Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Hampir 3,000 mahasiswa Islam berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi menyuarakan bantahan dan kutukan di atas tindakan Mesir menutup sempadannya dari menerima kemasukan pelarian Gaza yang terpaksa menyelamatkan diri dari serangan 14 hari bertubi-tubi Israel laknatullah. Rejim Husni Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza. Mubarak yang sangat degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah. Ini mengakibatkan bantuan kemanusiaan dunia tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!
Demontrasi tersebut telah berjaya membabitkan semua Persatuan Mahasiswa Islam dan NGO Mahasiswa dari seluruh Malaysia, khususnya dari GAMIS peringkat negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia. Turut sama menjayakan demontrasi ini adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, PKPIM dan beberapa mahasiswa antarabangsa.
Demontrasi kali ini mencatat sejarah penting pada mahasiswa Islam dan GAMIS khususnya kerana kerahan yang begitu besar membabitkan hampir belasan bas dari serata Malaysia bagi menunjukkan simpati, sokongan dan semangat jihad yang tinggi anak muda Islam di Malaysia kepada gerakan Islam HAMAS yang sedang berjuang mempertahan Gaza dari serangan Yahudi Israel.
Selain dari itu, perjalanan sejauh 3 kilometer dan mengambil masa hampir 45 minit untuk ke kedutaan Mesir telah memberikan kepuasan kepada mahasiswa untuk meluahkan perasaan dan pendirian mereka pada rakyat yang menyaksikan demontrasi tersebut. Banner bertulis “Hancur Yahudi” dan slogan “Save Gaza” yang begitu banyak dan berwarna warni menyemarakkan lagi konvoi raksasa mahasiswa.
Demontrasi bermula dengan ucapan MT GAMIS, saudara Redhuan Bakar di Masjid Ash Shakirin, KLCC. Beliau menyatakan mahasiswa akan berarak ke kedutaan Mesir kerana mahasiswa mahu memberikan peringatan keras kepada wakil kerajaan Mesir di kedutaan tersebut bahawa dunia Islam tidak akan berdiam diri jika rejim Husni Mubarak terus menjadi boneka Amerika Syarikat dan Israel jika terus berdalih dari membela pelarian Gaza. Mufti Mesir juga dilihat takut pada Presidennya sehingga sanggup melihat rakyat Gaza dibunuh dan disembelih.
Sejurus tiba di hadapan kedutaan Mesir, antara pimpinan mahasiswa yang berucap adalah wakil PKPIM, Presiden Parti Mahasiswa Negara, saudara Azlan Zainal, bacaan sajak Gaza oleh saudara Faisal Mustafa, penyerahan memorandum dan pidato penutup oleh Presiden GAMIS, ustaz Dzulkhairi Mohd Nor. Presiden GAMIS dalam ucapannya sangat menghargai kehadiran mahasiswa seluruh kampus di serata Malaysia yang sudi hadir dengan susah payah demi menyatakan komitmen dan kesediaan anak muda Malaysia andaikata diminta untuk berjihad di Gaza pada saat ini. Selain itu, beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Mesir yang sanggup berkompromi dengan Israel menutup pintu sempadan dari menerima pelarian Palestin di Gaza.
0 comments:
Post a Comment