![]() |
Penolong Naib Canselor UTHM Prof Amir Hashim Mohd Kassim |
“Mengulas mengenai kehadiran timbalan menteri itu menyampaikan ceramah
yang di dakwa berbaur politik di program itu, Amir
Hashim mengesahkan pihak universiti ada menjemput ketua penerangan UMNO itu. Bagaimanapun,tegas
Prof Amir Hashim kandungan ucapan Ahmad yang didakwa berbaur politik itu adalah
“luar kawalan” pihak universiti memandangkan beliau (Ahmad) merupakan ahli politik.Prof
Amir Hashim menjelaskan, pihaknya telah pun memaklumkan kepada Ahmad
dan pegawainya supaya bercakap mengenai “kecemerlangan akademik”
supaya pelajar mahu maju kehadapan.
“Kita
tidak tahu,bila ahli politik bercakap kita tak boleh kawal. Jadi pada pandangan pelajar,
ia sudah menimbulkan persepsi lain,”
katanya sambil menambah pihaknya tidak ada niat untuk memaksa pelajar datang ke program
berkenaan.(Sumber:Malaysiakini 6 April 2012).
(Sumber:Malaysiakini 6 April 2012) |
Berikut merupakan ulasannya pada keesokkan
harinya,7 April 2012 kepada wartawan akhbar Sinar Harian:
“Cuma apa
yang kami
kesalkan tentang tindakan mereka dalam menyalurkan perasaan tidakpuas hati.Mereka ini adalah siswa
yang terpilih dan pastinya mampu berfikiran matang,”
Amir
Hashim menjelaskan, pihaknya tidak memaksa pelajar mengikuti program
dianjurkan seperti yang didakwa, selain masih menyiasat siapa yang memadamkan lampu.
“Sebenarnya
kami menganjurkan forum pengantarabangsaan dengan memanggil Timbalan Menteri di
JabatanPerdanaMenteri, Datuk Ahmad Maslan yang
juga Ketua Penerangan Umno untuk berkongsi pengalaman beliau bersesuaian dengan tajuk.
“Namun, perkara ini disalah erti segelintir pelajar yang mengatakan ia berunsur politik,”(Sumber: Sinar Harian, 7 April 2012)
(Sumber:Sinar Harian, 7 April 2012) |
Berikut antara maklumbalas yang
diperoleh hasil luahan seorang mahasiswa yang terlibatdalam program tersebut," Bersesuaian dengan tajuk? Ini sebahagian daripada artikel
yang betul-betul tidak boleh diterima .Kami ada dalam dewan itu dan didalam “presentation”
Datuk Ahmad Maslan boleh dikatakan 80 % ada gambar bendera umno yg berkibar. Dapatkah bangkai gajah akhirnya ditutup dengan sempurna? Di satu sudut memberi kenyataan lain dan di satu sudut kenyataan lain.
Sama-sama fikirkan
::Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa::
0 comments:
Post a Comment