Pro Mahasiswa

Monday, March 23, 2009

Menanti Jelmaan Ir Nizar Dalam PRKK UTHM.


P.Raja, 24 Mac – Maka telah lengkaplah sudah nama-nama calon bagi komponen parti utama yang bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, Perak pada kali ini. Barisan Nasional telah meletakkan Ismail Saffian manakala di peringkat Pakatan Rakyat meletakkan bekas Menteri Besar Perak ( sebenarnya masih lagi menteri besar yang sah ) iaitu Ir Nizar sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat atas tiket Pas.

Di peringkat Pro Mahasiswa UTHM beranggapan akan berlaku pertandingan seimbang dalam PR kecil tersebut. Walaubagaimanapun, Pro Mahasiswa sebenarnya menantikan jelmaan Ir Nizar di PRKK yang julung-julung kali diadakan pada kali ini. Bukan kami memihak kepada mana-mana parti politik di luar, kami menantikan jelmaan Ir Nizar dlm PRKK ini kerana kami beranggapan beliaulah ikon kepimpinan moden yang di segani.

Tidak kisah lah dari parti mana beliau di berasal tetapi apa yang kami maklum rata-rata rakyat perak menyenangi dasar kepimpinannya. Seorang yang berpendidikan tinggi, mudah mesra, berkebajikan ,adil kepada semua kaum, profesional dan dalam masa yang sama mempunyai sahsiah serta ilmu agama yang baik.

Justeru dengan seiringnya pertandingan dalam PR kecil Bukit Gantang dan PRKK UTHM kali ini, maka tidak mustahillah kami mengharapkan adanya ikon seperti Ir Nizar dlm PRKK nanti. Selagi mana calon PRKK pada kali ini mampu membawa perwatakan ataupun gaya seperti Ir Nizar dalam pentadbirannya, kita perlu menyokongnya kerana kita sebenarnya dahagakan kepimpinan kampus yang berkaliber dan berwibawa seperti beliau. Oleh itu, siapakah yang akan menjadi jelmaan Ir Nizar dalam PRKK nanti?

Sama-sama kita nantikan.

1 comments:

Walaupun aku penyokong promahasiswa UTHM, tetapi aku tidak sesekali menyokong pakatan pembangkan kerajaan(PKR,PAS,DAP) kerana perjuangan mereka hanya mementingkan kepentingan peribadi sesetengah pihak. Bagi aku rakyat perlu diutamakan. Isu penggunaan nama ALLAH juga dipermainkan DAP dan PKR serta Erdogan PAS. Aku menyokong Ustaz Taib Azamuddin mempertahankan nama ALLAH drpada digunakan agama lain. Aku menyokong UMNO berkenaan isu tersebut. Bagi aku UMNO lah yang memperjuangkan nasib bangsa dan agama Islam. Tidak seperti PAS bersekutu dgn DAP dan mula lupa perjuangan sebenar mereka...islam. Kumpulan Erdogan PAS begitu taksub kepada anwar ibrahim...perosak bangsa sendiri....Kerana anwar, Malaysia hampir ditipu Amerika melalui IMF. Bangkitlah dan sedar wahai Mahasiswa....Hidup UMNO...Hidup Malaysia tanah airku