Pro Mahasiswa

Tuesday, March 31, 2009

Kempen PRKK - Rapat Umum Calon KK Melewar, TSN 31 Mac.

Kolej Kediaman Perwira

Solat hajat

Masa : Selepas solat Isyak

Tempat : Surau KK Melewar.

Rapat Umum

Masa : 10 malam

Tempat : Hadapan Surau Melewar.

Kolej Kediaman Tun Syed Nasir

Solat Hajat

Tempat : Masjid UTHM

Masa : Selepas solat isyak


Rapat Umum

Tempat : Kafeteria KK TSN

Masa : 9 Malam.

Monday, March 30, 2009

Kempen PRKK - Rapat Umum Calon KK Perwira, 30 Mac.

Sempena kempen calon-calon yang bertanding dalam PRKK 09 untuk KK Perwira, Mantan Presiden KK Perwira saudara Azhani Bin Azhari telah berbincang dengan pihak pentadbiran KK Perwira untuk mengadakan satu sidang rapat umum khas untuk calon-calon yang bertanding di Perwira.

Rapat umum tersebut akan diadakan pada 30 Mac, jam 10 malam di hadapan Blok A di kolej berkenaan. Mahasiswa/i di kolej Perwira digesa turun bersama dalam mendengar pidato calon pilihan masing-masing.

Sunday, March 29, 2009

Sekitar Sambutan Maulidul Rasul Peringkat UTHM.


UTHM, 28 Mac- Pusat Islam,Majlis Perwakilan Pelajar UTHM bersama badan-badan persatuan dan kelab pelajar telah menganjurkan perarakan MaulidurRasul peringkat universiti pada 27 Mac 2009, semalam. Perarakan yang disertai oleh wakil-wakil kelab dan persatuan pelajar serta jawatankuasa kolej kediaman berjaya membawa mesej "Khairun Ummah" kepada warga UTHM yang melihat perarakan tersebut.

Majlis bermula seawal 8.30 pagi itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga UTHM sehingga dianggarkan penyertaaan hampir 150 orang pada hari tersebut. Kelab Iqra bersama sahabat-sahabat Iqra tidak ketinggalan dalam menyertai perarakan ini bagi menunjukkan perasaan cinta kepada Rasullullah S.A.W dengan mengambil iktibar kisah penghijrahan Rasullullah S.A.W bersama para sahabat. Bertemakan warna kegemaran Rasulullah, Hijau, semangat kecintaaan terhadap insan yang digelar Rahmatan Lil 'alamin semakin membara. Disusuli pula dengan tanggungjawab Kelab Iqra di waktu perarakan untuk memimpin selawat di bahagian tengah dan ke belakang perbarisan menimbulkan suasana seperti penerimaan penduduk Madinah menyambut ketibaan Rasulullulah S.A.W. Perarakan bermula di lokasi E6 dan berarak menuju ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail melalui jalan utama bersebelahan padang golf dan padang ragbi. Program Maulidur Rasul diteruskan lagi dengan sesi ceramah berkaitan Kehidupan Rasulullah dan disusuli pula dengan alunan qasidah dan burdah oleh pelajar-pelajar muda Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada semua warga UTHM yang terlibat.

Sumber : IqraKini
Gambar-gambar sambutan.

Hujan Ribut - KKTDI Menerima Kesan.


P.Raja, 29 Mac - Warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM telah dikejutkan dengan kejadian hujan ribut yang melanda sekitar Universiti dan kawasan P.raja sehingga menyebabkan berlaku beberapa kerosakan harta benda dan alam sekitar. Kejadian tersebut berlaku pada petang jumaat, 27 Mac selepas waktu solat jumaat. Antara kawasan yang menerima kesan buruk akibat bencana itu adalah Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, KKTDI.

Bebarapa bongkah atap batu kolej berkenaan telah jatuh dan serpihannya berselerakan di sekitar kolej sehingga ke hari ini. Perkara ini terjadi dipercayai akibat tiupan angin ribut yang kuat dan juga arus air hujan yang kuat mengalir melalui bongkah-bongkah atap berkenaan sehingga menyebabkan ia menggelongsor jatuh. Selain itu, beberapa batang pokok di sekitar kolej berkenaan juga tumbang dalam kajadian tersebut.





Ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM, saudara Firdaus Mohd Noor terkejut dengan kejadian tersebut dan menyifatkan ini mungkin satu ujian dan musibah yang yang Allah berikan supaya kita semua bermuhasabah dan koreksi diri masing-masing dengan apa yang telah kita lakukan terhadap sosial di UTHM ini khususnya.

Beliau yang ditemui ketika meninjau keadaan KKTDI dan KKTF sepanjang tempoh berkempen sempena pilihanraya kolej kediaman ,PRKK sempat merakamkan tahniah diatas kemenangan Saudara Mohd Aniq dalam merebut kerusi Presiden KKTDI. Beliau juga berharap agar mahasiswa UTHM dapat memberi kerjasama yang terbaik dalam menghidupkan suasana pilihanraya yang mana tarikh membuang undi adalah pada 1 April nanti.

Rapat umum di Kolej Tun Fatimah malam ini

Seperti yang dimaklum, rapat umum pengenalan calon di kolej Tun Fatimah akan diadakan pada malam Ahad bermula jam 10.00 malam. Kesemua penghuni kolej kediaman Tun Fatimah di harap dapat mengambil bahagian dalam mengenali calon-calon yang akan mereka pilih dalam kepimpinan Jawatankuasa pada kali ini.Berita berkaitan keadaan rapat umum akan di smapai dari semasa ke semasa.

Saturday, March 28, 2009

Pilihanraya kolej kediaman UTHM

Seperti yang semua sedia maklum, pemilihan jawatankuasa kolej kediaman UTHM pada kali ini di jalankan melalui sistem pilihanraya.Pemilihan pada kali ni melibat sepuluh kerusi yang di pertandingkan di setiap kolej kediaman iaitu terdiri daripada empat jawatan majlis tertinggi dan enam jawatan pengerusi setiap biro.

Selepas selesai penamaan calon pada hari khamis yang lepas, hampir keseluruhan kerusi yang ditawarkan di setiap kolej kediaman berlaku pertandingan. Kecuali di peringkat kolej kediaman Tun Dr Ismail yang mana keseluruhan jawatankuasanya menang tanpa bertanding. Selain itu juga, tiada pertandingan melibatkan kerusi biro kerohanian dan etika(BKE) di setiap kolej kediaman.

Oleh yang demikian,di peringkat Pro Mahasiswa UTHM mengharapkan agar mahasiswa di kolej kediaman bijak membuat keputusan untuk memilih kepimpinan kolej mereka pada kali ini.

Monday, March 23, 2009

Kenali Ikon kepimpinan masa kini


YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
(Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)

Biodata :
- Date of Birth : 17 March 1957
- Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
- Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail
- Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin

Education :
- Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
- Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.

University :
- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.
- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.

Professional Career :
- Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
- Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)
- Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd
- Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant

Politics :
- Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)
- Head of PAS Kampar Division (2001 - present)
- Treasurer of Perak PAS (2001 - 2006)
- Secretary of Perak PAS ( 2006- 2008)
- Deputy State Commissioner of Perak PAS (2008)

Community Activity :
- Chairman of GPAP (Gabungan Pengguna Air Perak) - NGO
- Coordinator of BERSIH Perak
- Chairman of GASRA (Gabungan Solidariti Rakyat Perak) - NGO

Language Proficiency :
- Malay
- English
- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien)
- Arabic

State Assembly :
- State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008

Award :
- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”


sumber:www.tranungkite.net

Menanti Jelmaan Ir Nizar Dalam PRKK UTHM.


P.Raja, 24 Mac – Maka telah lengkaplah sudah nama-nama calon bagi komponen parti utama yang bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, Perak pada kali ini. Barisan Nasional telah meletakkan Ismail Saffian manakala di peringkat Pakatan Rakyat meletakkan bekas Menteri Besar Perak ( sebenarnya masih lagi menteri besar yang sah ) iaitu Ir Nizar sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat atas tiket Pas.

