Pro Mahasiswa

Thursday, January 29, 2009

Pasca PRK UTHM : Wajarkah 6 orang senator dilantik ?

B.PAHAT, 29 Jan - Hampir tiga minggu kabinet baru MPPUTHM telah di bentuk. Seperti yang semua sedia maklum, Saudara Hanif yang memperoleh undian ketujuh tertinggi telah di angkat sebagai YDP UTHM 09. Keseluruhuan Majlis tertinggi dan beberapa exco telah di lantik dalam mesyuarat pertama kabinet MPP tersebut. Hampir kesemua MPPUTHM 09 yang di pilih melalui proses pilihanraya pada kali ini telah di amanahkan dengan portfolio masing-masing.

Berdasarkan sumber yang di perolehi, pembentukan kabinet kali ini akan mendapat 'extra' kerusi yang akan di isi 6 orang senator yang rata-rata mereka yang tewas dalam perebutan kerusi umum pada PRK UTHM 09. Apa yang mendukacitakan adalah kenapa perlu di lantik terlalu ramai senator walhal pada pada pemilihan tempoh hari telah menyatakan hanya 7 bilangan kerusi umum sahaja yang di pertandingkan.

" Walaupun perkara ini di pandang remeh oleh warga kampus tetapi ianya perlu di ambil secara serius kerana seolah-olah hak pengundi telah di permainkan dalam memilih 7 dari 16 calon umum yang di pertandingkan pada hari mengundi. Jika Jika awal-awal lagi 'kabinet MP' memerlukan lagi 6 lagi kerusi, kenapa tidak di pertandingkan sahaja pada PRK UTHM tempoh hari dengan menambahkan 13 calon umum yang perlu di pilih?" Ujar ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM.

Jika melihat buku panduan pilihanraya UTHM,pada lembaran 5,6 dan 7 di bawah perkara Kawasan Pemilihan, memang telah di nyatakan secara terperinci KENAPA hanya 20 kerusi sahaja di pertanding di peringkat umum dan fakulti. Justeru iti, ketua penaja pro mahasiswa UTHM sekali lagi mengharapkan penjelasan sewajarnya dari MPPUTHM berkaitan lantikan seramai 6 orang senator ini. Mereka harus menyatakan kepada umum kenapa dan mengapa 6 orang senator yang kesemuanya hadir dari calon yang tewas dalam pemilihan umum di lantik. "Secara dasarnya demokrasi telah di cabul.Oleh itu penjelasan dan kenyataan akhbar dari MPPUTHM perlu di adakan dengan segera ", tegas ketua Penaja Pro Mahasiswa UTHM lagi.

1 comments:

x wajar ,tak patut sama sekali.perlantikan senator ini seolah -olah mempermainkan mahasiswa,memperbod ohkan mahasiswa. perlantikan secara AD-Hoc ini seolah-olah politik kampus hanyalah hampas yang tidak berguna, suara mahasiswa hanya suara kanak-kanak kecil yang tidak perlu diendahkan. ini menggambarkan piihanraya yang dilakukan tempohhari hanyalah sekadar mengabui mata mahasiswa bahawa masih wujud pilihanraya di UTHM secara telus, walhal ianya hanyalah lakonan pihak pentadbiran universiti, dengan suka-suka hati diorang je melantik senator yang bukan pilihan mahasiswa. ini merupakan satu agenda terancang bagi mematikan suara mahasiswa dalam memperjuangan hak di UTHM.ayuh mahasiswa bangit menentang kebobrokan ini. bangkit!bangkit! mahasiswa! !!