Pro Mahasiswa

Sunday, March 13, 2011

Takziah Dari Promahasiswa UTHM.

Dunia dikejutkan dengan berita gempa bumi berskala richter 8.9 yang mengakibatkan gelombang tsunami setinggi 10 m di Jepun yang menyebabkan kemusnahan besar. Terdapat juga hampir 150 gegaran susulan. Gempa bumi yang berlaku merupakan yang kelima terbesar dalam sejarah gempa bumi dunia sejak 1900. Mangsa yang terbunuh masih tidak lagi dapat dikenalpasti. Walaubagaimanapun selepas sahaja bencana tersebut berlaku, hampir 200 hingga 300 mayat bergelimpangan dipersisiran pantai. APA PENGAJARAN YANG BOLEH KITA AMBIL DARI BENCANA INI?

Seperti yang semua lihat, akibat dari kejadian tsunami di bandar Natori, jepun itu banyak kemusnahan dapat dilihat. Bangunan, kilang, rumah, kereta, kawasan pertanian dan semua yang ada dibaham oleh tsunami. Dari kejadian itu juga menyebabkan loji minyak dan nuklear terbakar. Ini mungkin akan memberikan kesan yang sangat buruk terhadap udara dan akan lebih memudaratkan penduduk di kawasan Natori. Banyak nyawa cedera dan tidak kurang juga yang hilang. Setakat ini hampir lebih 10,000 orang dilaporkan menjadi korban Sang Tsunami.

Kejadian tsunami juga turut dirasai oleh negara-negara jiran yang berkongsi lautan dengan kawasan gegaran. Walaupun Tsunami tidak berlaku di negara lain, tetapi kesan gegaran turut mengakibatkan laut bergelora dan angin yang kuat di Lautan Pasifik dan Laut China Selatan. Hal ini telah membimbangkan ramai penduduk di negara-negara yang merasai kesan sampingan termasuk juga Malaysia.

Ditengah-tengah kegelisahan serta rasa simpati penduduk dunia terhadap bencana yang berlaku, terdapat juga golongan yang gelisah dengan keadaan pasaran saham negara mereka di Negara matahari terbit itu. Perkara ini lebih di war-warkan berbanding rasa simpati terhadap apa yang berlaku. Mereka risau akan jatuhnya pasaran saham di Tokyo kesan dari Tsunami yang hampir melumpuhkan semua aktiviti-aktiviti perindustrian. Hal ini tidak sepatutnya berlaku.




Adakah ini perkara LUCU?
Dimana letaknya Etika Kewartawanan yang BERMORAL?
Promahasiswa Mengutuk Tindakan Ini.








Dimana letaknya sensitiviti golongan ini terhadap bencana yang berlaku. Adakah ini salah satu kaedah untuk membentuk masyarakat yang berjiwa penyayang?. Sama-sama kita bermuhasabah dan renung kembali. Promahasiswa UTHM menghulurkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada negara yang terlibat dengan bencana ini. Ucapan takziah juga untuk rakyat Malaysia yang terbabit dalam musibah ini.

Tuesday, March 8, 2011

PRO MAHASISWA AKUR DENGAN KABINET MPP SESI 2011

Bermula dengan penamaan calon yang pertama, kabinet MPP sesi 2011 yang
baru selesai pelantikan malam tadi, secara keseluruhannya pihak
Pro-Mahasiswa beranggapan bahawa demokrasi kampus sudah terkubur.

Pembatalan penamaan calon sesi pertama yang diputuskan oleh Professor Dato’ Noh
bin Dalimin selaku Naib Canselor UTHM, atas nasihat daripada
Jawatankuasa Induk Majlis Pemilihan Perwakilan Pelajar “atas
sebab-sebab teknikal tanpa boleh disoal mahasiswa” adalah sesuatu yang
tidak dapat diterima sama sekali. Bayangkan anda di tempat calon. Anda
menunggu sepanjang hari, dari 10.00 pagi hingga ke 5.00petang, di
Dewan Tunku Ibrahim Ismail, meninggalkan semua kuliah pada hari
tersebut (Khamis, 17 Februari 2011), tiba-tiba masa anda yang luangkan
itu sia-sia belaka tanpa sebab yang munasabah. Apa perasaan anda pada ketika itu?

Pembentukan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011 juga
menunjukkan indikator yang tidak sihat pada demokrasi kampus. Dalam
Majlis Tertinggi, yang sepatutnya diisi oleh calon-calon umum, empat
dari enam kerusi diisi oleh calon-calon dari kerusi fakulti. Apakah
yang ingin kita tunjukkan kepada mahasiswa UTHM? Demokrasi kampus
sepatutnya mencerminkan demokrasi Malaysia dalam konteks yang lebih
kecil. Adakah mungkin seorang wakil rakyat yang bertanding di
peringkat Dewan Undangan Negeri boleh menjadi seorang Menteri di
sesuatu kementerian? Sudah tentu tidak!

Dengan perlantikan MPP semalam, pihak Pro-Mahasiswa UTHM berlapang
dada dengan pentadbiran UTHM. Kami bukan ingin mengajak mahasiswa
mahasiswi sekalian supaya melawan kerajaan dan pentadbiran kampus dan
menganut fahaman anti-establishment yang jelas tersimpang dari
norma-norma intelektual. Cukuplah sekadar mahasiswa mahasiswi produk
keluaran UTHM benci kepada kezaliman dan cintakan keadilan!

Sekian dari kami..

Tuesday, February 22, 2011

Keputusan Pilihanraya Kampus UTHM Sesi 2011

ProAspirasi menang 17 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan
Promahasiswa menang 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan
Majoriti 4 kerusi.

Jumlah mahasiswa layak mengundi = 9290 orang
Jumlah mahasiswa keluar mengundi = 7122 orang
Jumlah mahasiswa yang tidak keluar mengundi 2268 orang

Peratus keluar mengundi = 75.85%
Peratus tidak keluar mengundi = 24.15%

Peratus keluar mengundi mengikut fakulti :
FKAAS = 77.49%
FKEE = 69.44%
FKMP = 75.16%
FPTek = 58.30%
FPTPK = 85.90%
FSKTM = 79.08%
PPD = 81.06%

UMUM.
1. HAFIZ = 4324
2. NURIZWANI = 4053
3. FARHANA = 3885
4. HIDAYATULLAH = 3805
5. YUHANIS = 3655
6. AIN ILI = 3650
7. ADAM = 3527
8. NASHWAN = 3330
9. LATIFI = 3325
10. FADHILAH = 3259

FKAAS.
1. ANIS SOFEA
2. NUR LIYANA
3. QAIM
4. SHARIMA

FKEE.
1. ZULFADHLI
2. FADHLI
3. HISHAM
4. IZHAM

FKMP.
1. RIDZWAN
2. ZAMAN
3. SHAHIRMA
4. AIZAT

FSKTM.
1. JAZMI
2. SOFIA NADZIRAH

FPTek.
1. KHAIRUNNISA
2. HUDA

FPTPK.
1. HANAS
2. AARON YAP
PPD.
1. SYED
2. FAHMI

Promahasiswa UTHM mengucapkan tahniah serta takziah kepada semua barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011 yang telah menang Pilihanraya samada dari Promahasiswa atau Proaspirasi. Tahniah kerana telah berjaya mendapat undian daripada mahasiswa UTHM yang percayakan anda adalah pemimpin yang terbaik. Takziah pula kerana telah menerima tanggungjawab sebagai pemimpin kepada rakyat mahasiswa. Sedarlah bahawa amanah itu adalah satu beban yang akan dipersoalkan dihari kemudian nanti.
Sebagai usaha ke arah UTHM yang lebih cemerlang, sama-samalah kita bersatu hati bekerjasama dalam bergerak kerja tanpa mengira fahaman parti politik samada Promahasiswa ataupun Proaspirasi. Yang batil tetap batil dan perlu ditangani dan dihindari bersama. Yang benar tetap benar dan perlu ditegakkan juga bersama. Tidak perlu untuk kita menegakkan benang yang basah.

