Sejak dua menjak ini ramai yang memperkatakan tentang kebebasan akademik. Kebebasan akademik ini bagaimana? konsepnya
ringkas. Kebebasan ini bukanlah kebebasan mutlak tetapi ia merupakan autoriti
yang perlu diberikan kepada ahli akademik dan mahasiswa untuk mengajar, menyelidik,
mengungkap idea-idea dan pendapat samaada didalam atau luar kuliah mengikut
kepakaran masing-masing.

Adakah kita mahu pemimpin kita
pada masa hadapan merupakan pemimpin yang menuruti sahaja kehendak orang lain
seperti lembu yang dicucuk hidung, tanpa boleh befikir secara kritis ,kreatif dan
peka terhadap faktor sekelilingnya dengan membuat perbandingan dalam menentukan sesuatu
keputusan.
Sebenarnya jika kena gaya dan caranya, kebebasan
akademik mampu menjadikan mahasiswa cakna terhadap isu semasa dalam memberikan
pendapat, idea dan pengetahuan mereka supaya 'produk-produk' yang dihasilkan oleh
universiti tempatan lebih bermutu bukan hanya dibelenggu oleh sindrom 3K(kuliah,kafe,katil).
“Kebebasan akademik adalah kebebasan
guru atau peneliti untuk mengkaji serta membahas persoalan di bidangnya tanpa
ada intervensi penguasa politik dan keagamaan, atau lembaga yang
mempekerjakannya)”- Arthur Lovejoy-.

17 Desember 2011
Dataran Merdeka
0 comments:
Post a Comment