Pro Mahasiswa

Thursday, January 8, 2009

harga undi mahasiswa


Hari ini merupakan penentuan bagi pertandingan 16 calon untuk mengisi 7 kekosongan kerusi umum. Mahasiswa UTHM seharusnya tidak terlepas dari tanggungjawab memilih dalam PRK hari ini. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, sesiapa yang keluar mengundi akan berpeluang memenangi beberapa cenderemata dan hadiah melalui cabutan bertuah.

Cumanya pada kali ini berlaku sedikit kejutan di mana mahasiswa yang keluar mengundi akan mendapat ‘hadiah’ berupa sekaki payung dari suruhanjaya pilihanraya kampus. Jika dinilai, mungkin ribuan ringgit di belanjaakan semata-mata menggalakan mahasiswa untuk keluar mengundi. Seolah-olah budaya “sogokan” dalam pilihanraya di luar terbawa-bawa ke kampus dan ini menzahirkan keadaan demokrasi di kampus masih terlalu tempang

jangan lepaskan peluang

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

08/01/2009 3:50pm

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

turun ramai-ramai

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

08/01/2009 3:50pm

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

Wednesday, January 7, 2009

Mana pilihan anda ?

Aspirasi intelek pemangkin kecemerlangan
Bersatu aspirasi intelek mahasiswa
Mahasiswa intelek Aspirasi universiti
Kecemerlangan mahasiswa Aspirasi Intelek
Aspirasi intelek pemangkin teknologi
Perpaduan mahasiswa Aspirasi intelek universiti
Aspirasi intelek pengurusan sistematik
aspirasi intelek pemangkin mahasiswa unggul
Intelek berintigriti Aspirasi mahasiswa
Aspirasi Intelek mahasiswa berkualiti
Aspirasi Intelek perintis perpaduan
Persekitaran kondusif penjana Aspirasi intelek
Aspirasi intelek menjana kegemilangan universiti

p/s agak-agak apa persamaan moto di atas? selamat memilih..

Menjelang hari mengundi

Tinggal sehari lagi tempoh berkempen bagi calon-calon yang layak bertanding pada PRK kali ini. Ironinya suasana PRK UTHM pada kali ini tidak dapat menyaingi kehangatan PRK P36 yang berlangung dalam jangka waktu yang sama. Rata-rata masyarakat kampus UTHM sama ada di peringkat mahasiswa dan pensyarah menyatakan sedikit kekecewaan kerana tiada wakil Pro-M yang bertanding pada kali ini. Mereka beranggapan Pro-M UTHM memberi kemenangan mudah kepada calon-calon Aspirasi tanpa memberi tentangan dalam PRK pada kali ini.



walaubagaimanpun masih wujud pertandingan khususnya di kerusi umum dan pihak aspirasi terpaksa bertanding sesama sendiri untuk menghidupkan semula demokrasi kampus di UTHM ini. Seperti yang di tegaskan oleh ketua penaja Pro-m UTHM,walaupun tiada calon dari peringkat pro-M tetapi tetap ada segelintir calon yang beridealisme bertanding dalam PRK kali ini. Selamat mengundi..

Tuesday, January 6, 2009

Kekejaman Israel : Himpunan 1000 Mahasiswa Mendesak PM Bertindak Tegas.


Himpunan 1000 Mahasiswa membantah Kezaliman Zionis Laknatullah
Pada: 9 Januari 2009
Masa:Selepas Solat Jumaat
Tema Baju: HITAM
Iinfo Terkini : Tempat telah bertukar ke Tabung Haji dan berarak terus ke Kedutaan Amerika.

Monday, January 5, 2009

Inilah politik kampus.

umber: politik-kampus.blogspot.com

Tarikh keramat 15 Januari 2009 bakal menyaksikan pertembungan yang penuh dramatiK apabila calon-calon Mahasiswa bakal menerima tentangan yang hebat daripada calon-calon Aspirasi-TSB.