Majlis Perwakilan Pelajar merupakan satu saluran suara mahasiswa untuk disampaikan ke pentadbiran universiti. Oleh itu, berpendirianlah dalam berpendapat atau membentuk suatu dasar kerana mahasiswa merupakan golongan ideologi yang mana suaranya sangat keramat.

Promahasiswa juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan Pilihanraya Kampus UTHM untuk sesi kali ini. Terutamanya seluruh mahasiswa UTHM serta pengawal keselamatan yang banyak membantu dalam melancarkan perjalanan Pilihanraya Kampus kal ini. Tidak lupa juga kepada Jawatankuasa Pelaksana Pilihanraya kampus UTHM walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak memuaskan hati Promahasiswa UTHM.

Promahasiswa mewakili seluruh mahasiswa UTHM ingin memohon maaf sekiranya terdapat pihak yang terasa atau terkecil hati disepanjang perjalanan Pilihanraya Kampus untuk sesi 2011.

~SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT SUARA PERUBAHAN ~WE UNITE FOR UTHM & FOR STUDENT~STUDENT POWER~

Friday, February 18, 2011

Kronologi keruntuhan demokrasi kampus UTHM.

Kronologi keruntuhan demokrasi kampus UTHM.

14 Febuari 2011
Proses pembelian borang berjalan.

17 Febuari 2011 [PENAMAAN CALON MPP 2011]
Proses penamaan calon berjalan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.
Seorang calon telah dibantah kerana melanggar Perkara 4.2 yang menyatakan bahawa calon MPP 2011 yang mempunyai pointer bawah dari 2.70 layak untuk bertanding tetapi TIDAK DIGALAKKAN untuk menyertainya.
Calon yang telah dibantah kerana melanggar perkara 4.2 tadi telah membuat rayuan dan rayuan telah diterima dan membolehkan untuk calon tersebut bertanding.
Pro -Aspirasi telah mengugut untuk memboikot pilhanraya kampus untuk sesi ini berikutan bantahan mereka telah ditolak.
Pada sebelah malam, suatu mesyuarat tergempar diadakan di bahagian atas Pejabat HEP yang melibatkan beberapa pegawai dan orang kanan HEP termasuk Shahzada Khan (wakil Pro-Aspirasi).

18 Februari 2011
6.30 petang : Kesemua calon-calon bersama pencadang dan penyokong masing-masing dipanggil oleh pihak HEP untuk mendengar satu taklimat tergempar.
Timbalan Pendaftar HEP, En Abdul Malek bin Ibrahim telah mengumumkan BAHAWA KESEMUA CALON MPP 2011 ADALAH DIBATALKAN. Pembatalan ini adalah dengan menggunakan kuasa Naib Cancelor UTHM, hujah kepada pembatalan ini adalah ‘sebab-sebab teknikal yang menyebabkan terbatalnya semua calon MPP 2011’.
Wakil HEP tersebut mengumumakan tarikh-tarikh baru Pilihan Raya Kampus UTHM 2011.
i.) Pembelian Borang pada malam 18 Februari 2011
ii.) Penamaan Calon pada 19 Februari 2011
iii.) Tempoh berkempen pada 19 Februari 2011 (selepas Penamaan Calon) sehingga 21 Februari 2011
iv.) Pembuangan Undi pada 22 Februari 2011
Dengan itu, secara automatiknya kesemua calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan untuk meneruskan aktiviti kempen masing-masing.
‘Bekas-bekas’ calon yang ingin bertanding semula mestilah membeli semula borang penamaan di pejabat HEP pada 9 malam. Bagi yang sudah membelinya pada sesi PENAMAAN CALON PERTAMA diminta untuk membawa resit untuk menuntut semula borang-borang tersebut.
9.00 malam : Terdapat beberapa wakil-wakil calon yang bertanding pergi ke HEP untuk mendapatkan semula borang pencalonan.

19 Februari 2011 [Penamaan Calon Kedua]
9.00 pagi :, Semua calon sedang menuju ke DTII untuk mendapatkan tandatangan DEKAN dan seterusnya menyerahkan borang pencalonan. Proses pencalonan akan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
11.00 pagi : Terdapat 2 sekatan untuk 'check' borang calon bagi memastikan calon mendapat tandatangan Dekan. Untuk pengetahuan, pada PENAMAAN CALON (17/2) perkara ini tidak pernah berlaku.
Adakah ini perkara yang ingin ditekankan pada PENAMAAN CALON ‘kedua’?
12.30 tengahari : Sesi bantahan sedang dijalankan. Semoga kesemua calon-calon yang telah menjadi calon pada 'Penamaan Calon pertama' dapat meneruskan perjuangan mereka sebagai calon.
3.30 petang : Sesi bantahan tamat. Seorang calon pada Penamaan Calon pertama disingkirkan dari Penamaan Calon Kedua ini. Perkara ini sudah dijangka oleh pihak Pro-Mahasiswa sendiri. Matlamat Penamaan Calon Kedua akhirnya tercapai. Tahniah kepada Pro-Aspirasi.
Jumlah calon yang bertanding pada Pencalonan Kedua ini:
i.) UMUM = 23 calon
ii.) FKAAS = 5 calon
iii.) FKEE = 8 calon
iv.) FKMP = 8 calon
v.) FPTEK = 3 calon
vi.) FPTPK= 5 calon
vii.) FTMM = 3 calon
viii.) PPD = 4 calon

Tergempar!!! Penamaan Calon MPPUTHM Sesi 2011 Dibatalkan

18 Februari 2011: Pada tepat jam 7.00 petang tadi. Wakil pihak HEP, Encik Malek (Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar) telah mengadakan pertemuan tergempar bersama calon-calon MPP UTHM 2011 di hadapan pejabat HEP. Didalam perjumpaan ringkas itu, wakil HEP tersebut telah mengumumkan bahwa pihak Universiti telah membatalkan semua Calon MPP UTHM 2011. Pencalonan semua calon ini terbatal dengan kuasa Naib Cancelor UTHM.

Atas arahan ini, maka semua calon yang ingin menjadi 'calon' semula mestilah membeli borang pencalonan pada malam ini di pejabat HEP. Untuk makluman, pencalonan yang sudah diadakan semalam (17 Februari) .Berikut adalah anjakan tarikh terbaru bagi proses Pilihanraya Kampus UTHM:

18 Februari (malam): Pembelian borang pencalonan.

19 Februari : Penamaan Calon.

22 Februari : Pembuangan Undi.

Pembatalan ini telah menyebabkan ramai pihak yang tidak berpuas hati, terutamanya bagi calon-calon yang telah bertanding. Poster-poster serta bahan kempen yang lain telah digantung dan diedarkan, tiba-tiba sahaja pencalonan mereka dibatalkan serta-merta. Hak mereka telah dirobek sedemikian rupa. Mereka terpaksa bermula dari bawah semula untuk menjadi calon MPP UTHM 2011 yang 'sah', terpaksa membeli borang semula, mengisi borang semula, mencari DEKAN untuk mengesahkan semua borang mereka menghantar semula borang pencalonan dan terpaksa menempuhi proses bantahan.

Dalam suasana ketegangan dan hanya mempunyai masa yang tidak sampai 24 jam ini, kemungkinan pencalonan mereka pada esok hari terbatal adalah tinggi. Kemungkinan penyertaan mereka terbatal adalah tinggi. Maka tidak hairanlah jika esoknya hanya calon-calon daripada Pro-Aspirasi saja yang layak bertanding.

