lagi, UPP.
Seorang ahli MPP UUM melaporkan, bahawa setiap calon Aspirasi akan menerima tajaan dan bimbingan langsung daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di bawah pentadbiran Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Dia, yang ingin namanya dirahsiakan menyebut bahawa sebuah kursus telah diadakan pada 21 hingga 24 November yang bertempat di Port Diskson, Negeri Sembilan.
Kursus bakal calon Aspirasi tersebut menghimpunkan semua calon-calon Aspirasi dari semua kampus lembah kelang yang masih belum mengadakan Pilihanraya Kampus seperti UKM, UM, UIA, UPM dan lain-lain lagi.
Kursus yang dihadiri oleh semua TNC HEP dibuat dengan tujuan menyiapkan mental dan fizikal calon Aspirasi untuk menghadapi PRK 2009. Namun di UKM, calon-calon ini dipersiapkan untuk menghadapi Bengkel Calon yang bakal dikendalikan oleh HEP UKM.
Dato’ Wahid yang baru sahaja tamat tempoh perkhidmatan sempat dipergunakan oleh KPT untuk mengatur bengkel tersebut yang berlangsung pada 1 hingga 4 Januari baru-baru ini, di A’Famosa Resort, Melaka.
Pindaan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 (AUKU) yang melibatkan 61 pindaan pada 11 Disember lalu oleh Dewan Rakyat juga dilihat sebagai satu taktik kotor dalam mencmpuri urusan Mahasiswa. Ini jelas dapat dibuktikan apabila Naib Canselor diberikan kuasa autonomi dalam proses Pilihanraya Kampus.
Naib Canselor UKM misalnya, diberikan hak untuk memilih mana-mana pelajar untuk menduduki kerusi Presiden PMUKM sekalipun keputusan pilihanraya tidak memihak kepada pelajar tersebut.
Malah, dalam Tatacara Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009, yang baru sahaja diedarkan pada 2 Januari yang lepas, terdapat terlalu banyak penyalahgunaan kuasa oleh Naib Canselor dan orang-orang yang berkepentingan dalam UPP.
Justeru, kami merayu agar warga kampus membuka mata dan minda untuk menilai dengan teliti dan membuat keputusan terbaik dalam pilihanraya akan datang. Jom turun beramai-ramai dalam penamaan 8 Januari ini di Fakulti-fakulti dan Pusanika bagi calon umum.