Pro Mahasiswa

Monday, October 31, 2011

Tahniah Buat Sekretariat & AJK Pelaksana Pesta Konvokesyen Ke-11

Pesta Konvokesyen Kali ke-11 telah melabuhkan tirai. Pelbagai tinggalan pahit manis menjadi kenangan kepada mahasiswa UTHM. ProMahasiswa UTHM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sekretariat serta AJK Pelaksana yang bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis serta Pesta Konvokesyen UTHM untuk kali ke-11 ini. ProMahasiswa juga sekali lagi mengucapkan tahniah kerana ada sedikit penambahbaikkan berbanding Pesta Konvokesyen yang lepas.


Pada hari pertama berlangsungnya Pesta Konvokesyen, mahasiswa UTHM disajikan dengan talk daripada angkasawan negara Dr Sheikh Muszhafar. Pada malamnya pula, Forum Motivasi. Antara panel yang terlibat adalah Dr Syukri Abdullah merupakan seorang pakar motivasi dan Dr Robiah K Hamzah juga merupakan seorang pakar motivasi. Moderator yang dipilih adalah Prof Madya Dr Muhammad Dawilah merupakan Pengarah Pusat Islam UTHM.

Tajuk yang cuba dibincangkan dalam Forum tersebut adalah "Anak Muda Peneraju Masa Depan Negara". Sesuailah dengan anak muda dikalangan mahasiswa yang disifatkan sebagai idealis untuk didedahkan dengan tajuk ini. Dalam forum tersebut banyak ditekankan mengenai masalah dikalangan anak muda sekarang iaitu berhibur secara melampau atau budaya hedonisme.

"Mahasiswa yang bukan lagi budak sekolah sudah mampu berfikir batasan dalam berhibur. Hiburan yang melonjak-lonjak serta mengganggu emosi dan bukan berteraskan kedamaian, ianya bukanlah hiburan yang sesuai untuk jasad, emosi serta rohani" kata Dr Robiah K Hamzah.

Sekali lagi ProMahasiswa mengucapkan Tahniah serta Jutaan terima kasih atas penganjuran program ilmu seperti ini sekali gus memartabatkan ilmu sebagai teras pembangunan integriti serta sahsiah mahasiswa.

Pada hari kedua penganjuran Pesta Konvokesyen, mahasiswa disajikan pula dengan penganjuran Battle of The Band. Rata-rata mahasiswa UTHM melahirkan sedikit perasaan kecewa atas penganjuran konsert tersebut yang bercanggah sama sekali dengan apa yang disampaikan pada Forum sehari sebelum Konsert tersebut diadakan.

Sebelum berlangsungnya Pesta Konvokesyen untuk kali ini, Kelab-kelab islam di UTHM serta Badan Kerohanian & Etika (BKE) setiap Kolej kediaman dibantu beberapa orang wakil MPP bersama-sama dengan sekretariat dan AJK pelaksana Pesta Konvokesyen ada duduk berbincang kerana menyatakan bantahan terhadap penganjuran Battle of The Band. Keputusan dari perbincangan menampakkan kedegilan pihak penganjur yang masih berdegil untuk mengadakan konsert tersebut dan memutuskan bahawa, konsert masih diteruskan tetapi beberapa syarat ditetapkan antaranya adalah pengasingan lelaki dan perempuan serta kawalan dibuat oleh 30 orang wakil dari kelab-kelab islam di UTHM bersama dengan Badan Kerohanian & Etika (BKE) dari setiap kolej kediaman dibantu dengan beberapa orang wakil MPP.

Walaupun pengasingan antara lelaki dan wanita cuba dibuat oleh 30 orang wakil dari kelab-kelab islam di UTHM bersama dengan Badan kerohanian & Etika bagi setiap kolej kediaman serta wakil MPP, ianya masih tidak terkawal.

Tidak perlu rasanya untuk diceritakan bagaimana tindakan artis jemputan sehingga menyebabkan penonton bertindak diluar kawalan dengan merempuh cross line yang disediakan. Tindakan yang sewajarnya adalah dengan menyekat hiburan-hiburan seperti ini dari masuk ke dalam UTHM.

Seluruh mahasiswa UTHM menyeru kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam penganjuran Pesta Konvokesyen yang akan datang supaya mementingkan ilmu sebagai sumber pembangunan integriti serta sahsisah mahasiswa. Mahasiswa UTHM juga menyeru kepada mana-mana pihak yang terlibat supaya aktiviti atau program yang diadakan selari dengan Visi & Misi UTHM.

Sekali lagi Promahasiswa UTHM mengucapkan tahniah dan syabas. Jadikan kesalahan lalu sebagai pengajaran untuk memperbaiki kesilapan..

~DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA~

1 comments:

MOga perubahan akan terus dilaksanakan.. Kita boleh jadikan UIAM sbg contoh dalam mengadakan pesta konvo ney.. pesta konvo diorang penuh dgn ilmu2 yg bermanfaat dan berfaedah.. saya suggestkan konsert tu dibatalkan atau gantikan dengan nasyid.. ~x pun jemput maher zain ker~ hehe..
all the best to Pro-M yg mana ada usaha untuk menyekat gejala maksiat yg berlaku ketika kejadian konsert tu.. moga ALLAH memberi balasan yg sebaiknya kepada warga yg menegakkan kebenaran di bumi ALLAH..