Pro Mahasiswa

Sunday, June 28, 2009

Selamat Datang.


Pro Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengucapkan selamat datang kepada semua Mahasiswa/i kemasukan sesi 10/11.

Selamat menjalani Minggu Haluan Siswa dengan jayanya.

Salam Pertemuan

"Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa"

Friday, May 15, 2009

Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar SeMalaysia 2009







Pro mahasiswa UTHM mengucapkan selamat datang kepada seluruh delegasi Majlis Perwakilan Pelajar Semalaysia Ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sempena Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar peringkat kebangsaan kali ke 3. Konvensyen yang bermula pada 15 hb sehingga 20hb Mei akan di isi dengan pelbagai program seperti forum bicara akademik, sesi bersama tokoh, bakti siswa dan pelbagai lagi. Di harapkan agar sepanjang konvensyen ini dapat merumuskan pelbagai idea yang bernas di peringkat kepimpinan majlis perwakilan pelajar untuk kebaikan seluryh mahasiswa di negara ini.

Friday, May 1, 2009

Isu agama anak : rujuk kepada yang pakar

Keputusan yang di buat oleh Kabinet Malaysia pada 26 April yang memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudian memeluk agama lain sememangnya mengundang pelbagai pandangan yang berbeza dari dari pelbagai pihak.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya - Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 - kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka masih beragama Hindu. Respon dari keputusan itu, pelbagai pihak antaranya persatuan mahasiswa, NG) Islam dan parti politik memberikan pandangan untuk di kaji semula isu ini.

"Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," Ust Harussani Zakaria, Mufti Perak.

" Seharusnya kabinet tidak boleh mwngeluarkan keputusan mutlak terhadap isu tersebut tanpa merujuk badan-badan perundangan Islam yang lebih arif sama ada di peringkat mahkamah syariah mahupun jabatan mufti. Secara peribadi saya beranggapan tindakan kabinet adalah ibarat 'Islamphobia' iaitu prasangka dan diskriminasi pada masyarakat Islam di negara ini", Hadi Abd Rahman. Presiden Kelab Iqra' UTHM.


"Keputusan itu menafikan hak pihak yang memeluk Islam," Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abdul Latif

"kita tidak bersetuju dengan tindakan terburu-buru kabinet yang mengeluarkan keputusan demikian sedangkan kes ini masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak. Kabinet tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan ini. Tindakan mereka(kabinet) hanya akan menampakkan ketidakmatangan mereka dalam menguruskan hal seumpama ini" Shazni Munir,YDP PMIUM

“Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.Justeru, PKPIM berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” tegas Mohd Faisal Abd Aziz, Naib Presiden PKPIM.

“Kabinet seperti hendak menjadi hakim dan menjadi mufti.Mereka tidak pernah berbincang dengan majlis fatwa.Seharusnya mereka berbincang dengan majlis fatwa untuk mencari jalan terbaik terhadap isu ini ." Dato Mahfudz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena.

”Keputusan Kabinet ini juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 12(4) dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga ultra vires atau diluar bidang kuasa Kabinet kerana ia bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes R. Subashini yang memutuskan adalah memadai salah seorang ibu atau bapa membuat keputusan untuk anaknya yang di bawah umur memeluk Islam,” Timbalan Presiden ISIUKM, Hisyamuddin Che Ali

Tuesday, April 28, 2009

Resolusi MPPUTHM berkaitan isu kolej kediaman

B.Pahat, 28 April – MPPUTHM telah berbincang dan mendapat persetujuan presiden-presiden Jawatankuasa Kolej Kediaman UTHM untuk bersama mencari kesepakatan memberi perjelasan dan tindakan berkaitan isu kolej kediaman.


Resolusi yang di hasilkan di peringkat MPPUTHM telah di sepakati dan di persetujui di peringkat presiden JKKUTHM dalam mengutarakan 5 resolusi yang di gariskan oleh MPPUTHM untuk di serahkan kepada Naib Cancelor UTHM dalam masa terdekat.