Apabila diajukan soalan mengenai pembatalan semua calon MPP UTHM 2011, wakil HEP tersebut memberitahu bahawa pembatalan ini adalah atas sebab-sebab teknikal yang membolehkan terbatalnya semua calon MPP UTHM 2011. Hanya jawapan itu sahaja yang diberikan, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci mengenai ini.

Hal ini berlaku rentetan dari tindakan ASPIRASI UTHM yang kononnya tidak berpuas hati dengan calon Pro-Mahasiswa yang layak bertanding kerana tidak melepasi pointer yang ditetapkan. Padahal sebelum borang pencalonan dikeluarkan, pihak HEP telah bermesyuarat bersama mantan MPP UTHM 2010 dan mengumumkan bahwa mahasiswa yang tidak melepasi pointer yang ditetapkan layak bertanding. Tetapi hanya TIDAK DIGALAKKAN sahaja, bukan DIHARAMKAN. Maka atas budi bicara DEKAN fakulti bagi calon tersebut telah mengesahkan bahawa calon tersebut layak bertanding.

Perkara ini telah menyebabkan pihak Pro-Aspirasi UTHM tidak berpuas hati, mereka melaung-laungkan untuk memboikot Pilihanraya Kampus kali ini. Atas ugutan ini, pihak HEP dan pentadbiran teratas universiti telah mengeluarkan arahan terbaru yakni membatalkan semua calon-calon MPP UTHM tanpa alasan yang kukuh, hanya kuasa veto dari Naib Cancelor. Pihak Pro-Mahasiswa juga dimaklumkan bahawa pada pagi tadi telah diadakan mesyuarat khas antara pentadbiran UTHM dan kumpulan ASPIRASI berkaitan hal ini.

Pihak Pro-Mahasiswa amat kecewa dengan perkara ini. Ternyata demokrasi kampus di UTHM telah digodam dengan rakusnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika inilah nilai demokrasi sesebuah negara dan kampus, maka tidak hairanlah jika merebaknya revolusi di Malaysia seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah.

KEMBALIKAN DEMOKRASI KAMPUS!

Thursday, February 17, 2011

Tindakan Tidak Beretika ProAspirasi

Hari penamaan calon untuk pilihanraya kampus sesi 2010/2011 telah berlangsung dan bermulalah gerak kerja untuk mempromosikan calon masing-masing. Tetapi harus ingat, jangan terlampau taksub dalam berkempen sehingga lupa batasan berkempen yang telah ditetapkan oleh pihak HEP atau pun Undang-undang Tuhan.

Baru beberapa jam waktu dibenarkan berkempen bermula, pihak ProAspirasi telah melakukan beberapa tindakan yang tidak beretika dan menunjukkan permainan kotor dari pihak mereka. ProMahasiswa mendapat aduan dari mahasiswi Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (DTII), ade beberapa orang mahasiswa lelaki telah masuk kekawasan mahasiswi KKTDI untuk menggantung poster bagi calon utama ProApirasi. Tindakan seperti ini sangat memalukan. Adakah si penggantung bertindak tanpa arahan dari calon?.

Keduanya, ProMahasiswa mendapat aduan tali yg digantung oleh penyokong ProMahasiswa dan telah diletakkan nama calon Promahasiswa pada tali tersebut telah ditukarkan kepada poster calon ProAspirasi. Tindakan seperti ini juga menunjukkan sifat kebudak-budakan ProAspirasi.

Oleh itu nasihat dari ProMahasiswa untuk semua berkempen secara sihat. Sama-sama kita wujudkan suasana pilihanraya kampus yang sihat.

Friday, February 11, 2011

Speaker Corner Di Halang

11 Feb, UTHM - Hasrat Promahasiswa UTHM untuk menyatakan bantahan terhadap kekejaman Rejim Hosni Mubarak melaui speaker corner telah dibantah oleh pihak pentadbiran universiti. Lebih mengecewakan apabila pihak HEP menolak terus isu yang cuba diketengahkan tanpa menilai dan berbincang terlebih dahulu. Apa salahnya sekiranya isu ini cuba dikongsi untuk semua pihak warga UTHM. Mesir yang majoritinya umat islam dan sedang ditindas oleh pemimpinya sendiri., adakah kita hanya mampu berpeluk tubuh?

Tindakan ini jelas menunjukkan kebebasan mahasiswa bersuara untuk menyatakan pendapat atau pendirian terhadap sesuatu isu telah disekat. Semua pihak perlu sedar bahawa mahasiswa bakal peneraju kepimpinan negara perlu didedahkan kepada isu-isu yang timbul dipersekitaran baik di dalam ataupun diluar negara.

Speaker corner merupakan salah satu saluran mahasiswa bersuara yang telah disokong kewujudanya oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah. Ia merupakan salah satu gelanggan untuk mahasiswa berpidato. Namun fungsinya tidak dapat dilaksanakan di UTHM berikutan kejadian yang berlaku selepas solat jumaat tadi.



"Oleh kerana mahasiswa telah terlalu lama dikongkong oleh AUKU iaitu sebelum ditunda pada tahun 2009 ai akan mengambil masa sedikit untuk mereka merasai bahawa benar ada kebebasan" kata Dato' Saifuddin Abdullah.

Namun dimanakah rasionalnya apa yang dikatakan mahasiswa bebas untuk bersuara selepas AUKU dikaji semula.

Monday, February 7, 2011

Pilihanraya Kampus UTHM sesi 2010/2011

Separuh semester kedua telahpun bermula. Semua mahasiswa-mahasiswi pasti ada harapan baru yang ingin dicapai pada semester ini. Tidak ketinggalan juga, Bumi UTHM kini sudah mula merasai bahang menantikan bakal kepimpinan baru yang akan mengemudi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPPUTHM) sidang 2010/2011.

Hal ini kerana, sejak 4 Febuari 2010 yang lalu, telah genap setahun pemerintahan MPPUTHM sidang 2009/2010 dan telah pun dibubarkan pada 3 Febuari 2011. Namun begitu satu notis pun tidak dikeluarkan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) menunjukkan tarikh sebenar Pilihanraya Kampus.

Perkara yang demikian menyebabkan mahasiswa-mahasiswi baik dari Pro-Mahasiswa mahupun pengundi atas pagar masih dibelenggu dengan pertanyaan, bilakah pilihanraya kampus akan diadakan? Bukan sahaja golongan mahasiswa tetapi para pensyarah dan staf-staf yang pro kepada mahasiswa juga turut menantikan bilakah tarikh pilihanraya kampus untuk sidang kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar yang baru akan berlangsung.

Adakah senario yang berlaku ini masih membuatkan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) terus membisu dan mendiamkan diri untuk membiarkan warga kampus tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar pilihanraya kampus?

Pro-Mahasiswa UTHM dengan berbesar hati memohon pihak HEP untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kampus. Ia menjadi titik tolak untuk melahirkan bakal pimpinan mahasiswa yang lebih mantap untuk menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar.

Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa. Salam Perjuangan Mahasiswa.

Friday, January 28, 2011

AUKU Membantutkan Proses Lahirkan Kualiti Kepimpinan Negara.

Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) memperlihatkan ruang lingkup partisipasi mahasiswa dengan politik masih terbatas. Mahasiswa masih lagi dihadkan memberikan idea dan pandangan tentang isu-isu politik negara serta terlibat secara sah dengan parti politik semasa di kampus. AUKU jelas menafikan hak-hak yang dimiliki oleh mahasiswa walaupun Negara ini dikatakan Negara demokrasi. Imbau kembali kepada gerakan mahasiswa terdahulu yang amat aktif bergerak atas dasar isu-isu yang timbul bagi menyuarakan ‘salah laku ‘ pihak atasan

Dakwaan mahasiswa sabagai anti-establishment atau anti kerajaan amat tidak berasas dimana menganggap mahasiswa ingin mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan Malaysia. Aktivisme mahasiswa dilihat sebagai suatu pemberontakan dan membawa konflik. Bangsa yang intelektual ini bagaimanapun tidak mudah ditipu dan sentiasa peka terhadap keadaan Negara serta perkembangan semasa dan bersedia untuk bangkit sebagai yang terpelajar. Aktivis mahasiswa dikatakan tidak buta untuk terus melihat dan seterusnya bertindak untuk memperjuangkan politik nilai yang tidak mementingkan kemuncak kekuasaan, sebaliknya mereka lebih mementingkan perjuangan nilai iaitu keadilan hak, kebebasan, hak bersuara, hak berkumpul, hak berpersatuan, hak untuk hidup, hak untuk menikmati pembangunan dll. Kesedaran dan pengalaman dalam satu-satu zaman itu mematangkan lagi tingkahlaku mahasiswa dewasa ini.

Mahasiswa perlu diberikan ruang memahami, menghayati dan mengimplementasi erti demokrasi ketika di kampus lagi. Hak bersuara yang dijamin di dalam perlembagaan yang telah lama dinafikan kepada mahasiswa harus segera dipulihkan. Selain itu, kerajaan harus ikhlas dan terbuka memberikan ruang kepada mahasiswa menjana kepimpinan diri di alam kampus sekiranya mahu melihat barisan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang berkualiti dan berketrampilan tinggi.

Persoalannya, apakah sebenarnya golongan mahasiswa yang mahu dilahirkan melalui sistem pendidikan tinggi tempatan? Apakah kita mahu melahirkan mahasiswa yang hanya berminat membaca dan menghafal, atau adakah kita mahu mahasiswa yang mampu menghubungkan teori dengan kenyataan? Di mana pembentukan sahsiah sebenar sepanjang bergelar MAHASISWA?

Saranannya, sebagai seorang mahasiswa, wajib beraktivitisme dalam kerangkanya tersendiri berteraskan ‘politik nilai’ serta AUKU yang sah-sah kejam dan membantutkan pembesaran mahasiswa mesti dihapuskan. AUKU seharusnya tidak menjadi penghalang dalam kamus perjuangan aktivis mahasiswa kerana banyak lagi peninggian nilai lain patut diperjuangkan oleh mahasiswa hari ini demi memastikan kesejahteraan sebenar generasi baru Malaysia kelak.

Wednesday, January 26, 2011

Bersama Timbalan Naib Canselor UTHM di Kolej Kediaman Tun Fatimah




Perjumpaan mahasiswa Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Kolej Kediaman Tun Dr Ismail bersama Timbalan Naib Canselor UTHM telah dibuat pada malam tadi (Rabu) bersamaan 26 januari 2011. Amanat berharga telah diberikan beliau bersempena dengan tahun baru 2011 antaranya menyarankan kepada seluruh mahasiswa untuk terus rajin menuntut ilmu di bumi UTHM tanpa mengenepikan penglibaan kokurikulum. Penglibatan mahasiswa di dalam persatuan-persatuan, kelab-kelab, sukan dan sebagainya merupakan satu kelebihan yang bakal diperolehi oleh mahasiswa itu sendiri. Di samping itu ianya juga merupakan salah satu usaha untuk menaikkan nama UTHM di kalangan universiti lain di dalam negara juga di peringkat antarabangsa.

Setelah selesai ucapan dari Timbalan Naib Canselor, perjumpaan diteruskan dengan sesi soal jawab. Pelbagai soalan dan pandangan diutarakan telah menggamitkan suasana dimana soalan-soalan yang dilontarkan sangat kene dengan kehendak mahasiswa lain. Antara soalan yang ditanya adalah berkaitan isu yang sedang hangat dikalangan mahasiswa UTHM iaitu isu kemasukan PTPTN lambat. Saudara yang bertanya cuba inginkan mendapatkan penjelasan dari pihak HEP apakah masalah sebenarnya yang telah timbul samada di peringkat PTPTN ataupun HEP sendiri sehinggakan kemasukan loan lewat?. Soalan tersebut telah dijawab oleh En Malik sendiri selaku Timbalan Pendaftar. Beliau menyatakan kemasukan PTPTN lewat adalah disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun pihak HEP telah memberikan jaminan kepada mahasiswa UTHM yang masih belum menerimanya untuk sabar sehingga 28 januari 2011 dimana tarikh paling lewat mahasiswa akan menerima wang tersebut dari PTPTN.

Selain itu, ada seorang mahasiswi di tahun satu mengadu wang pinjaman dari Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) masih tidak masuk lagi walaupun pihak YPJ mengatakan wang tersebut telah sampai ke pejabat bendahari. Saudari tersebut juga mengadu akan layanan buruk staf dari pejabat bendahari terhadapnya. Pihak HEP akan mengkaji semula apakah sebab dan puncanya hal ini berlaku kerana proses tersebut memakan masa. Ada juga mahasiswi yang mengadu tentang harga makanan di cafe didalam UTHM tidak selaras dan mahal. Beliau mencadangkan pihak universiti untuk memberikan subsisdi kepada pelajar sebagai contoh membiayai nasi percuma kepada pelanggan di cafe.

Seperti yang di ketahui, di Kolej Kediaman Tun Fatimah tidak mempunyai kawalan keselamatan yang ketat diwaktu malam. Seorang mahasiswi telah mengadu tentang kejadian Kolej Kediaman Tun Fatimah diceroboh. Beliau mencadangkan supaya tahap keselamatan di Kolej Kediaman Tun Fatimah diperketatkan seperti wujudkan pagar, CCTV dan sebagainya.

Pelbagai lagi isu yang dibangkitkan antaranya masalah UCiTV, bas UTHM , sijil-sijil kokurikulum tidak dapat, ketelusan dalam pemberian wang ehsan dan macam-macam lagi. Isu keselamatan jalan raya di hadapan UTHM juga turut dibangkitkan. TNC menasihatkan mahasiswa UTHM lebih berhati-hati ketika menggunakan jalan Kluang-batu Pahat. Untuk pengetahuan universiti dalam perancangan pembinaan Kolej Kediaman yang boleh menempatkan seramai 5000 org mahasiswa sebagai langkah mengurangkan mahasiswa keluar dari kawasan kampus dan menggunakan jalanraya Kluang-Batu Pahat.

Daripada soalan dan cadangan yang dibangkitkan boleh disimpulkan bahawa masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki mungkin diperingkat pentadbiran universiti, Majlis Perwakilan Mahasiswa dan mungkin juga diperingkat Mahasiswa sendiri dalam merialisasikan slogan “DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”.

ProMahasiswa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran universiti diatas kelapangan untuk turun padang bertemu dan mengetahui masalah mahasiswa. Sekurang-kurangnya jawapan yang diberikan dapat menunjukkan komitmen pentadbiran universiti terhadap mahasiswa...SUARA MAHASISWA ADALAH SUARA PEMIMPIN.

Monday, January 24, 2011

Percaturan Salah Pro-Aspirasi Membawa Padah.

Beberapa hari yang lalu, sebahagian mahasiswa dan mahasiswi UTHM telah diributkan dengan isu sebaran flyers oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memboikot Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Iqra' UTHM. Ia berikutan satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YDP MPP Pro-Aspirasi UTHM, iaitu saudara Shahzada Khan Nawab Khan melalui laman sosial facebook peribadi beliau.

Dalam Kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui laman sosial terbabit, beliau telah menyatakan bahawa beliau ternampak flyers berkenaan bertaburan di tangga-tangga Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail ketika mana beliau dalam perjalanan untuk pulang ke bilik pada jam 4.30pagi sejurus tiba dari Kuala Lumpur. Beliau turut mengutip kesemua flyers terbabit yang berteraburan di KKTDI.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan bahawa ia dilakukan pihak pro-Aspirasi malah secara tiba-tiba terus menuduh secara melulu tanpa bukti bahawa ia adalah perbuatan yang dilakukan oleh pihak Pro-Mahasiswa dengan dakwaan beliau sebagai 'mensabotaj rakan-rakan sendiri.'.

