Pro Mahasiswa

Wednesday, July 6, 2011

MAHASISWA VS POLITIK

Pilihan Raya Umum 13(PRU 13) semakin hampir. Ini bermakna tempoh pemerintahan kerajaan untuk kali ini hampir tamat. Kabinet hanya menunggu masa untuk dibubar. Sebahagian mahasiswa bangkit menyuarakan pendapat mereka. Namun, masih ada sebahagian mahasiswa yang tidak tahu dan tidak mahu untuk ambil tahu.

Pastinya semua mahasiswa tahu akan wujudnya Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Adakah ini puncanya sebahagian mahasiswa tidak tahu apa yang berlaku dengan politik negara?.Adakah ini juga bagi mengelakkan kebangkitan mahasiswa untuk menentang kerajaan yang zalim?Adakah ini juga langkah yang bijak untuk melahirkan pelapis pimpinan negara?"tepuklah dada tanya selera"

Belenggu AUKU, Mahasiswa ibarat seperti dikongkong dan diikat dari buka mulut untuk mengulas sebarang isu berkaitan politik negara. Mahasiswa juga merupakan sebahagian dari masyarakat malaysia yang mana dalam Perlembagaan berhak untuk bersuara, membuat keputusan dan memberi cadangan. Hak-hak sivil ini tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ada mecadangkan supaya memberi peluang dan ruang kepada mahasiswa untuk berpolitik. Cadangan menteri tersebut menjadi sepi dan dipandang sebelah mata oleh pihak Kementerian walaupun ramai pihak yang telah duduk bersama berbincang dan menyetujui cadangan tersebut.

Ada yang menyatakan bahawa kewujudan Akta Universiti kolej Universiti (AUKU) adalah penyebabnya universiti di negara ini berada dalam rangking yang buruk. Alasan supaya mahasiswa mengutamakan akademik merupakan alasan yang lapuk supaya mahasiwa tidak terlibat dengan politik. Mahasiswa perlu bebas untuk membuat keputusan, bersuara dan memberikan cadangan supaya mahasiwa belajar membuat keputusan “right now”. Halangan yang telah dibina menjadikan mahasiswa sekarang tidak bijak dalam menilai serta membuat keputusan dengan baik.

Impaknya, Malaysia akan mendapat pemimpin yang baru belajar untuk membuat keputusan. Malahan, kita tahu dan sedar bahawa masa depan Malaysia bergantung kepada anak muda dan lebih tepat lagi mahasiswa. Mahasiswa sebagai anak muda seharusnya sedar bahawa kuasa adalah ditangan mereka kerana kuasa kebangkitan anak muda atau mahasiswa boleh menjatuhkan banyak pihak. Sedarlah, merekalah akan mencorakkan masa depan Negara sama ada ianya dijulang atau kecundang.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

STUDENT POWER

0 comments: