Selamat Menduduki Peperiksaan Buat Mahasiswa Program Sarjana Muda Semester II,
Sesi 2011/2012
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad)
tentang (Aku), maka katakanlah pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan
mereka. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa
padaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman padaKu, agar
mereka memperolehi kebenaran”.
(Al Baqarah : 186)
Assalamualaikum..
Salam
perjuangan kepada rakan-rakan yang dirahmati Allah s.w.t..
InsyaAllah,
tidak berapa lama lagi seluruh warga UTHM khususnya pelajar degree dan master
akan menghadapi hari yang yang paling klimaks dihujung semester iaitu minggu PEPERIKSAAN.
Tapi banyak permasalahan dan persoalan yang masih lagi belum terjawab. Ada yang
kata “bab mana ye yang keluar masa exam?”, “buku ni nak kena photostat tak?”,
“banyak tak nota yang awak dah buat?” , “ risaunya… saya tak baca apa-apa lagi
ni?”, ada juga yang tidak kurangnya sudah memikirkan persiapan yang akan dibuat
semasa cuti semester nanti..
Rakan-rakan
yang disayangi sekalian…
Dalam kita
sibuk belajar dan berusaha untuk menghadapi peperiksaan, ingatlah bahawa kita
ada pencipta (Allah).. minta dan berdoalah kepada Allah, kerana Allah sentiasa
mendengar doa kita, Allah sentiasa melihat air mata kita yang mengalir memohon
kepadaNya, dan Allah sentiasa berada bersama kita.
Dihari
menjelang peperiksaan juga, rakan-rakan dinasihatkan untuk banyak beribadat
kepada Allah, bermohon dan bertahajjudlah kepada Allah. Kerana Allah Maha
Mendengar dan Maha Melihat. Jangan pula kita mengambil kesempatan di hari peperiksaan
ini dengan melakukan perkara yang tidak diredhai Allah. Contohnya study
berdua-duaan, study lewat malam sampai lupa nak bangun subuh, membuat maksiat
dan sebagainya.
Rakan-rakan
yang disayangi Allah sekalian..
Nilai
keputusan yang kita peroleh sama ada 2.50 ke, 3.00 ke, 3.50 ke, 3.99 tidak akan menjamin
kecemerlangan hidup kita pada masa akan datang. Tetapi apa yang kita lakukan
sekarang (usaha) itulah yang melambangkan kita pada masa akan datang. Sentiasalah
berbaik sangka dengan keadilan Allah azzawajalla. Namun, sekiranya kita masih
tidak mendapat keputusan yang baik walaupun selepas berusaha, yakinlah di sana
ada hikmah yang lebih berharga. Letakkanlah pengharapan kita semata-mata kepada
Allah (swt) dengan syarat kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita dalam
berusaha kerana demikianlah hakikat tawakkal.
Dikesempatan ini kami seluruh warga PRO-MAHASISWA ingin
mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan dengan penuh hikmah dan diredhai
Allah.
Duta Pro-Mahasiswa UTHM
::Selamat Maju Jaya::
::Selamat Maju Jaya::
Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakal
0 comments:
Post a Comment