Pro Mahasiswa

Wednesday, January 6, 2010

Kesan Pembangunan Tak Terancang, Mahasiswa Jadi Mangsa

Hasil dari dapatan umum mahasiswa UTHM, rata-rata sangat tidak bersetuju dengan langkah diambil pihak Universiti dalam menangani masalah berkaitan penempatan mahasiswa di Kolej Kediaman. Mereka menyatakan ketidakpuasan hati dengan tindakan pihak universiti yang tidak mengutamakan kebajikan mahasiswa dari sudut penyediaan tempat tinggal kepada mereka malah lebih mengutamakan pembangunan yang lain sehingga meminggirkan mereka.

Setelah ura-ura pengambilan seramai 4000 lebih mahasiswa baru pada semester lalu, pihak universiti membuat tindakan dengan membuka 2 kolej kediaman baru yang diubahsuai berasal dari premis rumah kedai iaitu di Taman Universiti dan Taman Kelisa. Keselesaannya sangatlah dipertikaikan malah, tindakan terbabit sangat menganiayai pelajar-pelajar kanan yang masih mempunyai baki tempoh menginap di Kolej Kediaman sedia ada kerana mereka antara golongan yang terpaksa dipindahkan untuk menghuni 2 kolej premis kedai terbabit. Namun, setelah kemasukan pelajar baru diterima, hanyalah seramai 2300 orang yang mendaftar sebagai pelajar baru untuk ditempatkan di kolej kediaman di dalam kampus. Maka, tempat yang masih kosong ditinggalkan buat pelajar baru yang tidak hadir mendaftar sepatutnya diberikan semula kepada pelajar yang dipindahkan ke Kolej Taman Kelisa dan Taman Universiti, namun hakikatnya ia tidak berlaku dan tempat kebanyakannya dibiarkan kosong.

Lebih menjadi perhatian apabila kolej Taman Kelisa sangatlah berjauhan dari kampus induk untuk pelajar berulang alik sewaktu sesi kuliah dan pembelajaran. Lebih malang lagi apabila kelas dibuat pada waktu malam yang menyukarkan pengangkutan dan membahayakan keselamatan mahasiswa apabila terpaksa melalui jalan raya yang sibuk dengan kenderaan berderu laju menuju ualang-alaik ke Batu Pahat dan Kluang. Sikap tidak mengutamakan keselematan mahasiswa sangatlah dikesali ramai pihak.

Bukanlah persoalan dapat tinggal di kolej asal atau tidak yang menjadi topik hangat perbualan mahasiswa di kampus kini, tetapi soal perancangan universiti yang langsung tidak memikirkan soal pembinaan kolej baru di dalam kampus bagi menampung pelajar dari tinggal di luar kampus sangatlah menjadi "talk of the town".

Soal mengindahkan landskap dan menukar jalan berturap kepada jalan berbatu-bata sepatutnya boleh diketepikan buat sementara waktu termasuklah soal pembinaan tempat menunggu bas baru dan bilik pensyarah baru agar isu kolej kediaman mahasiswa dapat diselesaikan terlebih dahulu. Ramai tidak berpuashati dengan tindakan terbabit sehingga menyebabkan mahasiswa bertindak mencari rumah sewa di luar kampus yang hakikatnya lebih membahayakan keselamatan pelajar dengan kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat sepanjang jalan utama ke batu Pahat terbabit, serta keselamatan harta benda yang semakin meruncing berikutan kes kecurian di sekitar Parit Raja dan Batu Pahat semakin meningkat. Malah, mahasiswa yang tinggal diluar turut menjadi bual bicara masyarakat setempat apabila etika tidak berakhlak sebahagian mahasiswa yang tinggal di rumah sewa diperkatakan akibat tiada kawalan sempurna.

Pihak Pro Mahasiswa juga mempertikaikan kemampuan kewangan pihak universiti dalam menyelesaikan masalah pembinaan yang berlaku sekarang di dalam universiti kerana pada khutbah jumaat yang lepas, pihak Pusat Islam UTHM mengumumkan bahawa Universiti tidak mampu menampung kos pembinaan masjid baru UTHM sehingga terpaksa memungut derma dan memotong gaji dari staff dan pensyarah UTHM. Kami pihak Pro Mahasiswa amatlah dukacita dengan situasi yang berlaku terhadap kampus tercinta ini dan sangat memohon penjelasan dari pihak yang berkenaan baik respon dari Naib Canselor sendiri mahupun dari pihak lain yang berkenaan.

Pihak Pro Mahasiswa sangat bersimpati dengan nasib pelajar-pelajar yang diibaratkan sebagai melukut di tepi gantang oleh pihak pentadbiran universiti dan menjadi mangsa hasil pembangunan yang tidak terancang pihak universiti. Semoga perubahan akan mampu dijanakan kelak bersama Pro Mahasiswa.

4 comments:

dri segi penempatn pelajar..mmg sgt xsetuju peljar di tmptkn diluar kmpus..:)

dok luar nyusahkan je nk g klas.. library blh buat btingkat2.. tp nk dok kolej pon ssh.. btw, dh sbb dh lama dok luar, jd best plak dr dok dlm..

Saya sebagai orang luar UTHM memandang pandangan anda semua adalah salah... Saya memandang pihak UTHM telah menyediakan pengangkutan untuk pelajar menggunakan perkhimatan tersebut.. Persoalannya sekarang, berapa ramai yang menaiki bas yang telah disediaka oleh pihak UTHM. boleh dikatakan hanya 20% sahaja yang menggunakan perkhidmatan tersebut... yang lain naik kereta, motor.... Padan muka la kalau ada kemalangan kepada penuntut UTHM yg menggunakan kenderaan sendiri.... Dah bagi kemudahan, x nak guna, lepas tu salahkan UTHM... kalau x suka berhenti je blaja....Ramai lagi yg nak belajar... Budak2 UTHM ni 80% biadab, ego, berlagak, poyo macam la bagus sangat...Dah tau ada bas bukannyer nak bersiap cepat2 ni tak bas pulak kena tunggu dia...Bila kena tinggal bas, salahkan UTHM.. BODOH namanyer tu...Perkara ni yang nak dibangkitkan????????orang dulu2 naik basikal berpuluh2 kilometer nak g blajar.. skarang naik motor jer..jangan pulak kata zaman dah berubah!!!! anda kena ingat tiada yang dulu, anda sekarang tidak akan kemana...Cuba anda dalami biografi Dato' NC.....Saya menangis melihat kejayaan beliau yg berjaya bertatih hingga beliau berjaya.......Beliau bukan orang senang, tidak macam anda sekarang, makan tengah hari makan KFC, plajar makan KFC tu sudah mewah tuuu.... patut pelaja makan sekali je sehari.... Saya menyokong penghapusan pinjaman kepada pelajar IPTA kerana berbelanja secara boros..... penat la nak bebel lagi.....Bukan makin baik pun budak UTHM nie, makin bebal yer......

sape kata zaman x berubah dia yang paling bodoh...ni jenis tak reti berpolitik la ni...ada saluran politik...luahkan masalah...tak nak guna...org cakap masalah kolej...dia cakap masalah bas...isu pi kelas naik basikal ke jalan kaki ke tu tak timbul...persoalannya,kenapa kolej tak dirancang dibina di dalam?kemudahan lain semua di dalam...manusia sentiasa menuju kepada perubahan...semua org nak lebih baik...jenis sikap pengampu NC ni yg aku benci...kemudian suruh bersyukur...yang pelahap duit,rembat sana sini...pon susurh bersyukur jgak...