Pro Mahasiswa

Saturday, March 27, 2010

Bantuan kewangan untuk mahasiswa UTHM yang memerlukan

Bantuan kewangan yang ditawarkan adalah seperti berikut.

1.Bantuan Kewangan yang berbentuk pinjaman.

2.bantuan kewangan yang berbentuk bukan pinjaman.
a. Borang Tabung Wang Ehsan. ( bkn wang ehsan kelantan tau)
b. Borang Bantuan Zakat

untuk maklumat lanjut layari blog :

Hadi Abd Rahman
NYDP1 MPP UTHM 2010


Info dari Jab. Hal Ehwal Kolej Kediaman (JHEKK)



Segala maklumat lanjut, boleh maklum pada yang bekenaan. Respon dan pandangan dari anda semua amat kami harapkan..

"Mahasiswa memimpin perubahan"
Fauzi ALi NYDP2


dipetik daripada blog :
www.fauziali.blogspot.com

Friday, March 26, 2010

MPP bersama Mahasiswa



Hari ini, 27 Mac 2010:
KKTDI :(9.00-10.00 pagi)
KKTF :(10.00-11.00 pagi)
KKTSN :(11.00-12.00pagi)
KKTU :(12.00-1.00 tengahari)
KK Perwira :(2.00-3.15 petang)
KK Melewar :(3.30-4.45 petang)
KK Kelisa :(5.00-6.00 petang)

Thursday, March 18, 2010

Kebangkitan Mahasiswa menongkah PERUBAHAN

Tuesday, March 16, 2010

KENYATAAN RASMI PRO MAHASISWA UTHM BERKAITAN ISU KETIADAAN SUA DALAM SASARAN KERJA TAHUNAN MPP UTHM 09/10


Isu yang dibangkitkan di peringkat media ProMahasiswa UTHM telah menarik minat ramai pihak. Perdebatan dan pelbagai hujah diutarakan melalui laman sosial facebook dan di laman web ProMahasiswa UTHM ini sendiri. Oleh yang demikian, terlebih dahulu di peringkat ProMahasiswa UTHM memohon ribuan kemaafaan sekiran berlaku pelbagai kekhilafan pendapat dan pembongkaran yang di buat menyebabkan ada pihak yang tesinggung.


Walaubagaimanapun, apa yang hendak ditegaskan disini adalah berkaitan isu amanah kepimpinan, tanggungjawab dan kepercayaan mahasiswa kepada pemimpin. Perkara yang di bongkar bukanlah suatu khabar angin kerana ProMahasiswa UTHM mempunyai bukti yang kukuh dalam menjelaskan isu ini.


Dalam isu ini , saudari Setiausaha Agung telah mengakui kesilapan kerana memberikan alasan “masalah peribadi “ untuk tidak hadir dalam SKT tersebut walhal beliau sebenarnya telah menghadiri suatu program “ Motivision & Leadership Camp 2010” di Pulau Pangkor seperti yang di petik daripada laman web mantan YDP UTHM saudara fadzil dalam artikel terbarunya. Oleh itu, beliau telah memohon maaf atas kesilapannya.


Justeru itu, isu yang di bangkitkan ini bukanlah bertujuan memecah belah mana-mana pihak tetapi sebagai suatu penilaian dalam kepimpinan. Harus di ingat di zaman teknologi dan kebebasan media melihatkan bahawa sebenarnya setiap gerak geri MPP adalah dalam perhatian mahasiswa dan setiap perkara yang tidak baik akan dinilai oleh mahasiswa.


Oleh yang demikian, beberapa perkara penting lain yang ingin ProMahasiswa UTHM perjelaskan adalah seperti berikut :


1. ProMahasiswa UTHM sekali lagi memohon kemaafan sekiranya berita yang disiarkan menyinggung mana-mana pihak.


2. Berharap agar ada pengalaman yang boleh dikongsi bersama Saudari Setiausaha Agung dengan rakan-rakan MPP yang lain dalam penyertaan program “Motivision & Leadership Camp 2010” yang beliau sertai.