Suatu persoalan apabila beliau mengatakan Pro-Mahasiswa mensabotaj rakan-rakan sendiri dengan menisbahkan rakan-rakan pro-mahasiswa itu sebagai Kelab Iqra'. Jika beliau memaksudkan ia perbuatan mensabotaj diri sendiri, sepatutnya beliau mengaitkan Kelab Iqra' yang mensabotaj dan mengedarkan fliers terbabit. Bagaimana pula boleh ia dikaitkan dengan pro-Mahasiswa? Sekaligus ini mendedahkan bahawa Shahzada Khan mempunyai niat buruk untuk mengheret sama Pro-mahasiswa dalam isu ini atas hasad politik beliau terhadap pro-Mahasiswa.

Pihak Pro-Mahasiswa sangat kesal dengan tuduhan yang dilakukan oleh seorang yang bergelar YDP MPP UTHM yang secara melulu menuduh Pro-Mahasiswa melakukan kerja-kerja mensabotaj Kelab Iqra' walaupun tanpa sebarang bukti. Berikut adalah kenyataan penuh beliau di laman sosial facebook.


walaubagaimanapun, timbul beberapa kecurigaan dari kenyataan yang beliau sendiri keluarkan.

Perhatikan!!!

Beliau mengatakan "Angkara siapa? yang pasti BUKAN PRO ASPIRASI, kalau ini cubaan menuduh PRO ASPIRASI yang buat, maka cubaan ini telah KANTOI!. Aspirasi tidak pernah menggunakan cara kotor begini!"

Persoalannya, kenapa beliau begitu beria-ia menafikan yang pro-Aspirasi tidak lakukan sebaran flyers sabotaj terbabit? Sedangkan pihak Kelab Iqra' sendiri masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada mengaitkan pro-Aspirasi ataupun tidak. Kegopohan beliau menafikan keterlibatan pihaknya dan menuduh pula pihak lain seolah-olah ada sesuatu yang beliau cuba sembunyikan & dilihat cuba untuk melarikan diri dari kesalahan kemudian mengaitkan pihak lain agar dikambing hitamkan.

Kemudian, bagaimana beliau begitu pasti bahawa ia bukan angkara pihaknya sendiri? Sebagai seorang yang masih belum pasti. Sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan agar kejadian terbabit disiasat secara terperinci terlebih dahulu dan jika terdapat pihak yang disyaki terlibat, harus dibawa ke muka pengadilan. Tetapi sebaliknya kenyataan beliau seolah-olah benar-benar pasti bahawa tiada kaitan dengan pro-Aspirasi. Sekali lagi beliau cuba berlakon dan ia menampakkan dengan jelas betapa beliau ingin cepat melepaskan diri. Sebagai seseorang yang masih lagi terkejut dengan penemuan sebaran flyers pada jam 4.30 pagi, mustahil beliau boleh mendapat kepastian & terus menafikan keterlibatan pihaknya lalu menyerang pihak yang lain sebagai galang ganti melainkan ianya adalah suatu agenda tersembunyi yang cuba dirancang demi mengaitkan pihak lawannya.

Pro-Mahasiswa pastinya tidak akan sesekali termakan dengan polemik isu yang dimainkan YDP MPP UTHM ini.

Cukup hanya sekadar beliau menafikan bahawa tindakan itu bukan dari pihaknya & tidak perlu beliau kaitkan dengan mana-mana pihak. Kerana kenyataan sebegini menampakkan kelemahannya ditambah pula tiada bukti yang beliau boleh kemukakan. Perkara ini sekali lagi menampakkan seolah-olah beliau cuba menyembunyikan sesuatu.

Sebaliknya, tuduhan yang beliau timbulkan sebeginilah yang sebenarnya mengapikan pertelingkahan di kalangan penyokong dan pendokong kedua-dua belah pihak. Jika pihak Pro Mahasiswa berdiam maka itu adalah tindakan bodoh di pihak pro-Mahasiswa dengan memangsakan diri sendiri sebagai kambing hitam dalam isu ini. Sedangkan Pro-Mahasiswa dizalimi dengan fitnah yang menjatuhkan kredibiti & harga diri mereka.

Dengan sikap hasad beliau yang cuba mengaitkan pro-mahasiswa dalam isu ini, persoalan yang ingin ditanya, adakah beliau ini benar-benar ikhlas ingin menyatukan seluruh mahasiswa di bawah kepimpinan beliau? Apakah pemimpin sentimen sebegini mampu memberikan keadilan kepada mahasiswa?

Maka, dalam isu ini siapakah sebenarnya pencetus kepada pertelingkahan yang berlarutan? Moga Allah menentukan balasan yang setimpal terhadap golongan yang melakukan fitnah.

Monday, January 17, 2011

PERUTUSAN KOORDINATOR PRO MAHASISWA UTHM


Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam pelbagai kesempatan selalu muncul kegelisahan yang mempersoalkan gerakan dan pemikiran lesu di kalangan mahasiswa sebagai golongan intelektual dan lebih-lebih lagi sebagai generasi penggerak kepimpinan muda. Pengamatan kepada masalah integriti dan sosial mahasiswa, penularan salah faham terhadap gerakan mahasiswa, perkembangan negara dan antarabangsa serta sifat cakna akan saudara kita tidak mengira perbezaan kaum maupun agama telah menjadi tuntutan kepada kita untuk diperjuangkan. Maka, memahami senario kampus dan luar kampus, menganalisis cara pemikiran golongan muda, memahami gaya dan rentak perjuangan mahasiswa, pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari.

Oleh itu pendekatan pemimpin mahasiswa yang lebih menarik perlu diterokai oleh para mahasiswa bagi membudayakan diri dengan membaca, memahami dan menganalisis setiap perkara yang berlaku disekelilingnya. Elemen-elemen inilah yang memerlukan individu yang berkebolehan memimpin kepada sesuatu perubahan dengan bercirikan al-qawiyy (yang kuat) dan keunggulan akhlak dan peribadi yang baik iaitu al’-amin (benar dan amanah). Harus diingat, ‘tidak ada percetakan yang bisa mencetak pemimpin’. Almarhum bapak Mohammad Natsir, pernah mengatakan “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat

Warga kampus sekalian, setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian. Dalam proses membuat suatu perubahan, begitu banyak persediaan perlu ada dalam diri mahasiswa. Mahasiswa tidak perlu menunggu sehingga lengkap segala persediaan untuk mengatur tindakan ke arah perubahan tetapi segala persediaan perlu diiringi dengan pengurusan dan tindakan yang dinamik.

Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa Pro-Mahasiswa UTHM adalah sebuah wadah (saluran) bagi kesatuan mahasiswa dan mahasiswi UTHM yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kita sewajarnya membuat persediaan secukupnya untuk memimpin suatu gerakan bagi menangani perubahan yang berlaku di masa depan. Untuk melaksanakan ini semua, segala sumber dan kebolehan yang ada seperti kekuatan sahsiah, kebolehan, kemahiran, kepakaran, ilmu yang mantap, istiqamah dan daya juang yang tinggi, mestilah digemblengkan menjadi suatu tenaga yang kukuh dan seterusnya menjadi pemimpin bagi suatu kekuatan yang mampu menangani perubahan yang berlaku. Akhir kalam yang tersemat disanubari penulis...

"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." Profesor Diraja Ungku A. Aziz

Thursday, January 13, 2011

Ciri-ciri Kepimpinan Mahasiswa

Setiap dari kita merupakan pemimpin. Tunjang kepimpinan adalah merupakan memimpin diri kita sendiri untuk meneraju yang lainnya.

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan bertanggungjawab dengan pimpinannya.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Begitulah hadis yang mengatakan bahawa kita semua adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya.

Pemimpin dari sudut Islam bukanlah suatu kedudukan yang boleh dianggap istimewa atau perlu dijadikan rebutan kerana ia bukanlah suatu tashrif (kebesaran dan kemegahan) namun sebenarnya adalah suatu takhlif (amanah dan tanggungjawab) dan Rasulullah SAW pernah mengingatkan kepada Abu Dzar Al-Ghifari yang memohon satu jawatan untuk mentadbir Wilayah Islam dalam sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya kepimpinan itu adalah satu amanah,pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan,kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang telah dipertanggungjawabkan”

Amanah yang dimaksudkan di sini bukan setakat menyempurnakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kepada golongan yang dipimpin, akan tetapi yang lebih diutamakan oleh islam adalah menyempurnakan amanah kepada Allah SWT.

Dalam konteks sebagai seorang mahasiswa, jika dihubungkaitkan dengan kepimpinan, ia bermakna wujudnya beberapa ‘figure’ pemimpin dan kualiti kepimpinan organisasi mahasiswa yang mampu mencapai serta memenuhi piawai yang terbaik dan memuaskan para pengikut malah umat yang menyaksikan agenda bertindak dan operasi organisasi yang berkenaan. Namun seorang pemimpin mahasiswa ini haruslah mempunya ciri-ciri yang saling melengkapi supaya apa yang diperjuangkan betul-betul terkesan terhadap mahasiswa yang dipimpinnya.

Kriteria yang amat perlu dimiliki saling berkaitan dahulunya dengan dasar perjuangan. Apakah sebenarnya yang menjadi tunjang kepada pimpinan seorang mahasiswa itu?

Kriteria utama merupakan kemestian untuk miliki prinsip yang berasaskan pegangan agama Islam yang kukuh dan sangat faham akan konsep dosa pahala serta syurga dan neraka. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim ulama'. Memiliki keperibadian Islam yang baik amat penting bagi mahasiswa muslim dimana pimpinan mahasiswa Islam yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan oleh Al-Qur'an.

Kecemerlangan akademik merupakan tiket utama dan kelebihan bagi seorang pemimpin mahasiswa kerana merupakan golongan yang terpelajar dibawah pengaruh universiti. Kelompok mahasiswa ini berteraskan daya keintelektualan yang bersifat idealis. Kepimpinan harus menonjolkan dengan lebih terserlah bakat ilmuan yang ada sebagai pemacu untuk menggarap tahap itegrasi tinggi dikalangan mahasiswa sendiri amnya.

Seorang pemimpin itu mestilah cekap, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi. Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai berbagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih menyerlah.

Kepimpinan mahasiswa semestinya mempunyai ketrampilan menggarapi aspek wawasan politik yang jelas. Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar merupakan titik kelemahan yang ketara.

Seorang mahasiswa yang berbekalkan semangat aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif amat penting kerana nilai seorang pemimpin mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. Ia lahir dari kalangan massa mahasiswa dan mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Dari sudut positif lain, seorang pemimpin tersebut mestilah seorang menguasai kemahiran komunikasi yang cekap dan baik seperti bercakap, berpidato, berkomunikasi dengan pelbagai jenis dan aras pemikiran manusia yang dipimpin.

Pimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-cita organisasi. Mustahak bagi mereka untuk menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap perlaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Kemenangan perlu berupaya diraih melalui laluan sukar dan halangan yang getir sekalipun. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap organisasi dan sikap ingin melihat ia berjaya. Hubungan yang positif antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja aras pencapaian organisasi.

Dalam mencapai aspirasi pembangunan misalnya, manusia adalah unsur yang paling menentukan kejayaannya. Pembangunan tidak bererti jika manusia itu sendiri runtuh. Justeru itu nilai-nilai akhlak amat perlu diberi penekanan dalam kepimpinan kemahasiswaan agar pembangunan yang ingin digarap seimbang dengan nilai-nilai keislaman. Nilai sahsiah yang tinggi amat perlu terserlah yang mesti ada pada pemimpin mahasiswa dari pelbagai aspek seperti gaya bertingkah-laku, berpakaian, bergaul, kebersihan diri dan seumpamanya. Pihak pemimpin ini dikatakan menjadi role model terhadap mereka yang dipimpin serta menjadi pucuk perbualan para mahasiswa lain.Tidak ada ertinya pembangunan tanpa kesehjahteraan dunia dan akhirat.

Konklusinya, dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam serta . Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan iman, Islam dan ihsan. Inilah yang dikatakan dasar perjuangan kerana Allah. Matlamat bersama hendaklah jelas, spesifik, boleh dicapai dan mempunyai tempoh masa untuk berjuang, walaupun perjuangan itu dilihat hanya di medan kampus semata. Namun ia merupakan pra permulaaan untk menempuhi medan realiti apabila berhadapan dengan dunia luar kelak.

Monday, January 10, 2011

Mahasiswa & Perubahan

Saban tahun, setiap kali pilihanraya kampus diadakan di institusi pengajian tinggi samada awam ataupun swasta pasti ianya menggamatkan suasana. Pada tahun ini juga, pasti kancah Pilihanraya Kampus akan menjadi lebih hangat terutamanya UTHM sendiri yang sedang meningkat naik selari dengan pembangunan dan kematangan pemikiran mahasiswanya. Pilihanraya Kampus UTHM yang dijangkakan akan berlangsung pada akhir bulan febuari diharapkan dapat menghasilkan pimpinan yang mampu melakukan perubahan.

Persoalan besar yang sering bermain di minda ramai pihak ialah mengapa para mahasiswa mengambil berat akan pilihanraya kampus ini? Adakah ingin menunjukkan jaguh atau sekadar suka-suka untuk menempah nama. Atau ingin dapatkan alaun. Atau juga sebagai alat pro kepada kumpulan tertentu yang berkepentingan?

Sebenarnya, Pilihanraya Kampus (PRK) disertai oleh para mahasiswa disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah untuk menjadi pemimpin kepada mahasiswa itu sendiri. Sekiranya dahulu, pemilihan pengawas di sekolah hanyalah lantikan dan bukan pemilihan, tetapi ia senario berbeza di Universiti.

Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana calon yang dirasakan layak untuk memimpin mereka. Yang boleh menjadi pemimpin dalam menyuarakan isu kebajikan mereka, yang boleh mengendalikan pesta konvokesyen, forum dan juga pelbagai program intelektual lain.

Para mahasiswa yang keluar mengundi inginkan pemimpin yang boleh memacu perubahan ke arah penegakkan haknya di universiti. Pemimpin pelajar yang terpilih itu pula perlulah menjadi pemimpin yang boleh merubah persepsi rakan sebayanya mengenai potensi generasi muda dari seorang pelajar biasa kepada pelajar yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.Selain itu, pemimpin pelajar yang dipilih juga wajar dilihat sebagai pemimpin pembina budaya (culture builder).

Selanjutnya, PRK merupakan medan demokrasi yang mengajar para mahasiswa erti pilihanraya. Bermula daripada pemilihan calon, hari penamaan calon, kempen, risalah-risalah, manifesto, kain rentang dan pengiraan undi, ia merupakan situasi sebenar seperti dalam pilihanraya umum. Mahasiswa yang didedahkan dengan PRK, akan mengetahui cara-cara perjalanan pilihanraya dan juga peraturan semasa piliharaya yang seterusnya dapat diadaptasikan oleh mereka setelah keluar dari menara gading.

Demokrasi ini dilihat boleh menyedarkan para mahasiswa bahawa pangkahan mereka amat bernilai dalam mencorakkan kepimpinan pelajar. Jadi, faktor pemakaian demokrasi dalam diri mahasiswa adalah penting sebelum mahasiswa menemui dunia realiti yang lebih mencabar dan penuh dengan pancaroba dalam ilmu politik.

