3hb Feb,Parit Raja - Kempen dari pelbagai pihak yg bertanding semakin rancak. Rapat umum, konvoi, ziarah bilik ke bilik giat dijalankan oleh wakil calon yg bertanding. Suasana kampus juga dipenuhi dengan perang poster, bena dan flayes dari calon-calon yang bertanding. Namun disaat genting ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekiranya calon-calon yang bertanding leka kerana serangan disaat akhirnya mampu mengubah undi mahasiswa.
Tinjauan terkini di sekitar kampus memberi masej yang jelas bahawa calon-calon mahasiswa semakin diterima oleh warga kampus. Bukan sahaja diterima oleh mahasiswa, malahan pegawai staff dan pensyarah universiti turun tertarik dengan kempen dan manisfesto dari calon mahasiswa."Harap ada perubahan dalam MPP kali ini. Pilihlah calon yang terbaik", ujar seorang pegawai yang ditemui.
Namun dalam kesibukan berkempen, tidak mustahil akan berlaku sesuatu diluar jangkaan. Ini dibuktikan insiden yang terkini melibatkan seorang calon umum yang telah diconteng dengan spray manakala manefesto asal calon telah diubah. Ini mungkin permulaan terhadap satu demokrasi tempang di kampus. Tidak mustahil selepas ini banyak lagi insiden yang mungkin lebih memudaratkan. Oleh itu, diharap seluruh pendukung dan penyokong Pro Mahasiswa mempertingkatkan keselamatan kepada calon masing-masing. Dalam keadaan tertekan, mereka mampu melakukan apa sahaja.
bena calon yang bertanding telah diconteng
0 comments:
Post a Comment