3. Mungkin timbul persoalan kenapa kepimpinan baru MPPUTHM09/10 yang lain tidak turut serta dalam program “Motivision & Leadership Camp 2010” walhal Majlis Perwakilan Pelajar MPPUTHM 09/10 adalah kepimpinan tertinggi di peringkat mahasiswa UTHM dan program tersebut adalah program berbentuk kepimpinan. Timbul persoalan lain jua apakah sebenar objektif program tersebut dan siapakah sebenarnya sasaran peserta yang terlibat?


4. Kerjasama antara wakil Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa amatlah ditagih dalam kelancaran gerak kerja pengurusan MPP UTHM pada kali ini . Sekali lagi, wakil-wakil Pro Mahasiswa yang terpilih dalam kabinet MPP kali ini dengan rendah dirinya menyatakan komitmen, kerjasama dan kesatuan yang di berikan dalam membawa agenda mahasiswa di UTHM.


Kesimpulannya, Setiap pemimpin ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kerjasama dan komitmen amatlah diharapkan dalam kelancaran memimpin bersama pada kali ini. Pemimpin harus sedia di kritik dan dalam masa yang sama berpeluang meningkatkan ilmu kepimpinan masing-masing. Bertanggungjawablah dengan dengan baju amanah yang di berikan kepada setiap pemimpin samaada di peringkat mahasiwa mahupun masyarakat.


“Katakanlah : Wahai tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkaulah sebala kebajikan. Sesunguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu“

Surah Ali Imran : 26

Monday, March 15, 2010

Pandangan Tim. Menteri berkaitan isu internet dan penggunaan laman web sosial di kampus

IPTA di larang potong, had baget internet

manawar@bharian.com.my

14/03/2010 (ahad)


PETALING JAYA: Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diarah supaya tidak memotong atau mengurangkan perbelanjaan kemudahan internet yang disediakan di kampus masing-masing, walaupun kerajaan pada masa ini memperkenalkan langkah berjimat cermat.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata usaha meningkatkan lagi kemudahan capaian internet seperti memperluas perkhidmatan internet tanpa wayar (WiFi) dan menambah kelajuan penerimaan gelombang frekuensi patut diberi keutamaan oleh pengurusan IPTA berbanding membelanjakan peruntukan bagi perkara lain. “Saya berharap pihak universiti cuba perbaiki lagi talian internet di kampus. Jika belanjawan dipotong kerana langkah berjimat cermat, perbelanjaan bagi internet tidak boleh dipotong. Yang penting tingkatkan kelajuan dan kapasiti internet di kampus.

“Tidak perlu cat baru bangunan atau buat pagar ata
u bina bangunan baru. Saya tidak mahu dengar lagi mahasiswa mengadu kepada saya melalui Facebook yang talian internet di kampus mereka selalu sesak atau perlahan,” katanya pada sidang media selepas berucap pada Seminar Muslim Super anjuran badan bukan kerajaan (NGO), iluvislam.com di sini, semalam.

Saifuddin berkata, kemudahan internet di IPTA masih banyak perlu diperbaiki kerana ia menjadi medium utama bagi mahasiswa mendapatkan maklumat terkini sama ada menyiapkan tugasan, mendapatkan maklumat atau berinteraksi.

Katanya, pengurusan IPTA tidak boleh lagi menganggap pelaburan memajukan kemudahan internet sebagai sesuatu yang merugikan kerana internet semakin sebati dalam kehidupan masyarakat terutama mahasis
wa.
Ada pengurusan IPTA menyalahkan mahasiswa kononnya tindakan mereka memuat turun pelbagai maklumat termasuk video menyebabkan talian internet menjadi perlahan atau sesak. “Pengurusan IPTA perlu sedar bahawa inilah dunia mahasiswa sekarang. Mereka hanya mahu kemudahan internet pantas dan mu
dah dicapai di mana-mana saja. Ia kini menjadi lumrah dalam kehidupan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin turut meminta IPTA tidak lagi melarang mahasiswa menggunakan Facebook atau apa juga laman sosial internet untuk berkempen dalam pilihan raya kampus pada masa depan.
“Tindakan melarang mahasiswa apatah lagi menghukum mereka kerana menggunakan laman sosial internet untuk berkempen adalah salah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mempunyai akaun Facebook untuk berinteraksi dengan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan mutu kemudahan internet di kampus juga selari dengan dasar kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berintelek dan berkemahiran tinggi dalam kerangka pembentukan Model Ekonomi Baru.


KUALA LUMPUR, 12 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'

Friday, March 12, 2010

Dimana Setiausaha Agung ketika SKT MPP???

Salam Perjuangan,

Mengejutkan! semasa Sesaran Kerja Tahunan (SKT) MPP yang baru lepas, dikatakan terdapat MPP yang berjawatan tinggi tidak menghadirinya.
Menurut YDP MPP 2010 saudara Shahzada Khan, MPP tersebut tidak dapat menghadirkan diri atas urusan peribadi yang perlu diselesaikan pada hari kejadian.
Itu respon yang diterima oleh YDP berkaitan ketidak hadiran MPP tersebut.

SKT tersebut amat penting bagi MPP untuk merencana setiap aktiviti-aktiviti yang mereka akan lakukan sepanjang memegang amanah ini selama 1 sesi.
Ianya menjadi lebih penting apabila seseorang itu berada di jawatan-jawatan yang penting, terutamanya jawatan sebagai Setiausaha Agung. Kerana di jawatan yang pentinglah yang akan menjadi 'think tank' terhadap gerak kerja MPP yang dirancang. Peranan Setiausaha Agung pula amat-amat sekali penting, tugasnya akan 'keep in' data sepanjang SKT dan menjadi Personal In Charge untuk memastikan apa yang dirancang dilaksanakan. Jika beliau tiada dalam SKT, bagaimana MPP akan bergerak kerja???

Pro-Mahasiswa akan membongkar disebalik apa yang berlaku ini. Pihak Pro-Mahasiswa mendapat tahu bahawa MPP tidak hadir ke SKT berkenaan bukannya kerana masalah peribadi, tetapi ada agenda tersendiri yang tersembunyi.
Sebenarnya MPP berkenaan pergi ke suatu program yang berbentuk riadah dan seronok di Pulau Pangkor.

Adakah ini yang dijadikan keutamaan berbanding tugasan yang besar sebagai Setiausaha Agung MPP didalam SKT?
Adakah dengan 'title' x-MPP yang lepas menjadikan beliau boleh bersenang lenang dengan keseronokan dan membiarkan rakan-rakan MPP yang baru terkapai-kapai dalam SKT?
Adakah ini yang kita mahukan dari seorang pemimpin pelajar?






Mari sama-sama kita 'talkin'kan MPP yang bersikap seperti ini!

Sudah tentu saudara Shahzada Khan kecewa dengan sikap MPP ini. Apapun pihak Pro-Mahasiswa mengucapkan tahniah keatas saudara Shahzada Khan atas komitmen beliau membantu rakan-rakan MPP dibawahnya dengan pengalaman beliau yang pernah menjadi MPP 2 tahun yang lepas.
Syabas Shahzada Khan.
Takziah buat Najihah!!!

*Pro-Mahasiswa mendesak agar Najihah meletak jawatan atas sikap yang TIDAK AMANAH beliau! Inikah pemimpin mahasiswa yang kita mahu kan???

Thursday, March 11, 2010

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional

NYDP1 Semarakkan budaya membaca di UTHM

UTHM,10 Mac - MPP UTHM 09/10 di bawah kelolaan NYDP 1, saudara Mohd Hadi Abd Rahman telah memulakan kempen yang dinamakan baca@uthm. Ianya merupakan satu program kempen budaya membaca secara berkala dan akan dilakukan setiap bulan di tempat-tempat & lokasi yang berbeza-beza.

bagi permulaan kempen " baca@uthm" tersebut,ianya akan di mulakan di baca@busstoputhm. .. seterusnya baca@kafe, baca@bus dan seterusnya seluruh kawasan Universiti dengan menyemarakkan budaya membaca di kalangan mahasiswa.

"It's a very simple but interesting campaign. You just have to bring your own book or any material to read (Quran also permitted). Bring it, we go to the bus stop. Then, we read together." ujar NYDP 1

Objektif utama kempen tersebut adalah ingin mewujudkan kembali suasana membaca & membuang sikap malu membaca di tempat awam.Selain itu, ianya berusaha untuk memupuk sikap minat suka membaca dan menghilangkan labeling "nerd is a weird".Di samping itu juga,di harap program ini berupaya dalam meningkatkan lagi proses mengangkat & mengembalikan intelektualisme mahasiswa itu sendiri.

Pengarah program merangkap NYDP1 turut hadir dalam permulaan kempen baca@uthm di UTHM.


YDP turut memberi perangsang dalam kempen baca@uthm tersebut.


Kelihatan ketua Jab. Kerohanian & Pembangunan sahsiah turut serta dalam pelancaran kempen baca@uthm pada hari tersebut.

Sasaran Kerja Tahunan MPP



28 Feb 2010, Ahad- HEP: Sebagai gerak kerja pertama kabinet yang terbentuk hasil persetujuan 2/3 dewan mesyuarat pada minggu lalu, Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UTHM tahun ini mengorak lagkah setapak kehadapan dengan menganjurkan Program Sasasran Kerja Tahunan, SKT yang berlangsung selama 2 hari di Bilik Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Pelajar UTHM dengan jayanya.

”...adalah sesuatu yang dikira agak baru dalam SKT tahun ini. Program yang kebiasaannya dianjurkan selama 3 hari 2 malam dapat dijayakan hanya dalam tempoh 2 hari sahaja. Buat pertama kalinya dilaksanakan dalam universiti, ia merupakan pencapaian yang agak baik dan ekonomik” kata Naib Yang-Dipertua2, saudara Mohd Fauzi Bin Ali merangkap Pengarah Program SKT pada tahun ini.


Dengan itu, adalah diharapkan oleh semua pihak agar bekerjasama untuk melaksanakan tangungjawab yang digalas oleh mahasiswa dan universiti demi kebajikan dan kemaslahatan bersama-WM

sumber: Blog Janifal Alipal

Wednesday, March 10, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UTHM




Selamat Sejahtera.
Salam Perjuangan.

Membawa slogan "Rasulullah Teladan Sepanjang Zaman", Pusat Islam UTHM akan mengadakan Sambutan Maulidurasul 1431H.

Tarikh : 12 Mac 2010 (Jumaat)

Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM

Penceramah : YBhg.Al-Fadhil Ust. Abdul Mutalib bin Abdul Rahim Al-Hafiz (Pegawai Tadbir Agama Daerah Segamat)

Kelab-kelab, persatuan-persatuan juga PTJ-PTJ dijemput untuk menyertai perarakan yang akan bermula jam 8.00 pagi di kawasan Pusat Kokurikulum Sukan & Kebudayaan. Kepada Non-Muslim juga di harapa tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama berarak di sepanjang jalan di UTHM, pupukan semangan perpaduan bermula dari sini.

Sama-sama kita menjayakannya.

Pihak Pro-Mahasiswa akan memobilasi mahasiswa sebanyak mungkin penyertaan didalam perarakan tersebut demi menjayakan program-program Universiti.


Tuesday, March 9, 2010

NYDP1 MPPUTHM di Surau Perdana KK TDI



Semua Mahasiswa UTHM di jemput hadir...

Monday, March 8, 2010


Barisan kepimpinan MPPUTHM 2009/10 melafazkan ikrar komitmen dalam menjalankan tugas sepagai Majlis Perwakilan Pelajar.




Tahniah dan Takziah Pro-Mahasiswa ucapkan kepada barisan-barisan MPP yang baru.
Semoga dapat menjalankan amanah yang berat ini dengan sepenuh hati dan ikhlas kepada-Nya.

Wakil MPP mahasiswa turun padang



1 Mac 2010, Isnin- HOSPITAL BATU PAHAT: Menyedari kebajikan para pelajar di kampus, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 (MPP) melahirkan rasa prihatin dengan mengunjungi seorang mahasiswa UTHM yang sebelumnya ditemui pengsan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) pada 26 Feb 2010 dan dikejarkan ke Hospital Batu Pahat minggu lalu.

Pada awalnya, rawatan diperingkat PKU mengenalpasti pelajar tersebut sebagai pesakit asthma sahaja. Namun, sesudah pengsan dan dibawa ke Hospital Batu Pahat, doktor mengesahkan bahawa peparu pelajar tersebut dijangkiti bakteria dan berada dalam keadaan yang kritikal sehinggakan perlu ditahan ke unit rawatan khas untuk pemeriksaan selanjutnya.

Oleh itu, Majlis Perwakilan Pelajat sesi 2009/2010 melawat pelajar tersebut dan menghulurkan sedikit bantuan berbentuk sokongan kepadanya. Setakat ini, pihak Universiti juga prihatin dengan menyara kos perubatan pelajar tersebut. Demikianlah keprihatinan semua pihak terhadap kebajikan para pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Pihak pro-Mahasiswa dimaklumkan bahawa mahasiswa yang ditahan dihospital itu mengalami kesesakan nafas yang teruk akibat daripada udara yang tidak baik memandangkan bahan kimia yang dibebaskan dari kilang yang berdekatan dengan kolej kediaman yang didiami. Beliau menginap di kolej kediaman Tun Dr. Ismail (KKTDI) dimana memaklumkan hampir setaip hari kilang yang membebaskan bahan kimia berupa debu asap menyebabkan nafasnya seringkali sesak dan sukar bernafas.


Oleh itu Pihak Pro-Mahasiswa berharap agar, wakil MPP yang hadir dapat mengusulkan agar membawa isu pembebasan asap kilang ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Ini kerana, seolah-olah asap dari kilang yang berdekatan tidak dikawal dengan pembuangannya yang mengakibatkan masalah kesihatan para pelajar dan masyarakat luar mengalami kesakitan sesak nafas, radang dan lain-lain.

Sunday, March 7, 2010

PERJUMPAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) IPTA 09/10 : SENATOR MAHASISWA DI DALAM PARLIMEN MALAYSIA

6 MAC 2010 - ESSET BANGI. Perjumpaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA sesi 2009/2010 bersama Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) telah diadakan di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Kajang, Selangor. Alhamdulillah, dalam perjumpaan berkenaan pelbagai isu perbincangan yang telah dibincangkan oleh seluruh kepimpinan pelajar MPP IPTA sesin2009/2010.

Pada awal pagi 6 Mac, Ucapan aluan daripada Pengarah BHEPP disampaikan oleh Prof Dr. Mohd Fauzi Bin Hj Ramlan diikuti dengan ucapan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi iaitu Y.Bhg. Prof Dr. Rujhan Bin Mustafa. Kemudian diteruskan lagi dengan sesi suaikenal bersama seluruh pemimpin mahasiswa IPTA oleh setiap presiden MPP.

Pada sesi sebelah petangnya, kesemua kepimpinan mahasiswa dibahagikan kepada 7 kumpulan dimana di dalam kumpulan berkenaan perlu membincangkan isu serta masalah mengenai kertas kerja Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Saya mewakili kampus UTHM secara langsung terlibat didalam perbincangan bagi kumpulan 5 bersama 37 pelajar ahli kumpulan yang diketuai oleh Yang Di-Pertua UIAM, Muhammad Firwan Norliza. Terdsapat 14 isu yang telah dibangkitkan dalam perbincangan berkenaan. Antara 14 isu tersebut, 3 isu daripadanya adalah dikemukakan oleh barisan MPP UTHM. Antara isu dari UTHM ialah Perpaduan dan Kefahaman Agama, Mekanisma dalam Pemahaman Akidah dan Pemantapan Sahsiah Mahasiswa, dan yang terakhirnya adalah mengenai Senator Mahasiswa di Dalam Parlimen Mahasiswa.

Cadangan isu yang saya cuba kemukakan iaitu "Senator Mahasiswa di Dalam Parlimen Mahasiswa" telah diterima. Pada sesi pembentangan, saya membentangkan bagi mewakili kumpulan 5 untuk digazetkan menjadi kertas kerja cadangan dengan tujuan bagi membawa isu ini kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai kertas kerja Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi sesi ini.

Kita mengetahui bahawa, senator bagi perfileman telah berada didalam parlimen Malaysia. Menurut pembacaan dan pengamatan saya, sememangnya kemasukan senator berperanan dalam menyuarakan bidang masing-masing . Namun apakah mahasiswa tidak layak menjadi senator di Parlimen Malaysia? Jika mahasiswa di United Kingdom dapat menjadi perwakilan mahasiswa di peringkat Parlimen. Tidak mustahil bagi kepimpinan Mahasiswa di Malaysia mampu melonjak paradigma mereka setaraf dengan kepimpinan negara.

Fungsi sebagai perwakilan mahasiswa dalam parlimen Malaysia adalah membawa suara diperingkat mahasiswa berkaitan dengan segala isu-isu akademik, sosial, ekonomi, kebajikan dan lain-lain dalam ruang lingkup mahasiswa dan pelajar .

Isu dan masalah ini diutarakan kerana, suara mahasiswa terkandas ditengah jalan dimana setiap persidangan MPPK yang digazetkan sebelum ini, terdapat beberapa isu yang masih tidak selesai. Maka, sewajarnya apabila parlimen bersidang mahasiswa dapat memberikan pandangan dan beberapa jalan penyelesaian kepada kepimpinan negara.

Disamping itu, selaras dengan matlamat bahawa mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Seringkali dikatakan fungsi MPP dipandang enteng diperingkat pentadbiran universiti malah ada juga yang mengatakan tidak membantu Negara. Mahasiswa sebenarnya bukanlah dikatakan lesu, malah pemikiran dan iedealisme golongan intelektual ini mampu membantu pihak pengurusan universiti dan Negara.


Saya tertarik dengan apa yang saya perolehi pengalaman semasa program pertukaran pelajar di Institut Teknologi Sepuluh Nopember, (ITS) Surabaya Indonesia. Perkara yang menarik yang saya dapat lihat, mahasiswa di sana dapat membentuk identiti mereka sendiri. Dengan alternatif ini secara tidak langsung, Mahasiswa di Malaysia dapat menyuarakan pandangan dan penyelesaian sesuatu isu dalam Parlimen dan seterusnya ‘Pembentukan Standard Universiti’ dapat dihasilkan.

Kesimpulan daripada peringkat perbincangan kumpulan saya, Mahasiswa memerlukan wakil dalam parlimen agar permasalahan mahasiswa dapat didengari dengan lebih efektif. Suka saya meminjam kata-kata seorang profesor .
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.."
-Profesor Diraja Ungku A. Aziz-



Oleh:
Mohd Hadi Bin Abd Rahman

Naib Yang Di-Pertua 1
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


sumber: Blog Mohd Hadi bin Abdul Rahman