Di peringkat Pro Mahasiswa UTHM beranggapan akan berlaku pertandingan seimbang dalam PR kecil tersebut. Walaubagaimanapun, Pro Mahasiswa sebenarnya menantikan jelmaan Ir Nizar di PRKK yang julung-julung kali diadakan pada kali ini. Bukan kami memihak kepada mana-mana parti politik di luar, kami menantikan jelmaan Ir Nizar dlm PRKK ini kerana kami beranggapan beliaulah ikon kepimpinan moden yang di segani.

Tidak kisah lah dari parti mana beliau di berasal tetapi apa yang kami maklum rata-rata rakyat perak menyenangi dasar kepimpinannya. Seorang yang berpendidikan tinggi, mudah mesra, berkebajikan ,adil kepada semua kaum, profesional dan dalam masa yang sama mempunyai sahsiah serta ilmu agama yang baik.

Justeru dengan seiringnya pertandingan dalam PR kecil Bukit Gantang dan PRKK UTHM kali ini, maka tidak mustahillah kami mengharapkan adanya ikon seperti Ir Nizar dlm PRKK nanti. Selagi mana calon PRKK pada kali ini mampu membawa perwatakan ataupun gaya seperti Ir Nizar dalam pentadbirannya, kita perlu menyokongnya kerana kita sebenarnya dahagakan kepimpinan kampus yang berkaliber dan berwibawa seperti beliau. Oleh itu, siapakah yang akan menjadi jelmaan Ir Nizar dalam PRKK nanti?

Sama-sama kita nantikan.

Pro mahasiswa bersedia dalam PRKK kali ini.


B Pahat,23 Mac – Pilihanraya Kolej Kediaman yang julang-julang kali di adakan di UTHM akan di jalankan dalam semester ini seperti yang dinyatakan berikut. Proses yang di jalankan pada kali ini adalah sama seperti proses dalam pilihanraya sebelum ini. Sepuluh kerusi dipertandingkan di peringkat setiap kolej kediaman masing-masing.Di peringkat pro mahasiswa UTHM, persediaan telah di atur untuk menghadapi pilihanraya pada kali ini.

“ Memandang kelesuan yang kami lihat di peringkat MPP pada kali ini, kami beranggapan perlunya wakil yang mempunyai idealisme mahasiswa di perjuangkan dalam PRKK pada kali ini.Walau sekadar menjadi calon di peringkat kolej kediaman, Kami yakin dan percaya calon-calon yang di pertengahkan akan berkhidmat sebaik mungkin di setiap Kolej Kediaman dan kami cuba menguasai sehingga 80 peratus kerusi yang di pertanding di setiap kolej kediaman ’’ ujar ketua penaja pro mahasiswa UTHM yang di temui di kediamannya.

Info Pilihanraya Kolej Kediaman(PRKK) UTHM.

Tarikh-tarikh penting

1.Penamaan calon

26 Mac 2009 (khamis)

9.00pagi hingga 12.00 tghhari

Di pejabat setiap kolej kediaman untuk jawatankuasa pelajar tanpa asrama akan di jalankan di dataran Anggerik.

Hari mengundi

1April 2009.

( Rabu)

9.00 pagi hingga 4.00petang.

Di setiap makmal komputar kolej kediaman. Undian secara E-voting

Maklumat akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Thursday, March 12, 2009

Aksi mahasiswa dalam Perhimpunan Mansuh PPSMI



"Saya cukup terharu apabila melihat sekumpulan anak muda memegang banner "PPSMI Penjenayah Akademik" dan bertempur dengan FRU. Mereka tidak undur ke belakang dan sanggup bermandikan water cannon dan gas pemedih mata yang sangat dahsyat kesannya. Saya kira dengan kejadian keberanian 5 mahasiswa ini yang tidak pernah saya lihat dalam mana-mana siri-siri demontrasi jalanan ketika FRU mula menggila, inilah petanda awal mahasiswa sudah kenal erti pengorbanan demi perjuangan memenangkan aspirasi rakyat Alhamdulillah, saya sempat merakamkan peristiwa besar mahasiswa pada 7 Mac tersebut." ujar Setiausaha Agong GAMIS, Muhamad Syaari Ab. Rahman. (Gamis Daily. Com)






Wednesday, March 4, 2009

Malaysiakini : Istana setuju terima memo anti-PPSMI

I
Jimadie Shah Othman | Mar 4, 09 3:48pm

kemaskini 4.51pm Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

anti english language in math and science ppsmi gmp parliament march 170209 04Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut.

Beliau dimaklumkan Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di istana pada masa yang dijadualkan dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada seorang pegawai bagi pihak baginda.

Dr Hassan menambah, satu salinan memorandum tersebut telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong semalam.

Tuesday, March 3, 2009

Fakta penting berkaitan Himpunan PPMSI

Fakta-fakta Penting Himpunan

Himpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI

Sabtu 7hb. Mac 2009 – Jam 2 petang
Tempat berkumpul :
Sogo, Masjid Negara & Central Market

Sasaran tempat himpunan :
Istana Negara

pakaian bewarna putih

Perkara dilarang
Membawa senjata, alat-alat tajam, logo parti politik dan jangan terpedaya dengan provokasi

Perkara digalakan
Membawa air dan tuala kecil.

Pendirian Pro Mahasiswa UTHM berkaitan isu PPMSI


Batu Pahat, 3 Mac - Pro Mahasiswa UTHM menyambut baik cadangan dari beberapa persatuan dan gabungan untuk memobilasi seluruh mahasiswa turun dalam himpunan mansuhkan PPMSI pada 7 Mac (Sabtu). Kehadiran kita pada perhimpunan ini adalah bukan mewakili mana-mana parti politik atau sebaliknya, tetapi ianya merupakan suara mahasiswa dalam menyatakan pendirian berkaitan isu ini.

"Walau bagaimanapun, kami kecewa kerana ada pihak yang cuba memprovokasi isu ini dengan mengkaitkannya dengan sentimen politik seperti penemuan beberapa poster berkaitan PPMSI tetapi tertulis perkataan provokasi terhadap pari politik di kampus kita.

"Ingin saya tegaskan lagi di sini supaya mahasiswa UTHM tidak terpengaruh dengan provokasi tersebut dan kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan provokasi tersebut yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kampus kita.

"Apa yang kami harapkan adalah seluruh mahasiswa UTHM faham berkaitan isu PPMSI ini dan seterusnya turun beramai-ramai dalam menyatakan pendirian kita berkaitan isu ini. Oleh itu,mahasiswa UTHM perlu mengorbankan sedikit masa dan wang dalam membantu kerajaan untuk memutuskan keputusan yang terbaik agar jangan sampai Bahasa Melayu tergadai di tanah Melayu sendiri" ujar Ketua Penaja Pro Mahasiswa UTHM

Memetik kata-kata Datuk A. Samad Said berkaitan isu ini, seharusnya mahasiswa tercabar denganr pendirian tegas sasterawan negara itu. Oleh itu terjemahkan pendirian anda dengan hadir beramai-ramai dalam perhimpunan pada kali ini.

"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan.Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah Sasterawan Rakyat’ yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.

“Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti,” katanya di kediaman rasmi menteri Besar Kelantan.

