Pro Mahasiswa

Wednesday, April 28, 2010

Kenyataan Rasmi memohon maaf ke atas kekeliruan artikel MHS

Salam

Disini pihak Pro-Mahasiswa memohon jutaan kemaafan atas artikel yang telah dikeluarkan "Pembantu MHS turun dari langit". Dengan keluarnya artikel ini telah menyinggung beberapa pihak yang tidak terlibat didalam perkara ini.

Seperti nama-nama pelajar yang telah disiarkan pada artikel ini:

MHS382 (AMIR HAMZAH BIN ARIFFIN)

MHS383 (AZIAH BINTI OTHMAN)

MHS384 (MAZNI BIN SHARIFF)

MHS385 (MOHD HAFRIZ BIN NAZLAN)

MHS386 (NUR MUHAMMAD FIRDAUS BIN NUR AHMAD)

MHS387 (MOHD AZLAN BIN ABU TALIB)

MHS388 (MOHD HAZRULFAEZ BIN RAHIAM)

MHS389 (MOHD SHAHIR BIN MUHAMED YAAKOB)

MHS390 (ARUN A/L RAJENDRAN)

MHS391 (AHMAD RIFA’I B. KAMARUDIN)

Tujuan utama pihak kami hanyalah untuk menunjukkan bilangan pelajar yang memohon untuk MHS tidak berada dalam senarai temuduga pembantu MHS tetapi terpilih untuk menjadi pembantu MHS. Mungkin disini berlaku salah faham berkaitan dengan individu-individu ini. Kami memohon maaf atas kekeliruan ini.

Matlamat utama artikel ini ialah:

1. Mahukan keadilan dari pihak bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara.

2. Mahukan penjelasan dari pihak bertanggungjawab dalam perkara ini.

Akhir kata, sekali lagi pihak Pro-Mahasiswa memohon jutaan kemaafan atas kekeliruan ini. Berkaitan dengan nama-nama pelajar tersenarai, mereka ini pun langsung tidak terlibat dalam perkara ini, mereka hanyalah di'kambing hitam'kan untuk menutup pekung beberapa individu yang sengaja dimasukkan untuk dijadikan pembantu MHS.


3 comments:

------ Assalamualaikum -------

Terima kasih kepada PIHAK PRO-M di atas permohonan maaf secara rasmi. Tetapi saya di sini ingin meminta PRO-M berjumpa sendiri dengan SEKRETERIAT MHS berhubung beberapa potong ayat yang saya rasakan masih perlu pihak PRO-M dapatkan PENJELASAN daripada SEKRETERIAT. Ayat-ayat tersebut ialah :

"Tujuan utama pihak kami hanyalah untuk menunjukkan bilangan pelajar yang memohon untuk MHS tidak berada dalam senarai temuduga pembantu MHS tetapi terpilih untuk menjadi pembantu MHS"

"mereka hanyalah di'kambing hitam'kan untuk menutup pekung beberapa individu yang sengaja dimasukkan untuk dijadikan pembantu MHS"

Ayat-ayat di atas ini pada PANDANGAN SAYA masih lagi perlu dijelaskan oleh SEKRETERIAT sama ada mereka memohon atau tidak.

Cuma untuk ayat kedua, saya mohon PRO-M dapat beri penjelasan sedikit apakah yang dimaksudkan dengan DIKAMBINGHITAMKAN untuk MENUTUP PEKUNG BEBERAPA INDIVIDU yang SENGAJA DIMASUKKAN.

Mohon pihak PRO-M dapat memberi sedikit penjelasan kerana saya tidak begitu faham. Terima kasih.

