Siapa kami?

Pro-Mahasiswa UTHM
Bandaraya Parit Raja, Batu Pahat Johor., Johor Darul Takzim, Malaysia
Pakatan mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, barsama dalam memacu dan membawa idelisma mahasiswa di kampus UTHM ini khususnya. email : prom_uthm@yahoo.com.my
View my complete profile

Friday, November 6, 2009

Speaker Corner diperkenalkan semula

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi membenarkan sudut pidato atau Speaker's Corner diperkenalkan semula di semua institusi pengajian tinggi (IPT) bagi mengasah bakat pengucapan umum berkesan di kalangan warga kampus.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata aktiviti yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa itu sebelum ini dihentikan berikutan pelaksanaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Sambil menjelaskan aktiviti itu boleh diperkenalkan semula setelah AUKU dipinda Februari lalu, beliau berkata, sudut itu memberi pelajar peluang menyuarakan pendapat menerusi pidato umum yang dinanti-nantikan warga kampus.

“Kementerian memberi peluang pelajar berkongsi pengetahuan dengan mengemukakan isu dan topik bernas untuk dikongsi bersama, selain dapat memperkemaskan sistem pengurusan sedia ada dalam usaha memartabatkan IPT.

“Mahasiswa adalah golongan pencetus minda positif dan idea membina dalam membangunkan komuniti kampus serta masyarakat sekeliling,” katanya.

Saifuddin berkata, pelajar bebas berpidato dengan mengemukakan isu semasa, antaranya politik, ekonomi dan sosial selain pandangan serta kritikan bernas dalam memperkasakan pentadbiran IPT dan negara.

“Kami lebih liberal dalam hal ini kerana yakin pelajar mempunyai wawasan dan pandangan jelas mengenai setiap topik dan isu yang akan mereka kemukakan.

“Usaha ini adalah antara langkah kementerian lakukan bagi melahirkan pelajar serba boleh dan mempunyai semangat juang tinggi,” katanya.

Mengimbau kembali kegemilangan sudut pidato di IPT sekitar 1960-an hingga 1970, katanya, pemimpin pelajar ketika itu di kalangan mereka yang petah berpidato dan mempunyai idea bernas untuk dikongsi bersama.

Beliau berkata, pemimpin kampus juga mempunyai pengikutnya yang berpengaruh dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, hasilnya negara mempunyai pemimpin yang berani dengan semangat juang tinggi.

“Ramai pemimpin negara hari ini lahir di kalangan pemidato yang bernas mindanya ketika di kampus dan kini menjadi tokoh disegani,” katanya.

Mengulas kemungkinan kelonggaran itu menyebabkan pelajar menjadi alat pihak tertentu menyalurkan dakyah politik mereka, Saifuddin berkata, warga kampus golongan berpelajaran.

Katanya, mahasiswa tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang cuba mempengaruhi mereka kerana masing-masing berfikiran matang, manakala topik perbincangan pula dikupas secara rasional sesuai tahap pendidikan.

Tuesday, November 3, 2009

Selamat menduduki peperiksaan

Tuesday, August 25, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1430H

Thursday, August 6, 2009

Tahniah kepada graduan UTHM

Tahniah YDP UTHM


Promahasiswa UTHM bersama seluruh warga kampus menyokong penuh penyerahan memorundum berkaitan isu pencemaran kilang kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tahniah dan syabas di atas tindakan YDP dalam menyuarakan pandangan dan permasalahan yang sekian lama di tanggung oleh warga kampus.

Saturday, August 1, 2009

589 wira rakyat

sumber : malaysiakini.com
11.58pm
Seramai 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di beberapa tempat di tengah Kuala Lumpur sepanjang hari ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah

Tahniah kepada Gabungan mansuhkan ISA (ISA) di atas kejayaan menganjurkan himpunan menentang kezaliman itu.Walaupun di beritakan sekitar 589 orang di tahan, mahasiswa UTHM beranggapan mereka adalah diantara golongan yang berani menentang kezaliman secara terbuka dan merupakan wira rakyat dalam memperjuangkan kebenaran.

Penahanan mereka bukanlah di sebabkan jenayah seperti rasuah, membunuh, merompak, berkhalwat yang di lihat semakin membimbangkan tetapi penahan mereka adalah kerana keberanian berhimpun menentang suatu akta yang zalim. Kita percaya GMI telah menyiapkan barisan guaman dalam membantu membebaskan mereka yang di tahan.

Kepada mereka yang di tahan, andalah wira sebenar rakyat Malaysia. Kita percaya seluruh pimpinan yang menentang akta zalim itu beserta jutaan rakyat Malaysia sentiasa bersama anda!!!

Thursday, July 30, 2009

bacalah

Catatan Anak Seorang Tahanan ISA - Oleh Suhaib Mat Sah. Anda wajib BACA !!!!!
Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......