Pro Mahasiswa

Friday, June 25, 2010

Selamat Datang ke UTHM kepada pelajar baru

Salam Sejahtera.Kami dipihak Pro-Mahasiswa ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar pada 26/6/2010 untuk pelajar jurusan diploma dan 3/7/2010 untuk pelajar jurusan ijazah sarjana muda.Datang dengan harapan, balik membawa kejaya...

Monday, June 21, 2010

Perpustakaan UTHM dibuka dengan rasminya

Masa yang dinanti-nantikan oleh warga UTHM untuk menduduki bangunan perpustakaan yang serba canggih akhirnya terlaksana. Tanggal 20 Mei 2010 satu majlis doa selamat dan solat hajat telah diadakan di Ruang Pustaka Kanak-kanak Bangunan Perpustakaan. Majlis dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin diiringi oleh Penolong Naib Canselor (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) Prof. Ir....

Sunday, June 13, 2010

Sah! Politik telah dihalalkan di dalam kampus

Pada 11 sehingga 13 hb Jun yang lalu, suatu program berbentuk motivasi telah diadakan di UTHM. Program yang memberi penekanan kepada membina keyakinan diri dan memotivasi diri ini telah disertai hampir 1000 orang peserta. Peserta-peserta ini terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 bawah dari sekitar daerah Sembrong dan Pekan. Dikhabarkan hampir 20 buah sekolah yang terlibat.Program seperti ini amat sesuai dengan saranan pentadbiran universiti yang mahukan program-program yang melibatkan mahasiswa UTHM dengan rakyat sekitar mereka....

Tuesday, June 8, 2010

AUKU: Keberanian SMM bagai merempuh Gaza

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Keberanian Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menuntut kebebasan bersuara dan akademik daripada kerajaan Umno BN dianggap seperti keberanian 12 sukarelawan Malaysia menuntut kebebasan daripada zionis Israel untuk membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Demikian kenyataan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat pagi tadi pada suatu kenyataan media bersama SMM di lobi Parlimen. "Kita anggap keberanian SMM ini menentang Auku serta menuntut kebebasan akademik ini sebagai keberanian merempuh Gaza yang dikepong zionis sekarang ini,"...

Wednesday, June 2, 2010

Boikot Barangan Israel

2 Jun 2010: Berhubung dengan isu serangan komando Israel terhadap rombongan kapal misi bantuan kemanusiaan di Gaza. Pihak Pro-Mahasiswa UTHM ingin menyeru kepada seluruh warga UTHM agar meneruskan usaha memboikot barangan Israel. Itulah yang kita mampu lakukan terhadap perkara i...