------- Assalamualaikum -------

Salam perjuangan kepada pejuang2 pro M semua.saya Nur Muhamad Firdaus b Nor Azman 861205465173 salah sorg pembantu MHS yg dikatakan "turun dari langit".terima kasih diats permohonan maaf pihak kalian.sy yg pd mulany sgt2 marah & mrsa terhina dgn artikel yg kalian karangkn agk sejuk slps permohonan maaf ini.
pejuang2 sekalian,sy sgt2 tertarik dgn usaha pihak kalian utk mjd pejuang agenda mahasiswa@pemimpin yg melaugkan "student power".ini 1 budaya yg sgt sihat bg memupuk sifat kepimpinan terutamany pd mahasiswa yg bakal mjd pemimpin negara ini 1 hari nti.sungguh pn begitu,nasihat sy adlh utk mjd pemimpin@pejuang yg baik,cra kerja kita,budaya kerja kita perlulah btl.sblm anda mahu meyelar mne2 pihak atau mahu mmpertikaikn sesuatu isu atau mahu menegakkn keadilan sekalipun,siasatan/research/study perlulah kalian smua lakukn dulu sblm mmbuat ape2 kesimpulan.meletakkn terus artikel seperti "pembantu MHS turun dr langit" sambil mgeluarkn nma2 individu yg tidak bersalah malahan tidak tau menahu pn isu2 yg berkait merupakn 1 tindakan yg bersifat provokatif dan bodoh.mendedahkn sesuatu yg salah adlh 1 tindakan yg baik, tetapi ia akn kelihatan spt sesuatu yg melucukn jika fakta yg didedahkn salah & menjatuhkn maruah individu lain.lakukan kajian/siasatan/study dahulu mgenai isu2 yg berbangkit sblm mendedahkn isu yg berlaku.ini tidak,dgn kaedah penulisan yg provokatif,kalian menyelar entah siapa & kerana apa tanpa 1 isu/alasan yg kukuh.berkarya megenai isu2 yg kalian rsa perlu didedahkn diBLOG ini adlh sgt baik & sy secara peribadi memuji tindakan kalian semua.namun,penulisan diBLOG sepatutny mjd jln yg terakhir utk anda mdedahkn isu/hak yg tidak dperjuangkn & yg perlu mdptkn keadilan.perjuangan secara ofensif perlu kalian lakukn utk mendptkn kebenaran.bknny terus dgn memb*b* buta menulis aritikel ini yg mendedahkn kejanggalan yg berlaku & mem'provoke' individu2 yg tidak bersalah.sy sgt berkecil hati dgn artikel yg saudara tulis kerana sy telah danggap sbg "tali barut HEP",bersekongkol dgn "kerajaan langit" dsbny.provokasi2 yg sgt berat utk sy terima sdgkn sy ditawarkn utk menyertai program MHS diats pengalamn sy bekhidmat dlm program2 yg melibatkn mahasiswa.khidmat & pengalaman sy dharap dpt memantapkn lg program MHS kali ini.bkn hendak myatakn mahasiswa/siswi yg memohon tidak lyk,ttp adakh kalian mjlnkn kajian dahulu brpa rmaikh calon2 lelaki yg memohon meyertai bahagian tugas-tugas khas?dan dr senarai permohonn tersebut,tahukh kalian brpa rmai yg bnr2 lyk utk mjd pembantu MHS bahagian tersebut?jika kalian melakukn penyiasatan & kajian utk persoalan2 td, sdh tentu artikel sedemikian tidak akn keluar..
tahniah sy ucapkn pd kalian dats kejayaan kalian megeluarkn artikel yg bjya meyerlahkn kepincangan kepimpinan kalian.sy berharap kalian smua dpt memperbaiki kaedah,budaya dan sistem kepimpinan kalian sekalian.semoga ALLAH memberkati perjuangan kalian smua.sekian,salam perjuangan.

Terima kasih atas kenyataan rasmi ini... Harap selepas ini pihak pro m dpt menulis dengan lebih matang lagi... Perhatikan semula ayat yg terpampang pada blog anda "Pakatan mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, barsama dalam memacu dan membawa idelisma mahasiswa di kampus UTHM ini khususnya"... Saya highlight di sini " barsama dalam memacu dan membawa idelisma mahasiswa di kampus UTHM" perkataan membawa idealisme, bukan membawa kepada kekusutan atas sesuatu perkara... Inilah perkara yang selalu membawa kepada perpecahan dalam sesebuah organisasi, dlm konteks ini, UTHM. Sepatutnya pro m membawa perkara untuk check n balanced, bukan menyiarkan artikel yg membuatkan kekecohan dan kekusutan...