Di samping itu, kepimpinan negara amat memerlukan pelapis yang boleh menjadi pengganti kepada pemimpin sedia ada sekarang. Negara memerlukan tenaga dan daya pemikiran pemimpin yang baru bagi melangkah gagah menghadapi arena globalisasi dan juga hal ehwal dalaman negara kita.

Sekiranya kita selongkar sejarah lama, pemimpin pelajar seperti Shabery Cheek, Mahathir Mohamad, Zahid Hamidi, Saifuddin Abdullah, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Husam Musa, Abu Bakar Chik dan ramai lagi pemimpin yang pernah memegang tampuk pemerintahan negara, pernah diasuh sebagai pemimpin pelajar.

Oleh yang demikian, jelas PRK bukan sekadar berseronok ketika kempen, tetapi juga mempunyai matlamat jangka panjang yang amat penting dalam pembangunan negara. PRK turut mengajar erti kebebasan memilih kepada para mahasiswa dalam pemilihan pemimpin pelajar.

Janganlah pilihanraya kampus yang bernilai tinggi ini hanya melahirkan pemimpin yang hanya ‘angguk-angguk, tetapi tidak berani ‘geleng-geleng’ dan ini akan merencatkan pertumbuhan penghasilan pemimpin masyarakat yang berkaliber di negara bertuah ini.

:::::BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN::::

Monday, December 6, 2010

MPP PRO MAHASISWA BERKERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS PANTAU KESELAMATAN RUMAH MAHASISWA SEMPENA CUTI SEMESTER.

Saudara Fauzi dan Saudari Salbiah tekun mendengar penerangan daripada pegawai polis.

Sempena cuti semestar yang hampir tiba, MPP Pro Mahasiswa yang cakna dan mengambil berat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa telah mengambil tindakan yang pantas dengan mengadakan satu pertemuan dengan pegawai polis Parit Raja. Dalam pertemuan tersebut, MPP Pro Mahasiswa telah berbincang mengenai keselamatan rumah sewa mahasiswa tanpa asrama serta meminta kerjasama pegawai polis untuk membuat rondaan bagi memantau rumah-rumah tersebut semasa cuti semester.

Borang yang perlu diisi oleh pelajar tanpa asrama.

Hasil perbincangan tersebut, pegawai polis,Sub Inspektor Sukiman Bin Badari menyarankan kepada mahasiswa yang ingin rumah mereka dipantau supaya mengisi borang khas bagi memudahkan pihak polis melakukan pantauan. Borang tersebut boleh didapati di Balai Polis Parit Raja dan MPP.



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ;
SUB INSPEKTOR SUKIMAN BIN BADARI, NO. TELEFON : 013-3664994

Sunday, November 28, 2010

Jagalah Aurat, Jauhi maksiat, Jangan tinggal solat


Pro Mahasiswa Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan program 3J. 3J disini merangkumi program Jauhi maksiat, Jagalah aurat, Jangan tinggal solat.

Antara pengisian program adalah:

1. Kempen 3J

2. Project Runway:You are Beautiful,

3. Garden Talk: love is cinta

4. Pameran 3J

5. konvoi kembara 3J

Objektif program yang berlangsung selama dua bulan ini adalah membudayakan gaya pemakaian yang sopan dan menutup aurat di kalangan mahasiswa mengurangkan kadar masalah sosial yang boleh mendorong ke arah kemaksiatan dan meningkatkan kesedaran sahsiah di kalangan masyarakat kampus.

Konvoi kembara 3J adalah acara kemuncak program 3J ini. Konvoi yang disertai seramai 80 orang ini terdiri daripada pelajar universiti terbabit. Konvoi 3j dijalankan untuk menggerakkan dakwah bagi mewujudkan bi’ah solehah di kampus uthm.

Semasa sesi konvoi dari kolej ke kolej, borang soal selidik 3j dan bahan-bahan kempen seperti button badge, bookmark dan risalah diedarkan kepada mahasiswa uthm.

“Program yang berkonsep “amar makruf nahi mungkar” sebegini dapat diteruskan bukan

sahaja dikampus UTHM tetapi juga di kampus-kampus lain” ujar Salbiah bt Zahari,Timbalan Pengerusi Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah, Majlis Perwakilan Pelajar, UTHM.

Program sebegini wajar dicontohi oleh institut pengajian tinggi lain dimana perkara sebegini yang merangkumi ketiga-tiga aspek ini sering diambil enteng oleh sebilangan pelajar. Kegigihan dan kesungguhan mereka juga wajar dihargai dan ambil ikutan supaya dapat melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi bersahsiah tinggi.

Tuesday, November 23, 2010

Penukaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN dari 3% ke 1%

Salam.

Disini pihak Pro Mahasiswa mengajak para mahasiswa UTHM yang mengambil pinjaman PTPTN agar menukarkan pembiayaan pendidikan PTPTN dari 3% kepada 1%.

Berikut ada cara-cara untuk menukarkan pembiayaan tersebut:

1.) Pergi ke laman web PTPTN.

2.) Isikan nombor Kad Pengenalan dan emel.

3.) Selepas itu, pihak PTPTN akan menghantar mesej ke emel anda.

4.) Satu pautan khas akan dihantar melalui alamat emel yang didaftarkan supaya anda dapat mengisi maklumat-maklumat wajib untuk penukaran pinjaman kepada pembiayaan pendidikan PTPTN.

5.) Anda mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang "Teruskan" bagi tujuan pendaftaran. Setiap pendaftaran yang telah dihantar TIDAK boleh dibuat pindaan lagi.

6.) Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455.

7.) Semakan Jadual Kemaskini Maklumat Bagi Proses Penawaran Ujrah SILA RUJUK DI SINI.

Sekian.

Selamat Menghadapi Peperiksaan!

Friday, October 15, 2010

Hiburan Melampau: Siapa Yang Bertanggungjawab?

Salam Perjuangan Mahasiswa

Konsert born 4 nature telah pun berlalu dengan sangat mengecewakan dan menyedihkan. Ianya seolah-olah suatu event yang sangat teragis dan memalukan UTHM sebagai salah sebuah IPTA yang baru meningkat naik dan telah di cemari dengan perkara yang seperti ini. Siapakah yang patut dipersalahkan dan siapakah yang patut dipertanggungjawabkan ke atas malu yang diterima oleh semua warga UTHM.

Sebelum berlangsungnya konsert tersebut di peringkat Pro-Mahasiswa, kami sekeras-kerasnya membantah akan penganjuran konsert tersebut. Setelah hampir dua jam kami duduk semeja dengan pihak HEP, Pusat Islam, Badan Kerohanian & Etika (BKE) setiap Kolej Kediaman, Pro-Aspirasi dan pihak kami sendiri, beberapa perkara telah diputuskan dan dipersetujui dari setiap daripada ahli mesyuarat. Di sana kami telah membincangkan tentang apa manfaatnya sekiranya konsert ini terus di adakan dan adakah konsert ini mampu untuk tidak melanggar syariat dan lunas-lunas yang ditetapkan oleh islam. Walaubagaimanapun di peringkat Pro-Mahasiswa, kami tetap membantah sekeras-kerasnya akan kewujudan konsert Born 4 Nature di bumi UTHM.

Hasil dari perbincangan tersebut beberapa persetujuaan terpaksa dibuat berikutan kedegilan pihak penganjur tetap ingin meneruskan hasrat mereka untuk mengadakan kosert tersebut. Pihak penganjur juga turut berjanji akan mengikut segala guideline yang dipersetuji didalam perbincangan yang dibuat. Berikut adalah perkara yang diputuskan hasil perbincangan tersebut :-
1.
Konsert tersebut tidak disertai penyanyi dari kalangan wanita.

2.
Tidak wujud pergaulan bebas antara lelaki dan wanita dengan meletakkan partision bagi mengasingkan antara lelaki dan wanita.

