Pro Mahasiswa

Tuesday, January 20, 2009

Tahniah mahasiswa UTHM!






Ketika kampus lain khususnya di lembah klang sibuk merancakkan kempen untuk PRK di kampus masing-masing, mahasiswa UTHM telah berjaya memecahkan tembok pemikiran dalam sama-sama memobalisasi suatu perhimpunan aman bantahan terhadap kekejaman Israel. Walaupun berhimpun secara aman adalah suatu yang biasa khususnya bagi kampus-kampus yang besar, tetapi di UTHM adalah suatu yang baru. Pemecahan tembok untuk menyatakan pendirian di peringkat mahasiswa berkaitan isu semasa adalah suatu keberanian dan pembaharuan yang di bawa dalam kampus ini.

Namun di sebalik kejayaan himpunan aman tersebut adalah perancaangan yang rapi dan tersusun dari jawatankuasa adhock yang di bentuk di peringkat kepimpinan baru kelab Iqra 2009. Ketegasan dan dan penyusunan perjalanan himpunan yang rapi oleh saudara Hadi Abd Rahman selaku presiden Iqra membuka mata kepada masyarakat kampus bahawa kepimpinan Iqra pada kali ini telah bersedia dalam menghadapi kancah kehidupan kampus yang mendatang.

Kehadiran sehingga 500 mahasiswa berhimpun untuk sebuah kampus yang baru seperti UTHM ini adalah suatu bilangan yang menggalakkan. Pelbagai slogan dan rentak himpunan berjaya di kawal dengan baik sehingga menaikkan semangat mahasiswa yang hadir untuk menzahirkan rasa benci dan marah kepada zionis dan sekutunya. Himpunan aman ini juga berjaya memperlihatkan kematangan dan kepetahan beberapa wakil mahasiswa yang berucap dalam memberikan kata-kata semangat dan penerangan berkaitan pergolakan terkini di tebing barat.

Perhimpunan aman tersebut di mulakan oleh amanat dari YDP MPPUTHM 09 saudara Hanif. Gesaan dari Ydp yang mengajak sama-sama mahasiswaUTHM memboikot prodak yahudi dan Amerika harus di sahut oleh seluruh mahasiswa dalam usaha melumpuhkan ekonomi mereka. Seterusnya perhimpunan di pandu oleh aktivis-aktivis Iqra dalam melancarkan perjalanan himpunan aman tersesebut.

Presiden Iqra, pengerusi kolej kediaman, wakil mahasiswaIslam UTHM turut menyampaikan ucapan dalam perhimpunan tersebut.Tidak ketinggalan juga wakil mahasiswa dari Yaman turut menyemarakkan himpunan tersebut selain bacaan sajak dan doa dari aktivis Iqra.

Selain itu juga, tembok keberanian mahasiswi dalam himpunan tersebut berjaya di pecahkan dengan kata-kata semangat dari Timbalan Presiden Iqra sendiri iaitu saudari Ar-Rauzah. Himpunan di akhiri dengan bacaan doa wehdah dari Syafiq Mohd Jap dan berakhir dengan aman dan teratur. Di peringkat Pro Mahasiswa UTHM menyatakan bahawa himpunan yang di anjurkan adalah berjaya dan ini membuktikan permulaan awal bagi Iqra menyatupadukan warga kampus dan kehadapan dalam menangani isu-isu kampus sama ada di peringkat nasional ataupun antarabangsa.


Ketua Penaja Pro Mahasiswa UTHM.

1 comments:

hmm..satu pembaziran..membazir tenaga..dah la panas..duk berjemur..bukan dapat apa pun..alahai..ada akal ke tak diorang ni