Pro Mahasiswa

Sunday, March 29, 2009

Hujan Ribut - KKTDI Menerima Kesan.


P.Raja, 29 Mac - Warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM telah dikejutkan dengan kejadian hujan ribut yang melanda sekitar Universiti dan kawasan P.raja sehingga menyebabkan berlaku beberapa kerosakan harta benda dan alam sekitar. Kejadian tersebut berlaku pada petang jumaat, 27 Mac selepas waktu solat jumaat. Antara kawasan yang menerima kesan buruk akibat bencana itu adalah Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, KKTDI.

Bebarapa bongkah atap batu kolej berkenaan telah jatuh dan serpihannya berselerakan di sekitar kolej sehingga ke hari ini. Perkara ini terjadi dipercayai akibat tiupan angin ribut yang kuat dan juga arus air hujan yang kuat mengalir melalui bongkah-bongkah atap berkenaan sehingga menyebabkan ia menggelongsor jatuh. Selain itu, beberapa batang pokok di sekitar kolej berkenaan juga tumbang dalam kajadian tersebut.





Ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM, saudara Firdaus Mohd Noor terkejut dengan kejadian tersebut dan menyifatkan ini mungkin satu ujian dan musibah yang yang Allah berikan supaya kita semua bermuhasabah dan koreksi diri masing-masing dengan apa yang telah kita lakukan terhadap sosial di UTHM ini khususnya.

Beliau yang ditemui ketika meninjau keadaan KKTDI dan KKTF sepanjang tempoh berkempen sempena pilihanraya kolej kediaman ,PRKK sempat merakamkan tahniah diatas kemenangan Saudara Mohd Aniq dalam merebut kerusi Presiden KKTDI. Beliau juga berharap agar mahasiswa UTHM dapat memberi kerjasama yang terbaik dalam menghidupkan suasana pilihanraya yang mana tarikh membuang undi adalah pada 1 April nanti.

1 comments:

'supaya kita semua bermuhasabah dan koreksi diri masing-masing'..sejak bila pula dlm bahasa melayu ada perkataan 'koreksi'????kata anti PPSMI,tapi sama-sama merosakkan bahasa