3.
Pencahayaan mestilah diberikan secukupnya semasa konsert berjalan bagi mewujudkan kawasan yang lebih terang memandangkan konsert berlangsung pada waktu malam.

Namun janji hanya tinggal janji dek kerana keghairahan pihak penganjur untuk tetap ingin meneruskan konsert yang mereka banggakan itu. Apa yang berlaku tidak berjalan sepertimana yang dirancang. Apa yang dijanjikan tidak dikotakan. Konsert yang berlangsung seperti parti liar. Berjoget, menari, terlompat-lompat, goyang kepala dan sebagainya seperti orang tidak beragama walaupun di atas kad pengenalan adalah islam. Pergaulan antara lelaki dan wanita sangat bebas kerana tiada pengawasan dari pihak penganjur dan tiada partision disediakan untuk memisahkan lelaki dan wanita. Keadaan di tapak konsert juga sangat gelap dan boleh menyebabkan pelbagai insiden yang tidak diingini berlaku


Kami di Pro-mahasiswa mengharapkan para pembaca dapat menilai apa yang realitinya sedang berlaku di bumi UTHM ini. Sekiranya agenda-agenda yang cuba diperjuangkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak disekat, adakah misi UTHM untuk melahirkan dan melatih ahli profesional yang bersahsiah mulia dan berdaya saing yang berteraskan konsep tauhid akan tercapai?.

Sunday, August 22, 2010

Jawapan kepada mahasiswa tidak boleh berpolitik

Salam perjuangan mahasiswa.

Sejak beberapa minggu yang lalu kita sering mendengar berita mengenai mahasiwa tidak boleh berpolitik. Antara yang paling hangat ialah kenyataan dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin. Antara hujah beliau adalah mahasiswa terikat dengan peraturan AUKU. Bagi beliau, pindaan AUKU pada tahun lepas telahpun memberi kebebasan mahasiswa untuk berpolitik.

Bagi pihak Pro-Mahasiswa, kami amat menyanjung kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri itu. Tetapi baru-baru ini, kerajaan pula telah membenarkan para guru kembali terlibat dalam politik. Mengapa ini berlaku? Bagi pihak Pro-Mahasiswa, perumpamaan larangan kepada mahasiswa dan pensyarah berpolitik tetapi membenarkan guru seperti dalam situasi peperangan di mana para jeneral dilarang sebaliknya hanya korperal dibenarkan. Ini kerana golongan mahasiswa bukan hanya terdiri daripada diploma ataupun ijazah sarjana muda, bahkan merangkumi ijazah dan PHD. Mereka ini terdiri dari golongan intelektual dan mampu mengubah lanskap negara dengan lebih baik.

Dengan ini, kami di pihak Pro-Mahasiswa amat yakin sekali bahawa larangan kepada golongan cerdik pandai seperti mahasiswa dan pensyarah itu adalah menggambarkan rasa kurang yakin kerajaan terhadap sokongan mereka yang mungkin tidak berpihak kepada kerajaan atau Umno-BN. Mengapa perlu ditindas hak-hak mahasiswa hanya kerana golongan ini tidak memihak kepada sesuatu pihak?

Semalam, pihak Pro-Mahasiswa seolah-olah ditempelak oleh sesuatu. Didalam kehangatan mengenai isu "Mahasiswa tidak boleh berpolitik", tiba-tiba terdapat satu program Diskusi Aspirasi yang membincangkan tajuk "Mahasiswa dan politik kepartian". Ahli panelnya pula terdiri dari parti UMNO dan Pro-Aspirasi iaitu Dato' Mukriz bin Mahathir selaku exco Pemuda UMNO, Mohd Shahar Abdullah selaku Presiden Alumni ASPIRASI dan Ahmad Wafi Shahedan selaku MPP dari wakil ASPIRASI.



Soalnya, mengapa ini berlaku?
Terlalu jelas bahawa UMNO, iaitu parti yang menerajui pemerintahan Malaysia mempunyai hubungan yang erat dengan suatu kelompok mahasiswa yakni ASPIRASI.
Mengapa mereka ini tidak dikenakan tindakan atas tindakan yang mendorong mahasiswa terlibat dengan politik?

Kami sebagai mahasiswa sudah muak dengan tipu helah golongan-golongan yang selalu menindas mahasiswa untuk kepentingan diri.
Ayuh mahasiswa! Bangkitlah untuk hak rakyat.

Thursday, August 12, 2010

Mahasiswa tidak di benarkan berpolitik?

Mahasiswa sekali lagi cuba diperbodohkan. Maruah mahasiswa ibarat di letak bawah tapak kasut. Langsung tidak diiktiraf dan dihormati.

Paling dikesali mereka terdiri daripada yang berjawatan tinggi, berkelulusan pendidikan tinggi namun kenyataan dan pandangan mereka terhadap entiti mahasiswa ini tidak melambangkan ciri-ciri kelimuan yang sebenar.

Pro M berpandangan Program Soal Jawab di TV3 sminggu lalu yang dibarisi oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan bekas Naib Canselor Universiti Tan Sri Ibrahim Abu Shah sangat wajar diteruskan. Ia mengambarkan keterbukaan media untuk membincangkan persoalan hak di media arus utama.

Namun Pro M kesal dengan beberapa kenyataan Tan Sri Ibrahim yang ternyata penuh dengan prasangka negatif terhadap mahasiswa. Sesi soal jawab yang membincangkan "Wajarkah mahasiswa menyertai parti politik" itu mendedahkan kedangkalan Ibrahim dalam mebincangkan isu berkenaan.

Beliau memilih untuk menafikan hak mahasiswa untuk berpolitik. Katanya, biar habis dahulu belajar, kemudian baru boleh terlibat dalam politik.

Dalam masa yang sama beliau terlalu serkap jarang dengan mengatakan mahasiswa yang aktif di kampus adalah mereka yang anti -kerajaan (anti-establishment dan pro-pembangkang).

Pro M mencadangkan Ibrahim perlu kembali masuk belajar ke menara gading dalam bidang politik sehingga habis dan terjun dalam aktiviti kemahasiswa semula. Baru beliau akan faham dengan baik.

Ingin ditegaskan, universiti adalah medan ilmu dan medan untuk mempraktik, dan mengasah bakat kepimpinan mahasiswa dalam mengurus tadbir aktiviti kemahasiswaan mereka sendiri.

Tidak cukup jika mereka hanya sekadar berhempas dalam bilik kuliah, berserabut dengan tugasan yang bertimbun-timbun, berseronok dikolej dan hanya menunggu keputusan di akhir pengajian.

Mahasiswa adalah pelaburan rakyat utnuk mereka ini pulang dan berbakti kepada rakyat dan negara satu hari nanti. Jika di alam kampus mereka sudah disekat untuk bebas berfikir atas kapasiti ilmu dan idelisma mereka sendiri, ini akan memandulkan nilai dan kehebatan mahasiswa itu sendiri.

Ibrahim perlu kembali memahami sejarah mahasiswa yang penuh dengan idealisma tersendiri. Sejarah dunia ini kebanyakannya di lakarkan oleh anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, idea, cita-cita, keazaman untuk melakukan perubahan.

Tidak timbul mahasiswa pro-kerajaan ataupun anti-kerajaan. Ini kerana perjuangan mahasiswa adalah untuk menutut keadilan dan hak itu ditegakkan.

Mahasiswa adalah agen ketiga yang menjadi suara ketiga dalam mengemukan pandangan dan idea tidak kira kepada mana-mana pihak sekalipun.

Pro-M setuju dengan Saifuddin yang mengatakan bahawa bukan persoalan mahasiswa mahu pilih parti politik mana, apa baik dan buruknya, apa kesannya terlibat dalam politik. Namun perkara asas yang perlu difikirkan bersama politik itu adalah hak mahasiswa, jadi mahasiswa berhak untuk terlibat dengan politik.


sumber:malaysiakini