GAMIS gesa ahli turun himpunan PPMSI


"5,000 ahli tegar GAMIS bersama seluruh mahasiswa akan turun 7 Mac ini atas satu premis bahawa kedaulatan Bahasa Melayu mestilah dipertahankan demi menjaga jatidiri Melayu Islam yang kian terhakis oleh arus deras globalisasi. Arus deras ini hakikatnya turut sama membawa hegemoni keilmuan Barat untuk menjajah sistem pendidikan negara umumnya dan sistem pendidikan Islam khususnya dalam jangka masa panjang. Sebagai mahasiswa patriotic dan independent, kedaulatan ilmu dan kesedaran jatidiri mestilah diserlahkan melalui martabat dan darjat bahasa ilmu iaitu Bahasa Melayu. Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan generasi anak muda akan datang adalah generasi buta bahasa, dan tidak mustahil inilah perancangan Westernisasi iaitu bermula dari bahasa, mereka akan menjajah agama dan budaya kemelayuan keislaman kita.” - Presiden GAMIS

Rakyat Perlu Bantu Kerajaan Putuskan Isu PPSMI - PKPIM


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik sokongan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) terhadap usaha pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sokongan yang diberikan oleh PIBGN itu amat signifikan bagi mengambarkan hasrat rakyat terhadap pemansuhan PPSMI. Ini adalah satu bukti bahawa desakan berterusan terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memansuhkan PPSMI bukanlah suatu isu politik yang bersifat kepartian mahupun perkauman tetapi adalah isu rakyat yang dambakan perhatian dan pembelaan.

Sehubungan dengan itu, PKPIM menggesa institusi-insitusi rakyat yang lain turut tampil ke hadapan bagi menyatakan pendirian terhadap PPSMI. Mesej daripada rakyat kepada kerajaan harus disampaikan secara jelas dan segera. Ini penting bagi memberi gambaran kepada kerajaan akan hasrat rakyat secara keseluruhan berhubung isu PPSMI ini. Dengan demikian, rakyat sebenarnya membantu kerajaan untuk memutuskan keputusan yang bijak dan terbaik buat rakyat Malaysia agar jangan sampai Bahasa Melayu tergadai.

SMSBM mobilasi mahasiswa turun himpunan PPMSI 7 Mac 2009

Soladiriti Mahasiswa Selamatkan Bahasa Melayu (SMSBM) yang di tubuhkan menyeru seluruh mahasiswa turun untuk menzahirkan rasa kurang berpuas hati berkaitan perlaksaan Matematika dan Sains dalam bahasa Inggeris.

SMSBM yang di pengerusi oleh Sdr. Mohd Shafie Hashim memaklumkan pertubuhan gabungannya turut mobilisasi mahasiswa Universiti untuk forum PPSMi: Building or Destroying the Nation pada 8 malam esok; lewat tengahari tadi di sini.

"Untuk forum ini (PPSMi: Building or Destroying the Nation), mobilisasi secara sms dan panggilan telefon saja…kerana fokus kita pada perhimpunan 100 ribu rakyat dan mahasiswa pada 7 Mac depan,” jelas Shafie.

Tambahnya lagi, SMSBM akan melancarkan roadshow ‘kecil-kecilan tetapi banyak’ di Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan beberapa kolej universiti sekitar Lembah Klang bermula malam ini sehingga malam 7 Mac depan.

Ketika ditanya adakah SMSBM akan mobilisasi kampus-kampus zon Utara, Selatan, Timur dan Kepulauan Borneo, beliau menjelaskan sedemikian.

"Setakan ini, follow up telefon sebagai mekanisme. Malam ini sendiri, ada mesyuarat GAMIS yang melibatkan pemimpin-pemimpin mahasiswa suluruh kampus di Malaysia. Kita akan cuba mengambil manfaat atas pertemuan tersebut untuk forum esok dan demontrasi aman 7 Mac depan,” jelasnya lagi.

Terdahulu, YDP MPMUM Mohd Ridzuan Mohammad menyifatkan PPSMi sebagai jenayah akademik pada sistem pendidikan nasional.

Solidariti Mahasiswa Selamatkan Bahasa Melayu (SMSBM) turut disertai oleh
Yang Dipertuan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya Mohd Ridzuan Mohammad
Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) Mohd Hafez Sabri,
Presiden Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) Mohd Faisal Mustaffa,
Presiden Mahasiswa Selangor (PERMASIS) Mohd Khairuddin Baijuri
dan beberapa pemimpin pertubuhan mahasiswa nasional lain. -mahasiswakini

Forum PPMSI di UIAM