Salam sejahtera.
Hari ini bermula sesi perkuliahan semester kedua sesi 2010. Ramai mahasiswa mula kembali ke medan pengajian setelah sebulan bersama keluarga dan sahabat andai dikampung.
Selamat datang juga diucapkan kepada mahasiswa yang baru berdaftarkan diri dipermulaan semester ini. Moga-moga mahasiswa yang baru dapat membiasakan diri dengan kehidupan di bumi parit raja yang bertuah ini.
Disebalik keghairahan mahasiswa untuk meneruskan pengajian, terdapat pula masalah yang timbul buat mahasiswa di Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Jadual kuliah yang sepatutnya telah keluar beberapa hari sebelum kuliah belum dipaparkan kepada umum. Sehinggakan berlakunya kekeliruan dan kekalutan kepada mahasiswa fakulti tersebut pada hari ini. Ramai mahasiswa yang tidak mengetahui status pengajian mereka pada hari pertama perkuliahan. Sesuatu yang amat mengecewakan.
Seorang mahasiswa dari fakulti tersebut meluahkan kepada Pro-M bahawa beliau amat kecewa dengan masalah ini. Ini kerana, ia akan merumitkan segala urusan mahasiswa dan staf dibawah fakulti tersebut. Segala perencanaan dan perancangan mereka terbantut di permulaan jalan.
Umpama tersungkur di permulaan 1 meter pertama didalam acara 100 meter. Tatkala pelari-pelari lain terus memecur kehadapan dan meninggkan begitu jauh.
Diharapkan pihak tersebut cepat bertindak pantas dalam menangani masalah ini dan pastikan masalah ini tidak akan berulang lagi. Pihak atasan universiti pula harus memandang serius diatas apa yang berlaku. Tingkatkan pengurusan.
Akhir sekali, semoga UTHM terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
-Mahasiswa nadi Universiti-
Monday, December 28, 2009
Fakulti buat hal dihari pertama kuliah?
8:30 AM
No comments
0 comments:
Post a Comment