Salam Perjuangan Mahasiswa
Konsert born 4 nature telah pun berlalu dengan sangat mengecewakan dan menyedihkan. Ianya seolah-olah suatu event yang sangat teragis dan memalukan UTHM sebagai salah sebuah IPTA yang baru meningkat naik dan telah di cemari dengan perkara yang seperti ini. Siapakah yang patut dipersalahkan dan siapakah yang patut dipertanggungjawabkan ke atas malu yang diterima oleh semua warga UTHM.
Sebelum berlangsungnya konsert tersebut di peringkat Pro-Mahasiswa, kami sekeras-kerasnya membantah akan penganjuran konsert tersebut. Setelah hampir dua jam kami duduk semeja dengan pihak HEP, Pusat Islam, Badan Kerohanian & Etika (BKE) setiap Kolej Kediaman, Pro-Aspirasi dan pihak kami sendiri, beberapa perkara telah diputuskan dan dipersetujui dari setiap daripada ahli mesyuarat. Di sana kami telah membincangkan tentang apa manfaatnya sekiranya konsert ini terus di adakan dan adakah konsert ini mampu untuk tidak melanggar syariat dan lunas-lunas yang ditetapkan oleh islam. Walaubagaimanapun di peringkat Pro-Mahasiswa, kami tetap membantah sekeras-kerasnya akan kewujudan konsert Born 4 Nature di bumi UTHM.
Hasil dari perbincangan tersebut beberapa persetujuaan terpaksa dibuat berikutan kedegilan pihak penganjur tetap ingin meneruskan hasrat mereka untuk mengadakan kosert tersebut. Pihak penganjur juga turut berjanji akan mengikut segala guideline yang dipersetuji didalam perbincangan yang dibuat. Berikut adalah perkara yang diputuskan hasil perbincangan tersebut :-
1. Konsert tersebut tidak disertai penyanyi dari kalangan wanita.
2. Tidak wujud pergaulan bebas antara lelaki dan wanita dengan meletakkan partision bagi mengasingkan antara lelaki dan wanita.
3. Pencahayaan mestilah diberikan secukupnya semasa konsert berjalan bagi mewujudkan kawasan yang lebih terang memandangkan konsert berlangsung pada waktu malam.
Namun janji hanya tinggal janji dek kerana keghairahan pihak penganjur untuk tetap ingin meneruskan konsert yang mereka banggakan itu. Apa yang berlaku tidak berjalan sepertimana yang dirancang. Apa yang dijanjikan tidak dikotakan. Konsert yang berlangsung seperti parti liar. Berjoget, menari, terlompat-lompat, goyang kepala dan sebagainya seperti orang tidak beragama walaupun di atas kad pengenalan adalah islam. Pergaulan antara lelaki dan wanita sangat bebas kerana tiada pengawasan dari pihak penganjur dan tiada partision disediakan untuk memisahkan lelaki dan wanita. Keadaan di tapak konsert juga sangat gelap dan boleh menyebabkan pelbagai insiden yang tidak diingini berlaku
Kami di Pro-mahasiswa mengharapkan para pembaca dapat menilai apa yang realitinya sedang berlaku di bumi UTHM ini. Sekiranya agenda-agenda yang cuba diperjuangkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak disekat, adakah misi UTHM untuk melahirkan dan melatih ahli profesional yang bersahsiah mulia dan berdaya saing yang berteraskan konsep tauhid akan tercapai?.
4 comments:
emm...time konsert nasyid boley plak diasingkan atr lelaki dan perempuan tp time konsert ni...????myb mse konsert ni sumenye bukan Islam kowt????
Bila agama diletakkan di bawah tapak kaki!!!
yeke..ad dak mbuk..huhu kang bnjir lgi
hahahaha.. melampau sgt ka ni? abis hak kami org chistian ni sapa nak bela?? hahhaha.. lol..
Post a Comment