Namun begitu, bukanlah kehebatan dan kredibiliti calon Aspirasi-TSB yang menjadi penilaian utama, sebaliknya wujudnya campur tangan dari tangan-tangan ghaib yang memegang jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran dan pengurusan di UKM, khususnya di bahagian Hal Ehwal Pelajar. dikhususkan lagi, UPP.

Seorang ahli MPP UUM melaporkan, bahawa setiap calon Aspirasi akan menerima tajaan dan bimbingan langsung daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di bawah pentadbiran Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Dia, yang ingin namanya dirahsiakan menyebut bahawa sebuah kursus telah diadakan pada 21 hingga 24 November yang bertempat di Port Diskson, Negeri Sembilan.

Kursus bakal calon Aspirasi tersebut menghimpunkan semua calon-calon Aspirasi dari semua kampus lembah kelang yang masih belum mengadakan Pilihanraya Kampus seperti UKM, UM, UIA, UPM dan lain-lain lagi.

Kursus yang dihadiri oleh semua TNC HEP dibuat dengan tujuan menyiapkan mental dan fizikal calon Aspirasi untuk menghadapi PRK 2009. Namun di UKM, calon-calon ini dipersiapkan untuk menghadapi Bengkel Calon yang bakal dikendalikan oleh HEP UKM.

Dato’ Wahid yang baru sahaja tamat tempoh perkhidmatan sempat dipergunakan oleh KPT untuk mengatur bengkel tersebut yang berlangsung pada 1 hingga 4 Januari baru-baru ini, di A’Famosa Resort, Melaka.

Pindaan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 (AUKU) yang melibatkan 61 pindaan pada 11 Disember lalu oleh Dewan Rakyat juga dilihat sebagai satu taktik kotor dalam mencmpuri urusan Mahasiswa. Ini jelas dapat dibuktikan apabila Naib Canselor diberikan kuasa autonomi dalam proses Pilihanraya Kampus.

Naib Canselor UKM misalnya, diberikan hak untuk memilih mana-mana pelajar untuk menduduki kerusi Presiden PMUKM sekalipun keputusan pilihanraya tidak memihak kepada pelajar tersebut.

Malah, dalam Tatacara Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009, yang baru sahaja diedarkan pada 2 Januari yang lepas, terdapat terlalu banyak penyalahgunaan kuasa oleh Naib Canselor dan orang-orang yang berkepentingan dalam UPP.

Justeru, kami merayu agar warga kampus membuka mata dan minda untuk menilai dengan teliti dan membuat keputusan terbaik dalam pilihanraya akan datang. Jom turun beramai-ramai dalam penamaan 8 Januari ini di Fakulti-fakulti dan Pusanika bagi calon umum.

Sunday, January 4, 2009

Aspirasikah calon aspirasi ?

Selesai sudah pengumuman calon olen TNC HEPA sebentar tadi menandakan bermulanya pertandingan dalam PRK pada kali ini. Tahniah kepada mereka yang menang tanpa bertanding hampir keseluruhan di kerusi fakulti. Tetapi agak sedikit mengejutkan apabila 16 calon dari umum di terima untuk merebut 7 kerusi yang di pertandingkan.

Persoalannya adakah wujud calon Pro-M UTHM dalam pertandingan tersebut? Menurut ketua penaja Pro-M UTHM, secara umumnya memang tiada calon yang bertanding atas kapasiti Pro-M tetapi tegasnya tidak mustahil mereka yang bertanding di bawah naungan jentera Aspirasi adalah terdiri daripada mereka yang beridealisme Pro-M dan jumlahnya memang agak ramai. Justeru itu, secara tidak langsung Aspirasi terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar dalam PRK pada kali ini dan masa yang sama mereka dapat "menaja" calon-calon pro-M mahasiswa.

lampiran tentang perjalanan baget pada pendaftaran calon pada hari ini.

