Pro Mahasiswa

Friday, July 3, 2009

bermulalah kehidupan di kampus

Tahniah kepada mahasiswa/i baru UTHM yang telah berjaya mengikuti penuh program Minggu Haluan Siswa(MHS) yang di rencanakan saban tahun oleh peringkat pengurusan universiti. Tidak lupa kepada hampir 300 pembantu MHS yang mengorban masa cuti mereka dalam memberikan khidmat terbaik terhadap kelancaran MHS kali ini. Dengan berakhirnya malam persembahan tadi, maka bermulah suatu titik perjalanan sebagai seorang mahasiswa di kampus.

Samaada meletakkan dirinya sebagai seorang pelajar yang hanya memfokuskan kepada pencapaian akademik semata-mata mahupun seorang yang rasional dalam perjalan sosial di kampus ataupun mereka yang berminat dalam aktiviti kemasyarakat dan berpersatuan tetapi masih lagi tidak mengabaikan akademik sebagai tujuan utama berada di kampus.

Seluruh penggerak promahasiswa UTHM mengharapkan bahawa mahasiswa baru kali ini lebih berdaya saing dan mempunyai paradigma yang tinggi sehingga bukan sahaja menghasilkan produk mahasiswa yang hanya mampu mengupas apa yang berada di nota-nota kuliah semata-mata tetapi mampu bersama masyarakat dalam isu-isu kampus , negara dan nasional.

Jadilah mahasiswa yang mampu menjadi agen perubahan dan dalam masa yang sama bersedia memimpin diri sendiri, orang lain dan masyarakat. Implementasikan konsep 1 Malaysia dengan sebaiknya tetapi jangan lupa 10 rukun Islam hadhari yang membantu dalam pembinaan modal insan terbaik di sisi masyarakat, negara dan segi antarabangsa.


ketua penaja
Promahasiswa UTHM
" Dari mahasiswa untuk mahasiswa"

0 comments: