Pro Mahasiswa

Monday, October 13, 2008

Laporan terkini PRK di UPSI.

Tanjung Malim, 13 Oktober - Menurut seorang daripada bakal calon bagi Pilihanraya Kampus Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), terdapat dua orang bakal calon ASPIRASI yang pernah melanggar peraturan PRK tahun lalu.

Beliau yang ingin namanya dirahsiakan mendakwa kedua-dua calon tersebut pernah menjadi jentera Aspirasi dan mengedarkan risalah yang tercatat nama-nama calon Aspirasi bagi PRK tahun lepas.

Sumber dari blog UPSIKINI menyebut beliau sebagai berkata, pendedahan tersebut adalah untuk memastikan mahasiswa memilih pemimpin yang terbaik dan tidak bermaksud untuk membalas dendam.

Perbuatan tersebut menurut beliau lagi, melanggar peraturan PRK kerana perbuatan berkempen adalah dilarang sama sekali selepas tamat tempoh berkempen. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak diambil tindakan oleh sekretariat PRK UPSI.

“Saya lihat dan kenal mereka. Semasa kejadian saya berada di situ dan menengking mereka. Saya tidak terkejut mereka bertanding pada PRK kali ini kerana mereka memang terkenal sebagai pengikut paling setia MPP lepas tetapi saya akan mendedahkan perkara ini sekiranya mereka bertanding nanti.” kata beliau.

UPSI bakal menyaksikan permulaan kepada Pilihanraya Kampus pada 14 Oktober 2008 sebagai hari penamaan calon. Hari pembuangan undi bagi mahasiswa dan mahasiswa UPSI pula adalah pada 17 Oktober 2008 -Mahasiswakini

1 comments:

This comment has been removed by the author.