16 x RM50.00 = RM800.00
13 x RM50.00 = RM650.00
total = RM1450.00

Memang banyak wang yang di keluarkan oleh Aspirasi. Beruntung bertanding di bawah naungan ASpirasi. Ini belum termasuk dengan "elaun" jentera mereka..Tahniah!!!

Saturday, January 3, 2009

Kemenangan awal Pro-M Nasional.


Kongras Pro-M Nasional berjaya!

Shah Alam, 3 Jan
- Kongres Pro Mahasiswa Nasional petang tadi telah berjaya menghimpunkan lebih 200 aktivis-aktivis mahasiswa dari pelbagai kampus.

Kongres tersebut yang diadakan di kawasan perindustrian Glenmarie, Shah Alam telah menjadi medan aktivis mahasiswa berjumpa dan berkongsi idea serta menyatakan pandangan dalam memperjuangkan suara mahasiswa di peringkat kampus dan nasional.

dsc_0303.JPGKongres tersebut bermula pada sesi pagi dengan ucapan dari bekas aktivis mahasiswa, saudara Ramadhan Fitri Illias.

Manakala pada sebelah petang, diisi dengan forum yang menampilkan ahli panelnya iaitu Saudara Mohd Nazree Mohd Yunus, Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda (INSKA) merangkap Timbalan Pengerusi GERAK Malaysia, saudara Mior Isfandy bin Mior Azizan, bekas aktivis mahasiswa dan saudara S. Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Forum dipengerusikan oleh saudara Faridzul Nasaruddin, jurucakap Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA).

Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, saudara Norazali Zainuddin ketika ditemuramah menyatakan rasa puas hati beliau dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh aktivis yang hadir dalam program yang berlangsung bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang tersebut.

“Secara keseluruhannya, dengan semangat jitu yang ditunjukkan oleh seluruh aktivis dalam kongres ini, saya yakin Pro Mahasiswa akan beroleh kemenangan dalam Pilihanraya Kampus akan datang,” ujar beliau.

dsc_0362.JPGBeliau juga telah mengumumkan Pro Mahasiswa seluruh Malaysia akan bertanding dan tidak akan berganjak dengan pendirian tersebut.

“Di peringkat Pro Mahasiswa Nasional, kami mengambil keputusan untuk tetap bertanding dalam pilihanraya kampus akan datang, tidak ada pengecualian bagi semua kampus,”ujar beliau lagi.

Pilihanraya kampus yang dijadualkan secara kasar dalam masa terdekat menyaksikan seluruh aktivis mahasiswa Malaysia bertungkus-lumus dalam usaha berkempen dan memulakan gerak kerja mereka sejak beberapa minggu lalu setelah tempoh cuti yang lama.-mahasiswakini

Friday, January 2, 2009

Pejabat HEP a.k.a markas Aspirasi

Proses pembelian borang telah tamat pada hari ini. Di anggarkan melebihi 50 unit borang telah di jual untuk mengisi kekosongan 20 kerusi yang di pertandingkan. Kemungkinan berlaku pertembungan yang hebat dalam prk kali ini. Pihak aspirasi telah berhempas pulas sehinggakan menggunakan masa-masa kecemasan ini untuk mempersiapkan proses-proses terakhir sebelum penamaan calon. Kelihatan sungguh ramai sekali "jentera" aspirasi sehinggakan mereka berjaya menguasai pejabat HEP. Tahniah!!!

Bilik mensyuarat HEP pun mereka berjaya kuasai. Memang kuat penangan aspirasi ini. Adakah wujudnya makhluk lain yang menjaganya sehinggakan kebal dari pihak HEP.
Nampaknya peraturan yang sebelum ini tidak membenar wujudnya berkumpulan adalah sekadar topeng semata-samata. Agaknya lebih baik jika peraturan itu di mansuhkan dan di harapkan pertembungan di kampus akan berjalan dengan sihat. Bukankah itu lebih demokrasi. Jika tidak pun, mansuhkan saja pilihanraya kampus dan "MPP" yang akan di pilih akan dilantik seperti perlantikan pengawas di sekolah. Baru dapat membunuh demokrasi di kampus dengan cepat dan seterusnya memandomkan lagi pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti.


kawasan di sekitar pejabat HEP yang terletaknya "markas" aspirasi dalam mempersiapkan jentera mereka

bila di perhatikan di luar bilik tersebut, seolah-olah tiada pergerakan atau aktiviti di dalamnya.


Tapi agak-agaknya apa mantan YDP yang baru ( di lantik selepas berlaku krisis dalam MPP) buat di dalam bilik tersebut?


Nantikan sambungan drama kebobrokan pilihanraya kampus pada kali ini...

Thursday, January 1, 2009

Aspirasi bukan setakat di kampus


Sedikit memeranjatkan apabila di pihak MPPUTHM menganjurkan suatu himpunan aman dengan mendapat sepenuhnya sokongan dari HEP. Semua sedia maklum bahawa kepimpinan MPP sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh pihak aspirasi @ hep.Ini dibuktikan dengan cetakan ribuan risalah berkaitan himpunan aman dengan tulisanyang berwarna biru. Sudah pasti ianya di cetak di Pejabat Hal Ehwal Pelajar serta mempunyai "lesen besar" untuk edarannya tanpa memerlukan pengesahan pihak bertanggungjawab.Syabas Aspirasi kerana memudahkan himpunan aman ini berjalan.




Selain itu, terdapat sesuatu yang lebih memeranjatkan lagi apabila pihak "aspirasi" yang mungkin telah ketandusan idea di kampus UTHM telah mengalih arah untuk memperjuangkan isu Palestin. Suatu hasil brain storming yang menarik sehinggakan bena yang di pasang berkaitan isu palestin tertera perkataan aspirasi. Syabas kepada aspirasi kerana sudah bermula bertapak di Palestin dan mungkin ini merupakan kempen yang terdesak untuk menguasai kampus pada kali ini.

Apapun perancangannya, diharapkan matlamat mengumpulkan ribuan mahasiswa UTHM untuk sama-sama hadir dalam himpunan aman itu tercapai. Apa yang penting adalah himpunan itu dapat memberikan penjelasan sebenarnya berkaitan Palestin kepada warga kampus.

Selamat berhimpun...Student Power!!!

kerajaan berkempen di kampus?

Pembayaran pinjaman PTPTN minimum tidak lama lagi

LABUAN 1 Jan. — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) akan membenarkan pembayaran balik pinjaman minimum sehingga RM50 kepada para peminjam, dalam usaha mendapatkan kembali wang pinjaman yang belum dijelaskan, yang kini menjangkau jutaan ringgit.

Selain membenarkan pembayaran minimum, PTPTN juga memutuskan untuk hanya mengenakan caj satu peratus yuran perkhidmatan mulai tahun ini, berbanding empat peratus pada tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman berkata, para peminjam itu perlu menghubungi pejabat PTPTN berhampiran terlebih dahulu, bagi mendaptkan maklumat berhubung perkara itu.

“Kelonggaran diberikan selepas kami mengambil kira peratus peminjam yang tidak membuat pembayaran balik pinjaman mereka, yang kini menjangkau 49 peratus,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri taklimat oleh pegawai di Jabatan Pelajaran Labuan di sini.

Menurutnya, PTPTN memperuntukkan RM3.4 bilion setiap tahun untuk pinjaman pendidikan.

Beliau seterusnya menggesa para ibu bapa membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi anak-anak mereka yang sedang belajar di kolej serta yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagi memudahkan mereka mendapat kelulusan untuk pinjaman PTPTN. - Bernama

Siapa sebenar penganjur demontrasi?

Setelah hampir seminggu bumi Palestin di bedil oleh rejim zionis, umat Islam khususnya di Malaysia tidak putus-putus menyatakan rasa bantahan melalui demostrasi dan penghantaran memorendum kepada pihak yang berkenaan. Di janggka akan ada lebih banyak demostrasi selepas solat jumaat esok hari. Di kampus UTHM yang sebelum ini di anggap sepi dalam menyatakan pendirian tentang isu nasional telah berusaha menganjur suatu demostrasi selepas solat jumaat Di masjid UTHM pada 2hb ini.

Penganjuran ini dapat di ketahui dengan sebaran beberapa risalah tentang perjalanan demostrasi pada esok hari yang di anjukan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UTHM. Yang menariknya adalah risalah berkaitan demostrasi ini di edarkan di sekitar pejabat hal ehwal pelajar. Penganjuran perhimpunan ini adalah suatu yang menarik tetapi siapakah sebenarnya di sebalik penganjuran ini sehingga mendapat "lesen" dari HEP walaupun ianya bukan suatu program yang di rancang?

Risalah yang diedar tanpa cop dari pihak HEP adalah suatu yang memeranjatkan. Justeru itu penganjuran demostrasi ini adalah suatu perkara yang baik untuk menzahirkan rasa bantahan tetapi bila di perhalusi kemungkinan ada unsur kempen pilihanrayakampus dan mungkin di dukung kuat oleh calon daripada pihak HEP. Oleh itu mari kita saksikan sendiri perjalanan demostrasi pada esok hari.

Wednesday, December 31, 2008

Kongress Pro Mahasiswa Nasional



KUALA LUMPUR - Kongress Pro Mahasiswa Nasional akan diadakan pada 3 Januari 2009 , iaitu hari Sabtu ini di Medan Selera Temasya, Temasya Industrial Park Glenmerie Shah Alam.Ia akan berlangsung selama lapan jam iaitu dari 8 pagi sehingga 5 petang.Demikian menurut saudara Ridzuan Mohammad selaku Pengarah Kongress tersebut.

Beliau menjemput seluruh penyokong dan pendokong Pro Mahasiswa dari seluruh negara untuk sama-sama menghadiri kongress yang diadakan nanti.Menurut beliau lagi, kongress tersebut diadakan bertujuan sebagai persiapan awal untuk menghadapi pilihanraya kampus yang akan diadakan pada bulan januari nanti.-mahasiswakini

Pro Mahasiswa vs Aspirasi?



Dengan bermulanya proses penjualan borang pada hari ini maka secara rasminya gendang PRK(pilihanraya kampus) di UTHM telah bermula. Siapakah yang bersedia menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya pada kali ini? Pro Mahasiswa? Aspirasi? Bebas?

kita tunggu dan lihat...

Tuesday, December 30, 2008

Mahasiswa Kutuk Serangan Biadab Israel di Gaza



Mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bersama kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik serta front-front Mahasiswa Islam yang lain telah menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi. Apa yang lebih menarik adalah himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia. Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.



Himpunan diadakan bagi menyerahkan memorandum pada kedutaan Amerika menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin. Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 345 umat Islam Palestin dan 1650 tercedera parah sehingga ke saat ini.

Ketua Tentera Rejim Zionis , Gabi Ashkenazi telah mengugut pada Khamis lepas akan mengerah seluruh kekuatan tentera bagi menyerang balas Gaza seperti yang di arahkan oleh kerajaan Israel . Beliau berkata serangan ini akan melibatkan kekuatan penuh ketenteraan ke atas fraksi pejuang Palestin di Gaza.


Wakil Mahasiswa Islam memberi ucapan, Shazni Munir.





Sumber : Gamisdaily.com

Monday, December 29, 2008

Panggilan Jihad dari mahasiswa Iran

7000 Mahasiswa Iran Mendaftar Perang Melawan Israel
www.kompas.com
Selasa, 30 Desember 2008 | 09:59 WIB
TEHERAN, SELASA — Sedikitnya 7000 mahasiswa dari kota Isfahan di bagian tengah Iran, Senin (29/12), mendaftarkan diri untuk memerangi Israel.