Kandungan dokumen sebanyak 11 helaian itu mengetengahkan resolusi yang di sertakan bersama falsafah dan rasioalnya setiap resolusi yang di nyatakan.


Diantara 5 resolusi tersebut adalah meminta pihak universiti

  1. Memberi penerangan tentang maklumat tidak jelas mengenai rasional pemindahan pelajar kanan.

  1. Rasioalnya pelajar kanan di haruskan menetap di kolej kediaman baru dan pelajar baru di kolej kediaman yang sedia ada.

  1. Jaminan infrastruktur dan kemudahan di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa sebelum kemasukan pelajar kanan semester akan datang.

  1. Jaminan keselamatan di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa

  1. Jaminan Pengangkutan awam di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa


Untuk maklumat lanjut, salinan resolusi telah di tampal di papan kenyataan berhampiran kedai photostat di Kolej Kediaman Tun Syed Nasir. Pihak MPPUTHM mungkin akan memaklumkan berkaitan isu ini di blog rasmi YDPUTHM0809 dalam masa terdekat.


Pihak Pro Mahasiswa memuji tindakan segera pihak MPPUTHM menghasilkan resolusi ini kerana ianya berketepatan dengan tanggungjawab MPP terhadap mahasiswa sambil digerakkan agendanya di peringkat JKK di setiap Kolej Kediaman. Justeru itu, kita mengharapkan agar resolusi ini dapat membantu dalam memberikan perjelasan kepada warga mahasiswa berkaitan permasalahan ini.

Friday, April 17, 2009

salam mahasiswa

Nahas maut di jalan Kluang-Batu Pahat

www.bharian.com.my
Tiga beranak dalam perjalanan pulang dari kelas Tadika ketika nahas dengan bas


BATU PAHAT,16 April : Lagi nahas membabitkan bas ekspres. Kali ini seorang suri rumah dan dua anaknya rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dirempuh bas itu di Kilometer 16, Jalan Kluang-Batu Pahat berhampiran Kampung Parit Kaspan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Perodua Kancil yang dipandu suri rumah itu, Siti Kalsom Borhan, 35, dikatakan diseret bas berkenaan sejauh 10 hingga 15 meter sebelum kereta itu berpusing di tengah jalan dan terbakar.


Kemalangan yang menyayat hati itu berlaku lebih kurang 15 km dari kampus utama UTHM. Mangsa yang terkorban merupakan adik kepada salah seorang staff akademik di bawah Pusat Kajian Kemanusiaan dan Komunikasi UTHM iaitu ustaz Hj Abd Syakor Bin Borham. Warga mahasiswa mengucapkan takziah atas musibah yang melanda. Di doakan agar roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama roh orang-orang yang soleh.

"Seharusnya semua pihak harus mengambil iktibar dalam kemalangan ini. kami warga mahasiswa merasakan sudah tiba masanya keselamatan di sepanjang jalan Kluang-Batu Pahat di kaji semula. Hampir dikatakan setiap minggu ada sahaja kemalangan di laluan tersebut Kita tidak mahu lagi ada "korban nyawa' di jalan terbabit dan tindakan segera harus di jalankan untuk keselamatan bersama " ujar salah seorang aktivitis pro mahasiswa yang di temui selepas solat jenazah mangsa kemalangan di masjid terdekat.

Thursday, April 9, 2009

Kabinet baru Malaysia2009

Tuesday, April 7, 2009

Penantian 10 April berkaitan isu pembinaan masjid baru UTHM




2) Perbincangan isu penempatan masjid baru, pihak MPP telah di jelaskan bahawa mesyuarat penentuan kedudukan masjid di UTHM akan ditentukan oleh fatwa negeri Johor sepenuhnya pada 10 April 2009. Pihak MPP merasakan isu ini haruslah diselesaikan melalui bidang kuasa yang sepatutnya iaitu Majlis Fatwa Negeri Johor.


Seperti yang dinyatakan dalam blog rasmi YDPUTHM0809, isu masjid yang telah di bincangkan bersama Dato' Naib Cancelor UTHM akan terjawab juga pada 10 April 2009 ini apabila Majlis Fatwa Negeri Johor akan membuat penentuan lokasi yang sesuai dalam pembinaan masjid tersebut. Justeru itu Pro Mahasiswa UTHM mengharap agar ada suatu keputusan yang positif untuk kemakmuran masyarakat kampus bersama. Di harapkan juga segala usaha yang telah di jalankan oleh pihak MPP khususnya dan kepimpinan Iqra amnya dalam memperjuangkan isu ini akan menemui hasil yang terbaik.

Sebelum ini Presiden Kelab Iqra bersama beberapa aktivis Pro Mahasiswa jiga telah turun sendiri ke Kementrian Pengajian Tinggi untuk menyelesaikan isu pembinaan masjid baru. link

Harapan dari Presiden Kelab Iqra ketika hadir ke kementrian dalam menpertengahkan isu ini.

“Apa yang saya harapkan adalah di peringkat Menteri dapat mempertimbangkan penjelasan yang kami berikan berkaitan isu ini. Saya sedaya upaya cuba memberikan hujah yg terbaik demi kesejahteraan masyarakat kampus dan masyarakat kampung sekeling berkaitan pembinaan masjid ini. Saya dengan penuh harapan mengharapkan kehadiran YB Dato' Seri Mohammad Khaled Bin Nordin pada dalam lawatan rasmi ke universiti kami pada Isnin ini akan memberi jawapan yang terbaik baik permasalahan isu ini” Presiden Iqra UTHM.

YDPUTHM 0809 kini seorang bloggers.

Ikuti blog YDPUTHM 0809 untuk mengetahui segala tindakan dan kelancaran kepimpinan Mahasiswa UTHM dalam membawa agenda mahasiswa. Blog YDP tersebut ada di senaraikan dalam link UTHM dalam blog ini. Tahniah dari Pro Mahasiswa atas perubahan yang telah mereka lakukan.

Barisan Kepimpinan MPPUTHM0809



Kepada mahasiswa UTHM, kini adalah masanya untuk kita mengenali kepimpinan kampus dengan lebih dekat lagi. Selain itu turut di lampirkan berkaitan statistik aduan bulanan yang sebenarnya menjadi agenda utama mereka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.



sumber : fadzilmahasiswa.blogspot.com/

Monday, April 6, 2009

Respon YDP MPPUTHM terhadap artikel "MPPUTHM semakin hilang sokongan? "


Salam..... minta kepada pemilik blog untuk tidak membuat tanggapan yang salah kepada MPP Sesi 08/09. Selaku Yang Di-Pertua, saya bertanggungjawab di atas saf kepimpinan MPP Sesi kali ini. Berkenaan masalah publisiti MPP adalah kerana masalah teknikal yang berlaku. Sdra juga sedia maklum berkenaan perkara ini. MPP hilang sokongan? Fakta mana sdra rujuk? Adakah sdra tahu setiap kata-kata sdra memberi implikasi yang mendalam terhadap semangat ahli-ahli MPP di bawah kepimpinan saya. Malah membawa kepada perpecahan sesama kita. Adakah sdra suka kita menjadi seperti puak Hamas dan Fatah di Palestin? Saya meminta sdra merenung kembali diri sdra sendiri apakah sumbangan sdra terhadap mahasiswa selain mencari salah MPP? Sabda Rasulullah S.A.W "Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk daripada membunuh". Politik boleh jadi ubat kepada manusia dan juga boleh menjadi racun kepada manusia bergantunglah kepada siapa yang menggerakkannya. Sedangkan langkah mengiktiraf JKK sebagai rakan MPP adalah jalan ukhwah sesama kita sebagai mahasiswa di universiti. Matlamat MPP dan JKK sama-sama menjaga kebajikan mahasiswa di kampus. Tanggapan sdra mengenai rakan MPP adalah konspirasi golongan yang sdra gelar sebagai aspirasi adalah salah 100%. Dengan nama Allah S.W.T saya bersumpah saya adalah insan yang bertanggungjawab membawa idea ini untuk dilaksanakan atas tujuan perpaduan mahasiswa di kampus. Sedangkan sdra juga merupakan sahabat yang sama2 berjuang bersama saya pada tahun lepas sepatutnya sedia maklum mengenai gagasan saya. Amat mendukacitakan sdra mempolitikkan benda seperti ini. Ingat sdra, ketaksuban terhadap sesuatu pemikiran akan membunuh semangat rasional manusia untuk berfikir. Semoga Allah S.W.T memberikan hidayah kepada kita untuk mencari jalan kebenaran... InsyaAllah... Kalau kata2 saya menyinggung perasaan sdra, saya meminta maaf,teguran saya adalah atas dasar menyedarkan sdra mengenai semangat islam untuk menegur sekiranya sdra seagamanya melakukan kesilapan.....Walllahhua`lam...

Alhamdulillah segala kritikan dan teguran berkaitan kepimpinan MPPUTHM pada kali ini telah terjawab.Sebelum ini memang banyak teguran dan kritikan dari ruangan "c-box" tntg kepimpinan baru MPPUTHM. Pihak Pro Mahasiswa sama sekali tidak berniat mencetuskan permusuhan sesama mahasiswa.Sekiranya ada kekurangan dalam artikel sebelum ini, sekali lagi pihak pro mahasiswa UTHM memohon kemaafan. Pro mahasiswa bukan datang dari hanya seorang individu tetapi di dukung oleh rakan-rakan mahasiswa yang mempunyai idealisme yang tinggi terhadap mahasiswa.

Umumnya kita mengetahui bahawa kepimpinan MPPUTHM yang baru hadirnya dari majoriti mereka yang di susun atur oleh pihak aspirasi. Dan kami beranggapan semua pihak sedia maklum akan perkara ini.Tidak perlulah kami mencungkil bukti dan sebagainya. Oleh itu, kami hanya mempersoalkan apakah peranan "aspirasi" yang mungkin di dukung oleh sebuah parti politik hanya merencana kemenangan dalam PRK semata-mata?

Justeru itu, Pro Mahasiswa cuba mempersiapkan kepimpinan yang terbaik dalam Jawatankuasa Kolej Kediaman yang baru sahaja berakhir tempoh pemilihannya. Kami mengharapkan akan ada kepimpinan yang dilahirkan menjadi salah seorang kepimpinan harapan negara pada masa akan datang.

Oleh itu,kepimpinan Pro Mahasiswa sebenarya bersedia membantu MPPUTHM dalam memimpin kampus seterusnya membawa agenda kebajikan kepada warga kampus khususnya.walaubagaimanapun kami tetap berpendirian untuk menolak "aspirasi" kerana kami berpendapat ianya didukung oleh anasir luar dalam mencatur perjalanan politik mahasiswa di kampus.Tetapi sekiranya ada titik pertemuan dalam perbincagan perkara ini, kami sedia pertimbangkan.

MPPUTHM semakin hilang sokongan ?

B.Pahat, 5 April - Sehingga ke hari ini , hampir setiap warga kampus yang di temui masih bertanda-tanya siapakah barisan kepimpinan yang telah mereka undi dalam pilihanraya kampus awal tahun ini. Umumnya sehingga hari ini, tiada penyataan mahupun poster-poster rasmi yang menerangan tentang kepimpinan baru MPPUTHM0809 yang telah di pilih dalam pilihanraya yang lepas walaupun watikah ke atas kepimpinan baru telah di jalankan.

Adakah gerak kerja jentera aspirasi hanya sekadar memenangi PRK yang berlaku pertembungan sesama sendiri antara mereka untuk memenuhi tuntutan pilihanraya kampus semata-mata? Tetapi dalam masa yang sama mereka tidak bersedia untuk menyiapkan suatu barisan kepimpinan yang bersedia memimpin kampus.

Rentetan dari kurangnya sambutan dan mungkin sokongan di peringkat MPPUTHM 0809, mereka telah mengadakan suatu majlis perlantikan watikah rakan-rakan MPP untuk menguatkan barisan kepimpinan MPP mereka. Yang menjadi persoalannya, mereka menggunakan pengaruh kepimpinan kolej kediaman yang baru di pilih untuk secara langsung menjadi rakan MPP.

