2 Jun 2010: Berhubung dengan isu serangan komando Israel terhadap rombongan kapal misi bantuan kemanusiaan di Gaza. Pihak Pro-Mahasiswa UTHM ingin menyeru kepada seluruh warga UTHM agar meneruskan usaha memboikot barangan Israel. Itulah yang kita mampu lakukan terhadap perkara ini.
Wednesday, June 2, 2010
Boikot Barangan Israel
12:35 AM
3 comments
3 comments:
Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.
salam perjuangan rakan2 sekalian.
sekali lagi rejim zionis israel ini telah menunjukkan kerakusan dan sikap kurang ajar pihak mereka dalam menidakkan hak saudara2 kita di Palestin.
janji2 yg dhamburkan oleh Presiden Obama selepas kejayaan beliau mjd presiden US masih gagal utk ditunaikan.malahan,usaha2 damai yg telah dibuat hanyalah retorik semata2.kuasa besar ini lbh risau akn tindak-tanduk Iran dlm projek tenaga nuklearny malahan berterusan mengancam Presidan Mahmood Ahmadinejad.apa pula yg polis dunia ini buat utk mengecam tindakan Israel diatas perbuatan tidak berperikemausian ini?!jelas sekali tiada apa hanyalah rundingan damai,gencatan senjata yg tiada pencapaian muktamadnya.
dimana hilangny kuasa2 besar asia barat.UAE berdiam diri ibarat singa dirantai besi.hanya Presiden Racep Tayyip (Turki) shj yg lantang mengecam tindak-tanduk Israel.malahan negara eropah juga mula sedar akn apa yg sedang dan telah dilakukan oleh "musuh dlm selimut ini".namun rakan2 sekalian,sedikit persoalan timbul dikepala saya.adakah masih relevan tindakan kita memboikot barangan Israel dan sekutuny ini??
cuba saudara/ri sekalian fikirkan setelah lebih 50 tahun mereka telah menjalankan perniagaan mereka melalui nilai eksport keserata negara dlm dunia ini.dengan keuntungan berbilion melalui pelbagai jenis perniagaan yg telah mereka lakukan dari sekecil industri makanan hinggalah sebesar industri teknologi senjata dan utiliti.keuntungan yg telah diperolehi lebih daripada 5 dekad.adakah dengan memboikot barangan mereka untuk tempoh setahun sekalipun mampu menggugat mereka?pada hemat saya(walaupun saya bukan lah seorg pakar ekonomi) ia sudah tidak relevan!!
kita sebagai pelajar juga harus bertindak dgn lebih lantang daripada hanya memboikot dan mengecam tindak-tanduk rejim zionist ini.bukanlah ingin saya meyeru kalian semua utk berhimpun didepan parlimen dan membakar patung Presiden Israel (ehemm..) tetapi sebagai pelajar (Islam terutamanya) kita mampu mengerakkan resolusi dan usul untuk mengenakan tindakan ketenteraan terhadap rejim zionist ini.tindakan ketenteraan adalah usaha yg paling baik bagi memastikan barangan2 yg dibawa oleh kapal2 misi keamanan (Misi Talian Hayat Untuk Gaza) sampai kepada penduduk Palestin.kita sebagai pelajar juga mampu menggesa pihak PBB utk melakukan sesuatu utk menyatakan pendirian dan keperihatinan kita terhadap rakyat2 diserata dunia,terutamanya anak2 muda dan kanak2 yang tidak bernasib baik terlibat dalam kancah perperangan.usaha2 sedemikian dilihat lebih proaktif dan lebih bijak dari sekadar usaha memboikot barangan,mengadakan bantahan jalanan mahupun perhimpunan dihadapan parlimen.kita ini sebagai pelajar haruslah menggunakan cara yg menunjukkan kerangka minda yg berbeza (kreatif) dari individu2 lain di luar sana.
diharap usul yg saya nyatakan dpt pejuang2 mahasiswa yg bakal menjadi pemimpin negara dimasa akan datang dpt dipertimbangkan.ini adalah langkah kecil yg akn mengubah tanggapan masyarakat terhadap mahasiswa.sekain,salam perjuangan.bangkitlah menentang rejim zionist!!dgn usaha minda bkn hanya tenaga.
bodoh... cuba la boikot.. sama2 kita tgk kesan nya.. berdiri pun x betul, inikan nak berlari..
Post a Comment