Pro Mahasiswa

Saturday, September 24, 2011

Acuan Mahasiswa

Tidak terlewat rasanya untuk Pro Mahasiswa UTHM sekali lagi mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa mahasiswi baru bagi kemasukan degree sesi 2011/ 2012. Sepertimana yang diketahui, pengambilan mahasiswa baru untuk kursus ijazah sarjana muda bagi sesi ini adalah yang paling ramai dalam sejarah pengambilan mahasiswa baru di UTHM iaitu seramai 2154 orang. Berbanding dengan pengambilan pelajar baru untuk tahun lepas hanya tidak sampai 1500 orang.

Seperti yang diketahui, seperti sudah menjadi satu adat atau kemestian. Mahasiswa mahasiswi baru yang masuk mendaftar akan melalui sesi Minggu Haluan Siswa. Sesuai dengan maksudnya “Haluan Siswa”, iaitu memberi gambaran awal kepada mahasiswa tentang hala tuju masa depan mahasiswa supaya dapat merancang melalui kursus-kursus yang diambil. Lebih tepat lagi, Minggu Haluan Siswa adalah sesi pengenalan mahasiswa kepada suasana di Kampus, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan mungkin motivasi untuk mahasiswa baru sebelum memulakan pembelajaran pada suasana yang berbeza sebelum ini.

Namun, MHS telah pun berlalu dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kekurangan yang seandainya diceritakan akan membuka pekung serta kelemahan sekretriat Minggu Haluan Siswa (MHS). Sesuatu yang lepas tidak seharusnya biar lepas begitu sahaja tanpa ada usaha penambahbaikan. Diharapkan MHS akan datang lebih menekankan perkara-perkara yang dinyatakan diatas bagi memastikan mahasiswa yang lahir bukanlah hasil doktrin mana-mana pihak yang tidak sepatutnya.

Hasrat penulisan kali ini bukanlah untuk bercerita tentang MHS yang sudah berlalu. Bukan juga untuk menceritakan kekurangan mana-mana pihak. Tetapi adalah untuk membawa mahasiswa baru agar bersama menjadi lebih idealis serta lebih matang berfikir. Kita adalah mahasiswa(universiti) dan bukan pelajar (sekolah) lagi. Hampir tiga minggu mahasiswa/i baru berada di UTHM. Pastinya sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal suasana di Universiti. Tiga minggu sangat singkat berbanding empat tahun yang anda semua perlu harungi. Jadilah golongan yang “berfikir sebelum menerima”. Dalam islam itu sendiri menggalakkan kita untuk jadi golongan “Ulul-Albaab”. “Ulul-Albaab” adalah orang-orang yang memiliki akal yang murni yang tidak diselubungi oleh ‘kulit’, iaitu idea yang dapat melahirkan keracunan dalam berfikir atau tidak rasional dalam perspektif spiritual.

Nasihat buat mahasiswa/i baru, carilah kawan yang boleh membantu dalam urusan dunia untuk mencapai bekalan selepas kematian. Kehidupan di universiti yang sepenuhnya bergantung kepada diri sendiri tidak sepatutnya untuk kita sia-siakan.

~DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA~

0 comments: