Pro Mahasiswa

Saturday, February 28, 2009

Kampus : Pendirian Kelab Iqra berkaitan isu pembinaan masjid baru UTHM

Putrajaya, 26 Feb – Presiden Kelab Iqra UTHM saudara Mohd Hadi Bin Abd Rahman bersama wakil Pro Mahasiswa UTHM telah membuat keputusan untuk turun bertemu Menteri Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menyerahkan sendiri surat rayuan berkaitan isu pembinaan masjid baru UTHM. Tujuan surat itu di berikan adalah tidak lain tidak bukan sebagai simbol rayuan di peringkat mahasiswa kepada Menteri Pengaajian Tinggi Malaysia supaya pembinaan masjid UTHM tetap di bina di tapak yang asal. Sebelum ini isu pembinaan masjid telah di anggap selesai memandang hampir 90% mahasiswa dan staf warga kampus bersetuju masjid di bina di tapak asal.

Namun sedikit mendukacitakan apabila mengetahui ura-ura perubahan tempat lokasi pembinaan masjid baru tersebut. Justeru itu, Kelab Iqra berpendirian bahawa perkara ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi. Rombongan yang terdiri daripada Presiden Kelab Iqra, ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM dan aktivis Iqra tiba di Kementrian Pengajian Tinggi pada jam 12 tengahari. Walaubagaimanapun sedikit rasa terkilan kerana ketiadaan menteri dan surat rayuan hanya dapat di serah kepada pegawai yang bekerja di pejabat tersebut..

“Apa yang kami harapkan adalah di peringkat Menteri dapat mempertimbangkan perjelasan yang kami berikan berkaitan isu ini. Kami sedaya upaya cuba memberikan hujah yg terbaik demi kesejahteraan masyarakat kampus dan masyarakat kampung sekeling berkaitan pembinaan masjid ini. Kami juga mengharapkan kehadiran YB Dato' Seri Mohammad Khaled Bin Nordin pada dalam lawatan rasmi ke universiti kami pada Isnin ini akan memberi jawapan yang terbaik baik permasalahan isu ini” ujar Presiden Kelab Iqra setelah selesai menyerahkan borang tersebut kepada salah seorang pegawai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.-iqrakini

www.ki-uthm.blogspot.com

Kampus : Maklumat balas jurucakap MPPUTHM09 berkaitan isu pelantikan senator.

Sebelum ini, pihak pro mahasiswa ada membangkitkan berkaitan perlantikan 6 orang calon yang tewas sebag senator.Justeru itu, pihak Pro Mahasiswa UTHM telah bertemu dengan YDP UTHM saudara Hanif beserta beberapa ahli Kabinet MPPUTHM yang lain bagi mendengar perjelasan berkaitan isu perlantikan senator pada kabinet MPP kali ini. Dalam pertemuan itu, ketua penaja Pro Mahasiswa telah menyerahkan surat berkaitan isu tersebut dan berharap agar MPPUTHM memberi perjelasan.Selang beberapa hari selas itu, pihak MPPUTHM08/09 telah memberi perjelasan melalui suratnya.

Untk maklumat warga kampus, Saudara Fadil bin Abd Hanid telah di lantik sebagai jurucakap MPPUTHM0809 dan memberikan perjelasan berkaitan isu tersebut. Pihak Pro Mahasiswa cuba mengupas sedikit berkaitan berkaitan surat maklum balas tersebut dan selebihnya mengharapkan mahasiswa sendiri untuk menilainya.

Walaubagaimanapun, kami menegaskan sendiri bahawa tidak terlintas di peringkat Pro mahasiswa UTHM untuk menjadikan suasana di kampus tidak harmoni seperti maklumat balas surat tersebut.. Kami hanya memberi ruang dan peluang kepada warga kampus berfikir dengan lebih matang dan berpendirian dengan idealisme sendiri.Kita harus sedar golongan Mahasiswa bukan sahaja menuntut di Ilmu, tetapi kita seharusnya mempunyai kesedaran dalam befikiran lebih rasioal. Kami juga tetap menyokong segala hal kebajikan di yg di bawa oleh MPPUTHM dan mengiktiraf seluruf ahli kabinet yang memenuhi kerusi dan di piph oleh mahasiswa. Cumanya kenapa perlu penambahan dan itu yg kami minta perjelasan.

Di sini ada di lampirkan sekali surat di peringkat Pro mahasiswa UTHM dan Surat Balas di peringkat MPPUTHM untuk memberi ruang kepada seluruh mahasiswa warga kampus menilai perkara ini. Kami mengharap respon dari mahasiswa atas perkara ini dan cadangan atau idea boleh di lontarkan secara langsung dalam blog ini.

Wednesday, February 25, 2009

Lawatan Menteri Pengajian Tinggi ke UTHM


Pendukung Pro Mahasiswa UTHM mengucapkan selamat datang kepada menteri pengajian Tinggi Malaysia dalam siri lawatan kerjanya pada 2 MAC 2008(Isnin.Di harapkan warga kampus dapat memanfaatkan kehadirannya YB Dato' Seri Mohammad Khaled Bin Nordin pada kali.

Monday, February 23, 2009

berita dari kampus

UTHM, 24 Feb -Mungkin mahasiswa di UTHM tertanya-tanya apa dan sumbangan MPPUTHM 08/09 setakat tempoh dua bulan ini. Sebenarnya hasil perbincangan dan melihat sendiri gerak kerja MPPUTHM pada kali ini, banyak telah mereka lakukan. Di sini promahasiswa UTHM cuba menjelaskan dan menyatakan beberapa pembaharuan yang telah mereka lakukan buat setakat ini.

1. berusaha memantapkan lagi sistem pengangkutan di universiti.
2. Mendapatkan rakaian satelit Astro di setiap kolej kediaman. Di khabarkan telah mendapt kelulusan dan menunggu masa untuk pemasangan.
3. Berusaha mendapatkan bekalan akhbar harian di setiap kolej kediaman untuk memberi peluang kepada mahasiswa mengetahui isu semasa khususnya semasa menunggu van dan bas di kolej kediaman ( sedang dalam usaha).
4. Akan menganjurkan PC Fair dalam masa terdekat.

Walaupun pergerakan dan kelibat MPPUTHM 09/09 kurang memberangsangkan dalam waktu ini, tetapi banyak perkara yang telah mereka jalankan.Apa yang di harapkan adalah agar gerak kerja MPPUTHM akan lebih lancar dan di harapkan warga kampus dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.

" untuk lebih dekat dengan warga kampus, kami mengharapkan agar MPP pada kali ini bukan sahaja bertemu dengan mahasiswa di majlis-majlis tertentu dan alangkah baiknya jika MPP yang beragama Islam dapat turun solat berjemaah di surau dan masjid berhampiran. Secara tidak langsung mereka akan berasa rapat dengan mahasiswa di samping menjadi contoh dalam pembawakan modal insan yang baik kepada warga kampus", ujar seorang penuntut tahun akhir yang di temui oleh aktivis promahasiswa UTHM.

Sunday, February 22, 2009

Kenyataan Media Mahasiswa Malaysia berkaitan krisis di Perak



Kenyataan Media Mahasiswa Malaysia:

19 Februari 2009

Isu Negeri Perak Darul Ridzuan dan Krisis Perlembagaan:

Mahasiswa akan Serah Memorandum Kepada Yang Dipertuan Agong Esok

Pendahuluan

Situasi politik di negeri Perak, walaupun semakin reda tetapi dalam keadaan masih tidak menentu. Rakyat Malaysia umumnya dan negeri Perak khususnya masih keliru berkenaan siapakah Menteri Besar sebenar negeri mereka ini setelah Dato’ Seri Nizar Bin Jamaluddin masih belum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Sedangkan dalam masa yang sama Dato’ Zamry Abd Kadir telah rasmi mengangkat sumpah sebagai MB yang baru bagi negeri Perak.

Dato’ Seri Nizar Bin Jamaluddin pula menfailkan saman kepada Menteri Besar yang baru. Mahasiswa yakin selepas daripada ini bakal menyusul tindakan-tindakan lain yang tidak diduga akan berlangsung setelah sebelum daripada ini Pengerusi Democratic Action Party (DAP), Karpal Singh sendiri menfailkan saman kepada Seri Paduka Baginda Sultan Perak.

Kemelut Politik Yang Mencemarkan Demokrasi

Mahasiswa melihat isu negeri Perak sebagai sejarah yang belum pernah berlaku dalam kesuburan demokrasi Negara Malaysia setakat ini. Institusi beraja yang diketuai Yang Di Pertuan Agong terus ditekan dan dicabar oleh sesetengah pihak hanya untuk memuaskan nafsu politik dan kuasa tanpa menghiraukan rakyat yang bakal kesusahan. Acara lompat-melompat parti dilakukan seolah-oleh membelakangkan undi rakyat terhadap wakil rakyat yang telah dipilih melalui sistem demokrasi. Bagi mereka ini, rakyat seolah-olah ‘batu’ yang langsung tiada suara, asalkan mereka dapat melunaskan agenda politik kuasa mereka.

Mahasiswa kesal dan bimbang dengan situasi ini. Demokrasi yang dijunjung oleh Perlembagaan Persekutuaan sewajarnya menjadi ‘ketaatan’ utama pemimpin-pemimpin negara. Prinsip Keluhuran Perlembagaan seakan-akan lenyap dalam ikrar dan ‘aku janji’ mereka. Institusi beraja pula menjadi sasaran dua pihak yang menekan kerana politik yang tidak bermata. Institusi beraja seolah-olah seperti telah ‘digunakan’ oleh pihak tertentu. Dan ini adalah sangat tidak wajar berlaku.

Pendirian Mahasiswa

Justeru, mahasiswa membuat keputusan demi melihat negara Malaysia kembali aman, rakyat terus dipelihara oleh Yang Dipertuan Agong sebagai payung rakyat dan demokrasi haruslah disuburkan kembali agar ia kembali sejahtera. Oleh hal yang demikian, mahasiswa akan menghadap Yang Dipertuan Agong dan menyerah memorandum bagi menyatakan berkenaan pendirian mahasiswa. Butiran maklumat seperti berikut:

Hari : Jumaat

Tarikh: 20 Februari 2009

Tempat: Istana Negara

Masa: 11.00 pagi

Mahasiswa sama sekali tidak berganjak bersama-sama rakyat demi mempertahankan prinsip demokrasi dan perlembagaan dan menghapuskan kezaliman terhadap rakyat.

‘Mahasiswa Bersama Rakyat Menjunjung Perlembagaan’

Disediakan Oleh;

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS)

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)

Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya, PEMARAK UM

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Barisan Bertindak Mahasiswa Perak (BERSATU PERAK)

Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS)

Kerajaan kudeta Perak tidak akan lama.






Menteri Besar Pakatan Rakyat Ir Mohammad Nizar begitu yakin beliau dan keluarganya akan kembali semula ke kediaman rasmi Menteri Besar ini tidak berapa lama lagi.Beliau bersama keluarganya telah keluar dari kerdiaman tersebut dengan memandu keretanya sendiri. Beliau berpindah di setuatu kediaman yang berhampiran dengan bandar Ipoh. Apa yang menarik adalah perpindahan beliau dari "kediaman rasmi MB" di iringi dengan tabik hormat dari pasukan unit Amal. Ini membuktikan bahawa Ir Mohammad Nizar adalah memteri besar yang masih lagi di hormati oleh rakyatnya. jarnya dalam suatu ceramah di Slim River "Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.Justeru itu belaiu yakin akan kembali ke kediaman rasminya sebagai menteri besar yang sah suatu hari nanti.

Saturday, February 14, 2009

Bila pula giliran kita?





Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada MP Bukit Gantang yang kembali ke rahmatullah.Sebagai peringantan untuk semua, sejauh mana tinggi darjat, pangkat dan jawatan kita, kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Sekadar muhasabah di peringkat pro mahasiswa UTHM untuk sama-sama kita perbaiki diri ini. Kepada sesiapa yang di angkat menjadi pemimpin, jalankan amanah dengan sebaik mungkin.

Mahasiswa UTHM akan mengundi sekali lagi?

Pada semester ini, di khabarkan pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman akan di adakan melalui sistem pilihanraya. Bila dan bagaimana proses itu di jalankan, masih lagi menjadi tanda tanya.Ini merupakan kali pertama sistem pilihanraya di adakan memandangkan pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman sebelum ini hanya melalui lantikan di peringkat pengurusan kolej kediaman sendiri.

Pro mahasiswa UTHM bersedia meletakkan seramai mungkin calon-calonnya untuk memastikan penguasaan di seluruh kolej kediaman. Kita akan mempertengahkan kepimpinan yang berkaliber,intelektual dan mempunyai sahsiah yang baik dalam pilihanraya kolej kediaman nanti.

"InsyaAllah kita akan mempersiapkan jentera dalam memikat mahasiswa untuk memilih calon-calon dari pro mahasiswa pada kali ini." ujar ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM.

Wednesday, February 11, 2009

UTHM nenerima TNC ( akademok & Antarabangsa ) baru

Ybhg Prof Dr Rugayah Binti Mohammad telah di lantik sebagai Timbalan Naib Cancelor ( Akademik & Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berkuatkuasa 6 Februari 2009.

berita seterusnya

Saturday, February 7, 2009

Biarlah rakyat Perak yang menentukan

Rentetan dari konflik di Perak, Mahasiswa UTHM beranggapan bahawa polimik pemindahan kuasa di Perak adalah sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Peralihan kuasa yang lebih mirip kepada "rampasan kuasa" adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya boleh di terjemahkan secara demokrasi melalui pilihanraya kecil jika ianya benar-benar perlu diadakan.Di waktu ini, seharusnya kita melihat siapakah yang rakyat khususnya di Perak inginkan dalam menerajui kepimpinan kerajaan negeri tersebut.


”Secara jujurnya, MB Nizar adalah seorang menteri besar yang dekat di hati rakyat. Mana kita dapat lihat sebelum ini seorang menteri besar yang yang sering solat berjemaah bersama rakyat, memberi kuliah dan kadang kala boleh menyampaikan khutbah dengan baik. Bukan sahaja masjid-masjid di bandar utama yang di hadiri oleh MB, sehinggakan surau-surau dan masjid di kampung pun MB akan turun. Bagi saya beginilah kepimpinan MB yang kita hendaki. Dan jika benar berlaku perubahan kerajaan biarlah ianya berlaku atas kehendak rakyat bukan kepentingan individu tertentu.” ujar salah seorang mahasiswa UTHM yang berasal sdari Perak.


Sehubungan itu, di peringkat Pro Mahasiswa UTHM beranggapan polimik yang berlaku di perak seharusnya di tangani dengan baik.Oleh itu, kami tidaklah memihak kepada mana-mana parti politik tetapi bagi kami selagi mana sesebuah kerajaan itu dapat memberikan khidmat yang terbaik,tidak seharusnya kerajaan itu di tumbangkan. atau di tukar sehingga pilihanraya umum akan datang.

Presiden BERSATU Sifatkan ADUN Pengkhianat

Ipoh , 7 Feb - Presiden BERSATU PERAK, saudara Hafez Sabri petang tadi semasa bertemu wartawan, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan.

“Saya melihat ini adalah strategi kotor yang disusun BN,mereka telah menafikan hak rakyat dengan memperbodohkan rakyat,kami diperingkat mahasiswa sesekali tidak akan tunduk terhadap kezaliman yang berlaku di perak,fakta menunjukkn bahawa pengundi saluran 4 (pengundi muda) adalah jumlah yang terbanyak menolak kezaliman BN pada pilihanraya umum yang lepas,.

“Saya ingin menegaskan disini,bahawa kami generasi muda tidak sesekali membenarkan generasi kami dipijak-pijak oleh pemimpin yang zalim dan kami sentiasa memastikan generasi kami ini adalah generasi yang akan memumbangkan segala kezaliman yang berlaku,kami sentiasa bekerja untuk mencapai matlamat kami dan ianya tiada titik noktah .memetik kata-kata beliau di Sekateriat Anak Muda Perak ketika di temuramah wartawan. mahasiswakini

Tuesday, February 3, 2009

Al-Fatihah...

B.PAHAT, 2 Feb - Pihak Pro Mahasiswa UTHM memohon untuk sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada salah seorang mahasiswa UTHM iaitu Allahyarham Azlan Ismail yang kembali kerahmatullah semalah kerana mengidap penyakit leukimia. Allahyarham merupakan pelajar tahun akhir Ijazah kejureteraan Elektrik danElektronik. Allahyarham selamat di kebumikan di tanah perkuburan berhampiran kediamannya di Johor Baharu. Mari sama-sama kita mendoakan agar rohnya di tempat bersama roh orang-orang yang soleh.

Monday, February 2, 2009

Mahasiswa UTHM terima anugerah dari IEM

Penganugerahan Pingat emas IEM 2008/09 oleh Majlis Institusi Jurutera Malaysia terhadap saudara Omar bin Mohd Sathakathullah yang merupakan mahasiswa tahun akhir Sarjana Muda Kejuretaan Mekanikal & Pembuatan UTHM adalah suatu pegiktirafan mahasiswa UTHM. Anugerah tersebut di berikan kepada pelajar terbaik tahun akhir kejuruteraan di setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Tahniah daripada Pro Mahasiswa UTHM atas kejayaan itu.