Di peringkat Pro Mahasiswa UTHM memandang baik akan perlantikan sebahagian Jawatankuasa Kolej Kediaman(JKK) yang baru sebagai rakan MPP. Tetapi mereka juga perlu faham bahawa kepimpinan Kolej Kediaman juga mempunyai visi dan misi masing-masing dalam membawa agenda mahasiswa khususnya. Mereka umpama kerajaan negeri yang perlu mengatur urusan negeri masing-masing.

Walaubagaimanapun, kami percaya ini merupakan strategi terbaru Aspirasi untuk mengambil kesempatan ke atas pengaruh besar Pro Mahasiswa UTHM yang berjaya menawan hati pengundi dalam pilihanraya kolej kediaman baru-baru ini.


Sunday, April 5, 2009

mahasiswa agen perubahan

Friday, April 3, 2009

Sempurnalah sudah teori R.A.H.M.A.N


Setelah selesai majlis angkat sumpah pada pagi tadi, maka dengan rasminya YAB Dato' seri Najib Bin Tun Abd Razak di lantik sebagai Perdana menteri Malaysia yang ke enam. Dangan itu lengkaplah teori R.A.H.M.A.N yang di isi oleh Najib sebagai perdana menteri ke enam tersebut. Di imbas kembali bekas-bekas perdana menteri Malaysia yang sebelum ini di mulakan dengan Tunku Abd Rahman (R), Tun Abd Razak(A), Tun Hussein Onn (H) saterusnya Tun Mahathir(M) sebelum di pegang oleh Tun Abdullah (A) sehingga melepaskan jawatannya pada pada 2hb April.

Tahniah dan syabas di atas tangungjawab yang perlu di pikul oleh kepimpinan negara yang baru ini. Kemunculan banting dan bena yang terpampang wajah YAB Dato' Seri Najib telah menghiasi keseluruhan jalan di kampus UTHM sedikit memeranjatkan. Slogan "peneraju perubahan" yang terpampang bersama setiap banting di universiti di harapkan bukan sekadar paparan semata-mata. Dan saya menjangkakan bahawa UTHM adalah IPTA yang pertama meraikan pemilihan YAB Dr Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru itu.

Penerimaa YAB Dato' Seri Najib di masa negara bakal menghadapi krisis ekonomi adalah suatu cabaran awal bagi perdana menteri yang ke enam ini. Ianya sekilas seperti Barack Obama yang mengambil alih kerusi Presiden Amarika Syarikat di waktu ekonomi dunia tengah bergelora. Walaubagaimanapun di harapkan segala pandangan serta tomahan terhadap perdana menteri baru khususnya berkaitan isu Altantunya dan pembelian Kapal selam harus di tangani dengan bijak. Ini kerana melibatkan orang nombor satu negara yang secara tidak langsung mencerminkan keadaan negara ini.

Kita bukanlah hakim dalam menilai sesuatu kesalahan atau isu yang berlaku masa kini. Tetapi saya sependapat dengan saranan daripada Timbalan Presiden Pas iaitu Ustaz Nasaruddun Mat Isa supaya kerajaan Malaysia amnya di bawah kepimpinan baru menyaman atau mendakwa mana-mana akhbar luar negara yang melaporkan berita berkaitan isu ini. Dengan itu, imej perdana menteri yang baru ini dapat di bersihkan dengan penafian perkara tersebut. Dan sekiranya di pihak kerajaan dan YAB Dato' Seri Najib masih lagi berdiam diri tanpa membuat tindakan mendakwa mana-mana akhbar luar tersebut, maka seolah-olah apa yang di laporkan itu adalah benar dan ini boleh membawa imej negatif kepada perdana menteri sendiri amnya dan malaysia sendiri khasnya.

sumber
www.firdaus-selatan.blogspot.com

Pasca PRKK : 5K untuk KK










Setelah selesai sahaja pembentukan kabinet bagi setiap kolej kediaman, tugas selepas ini adalah melaksanakan amanah yang telah di berikan. Walaupun rata-rata kepimpinan kolej kediaman pada kali ini hadir daripada mahasiswa-mahasiswa baru, semangat yang ada mereka boleh di terjemahkan dalam proses memimpin kolej kediaman masing-masing.

"Tahniah kepada mereka yang telah keluar mengundi dan setia memilih calon mahasiswa. Oleh itu, sakarang adalah masanya untuk merancang dan membina gerak kerja di setiap kolej kediaman serta memanfaatkan setiap manifesto yang di tawarkan. Di samping itu, kita mengharapkan agar gagasan 5K unutk KK yang di ilhamkan menjadi pemangkin bagi setiap JKK yang di pilih untuk kita realisasikan bersama demi kesejahteraan peghuni kolej kediaman sendiri "

Thursday, April 2, 2009

Calon mahasiswa tawan kolej kediaman UTHM

B.Pahat, 3 Mac - Setelah selesai tempoh pengiraan undi pada hari rabu yang lepas, majoriti calon mahasiswa berjaya memenangi pilihanraya kolej kediaman (PRKK) yang pertama kali di jalankan di universiti ini. Hampir setiap majlis tertinggi di kolej kediaman berjaya di kuasai oleh calon-calon mahasiswa. Ini merupakan suatu petanda positif dalam penerimaan calon-calon mahasiswa oleh warga kampus untuk membawa idealisma mahasiswa dalam perjuangan mereka.

Dengan menguasai hampir tiga dari empat kerusi majlis tertinggi bagi setiap kolej kediaman, ini menandakan agenda mahasiswa di terima oleh masyarakat kolej dan kesinambungan dari kejayaan itu wakil mahasiswa setiap kolej akan melaksanakan tindakan bersama dalam memberi perkhidmatan kepada warga kolej kediaman masing-masing.



"Alhamdulillah kita berjaya mempertengahkan calon yang menpunyai idealisma mahasiswa dalam perjuangan mereka. Selaku ketua penaja pro mahasiswaUTHM, ingin saya tegaskan bahawa calon-calon mahasiswa bukanlah mewakili mana-mana kelab yang wujud dalam kampus ini tetapi mereka adalah sekelompok mahasiswa yang mempunyai kesedaran dalam membawa agenda mahasiswa di samping sebagai suatu medan latihan melahirkan bakal-bakal kepimpinan baru untuk universiti khasnya dan negara umumnya."

" Justeru itu, kita berharap kepada calon-calon mahasiswa yang telah berjaya agar menjadikan amanah sebagai agenda utama di samping proses pembelajaran kepimpinan akan di tingkatkan dari masa ke semasa. Oleh itu, kita berharap sekali lagi agar calon-calon mahasiswa mampu membawa lima agenda penting yang akan di jadikan asas dalam perjuangan kepimpinan baru jawatankuasa kolej kedimanan kali ini." ujar ketua penaja pro mahasiswauthm yang di temui selepas pengumuman keputusan calon.

Tuesday, March 31, 2009

Kempen PRKK - Rapat Umum Calon KK Melewar, TSN 31 Mac.

Kolej Kediaman Perwira

Solat hajat

Masa : Selepas solat Isyak

Tempat : Surau KK Melewar.

Rapat Umum

Masa : 10 malam

Tempat : Hadapan Surau Melewar.

Kolej Kediaman Tun Syed Nasir

Solat Hajat

Tempat : Masjid UTHM

Masa : Selepas solat isyak


Rapat Umum

Tempat : Kafeteria KK TSN

Masa : 9 Malam.

Monday, March 30, 2009

Kempen PRKK - Rapat Umum Calon KK Perwira, 30 Mac.

Sempena kempen calon-calon yang bertanding dalam PRKK 09 untuk KK Perwira, Mantan Presiden KK Perwira saudara Azhani Bin Azhari telah berbincang dengan pihak pentadbiran KK Perwira untuk mengadakan satu sidang rapat umum khas untuk calon-calon yang bertanding di Perwira.

Rapat umum tersebut akan diadakan pada 30 Mac, jam 10 malam di hadapan Blok A di kolej berkenaan. Mahasiswa/i di kolej Perwira digesa turun bersama dalam mendengar pidato calon pilihan masing-masing.

Sunday, March 29, 2009

Sekitar Sambutan Maulidul Rasul Peringkat UTHM.


UTHM, 28 Mac- Pusat Islam,Majlis Perwakilan Pelajar UTHM bersama badan-badan persatuan dan kelab pelajar telah menganjurkan perarakan MaulidurRasul peringkat universiti pada 27 Mac 2009, semalam. Perarakan yang disertai oleh wakil-wakil kelab dan persatuan pelajar serta jawatankuasa kolej kediaman berjaya membawa mesej "Khairun Ummah" kepada warga UTHM yang melihat perarakan tersebut.

Majlis bermula seawal 8.30 pagi itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga UTHM sehingga dianggarkan penyertaaan hampir 150 orang pada hari tersebut. Kelab Iqra bersama sahabat-sahabat Iqra tidak ketinggalan dalam menyertai perarakan ini bagi menunjukkan perasaan cinta kepada Rasullullah S.A.W dengan mengambil iktibar kisah penghijrahan Rasullullah S.A.W bersama para sahabat. Bertemakan warna kegemaran Rasulullah, Hijau, semangat kecintaaan terhadap insan yang digelar Rahmatan Lil 'alamin semakin membara. Disusuli pula dengan tanggungjawab Kelab Iqra di waktu perarakan untuk memimpin selawat di bahagian tengah dan ke belakang perbarisan menimbulkan suasana seperti penerimaan penduduk Madinah menyambut ketibaan Rasulullulah S.A.W. Perarakan bermula di lokasi E6 dan berarak menuju ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail melalui jalan utama bersebelahan padang golf dan padang ragbi. Program Maulidur Rasul diteruskan lagi dengan sesi ceramah berkaitan Kehidupan Rasulullah dan disusuli pula dengan alunan qasidah dan burdah oleh pelajar-pelajar muda Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada semua warga UTHM yang terlibat.

Sumber : IqraKini
Gambar-gambar sambutan.

Hujan Ribut - KKTDI Menerima Kesan.


P.Raja, 29 Mac - Warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM telah dikejutkan dengan kejadian hujan ribut yang melanda sekitar Universiti dan kawasan P.raja sehingga menyebabkan berlaku beberapa kerosakan harta benda dan alam sekitar. Kejadian tersebut berlaku pada petang jumaat, 27 Mac selepas waktu solat jumaat. Antara kawasan yang menerima kesan buruk akibat bencana itu adalah Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, KKTDI.

Bebarapa bongkah atap batu kolej berkenaan telah jatuh dan serpihannya berselerakan di sekitar kolej sehingga ke hari ini. Perkara ini terjadi dipercayai akibat tiupan angin ribut yang kuat dan juga arus air hujan yang kuat mengalir melalui bongkah-bongkah atap berkenaan sehingga menyebabkan ia menggelongsor jatuh. Selain itu, beberapa batang pokok di sekitar kolej berkenaan juga tumbang dalam kajadian tersebut.





Ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM, saudara Firdaus Mohd Noor terkejut dengan kejadian tersebut dan menyifatkan ini mungkin satu ujian dan musibah yang yang Allah berikan supaya kita semua bermuhasabah dan koreksi diri masing-masing dengan apa yang telah kita lakukan terhadap sosial di UTHM ini khususnya.

Beliau yang ditemui ketika meninjau keadaan KKTDI dan KKTF sepanjang tempoh berkempen sempena pilihanraya kolej kediaman ,PRKK sempat merakamkan tahniah diatas kemenangan Saudara Mohd Aniq dalam merebut kerusi Presiden KKTDI. Beliau juga berharap agar mahasiswa UTHM dapat memberi kerjasama yang terbaik dalam menghidupkan suasana pilihanraya yang mana tarikh membuang undi adalah pada 1 April nanti.