Isu yang dibangkitkan di peringkat media ProMahasiswa UTHM telah menarik minat ramai pihak. Perdebatan dan pelbagai hujah diutarakan melalui laman sosial facebook dan di laman web ProMahasiswa UTHM ini sendiri. Oleh yang demikian, terlebih dahulu di peringkat ProMahasiswa UTHM memohon ribuan kemaafaan sekiran berlaku pelbagai kekhilafan pendapat dan pembongkaran yang di buat menyebabkan ada pihak yang tesinggung.
Walaubagaimanapun, apa yang hendak ditegaskan disini adalah berkaitan isu amanah kepimpinan, tanggungjawab dan kepercayaan mahasiswa kepada pemimpin. Perkara yang di bongkar bukanlah suatu khabar angin kerana ProMahasiswa UTHM mempunyai bukti yang kukuh dalam menjelaskan isu ini.
Dalam isu ini , saudari Setiausaha Agung telah mengakui kesilapan kerana memberikan alasan “masalah peribadi “ untuk tidak hadir dalam SKT tersebut walhal beliau sebenarnya telah menghadiri suatu program “ Motivision & Leadership Camp 2010” di Pulau Pangkor seperti yang di petik daripada laman web mantan YDP UTHM saudara fadzil dalam artikel terbarunya. Oleh itu, beliau telah memohon maaf atas kesilapannya.
Justeru itu, isu yang di bangkitkan ini bukanlah bertujuan memecah belah mana-mana pihak tetapi sebagai suatu penilaian dalam kepimpinan. Harus di ingat di zaman teknologi dan kebebasan media melihatkan bahawa sebenarnya setiap gerak geri MPP adalah dalam perhatian mahasiswa dan setiap perkara yang tidak baik akan dinilai oleh mahasiswa.
Oleh yang demikian, beberapa perkara penting lain yang ingin ProMahasiswa UTHM perjelaskan adalah seperti berikut :
1. ProMahasiswa UTHM sekali lagi memohon kemaafan sekiranya berita yang disiarkan menyinggung mana-mana pihak.
2. Berharap agar ada pengalaman yang boleh dikongsi bersama Saudari Setiausaha Agung dengan rakan-rakan MPP yang lain dalam penyertaan program “Motivision & Leadership Camp 2010” yang beliau sertai.
3. Mungkin timbul persoalan kenapa kepimpinan baru MPPUTHM09/10 yang lain tidak turut serta dalam program “Motivision & Leadership Camp 2010” walhal Majlis Perwakilan Pelajar MPPUTHM 09/10 adalah kepimpinan tertinggi di peringkat mahasiswa UTHM dan program tersebut adalah program berbentuk kepimpinan. Timbul persoalan lain jua apakah sebenar objektif program tersebut dan siapakah sebenarnya sasaran peserta yang terlibat?
4. Kerjasama antara wakil Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa amatlah ditagih dalam kelancaran gerak kerja pengurusan MPP UTHM pada kali ini . Sekali lagi, wakil-wakil Pro Mahasiswa yang terpilih dalam kabinet MPP kali ini dengan rendah dirinya menyatakan komitmen, kerjasama dan kesatuan yang di berikan dalam membawa agenda mahasiswa di UTHM.
Kesimpulannya, Setiap pemimpin ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kerjasama dan komitmen amatlah diharapkan dalam kelancaran memimpin bersama pada kali ini. Pemimpin harus sedia di kritik dan dalam masa yang sama berpeluang meningkatkan ilmu kepimpinan masing-masing. Bertanggungjawablah dengan dengan baju amanah yang di berikan kepada setiap pemimpin samaada di peringkat mahasiwa mahupun masyarakat.
“Katakanlah : Wahai tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkaulah sebala kebajikan. Sesunguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu“
Surah Ali Imran : 26
Tuesday, March 16, 2010
KENYATAAN RASMI PRO MAHASISWA UTHM BERKAITAN ISU KETIADAAN SUA DALAM SASARAN KERJA TAHUNAN MPP UTHM 09/10
3:13 AM
1 comment
1 comments:
Alhamdulillah..yang sudah berlalu biarkan ia berlalu...itu lah yang terbaik dengan mendengar penjelasan dari pihak yang sebelah lagi tanpa hanya mendengar dari sebelah pihak..saya mempunyai satu pendapat yang ingin diusulkan.. kemaafkan dipohon terlebih dahulu..kisah-kisah disebalik MPP yang saya rasakan sulit dan tidak bersesuaian untuk dikongsi bersama pihak umum, diminta agar kisah-kisah ini tidak dipaparkan di blog sebegini.. kami pelajar biasa ini akan nampak kerapuhan kepimpinan yang ditujukan artikel dan yang menulis artikel...maaf seribu kali maaf...harap teguran yang diberi ini dapat diterima dengan hati yang terbuka oleh semua...
Post a Comment