"Pada hari pertama pendaftaran untuk memerangi rezim Zionis dan membantu rakyat Palestina, 7.000 mahasiswa dari berbagai universitas di Isfahan telah menyampaikan kesediaan," kata Mohammad Zarifi, anggota Perhimpunan Mahasiswa Islam Iran, sebagaimana dikutip kantor berita Iran, Fars.

Masih pada hari yang sama, satu lagi kelompok mahasiswa Iran, Mahasiswa Basij (Relawan) dari Teheran Universities, mengumumkan, organisasi tersebut mendaftar relawan untuk memerangi Israel.

Pendaftaran itu dilakukan sehari setelah pemimpin spiritual Iran Ayatollah Ali Khamenei mengeluarkan fatwa yang menyatakan, siapa saja yang meninggal dalam perang melawan Israel dan membela Jalur Gaza akan menjadi syahid."Sebagai jawaban atas fatwa pemimpin spiritual mengenai Jihad (perang suci), mahasiswa Basij dari seluruh universitas Iran telah mendaftarkan diri dan pendaftaran akan dibuka besok," kata Alireza Zahedi, anggota Mahasiswa Basij di Teheran University, tanpa menyebutkan berapa jumlah mahasiswa yang sudah mendaftar.

"Dalam waktu dekat, mahasiswa yang terdaftar akan mengadakan pertemuan guna menyampaikan kesediaan kepada pemimpin spiritual untuk berperang di wilayah pendudukan (Palestina)," katanya.

Ribuan orang Iran, termasuk mahasiswa, melancarkan pawai di Teheran pada Senin pagi untuk mengutuk serangan Israel di Jalur Gaza. Mereka membawa spanduk yang berisi slogan anti-Israel dan anti-AS.

Sejak Sabtu pagi, Israel melancarkan serangan udara besar yang dikatakannya ditujukan kepada anggota Hamas di Jalur Gaza dan menewaskan sedikitnya 345 orang serta melukai lebih dari 1.000 orang.

Hamas menguasai Jalur Gaza, mendapat dukungan kuat Iran, yang tak mengakui Israel sebagai salah satu negara masyarakat internasional.

Di markas besar PBB, New York, duta besar Mesir dan Palestina di badan dunia itu mengatakan, Senin, mereka meminta Dewan Keamanan PBB membuat Israel mematuhi seruan dunia untuk segera menghentikan kekerasan dan aksi militer di Jalur Gaza.

PRK UTHM : 8 Januari tarikh mengundi


Teka-teki tarikh pilihanraya kampus di UTHM akhirnya terjawab dengan terpaparnya notis pembubaran secara rasmi Majlis Perwakilan Pelajar 07/08 dan notis peraturan pemilihan pada sesi kali ini. Dengan tempoh kempen selama tiga hari bermula 5hb sehinggalah 8hb januari sebagai tarikh mengundi sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan tentang pemilihan MPP 0809 pada kali.
Di peringkat Pro Mahasiswa UTHM mengharapkan agar kepimpinan yang di pilih pada kali ini benar-benar dapat membawa agenda kebajikan mahasiswa dan seterusnya memacu mahasiswa di atas landasannya. Sama-sama kita nantikan calon yang berkaliber dan berpotensi pada pilihanraya kampus pada kali ini.

Sunday, December 28, 2008

Mahasiswa UTHM mengutuk sekeras-kerasnya keganasan terbaru rejim Israel.

Lembaran tahun baru hijrah 1430 di sambut dengan hujanan hampir 30 peluru berpandu yang mengorbankan sehingga 229 orang manakala lebih daripada 300 lagi cedera.Cuba kita bayangkan jika kita sendiri berada dalam situasi tersebut. Serangan dari rejim zionis Israel keatas Genting Gaza di Palestin itu adalah suatu yang mendukacitakan dan merupakan suatu tindakan yang tidak berperi kemanusiaan.

Justeru itu,mahasiswa UTHM mengutuk sekeras-sekerasnya keatas tindakan biadap Israel tersebut. “Selaku seorang mahasiswa kita haruslah ada rasa simpati dalam keadaan yg berlaku dan sama-sama mendukung untuk memnberikan keadilan dan keselamatan terhadap golongan yang tertindas”. ujar saudara Firdaus yang merupakan ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM.

Di samping itu, kita juga seharusnya rasa tersentuh dengan kenyataan yang di keluarkan oleh seorang pegawai pertahanan entiti haram Israel yang berbunyi “Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israil”. Sememangnya tindakan rejim Israil merupakan suatu tindakan yang melampau.

Sehubungan itu, Pro mahasiswa UTHM menggesa kepada seluruh persatuan atau kelab-kelab di kampus UTHM agar bersama-sama mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut. Dan semestinya kita mengharap kepada mana-mana parti politik atau NGO khususnya di negeri Johor supaya membuat suatu himpunan aman sebagai tanda bantahan atas tindakan kejam israel tersebut.


Monday, December 15, 2008

GMMA AKAN PANTAU PERLAKSANAAN PINDAAN AUKU


KUALA LUMPUR 15 Dis. – Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) akan tetap memantau sejauh mana pindaan yang dilakukan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) benar-benar mampu dilaksanakan.

Menurut koordinator GMMA, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz berkata walaupun pindaan yang telah diluluskan ke atas akta berkenaan masih tidak komprehensif dan menyeluruh, namun pihaknya akan tetap melakukan pemantauan secara efektif bagi memastikan setiap pindaan tersebut benar-benar direalisasikan dan bukan sekadar ‘indah kabar dari rupa’.

“InsyaAllah, kita bersama rakan-rakan daripada front-front mahasiswa yang lain akan membuat pemantauan yang lebih berkesan di setiap IPT bagi memastikan pindaan tersebut bukan sekadar gimik politik, sebaliknya ia benar-benar telus untuk diimplementasikan” jelas beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau lagi, pihaknya akan tetap memegang janji yang telah dibuat oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi menterinya, Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin di Parlimen baru-baru ini yang memberi jaminan bahawa setiap mahasiswa dibenarkan menyertai mana-mana pertubuhan selain politik di samping membenarkan semua ahli politik baik di peringkat kerajaan mahupun pembangkang untuk menghadiri program-program akademik di setiap IPT sebagai ahli panel atau penceramah jemputan.

Mengenai halangan yang masih wujud ke atas mahasiswa untuk menganggotai mana-mana parti politik di Negara ini, beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku memandangkan mahasiswa yang belajar di luar Negara di benarkan berbuat demikian.

“Rakyat Malaysia yang menuntut di luar negara bebas untuk menganggotai pertubuhan politik termasuk Kelab UMNO di universiti masing-masing. Sedangkan mahasiswa yang menuntut di dalam Negara ibarat katak di bawah tempurung dan dinafikan hak untuk berbuat demikian. Jadi kita lihat wujudnya double standard dan diskriminasi yang berlaku” jelas beliau.

“Mengapa ini semua berlaku? Apa bezanya mahasiswa yang menuntut di dalam dan luar Negara sehingga berlakunya diskriminasi sedemikian rupa?” tambah beliau lagi.

Selain itu, dalam hal ini beliau secara peribadi turut bersetuju dengan pandangan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Saifuddin Abdullah yang mahukan supaya mahasiswa dibenarkan menganggotai mana-mana parti politik sebagai ahli biasa tanpa memegang sebarang jawatan dalam parti.

Pada 11 Disember yang lalu, sidang Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Pindaan 2008 setelah dibuat undian dan belah bahagian.

sumber - Mahasiswakini