Pro Mahasiswa

Thursday, March 11, 2010

NYDP1 Semarakkan budaya membaca di UTHM

UTHM,10 Mac - MPP UTHM 09/10 di bawah kelolaan NYDP 1, saudara Mohd Hadi Abd Rahman telah memulakan kempen yang dinamakan baca@uthm. Ianya merupakan satu program kempen budaya membaca secara berkala dan akan dilakukan setiap bulan di tempat-tempat & lokasi yang berbeza-beza.

bagi permulaan kempen " baca@uthm" tersebut,ianya akan di mulakan di baca@busstoputhm. .. seterusnya baca@kafe, baca@bus dan seterusnya seluruh kawasan Universiti dengan menyemarakkan budaya membaca di kalangan mahasiswa.

"It's a very simple but interesting campaign. You just have to bring your own book or any material to read (Quran also permitted). Bring it, we go to the bus stop. Then, we read together." ujar NYDP 1

Objektif utama kempen tersebut adalah ingin mewujudkan kembali suasana membaca & membuang sikap malu membaca di tempat awam.Selain itu, ianya berusaha untuk memupuk sikap minat suka membaca dan menghilangkan labeling "nerd is a weird".Di samping itu juga,di harap program ini berupaya dalam meningkatkan lagi proses mengangkat & mengembalikan intelektualisme mahasiswa itu sendiri.


Pengarah program merangkap NYDP1 turut hadir dalam permulaan kempen baca@uthm di UTHM.


YDP turut memberi perangsang dalam kempen baca@uthm tersebut.


Kelihatan ketua Jab. Kerohanian & Pembangunan sahsiah turut serta dalam pelancaran kempen baca@uthm pada hari tersebut.

2 comments:

saya harap budaya membaca dapat ditanam di sekitar uthm..
n saya harap mpp juga selalu membaca isu2 negara n global..
sbg seorg pemimpin perlu mempunyai ilmu pengetahuan yg luas..
juz 4 share

Assalamualaikum...

Jangan hanya ingin semarakkan BUDAYA MEMBACA sahaja...

sebagai PEMIMPIN, eloklah semarakkah BUDAYA BERBUDI BAHASA dan BERTEGUR SAPA...

Banyak kali dah saya berselisih dengan saudara YDP dan NYDP1 ni... Tapi hanya jalan saja... Pandang tidak, tegur pun tidak...

Jangan hanya nak tunggu 'rakyat' tegur dulu...

Renung2kan....